نخستین 200 خط.
- Hai, mak. - Jae-yi, kamu balik lewatkah?
Taklah, saya akan balik awal.
Kamu ingat tak lagi ladu yang kita makan tempoh hari?
- Maksud mak dim sum? - Betul, yang itu.
- Saya akan singgah beli. - Okey.
Okey.
Tentu awak bosan.
Awak nak gula-gula getahkah?
Jangan risau, ia tak mengandungi gula.
Okey.
Tak ada air pula dalam kereta saya.
Tak apa, jangan risau. Saya boleh tahan nafas saja.
Aduhai, dungulah saya ini.
Semuanya elok saja tadi, tapi saya dah rosakkannya.
Maaf kerana buat awak menunggu lama.
Saya tak jumpa kedai serbaneka.
Saya beli minuman panas dari mesin minuman.
Ambil ini.
Terima kasih.
Macam mana? Awak okeykah sekarang?
Ya.
Angin di waktu pagi dan malam sejuk.
Pakaian awak agak nipis.
Awak masih tersedu. Minumlah lagi.
Minumlah lagi.
Minum banyak pun tak apa. la cuma teh.
(Ekor Yang Panjang Akan Dipotong Atau Dipijak)
Saya mula berenang ketika berumur 11 tahun.
Saya seorang budak yang sentiasa bersendirian, kekok...
...dan sentiasa gementar.
Bagi saya, airlah tempat yang selamat untuk saya.
Seperti...
...pelukan seorang mak.
Sejak saya berumur 10 tahun...
...saya tinggal bersama dengan keluarga pak cik saya...
...kerana mak saya berkahwin semula dan pindah ke Kanada.
Jadi mak dan ayah awak sekarang...
Mereka adalah pak cik dan mak cik saya.
Saya sepupu kepada Abang Jae-yi.
Tapi saya okey.
Setiap Hari Krismas mak saya akan hantar hadiah dan poskad.
Saya tak rasa saya dibuang.
Saya yakin satu hari nanti kami akan berjumpa.
Tapi...
- Joon-hyung. - Bintang baru...
Ada hadiah Hari Krismas dari Kanada untuk kamu.
Tahun ini hadiah kamu sampai agak awal pula.
Mungkin dia ingin ucapkan selamat berjaya pada kamu.
- Mak akan sediakan snek. - Okey.
Mari tengok.
Malangnya, saya ada pertandingan hari ini.
Mak, ada plaster kalis air?
Kamu lukakah?
Cari dalam laci di sebelah pintu bilik mak.
Baru saya sedar...
...selepas tiga poskad pertama, tulisan pada poskad yang lain...
...kelihatan berbeza.
Seolah-olah...
...ada orang cuba meniru tulisan mak saya.
Mak cik awak rupanya yang hantar hadiah dan poskad itu.
Jadi hari itu...
Ya, hari pertandingan itu hari pertama saya mula dapat simptom itu.
Terima kasih.
Saya yakin sukar untuk awak ceritakan pada saya.
Awak rasa ia ada kena-mengena dengan simptom sayakah?
Mungkin.
Seperti yang saya beritahu sebelum ini...
"Kecelaruan panik dan kecelaruan jelmaan..."
"...adalah masalah jiwa."
la juga boleh menyebabkan masalah pendengaran.
Tentu hari itu awak amat terkejut.
Tentu awak rasa kehilangan satu-satunya perkara...
...yang menghubungkan awak dengan mak awak.
Bagus.
Kita dah tahu sekarang apa punca masalah ini.
Kita boleh mengatasinya sedikit demi sedikit.
Separuh dari penderitaan awak mungkin dah sembuh setelah beritahu saya.
Kalau begitu...
Apa agaknya cara...
...yang paling berkesan untuk awak?
Saya rasa kita perlu buat uji kaji.
Bila pertandingan awak yang seterusnya?
Terima kasih kerana hantar saya. Hati-hati memandu.
Kenapa dengan dia?
Saya dah sediakan peluang...
...pakailah pakaian yang cantik sikit untuk serlahkan kecantikan dia.
Barulah Abang Jae-yi akan cakap...
"...Bok-joo, awak nampak menarik hari ini."
Tapi tengoklah apa yang dia pakai.
Sia-sia saja semua usaha saya.
Biar saya hantar awak sampai ke depan rumah.
Tak sopan biarkan awak pulang berseorangan macam ini.
Tak apa, dari sini pejam mata pun saya boleh sampai ke rumah saya.
Lagipun, saya nak singgah ke kedai untuk beli barang.
Okey, jumpa nanti di klinik.
Jangan lupa buat regangan sebelum tidur.
Okey. Selamat jalan.
Aduhai.
Aduhai, habislah awak, Bok-joo.
Saya tak sanggup nak tengok semua ini.
Apa patut saya buat dengan awak, Bok-joo?
Awak gembirakah, Bok-joo? Awak gembirakah?
Dia nak ke mana?
Dia tak pernah naik kereta api.
Tiga.
Dua.
Satu.
Okey, dia dah keluar.
Saya terkena selesemakah?
Ini semua kerana baju tadi.
Hei, siapa ini?
Pari-pari angkat berat, Kim Bok-joo.
Awak perhatikan saya setiap masakah?
Kenapa kita asyik berjumpa saja?
Saya pun tak sangka juga.
Kenapalah saya asyik jumpa awak saja?
Apa itu?
Tak ada apa-apa. Jangan menyibuk.
Nampak macam awak baru balik dari konsert.
Awak tak ke sana dengan...
...siap berdandan, memakai gaun dan kasut tumit tinggi, bukan?
Awak gilakah? Saya takkan pakai macam itu.
Saya tanya saja. Manalah tahu.
Abang saya tak suka wanita yang feminin.
Yakah?
Taklah, saya bergurau saja.
Semua lelaki sukakan wanita yang feminin.
Hei.
Awak ejek saya sebab awak nampak saya tadi, bukan?
Jahatnya awak ini.
Jangan panggil saya jahat lepas saya dah belikan tiket itu untuk awak.
Jadi, kenapa awak ejek saya?
Saya belanjakan semua wang elaun saya untuk beli tiket itu.
Terima kasih sebab belikan tiket itu.
Awak memang patut berterima kasih pada saya.
Seronokkah dapat habiskan masa dengan dia?
Boleh tahan.
- Dia hantar saya pulang. - Dia hantar awak pulang, ya'?
Nampaknya, awak dah buat semua yang patut.
Bok-joo, hati-hati!
Aduhai, nasib baik tak kena.
Kalau saya bukan seorang atlet, tentu saya tak sempat elak.
Kenapa dia memandu macam itu?
Hei!
Mari sini, tak guna.
Joon-hyung!
Joon-hyung!
Awak dah nak balikkah?
Berehatlah lagi.
Tak apa. Saya dah okey sekarang.
Awak alami kekejangan perut, jadi saya suntik ubat tahan sakit.
Ini antasid.
Makan ini selepas makan nasi.
Terima kasih.
Kekejangan perut biasanya disebabkan lebihan asid akibat tekanan.
Awak tertekankah?
Ya, sedikit tertekan.
Sebab hal lelakikah?
Siapa orangnya?
Lelaki mana yang buat gadis secantik awak sedih?
Awak patut keringkan rambut dulu. Habis basah rambut awak.
Semua ini salah siapa? Baik awak tutup mulut.
Beri pada saya.
Kalau awak buat begitu lama lagilah rambut awak akan kering.
Beri pada saya balik.
Tunggu. Biar saya keringkan.
Aduhai.
Aduhai, maaflah.
Ambil ini. Buatlah sesuka hati awak.
Saya tak pernah pun suruh awak keringkan rambut saya, tak guna.
Aduhai.
Hei.
Awak rasa Abang Jae-yi sedar tak...
...yang awak sukakan dia?
Tak. Saya rasa dia tak sedar langsung.
Saya tak nak dia tahu.
Lelaki tak suka dengan atlet angkat berat wanita.
Tengok.
Ia penuh dengan ketuat.
Lelaki mana yang suka wanita yang tangannya banyak ketuat?
Apa salahnya? la kerana awak atlet.
Awak tak perlu risau bila berjalan pada waktu malam.
Kalau saya jadi dia, tentu saya suka.
Awak memang pandai bercakap.
Apa pun, saya gembira.
Kerana awak, saya dapat keluar dengan dia.
Waktu dia hantar saya pulang...
...saya rasa seperti Cinderella dalam kereta labu.
Bila tepat pukul 12:00 malam...
...dia pulang ke dunia realiti.
Tapi sekurang-kurangnya, dia jadi isteri putera raja.
Betul.
Saya tak suka tonton cerita yang tak berakhir dengan gembira.
Awak tahu tak...
...dalam air pancut itu...
...ada kodok yang boleh tunaikan permintaan?
- Apa? - Awak tak tahukah?
Betulkah awak pelajar Universiti Sukan Haneol?
Legenda ini sangat terkenal.
Awak kenal tak semua atlet senior yang menang pingat emas itu?
No comments yet. Be the first to leave one.