Ms. Marvel

Ms. Marvel

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Ms Marvel S01 E01 1080p HS WEB-DL DDP5 1 H 265-Archie
ناشر dominic183

برچسب‌ها

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
تاریخ انتشار: 2022-08-10
تعداد دانلود: 48
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Akhirnya, saat yang dinantikan semua.

Bab terakhir siri sepuluh episod saya tentang adiwira hebat, Captain Marvel.

Hentaman Hulk.

Minggu ini ia tentang pertempuran Bumi.

Semua tahu ceritanya

Pasukan Avenger cuba untuk selamatkan dunia, tapi jujur saya cakap,

mereka kalah teruk.

Makhluk asing menceroboh, Thanos berlawan untuk Batu Infiniti.

Adiwira kita tewas.

Sehinggalah...

Captain Marvel muncul.

Siapa adiwira unggul yang berpenampilan rapi ini?

Dengan penyelidikan saya yang meluas

dari podcast temuramah Scott Lang,

yang macam hebat orangnya.

Saya tahu tentang Captain Marvel

dan tahu sekurang-kurangnya tiga fakta.

Satu, dia yang hancurkan armada Thanos.

Dan tahu apa? Dia nampak hebat ketika melakukannya.

Dua, dia tumbuk muka Thanos kuat-kuat.

Awak dah kalah!

Bukan nak kecilkan Avenger lain,

tapi mereka takkan mampu buat begitu.

Ketiga, dia akan muncul tanpa dijangka dan buat sesuatu yang menakjubkan.

Saya tahu ada yang akan cakap, "Tapi dia abaikan penduduk Bumi."

Tapi itu tak benar.

Memanglah kita tak tahu apa dia sedang buat.

Tapi mungkin dia nak rehat sekejap.

Bagilah dia rehat juga.

Mungkin kita akan belajar perkara baru di AvengerCon nanti.

Tentulah saya akan datang sebagai Captain Marvel.

Itu saja untuk minggu ini.

Minggu depan, saya akan mulakan siri yang baharu

kenapa saya rasa Thor seorang "gamer."

Ingat, episod baru keluar setiap hari Rabu.

Jangan lupa untuk suka, komen dan langgan Sloth Baby Productions.

DI MANA CAPTAIN MARVEL- TEORI KE-10

DI MANA DIA?

Terbaik! Buatlah lagi!

-Kamala Khan! -Sekejap, Ammi!

Cepat! Nanti terlambat pergi ujian memandu.

Kalau selalu baca doa panjang-panjang,

nanti kamu tak sempat nak makan dan akan mati kebuluran.

Semoga Tuhan ampunkan Abbu satu hari nanti.

Kamala, jangan lupa tengok cermin sisi sekurang-kurangnya setiap 15 saat.

Ya, baik.

Kamalaku sayang, jalan raya itu penuh dengan onak duri.

Jangan berhenti dekat tanda berhenti.

Belum apa-apa dah bermadah, Abbu.

Dengar.

Sebenarnya kamu tak perlu pun tengok cermin sisi sekerap itu.

Ya, dia perlu.

Pastikan cikgu memandu kamu boleh nampak kamu gerakkan kepala, okey?

Jangan lupa baca doa sebelum hidupkan enjin kereta.

Kamu perlu semua bantuan yang ada.

Lesen pun belum dapat.

Apa kata hidupkan enjin kereta dulu?

Boleh mula bila dah sedia.

Bismillah.

Elok-elok.

SELAMAT DATANG KE BANDAR JERSEY

Tiada orang perasan pun.

Itu kereta saya.

Sengaja nak dia gagal,

suruh dia pandu di jalan yang ada banyak kereta.

Saya sendiri yang ajar dia memandu.

Puan, sebab anak puan, saya kena balik jalan kaki.

Awak cuba nak cakap anak saya

tak tengok cermin sekerap yang awak nak ke?

Itu bukan masalahnya.

Jadi awak nak cakap awak nak dia bagi isyarat setiap kali nak belok?

Ya.

Bagi kunci saya.

Okey, Kamala, mari.

Maaf. Kereta keluarga ini, yang Abbu beli guna duit sendiri

hasil dari usaha kerasnya, ia dah tengok macam-macam masalah.

Dan nampaknya kamu tak dapat nak tolong

untuk majlis kahwin abang kamu macam yang kamu janjikan.

Ini salah saya. Memang salah saya. Ini genetik saya.

Keturunan saya memang jenis yang kuat berangan dan mengelamun.

Mak saya pun begitu.

SEKOLAH TINGGI AKADEMIK COLES

Camilla, mujur kamu tak apa-apa selepas insiden dodgeball itu.

Kenapa dia melambai? Pelik betullah.

Helo.

Saya nak buka lokar sekejap, nak ambil buku teks kimia.

Kami tengah sibuk ni.

Tak apa, nanti saya google jadual tu.

Teruk saya kena pagi ini.

Saya bertaruh awak lulus, sekarang saya hilang sepuluh dolar.

Saya suruh mak saya jangan beritahu.

Ramai yang gagal ujian memandu. Cikgu memandu memang suka cari salah.

Saya langgar kereta dia.

Itu memang salah awak.

-Jadi, kita tak pergilah AvengerCon. -Tak, Bruno.

Ada pertandingan untuk mereka yang berpakaian seperti Carol Danvers.

Kostum saya dah sempurna, nak cantikkan lagi.

Tak tahu lagi nak letak apa?

-Nanti datanglah ilham itu. -Sudah tentu.

Saya memang sayang awak.

Awak sibuk hujung minggu ni? Kami tak ada apa nak buat.

Tak.

Nak ajak saya main Smash Bros?

-Maaf saya sibuk. -Jangan benci pemain, tapi permainan.

Saya memang tak suka permainan itu.

Biar betul?

-Maaf, Zoe. -Tak apa.

Saya suka jaket awak.

Terima kasih. Saya suka rantai lehar awak.

Terima kasih.

Ini nama saya dalam Bahasa Arab.

Okey, jumpa lagi.

Pelik tak kalau minta dia tumpangkan kita?

-Ya. -Kenapa?

Dulu mak dia selalu hantar kita sekolah.

Sebab sekarang dia jadi sombong sejak dapat seratus ribu pengikut.

80,000.

Kamala Khan, sila datang ke pejabat saya segera.

Kamu dah buat kesalahan besar. Gurau saja.

Jangan risau. Saya cuma nak berbual. Cepat.

-Ini En. Wilson. -Terima kasih, En. Wilson.

Okey, pertama, saya cuma nak kata

saya faham.

Faham apa?

Saya tahu apa yang berlaku.

Sangat kelakar.

Cikgu kamu cakap kamu asyik melukis sepanjang hari,

asyik berangan dan tak fokus dalam kelas.

Hei! Biar betul?

Tak sampai 30 saat pun saya bercakap.

-Tolong fokus. -Ya. Maaf, En. Wilson.

Tak. En. Wilson itu ayah saya.

Nama saya Gabe. Nama dia pun Gabe juga. Memang mengelirukan.

Tapi, mari cakap pasal kamu. Sudah di tahun pertama,

masa untuk mula fikir tentang masa depan kamu.

Lepas ni akan masuk kolej, dan tanpa disedari, peperiksaan SAT pula,

tulis esei, dan isi borang kemasukan.

Buat kerja sukarelawan? Nanti mudah nak masuk kolej.

Baguslah kalau kamu buat dengan ikhlas, tapi...

Ia satu kelebihan.

Oh, tak. Saya bukan nak...

Saya bukan nak takutkan kamu.

Saya kena fikirkan tentang masa depan saya sekarang juga atau...

Saya akan bagi tugasan. Saya nak kamu balik.

Bukan sekarang, tapi selepas sekolah.

Saya nak kamu tengok cermin, dan tanya diri kamu,

"Kamala, siapa gadis itu, yang sedang pandang saya juga?

-Itu lirik lagu Mulan. -Ya, betul. Betul tu.

Ya.

Okey, Kamala. Saya nampak kamu macam berbelah bagi.

"Dia ada di situ?" "Mana Kamala?"

Entah. Tak ada siapa yang tahu. Saya pun tak tahu. Mana?

Saya tahu hidup dalam dunia fantasi memang seronok

Tapi sekarang, saya nak kamu berhenti berfantasi dan kembali kepada realiti.

Rancangan kita dah elok. Saya akan dapat lesen memandu.

Selepas itu, dengan alasan nak cari barang perkahwinan, kita boleh

pergi bersuka ria di AvengerCon.

-Kita boleh pergi tahun depan. -Tak boleh.

Ini yang pertama, bukan? Kemudian bakal sejarawan,

pasti akan tulis tentangnya dan ia bermula di mana? Di sini.

Okey? Takkan ada lagi AvengerCon pertama lagi.

-Kita guna rancangan B. -Awak ada rancangan lain?

Apa rancangan awak?

Konsep dia mudah saja.

Tapi ia memerlukan tahap kesopanan yang tinggi.

Dan awak bukan jenis yang...

-Saya bolehlah. -Awak boleh buat?

Baiklah, dengar. Awak masuk rumah, duduk di meja makan,

senyum dan minta izin mak awak.

-Awak ni dungu. -Saya tak dungu. Saya genius.

Boleh tak berhenti ingat yang mak awak ialah Darth Vader.

Mak saya benci semua perkara yang saya suka.

Mak saya anggap yang saya budak pelik.

Memang pelik pun.

Apa?

Awak lagi pelik.

Saya tahu. Tapi apa yang penting, saya dah pandai guna teknik berus angin.

Itu pun sebab saya ajar.

-Jadi... -Kita boleh menang?

Kita akan pergi dan kita akan menang.

Selepas itu, kita akan buat "high five" perlahan-lahan macam ni.

Saya masih tak tahu apa benda terakhir saya patut letak.

-Ada apa-apa idea? -Okey.

Kalau gaya "steampunk"?

-Steampunk dah lapuk. -Okey, tak apa.

Kalau gabungan? Macam Captain Panther atau Iron Marvel?

Doktor Strange Marvel. Saya boleh pakai mantel.

-Hebat. -Atau pahlawan Asgard.

Macam Valkyrie, dengan kuda sekali.

Saya tak boleh buat kuda, tapi...

Awak boleh buat sayap kecil yang lembut.

Sesuai dengan awak. Sayap, tiara?

-Apa? -Puteri Captain Marvel.

Puteri? Tolong sikit. Tahu apa lagi bagus?

-Apa? -Captain Marvel Zombi.

Saya akan cakap, "Saya nak makan otak. Tapi saya pun ada kuasa juga."

Okey. Selepas ini, jangan mengajuk jadi zombi lagi.

Hai, Kamala. Semua okey? Sekolah macam mana?

Saya ada empat hari untuk tentukan masa depan saya, jadi...

Jangan nak dramatik sangat, Kamala.

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left