نخستین 196 خط.
Bila...
kamu buat semua ni?
Sedikit demi sedikit...
Kerana ini adalah impian saya.
Saya mahu tumbuhan berpasu di dapur dan ruang tamu.
Tumbuhan berpasu?
Ya.
Saya nak tengok ia membesar, seiring kebahagiaan kita.
Ta-da!
Saya akan kerja keras dan bina rumah begini untuk kamu.
Ini pula anak kita!
[Surat perletakan jawatan Na Ae Ra]
Terima kasih.
Tak apa, tuan CEO.
Saya akan berusaha lebih keras mulai sekarang.
Jasa kamu kepada syarikat patut diberi penghargaan rasmi.
Tapi kita terpaksa rahsiakannya begini
kerana orang awam tak boleh tahu mengenainya.
Saya faham.
Saya gembira dapat membantu syarikat walau pun cuma sedikit.
Maklumat pelanggan adalah data paling penting bagi syarikat.
Kamu telah selamatkannya.
Saya akan pastikan kamu mendapat ganjaran.
Sebenarnya...
Apa yang Cik Na Ae Ra buat cuma perkara biasa.
Sebenarnya, saya cuma bantu sedikit saja.
Faktor paling penting adalah, Na Ae Ra yang kenal pasti lelaki tu.
Tapi dia yang hilangkan kad IDnya, yang menjadi punca kepada kejadian ini.
Dia bukan hilangkan, ia dicuri.
Ah!
Cik Na Ae Ra adalah pemenang makan malam dengan CEO.
Kan?
Ya. CEO Cha sangat baik terhadap saya.
Saya benar-benar terharu.
Dia bawa saya bersiar-siar dengan keretanya.
Dia tunjukkan tempat-tempat yang indah.
Tuan CEO buat begitu?
Wah, cemburunya saya!
Maklumlah...
ia untuk ulang tahun syarikat, jadi saya cuba buat yang terbaik.
Ya.
Ini hari yang baik bagi saya.
Saya dapat banyak pengalaman baik semasa bekerja di syarikat.
CEO Cha kata ia takdir syarikat untuk mendapat pekerjanya.
Mesti kita sudah ditakdirkan untuk bekerja bersama.
Ya. Saya setuju dengan kata puan.
Tuan CEO.
Maafkan saya.
Isteri CEO syarikat Jung Group ada disini.
Dan dia nampak Pengarah Gook...
Saya faham.
Saya minta diri sebentar.
Maafkan saya. Saya nak pergi ke tandas.
Orang jahat.
- Apa? - Pengecut!
- Tak guna! - Hei!
Kakak!
Tolong jangan beritahu ayah.
Ini tiada kaitan dengan bakat saya dalam perniagaan!
Nanti ayah akan menaruh harapan tinggi pada saya.
Dia akan tahu walau pun kakak tak cakap.
Kakak!
Sebab...
saya bawa kamu ke rumah tu...
saya tak berniat untuk bertindak begitu.
Kamu tak berniat begitu?
Saya masih ingat lagi, banyak yang kamu cakap.
Seolah kamu memang dah rancang!
Kamu campak saya ketepi semasa susah.
Cari saya balik bila kamu mahu...
Itu bukannya impian.
Itu tamak.
Kamu kahwini saya kerana ketamakan, bukan kerana cinta.
Kenapalah saya jumpa orang macam kamu.
Walau mati hidup semula... Saya tak ingin jumpa kamu lagi.
Saya ingin mencari kebahagiaan saya sendiri sekarang.
Itulah yang kamu cakap dalam TV.
Kenapalah...
saya jumpa orang macam dia.
Walau mati hidup semula...
Saya tak ingin jumpa dia lagi.
Sekarang saya...
ingin mencari kebahagiaan saya.
Ya...
Wah.
Bukankah kamu orang yang sibuk? Masih ada masa menontonnya?
Apa motif kamu datang ke syarikat saya?
Mestilah sebab nak cari rezeki.
Kamu berlagak macam orang tiada perasaan.
Tapi nampaknya kamu rasa tak selesa bila nampak saya.
Kamu perlukan duit ke?
Jangan memandang rendah pada orang miskin hanya kerana kamu ada duit.
Kamu tu yang memandang rendah pada orang miskin.
Kamu tak layak nak mengata saya.
Kamu yang lepas semua beban ke atas saya semasa kita miskin.
Cukuplah.
Cakap saja apa kamu nak dari saya.
Apa saya nak dari kamu?
Ini apa yang saya nak.
Saya akan berada disisi kamu dan menyeksa kamu selamanya!
Saya boleh pecat kamu, bila-bila masa yang saya nak!
Sungguh kebudak-budakan!
Jangan nak berlagak sangat! Saya dah selamatkan syarikat kamu!
Saya penyelamat kamu, tak guna!
Apa?
Apa?
'Tak guna'?
Tuan, tak sihat ke?
Kamu makan sikit saja.
- Saya... - Kenapa?
Kamu sakit ke?
Kamu nak saya cucuk jari kamu dengan jarum?
Saya pandai buat.
Tak...
Saya minta diri sebentar.
Abang!
Kamu kena pecat saya selepas tamat latihan.
Itulah ganjaran yang saya mahu!
Tapi macam mana kamu boleh pergi minum dengan Na Ae Ra?
Saya ada hal dengan dia.
Ada hal?
Kenapa kamu keluar dengan sebarangan perempuan? Apa yang berlaku?
Tak ada apa.
Dia jumpa skarf saya di tepi jalan.
Kenapa kamu marah sangat?
Jangan nak buat skandal di tempat kerja.
Ini amaran saya.
Kan bagus kalau Ae Ra baik macam kamu.
Saya juga harap begitu.
Saya rasa dia terlalu garang pada kamu.
Kamu seorang yang cemerlang semasa kecil.
Kamu pernah menang pertandingan sempoa peringkat kebangsaan.
Kamu juga pandai dalam berdebat.
Kamu pelajar cemerlang sehinggalah darjah 8.
Kemudian prestasi kamu menjunam.
Saya juga sedih bila mengingatinya.
Saya dilahirkan pada waktu yang salah.
Terima kasih.
Kenapa abang disini?
Macam mana kamu tahu tempat ni?
Abang dah nak pergi!
Abang cuma datang bertanya khabar!
Keluar sekarang.
Apa lagi masalah abang nak buat?
- Abang pergi sekarang! - Apa yang abang rancang?
Abang pergi sekarang!
Apa kamu nak buat sekarang?
Janganlah tanya soalan tu.
Kalau saya tahu saya takkan susah hati begini.
Kan saya dah kata.
Kamu tak patut ambil dia bekerja.
Saya dah mula rasa menyesal sekarang.
Ini semua sebab kamu menonton rancangan TV tu!
Saya tak patut ikut kamu menontonnya.
Kamu salahkan saya lagi!
Mana boleh begitu!
Adakah saya yang terima dia? Kamu yang buat begitu!
Saya tak sepatutnya pergi ke balai polis tu.
Saya tak patut jumpa dia semula.
Sakitnya kepala saya!
Tolong pasangkan muzik.
Terkejut saya! Apa kamu buat?
Apa?
Saya tak jadi berhenti kerja.
Kamu ni tak ada maruah ke?
Selepas dihina oleh Jung Woo, kamu masih nak kerja disana?
Permainan ini masih belum tamat.
Pertarungan sebenar baru bermula.
Apa maksud kamu?
Saya tak boleh mengalah begitu saja.
Saya akan buat dia menangis sama seperti saya dulu.
Ae Ra!
Kalau buat suatu perkara, buatlah sampai selesai.
Walau pun hasilnya belum tentu untung.
Tapi kali ini tak sama.
Kamu hanya akan dipermainkan olehnya.
Lupakan dan teruskan hidup kamu.
Kadang-kadang mengalah juga dianggap menang.
Saya juga ada fikir begitu. Tapi...
Tapi?
Cha Jung Woo dah melampau.
Kalau seseorang perlu ajar dia...
Maka sayalah orang itu. Itu tanggung jawab saya.
Hebatnya tanggung jawab kamu.
Kamu dah serahkan surat letak jawatan.
Nak buat macam mana sekarang?
Surat? Betullah!
Kamu cari ini?
Itu?
Macam mana boleh ada pada kamu?
Kamu nak berhenti?
Berhenti? Kenapa pula?
Habis kenapa kamu tulis surat tu?
Jangan sibuk hal saya.
Saya jumpa atas lantai.
Kamu tak balik lagi?
No comments yet. Be the first to leave one.