نخستین 200 خط.
AMARAN - KANAK-KANAK! CETUSKAN ARMAGEDDON BERBAHAYA
JANGAN CUBA DI RUMAH
Teori semasa tentang ciptaan alam semesta menyatakan
ia dicipta dan bukan bermula secara tiba-tiba.
Teori tidak rasmi ini menyatakan
ia telah wujud kira-kira 14 ribu juta tahun dahulu.
Secara umum, Bumi sepatutnya
berumur kira-kira 4 ribu juta setengah tahun.
Tarikh-tarikh ini adalah salah.
Sesetengah cendekiawan abad pertengahan meletakkan tarikh ciptaan pada 3760 SM.
Yang lain meletakkan tarikh ciptaan sejauh 5508 SM.
Ini juga salah.
Uskup Utama, James Ussher mendakwa bahawa Syurga dan Bumi
telah dicipta pada hari Ahad, 21 Oktober, 4004 SM,
pada pukul 9 pagi.
Ini juga salah,
dengan hampir satu suku jam.
Ia dicipta pada pukul 9.13 pagi.
Ini yang sebetulnya.
Isu berkaitan fosil kerangka dinosaur
ialah jenaka yang belum dirungkai ahli paleontologi.
Ini buktikan dua perkara.
Pertamanya, Tuhan telah mengatur alam semesta dengan baik.
Saya mampu menyusun aturan sendiri dengan hebat.
Bagi orang lain, ia seperti bermain poker tanpa had taruhan dalam bilik yang gelap
atau peraturan dengan pembahagi
dan senyum sepanjang masa.
Keduanya, Bumi merupakan Libra.
Entri bagi Libra dalam Tadfield Advertiser
pada malam sejarah kita bermula berbunyi begini,
"Awak mungkin berasa penat
"dan sentiasa berada dalam kitaran yang sama.
"Kawan adalah penting untuk awak.
"Awak mungkin akan mengalami sakit perut hari ini,
"jadi elakkan salad.
"Bantuan boleh datang tanpa disangka."
Ini sangat tepat dari segala segi,
kecuali tentang salad.
Untuk memahami maksudnya yang sebenar,
kita perlu mula lebih awal.
Sedikit lebih awal daripada 6,000 tahun lalu, secara tepatnya.
Selepas titik permulaan.
Ia bermula, sebagaimana ia akan berakhir, dengan sebuah taman.
Taman yang dimaksudkan ialah Taman Eden
dan juga sebiji epal.
Teruskan.
Epal ini akan memberi awak...
Hari itu hari yang indah.
Semua hari itu adalah indah.
Setakat ini, hanya ada 7 orang
dan hujan masih belum dicipta lagi.
Namun, awan ribut di timur Eden
menunjukkan ribut petir pertama bakal melanda.
Ia ribut petir yang teruk.
Ia berlaku dengan teruk sekali.
Maaf, apa?
Saya kata, "Ia berlaku dengan teruk sekali."
Ya, ia agak teruk.
Saya rasa ia berlebihan.
Ia kesalahan pertama.
Saya tak faham apa yang teruk
untuk tahu perbezaan antara baik dan jahat.
Ia pasti teruk...
-Crowley. -...Crowley.
Jika tidak,
awak takkan menghasut mereka.
Mereka cuma kata, "Pergi dan buat masalah."
Sudah pasti. Awak syaitan.
Itu memang tugas awak.
Namun, Tuhan lakukannya dengan ketara.
Pohon di tengah taman bertanda "Jangan Sentuh."
Kenapa tidak letak ia di atas puncak gunung?
Atau di bulan?
Ia buat awak fikir apa yang Tuhan rancang.
Jangan buat spekulasi.
Semua ini dalam Rancangan Besar.
Kita takkan dapat memahami.
Ia tidak tergambar.
Rancangan itu tak tergambar?
Tepat sekali.
Ia melangkaui kefahaman kita
dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Bukankah awak ada pedang berapi?
Awak ada. Apinya kuat. Apa yang terjadi?
Awak hilangkannya?
-Saya beri orang lain. -Apa?
Saya beri orang lain!
Ada haiwan yang kejam.
Cuaca sejuk di luar sana. Dia sudah mengandung.
Saya kata, "Nah, pedang berapi. Usah terima kasih."
"Pergi sebelum matahari terbenam."
Saya harap saya tidak tersilap.
Awak malaikat. Saya tak rasa awak akan tersilap.
Terima kasih.
Ia mengganggu saya.
Saya pun rasa risau.
Bagaimana kalau hasutan saya adalah betul?
Syaitan akan mendapat susah jika lakukan perkara betul.
Ia pasti lucu jika kita salah, kan?
Jika saya buat baik dan awak buat jahat.
Tidak.
Ia tak lucu langsung.
Baiklah.
Pentanda Baik merupakan penceritaan sesetengah kejadian
yang berlaku dalam sejarah manusia 11 tahun lalu,
dalam turutan tepat, dan dipapar,
bersama Ramalan Bagus dan Tepat oleh Ahli Sihir, Agnes Nutter.
Ia bukan malam yang gelap dan beribut.
Namun, jangan tertipu oleh cuaca.
Walaupun ia tenang,
11 TAHUN LEPAS
ini tak bermakna kuasa jahat tidak wujud.
Mereka wujud.
Mereka ada di mana-mana.
Dua syaitan menghendap di tepi tanah perkuburan.
Mereka mundar-mandir
dan boleh menghendap sepanjang malam, jika perlu.
Sebelum fajar menyingsing,
mereka akan terus menghendap dengan seram sekali.
Buang masa sungguh.
Dia sepatutnya menunggu kita.
Awak percayakan dia?
-Tidak. -Bagus.
Dunia ini akan menjadi pelik jika para syaitan saling mempercayai.
Apakah nama gelarannya di sini?
Crowley.
Bajingan itu sudah datang.
Saya rasa, terlalu lama dia di sini.
Sudah seperti orang tempatan. Terlalu berseronok.
Memakai kaca mata hitam, walaupun tak perlu.
-Hidup Satan. -Hidup Satan.
Hai. Maaf saya lambat,
saya tersekat di A40 di Denham.
Saya memintas ke Chorleywood...
Kita sudah di sini, ayuh kira amalan hari ini.
Sudah tentu.
Amalan.
Saya dah menghasut paderi.
Semasa berjalan, dia lihat gadis cantik bawah mentari.
Saya tanam keraguan dalam mindanya.
Dia bakal menjadi santo.
Dia akan jadi milik kita dalam sedekad.
Bagus.
Saya telah merosakkan seorang ahli politik.
Saya telah membuat dia berfikir bahawa rasuah yang kecil boleh diterima.
Dalam setahun, dia milik kita.
Awak akan suka ini.
Saya telah ganggu setiap rangkaian telefon bimbit di London malam ini.
-Yakah? -Ya, ia tidak senang...
Bagaimanakah ia akan memperoleh roh untuk tuan kita?
Cuba bayangkan.
Lima belas juta orang yang marah sesama sendiri.
Kaedah itu taklah begitu bermutu.
Pihak ibu pejabat tidak kisah.
Mereka sukakan saya.
Zaman kian berubah. Jadi...
Kenapa?
Ini.
Tidak.
Ya.
Begitu cepat?
Ya.
Saya perlu...
Ya.
Dengar sini, ini...
Bukan kepakaran saya.
Kepakaran awak.
Peranan utama awak.
Ambillah.
Awak yang kata,
zaman kian berubah.
Mereka berakhir dan bermula semula.
Mengapa saya?
Mereka sukakan awak.
Alangkah baik peluang ini.
Ligur sanggup membantu awak malam ini.
Ataupun orang lain.
Tandatangan di sini.
Apa sekarang?
Awak akan menerima arahan.
Mengapa begitu murung?
Saat yang kita nantikan setelah berusaha berkurun lamanya bakal menjelang.
Berkurun?
Detik kejayaan abadi kita sedang menunggu.
Kejayaan.
Awak akan menjadi alat yang mencapai takdir yang gemilang itu.
Gemilang... Alat. Ya.
Baiklah. Jika begitu, saya berangkat dulu
untuk selesaikannya.
Saya akan selesaikan, tapi,
saya akan berangkat dahulu.
Bagus. Baiklah.
Ciao.
Apa maksudnya?
" Ciao " ialah bahasa Itali.
Maksudnya "makanan."
Crowley menyokong Armageddon secara amnya.
Namun, menzahirkan dan merealisasikannya
merupakan dua perkara yang berbeza.
-Karut! - Semasa Queen lancarkan Bohemian Rhapsody…
No comments yet. Be the first to leave one.