Endless Love

Endless Love (끝없는 사랑)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Endless Love E02 140621
ناشر badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2016-03-01
تعداد دانلود: 30
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Dia ayah saya!

Nanti!

Ayah...

Kenapa ayah sejuk ini?

Ayah!

Ayah...

Ayah!

Masuk! Masuk cepat!

Saya cakap masuk, masuklah!

Saya yang bawa bot itu!

Saya mahu menyerah diri sekarang.

Berapa kali saya harus beritahu tuan kami yang buat?

Kami sudah cakap kepada tuan yang Kapten Han Kap Soo

tak ada kaitan pun dalam kes ini.

Semua pelajar di atas bot itu boleh jadi saksi kami.

Dan orang di pelabuhan itu pun nampak kami yang bawa bot itu.

Budak tak guna!

Kamu akan ditahan sebab mengganggu kerja polis!

Berani betul kamu berdua buat kecoh pula di balai polis?

Budak zaman sekarang ini kena hukum dulu

baru mereka sedar apa kesalahan mereka.

Awaklah yang kena hukum dulu baru awak akan sedar!

Betulkah siasatan awak itu?

Kalau tuan tak percaya, baik tuan tanya sendiri

semua pelajar yang ada di atas bot itu.

Saya tak tahu semua itu.

Tapi saya akan beri keterangan kamu

kepada detektif yang kendalikan kes kamu ini.

Jadi tolong jangan buat bising lagi!

Sebelum wartawan serbu ke dalam, bawa mereka ini keluar!

Siapa detektif yang ambil kes ini?

Dari semalam saya tak nampak dia langsung! Beritahulah!

Sekejap, ketua...

Di mana ketua balai ini?

Boleh tak kami jumpa ketua balai ini?

Biarlah kami jumpa ketua balai!

Beg ini ada di dalam poket jaket ayah kamu semasa dia lemas.

Orang lain tak perlu tahu apa yang saya baru saja beritahu kamu.

Saya tak suka berada dalam situasi ini.

Tapi apa saya boleh buat?

Orang yang masih hidup ini mesti teruskan hidup mereka sendiri.

Bukankah kamu seorang mahasiswa yang terkenal di seluruh Busan?

Fikirkan masa depan kamu itu.

Saya percaya yang kamu akan tamatkan ini dengan bijak.

Ketua. Ketua.

Kapten Han Kap Soo tak bunuh diri dia sendiri pun.

Ada orang yang telah bunuh dia. Ini kes pembunuhan.

Kami tak boleh buat pengebumian macam ini.

Ketua kena cari pembunuh itu.

Tolonglah siasat kes ini, ketua.

Budak-budak mana tahu beza bunuh diri atau pembunuhan?

Tepi!

Ketua.

Tolong percaya cakap saya. Saya tak bohong.

- Ketua! Ketua! - Ke tepilah!

Ketua! Ketua!

- Saya pasti, ketua. - Tepilah!

Tolong percaya cakap saya.

- Tolonglah kami, ketua. - Ke tepi!

Ketua! Ketua!

Bekas ejen perisik Republik Ke-5,

Kapten Han Kap Soo terlibat secara langsung dengan parti pembangkang

dalam perancangan satu konspirasi

- dan mulakan kebakaran - Apa ini?

Di Pusat Kebudayaan Amerika.

- Abang! - Hei, Kwang Cheol!

Tadi itu...

Apa yang sudah jadi sebenarnya?

Abang, ayah saya sudah mati dibunuh semalam.

Saya yang bawa bot itu.

Tapi polis bunuh ayah saya yang tak bersalah

dan mereka cakap dia bunuh diri! Ini adalah satu kesilapan!

Apa? Kamu yang bawa bot itu?

Saya pasti ada orang mahu ayah saya mati.

Saya yakin sangat.

Kalau abang tolong saya tangkap orang yang bunuh ayah saya itu,

saya takkan lupa jasa abang selamanya.

Tolonglah saya, abang!

Kwang Cheol.

Apa yang abang boleh tolong kamu sekarang?

Beritahulah.

In Ae... In Ae...

Macam mana ini?

Apa kita patut buat sekarang?

Abang. Apa semua ini?

Abang mahu buat upacara kematian untuk pak cik sekarang?

Apa yang ketua balai itu cakap?

Apa yang dia cakap kepada abang?

Ini ialah kes bunuh diri, jadi buat sajalah upacara.

Lepas upacara ini, mereka suruh bakar mayat.

Bakar?

Tak boleh macam itu, abang.

Mereka mahu hapuskan semua bukti.

Tak kira apa pun ugutan mereka itu,

abang tak boleh bakar dia atau buat upacara.

Abang pun tahu.

Saya dan Kwang Cheol yang bersalah.

Kalau polis tak percaya cakap kami,

kami akan cari pihak pendakwa raya atau media

untuk dedahkan kebenaran ini.

Abang, jangan macam ini.

Kita tak boleh biarkan mereka buat kita begini.

Kita akan menyesal selamanya nanti.

Apa semua ini?

Tak guna. Di mana detektif itu?

Suruh dia keluar sekarang!

Awak tak siasat pun kes ayah saya

dan buat dia macam bunuh diri.

Sebab itu, saya bawa saksi untuk buktikan dia tak bunuh diri.

Suruh detektif itu keluar sekarang!

Tahu tak kami sudah bersusah payah

untuk bawa semua saksi ini datang ke sini.

Cepat panggil detektif itu keluar sekarang

dan cepat ambil keterangan dari mereka

dan mulakan siasatan, tak guna!

Abang, mari sini.

Hei, apa yang mereka nampak ayah saya dibawa oleh beberapa orang

masuk ke dalam bot ayah saya sendiri!

Jadi cepat pergi tangkap orang yang bunuh ayah saya itu!

Apa yang polis buat ini?

- Pergilah tangkap mereka! - Lepaslah!

Orang yang bawa bot dengan pelajar itu

bukan Kapten Han Kap Soo tapi anak lelaki dia.

Ketua.

Terus buat Han Kap Soo sebagai dalang dalam kes ini.

Salahkah kalau cakap ia rancangan parti pembangkang

untuk hasut sentimen anti-Amerika?

Apa? Macam mana?

Kamu masih tak faham lagikah?

Kebakaran di Pusat Kebudayaan Amerika di Busan itu

ialah satu rancangan oleh parti pembangkang untuk tarik

perhatian media dari luar negara kepada kejadian ini!

Kamu tak faham lagikah dari gambar yang mereka ambil itu?

Kita tak boleh benarkan semua budak kecil itu

terlibat dalam rancangan yang besar macam ini.

Macam itukah?

Kalau tak, kenapa Kapten Han mahu bunuh diri pula?

Kapten Han itu mesti sudah tahu ia adalah

satu konspirasi yang dahsyat dan serius.

Hukuman mati tak boleh dielakkan dalam kes ini.

Tunggu dan lihat sama ada orang yang terlibat dalam perkara ini

akan dapat hukuman mati atau tidak nanti.

Itu saja.

Helo?

Ketua Polis.

Tuan sudah sampai dengan selamat?

Bagus kerja kamu.

Apa yang jadi lepas upacara kematian Kapten Han itu sangat penting.

Itu saya faham.

Macam saya cakap, buat perjanjian dengan anak sulung Han Kap Soo itu.

- Apa? - Berdasarkan laporan,

anak sulung dia itu nampak cukup bijak untuk faham

apa yang telah jadi kepada mendiang ayah dia.

Nanti saya hantarkan laporan tentang kelemahan dia.

Ketua, anak bongsu Kapten Han sedang buat kecoh

dan bawa Yang San Bak dan konco-konco dia sekali.

Apa kita patut buat?

Mana boleh pihak polis buat macam itu

- kepada orang yang tak bersalah? - Diamlah! Cepatj alan!

Hei, suara kamu yang lebih kuat daripada saya.

Kwang Cheol, kenapa?

Kwang Cheol. Oh, Tuhanku.

Kwang Cheol.

- Siapa yang buat ini? - Polis.

Kami semua ingat mahu serah diri tadi.

- Tapi... - Mereka tak percaya.

Langsung tak.

Saya sudah bawa semua saksi sekali.

Walaupun mengaku saya yang bawa bot itu,

mereka tak percaya.

Saya yakin ayah saya itu mangsa dan

dia kena tuduh jadi dalang dalam hal ini.

Apa abang mahu?

Apa abang mahu?

- Kwang Cheol! Jangan! - Kwang Cheol!

- Apa abang mahu saya buat? - Kwang Cheol! Jangan!

Apa saya patut buat?

Memang saya dalangnya! Saya sudah cakap dengan kuat!

Tapi mereka tak percaya!

Yalah...

Saya yang sudah bunuh ayah.

Saya!

Saya!

Saya yang sudah bunuh ayah.

Ayah...

Ayah...

Maafkan saya, ayah.

Saya sudah buat salah.

Ayah...

Ayah...

Diamlah, budak.

Diam sajalah, budak!

Kamu tak berhak untuk menangis.

Kwang Hoon, ada panggilan.

- Siapa dia? - Dia tak cakap.

Dia cuma mahu cakap dengan Han Kwang Hoon.

Han Kwang Hoon bercakap.

Ya, saya ini wakil keluarga.

Paderi Stefano?

Dia ada di mana?

More Malay subtitles for Endless Love

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left