نخستین 200 خط.
Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -
Saya akan mengambilnya,
tetapi ianya mustahil kerana saya seorang pengecut,
tak berani untuk berbuat apa-apa.
Jika tak, saya akan beri lapah usus orang ini dan beri pada penduduk tempatan.
Penjahat kotor yang tak guna!
Penjahat kejam, pengkhianat, tak berhati perut!
Pembalasan dendam!
Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih. Terima kasih.
Itu dipetik daripada karya Hamlet,
dari beberapa drama yang saya pernah terlibat,
walaupun masih lagi belum mendapat watak utama.
Persembahan kami seterusnya...
dari seseorang yang dah mengabdikan dirinya
kepada kehidupan muzik di bandar ini.
Antara lain, dia adalah penaung Kelab Euterpe,
daripada Orkestra Brooklyn untuk Wanita Bermasalah,
dan juga, sudah tentu, Kelab Verdi kita sendiri.
Mari kita kembali ke masa lampau pada tahun 1850
dan di negeri Alabama.
Penulis lagu terpopular Amerika, Stephen Foster,
telah kehabisan idea.
Dia seorang lelaki yang terdesak.
Tapi tunggu. Apakah ini?
Sekarang. Pelan-pelan.
Lagi.
Malaikat Inspirasi yang dihantar dari langit.
Akhirnya Stephen Foster dapat menulis lagu.
Syabas! Syabas!
Malaikat Inspirasi, menampilkan Puan Florence Foster Jenkins!
Ia berlangsung dengan sangat baik.
Saya tak rasa saya menjiwai watak inspirasi
dengan penjiwaan yang ia perlukan,
tapi ianya satu percubaan yang boleh dianggap baik.
Lebih baik daripada tiada langsung. Tak mengapa.
- Amulet saya, tolong hulurkan. - Gelang lengan.
Masalah salad kentang dapat dielakkan?
Ketika saya bercakap sekarang,
ada pasukan tukang masak yang keluar di merata Manhattan untuk mencari daun kucai.
Tak nak daun kucai. Lepas ni apa pula!
Entahlah, tapi mereka beritahu saya ada perang akan berlaku, Bunny.
Valkyries sila naik ke pentas. Persembahan dah bermula.
Bagaimana dengan sandwic?
Ham dan tomato, timun biasa dan ayam dengan sedikit mustard Dijon.
- Sebenarnya lazat. - Bagus. Bagaimana rupa saya?
Hebat!
Sekarang, pergi. Teruskan, cepat. Awak seorang Valkyrie sangat nakal.
Kita sampai ke acara kemuncak pada malam ini.
Saya perlu beri amaran kepada awak, persembahan yang awak akan saksikan
akan mengejutkan dan menakutkan.
Pertempuran sedang berlangsung. Ribuan anak panah dilepaskan ke udara.
Perisai bertembung dan pedang saling berlaga.
Tapi melayang turun dari awan
datang makhluk yang amat menakutkan.
Tuan dan puan, Kelab Verdi mempersembahkan.
Turunnya Valkyries!
Oh! Oh Tuhan!
Syabas!
Saya amat berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati kecil ini sebagai penghargaan kami.
Oh! Terima kasih. Boleh tak saya buka?
Ya!
Ini sangat cantik. Terima kasih. Terima kasih semua.
Awak tahu, bertahun sudah setelah saya mengasaskan Kelab Verdi,
Saya tak dapat membayangkan saya akan berada di sini pada malam ini,
25 tahun kemudian,
dengan suami tercinta di sisi saya.
Muzik...
Muzik telah, dan, menjadi kehidupan saya.
Muzik memang penting. Terima kasih.
Syabas!
Dan pada masa kegelapan dalam sejarah kita,
dengan tentera berani kita sedang berjuang untuk tamadun kita sendiri,
ia lebih penting daripada sebelumnya.
Jadi saya meminta awak semua untuk terus menyokong kehidupan muzik di bandar ini.
- Selamat malam, Puan Florence. - Hello Kitty.
- Bagaimana persembahan tadi? - Sangat, sangat baik, terima kasih.
Dan kini, Bunny, awak mesti tidur.
Saya tak mahu hari ini berakhir.
Saya tahu, saya tahu.
Pejamkan mata awak.
Hanya jika awak baca puisi untuk saya.
Baiklah.
Saya tak tahu apa sebabnya dua orang dewasa tidak boleh bersatu.
Cinta bukan cinta yang berubah apabila ia mendapati perubahan dalam keadaan,
Atau berubah walaupun kekasihnya tidak setia.
Oh tidak.
Terima kasih, Kitty.
- Selamat malam, En. Bayfield. - Selamat malam.
Minta tolong panggilkan teksi. Terima kasih.
- Terima kasih banyak-banyak. - Selamat malam, tuan.
Selamat pulang, sayang.
- Saya dah mabuk. - Oh. Awak bertuah.
- Bagaimana Florence? - Hebat.
Dan awak?
Saya akan kata saya berikan persembahan yang mencukupi.
Saya harap saya boleh datang.
- Bagaimana drama Augustus? - Oh, teruk.
Habiskan. Saya nak mengajar esok pagi.
Doktor mata dengan nafas berbau dan dua tangan kidal, kedua-duanya suka meraba-raba.
- Saya sayangkan awak, St. Clair. - Dan banyak lagi.
Selamat pagi, Cik Rabbit.
Awak dah baca ulasan itu, Whitey?
Carlton Smith dalam The Musical Courier kata, ianya acara musim ini.
Baguslah tu. Sekarang...
tak. Letakkan ia di atas meja. Saya bangun.
Bunny, itu bukan satu idea yang baik. Malam semalam...
Di atas meja. Tolonglah.
Kita perlu merancang makan tengah hari Verdi.
Oh tidak. Tak, tak, tak, tak, tidak.
Awak tak boleh letakkan Puan James O'Flaherty sebelah baroness itu.
Dia hirup sup dengan bising.
Kemudian mari kita hidangkan ikan salai,
kerana saya rasa Puan O'Flaherty tak boleh menghirup ikan.
Majlis makan tengah hari Verdi sentiasa bermula dengan sup. Awak tahu kan.
Bagaimana boleh kita tak bermula dengan sup? Nanti semua orang akan membantah.
Disebabkan itu, marilah kita meletakkan dia di sini di atas meja kad
antara Encik dan Puan Lewi.
- Sempurna. - Tidak.
Pn. O'Flaherty tak berminat duduk sebelah... Yahudi.
Kita akan letakkan dia antara Putera Galitzer dan Puan Oscar Garmunder.
- Tidak. - Ya. Kedua-duanya pekak.
- Tidak! - Ya!
Maestro Toscanini dah tiba.
Oh.
Charlie, mari minum kopi?
Tolong bawa dia masuk, Kitty.
- Sila masuk. - Terima kasih banyak-banyak.
Arturo. Tak sangka awak datang.
Awak tak keberatan saya datang tak beritahu dulu?
Oh tidak. "Buatlah macam rumah sendiri".
- Saya ada hadiah kecil. - Oh.
Rakaman saya lagu Bell Song dengan Lily Pons.
Oh, Arturo, baiknya awak. Terima kasih.
Awak tahu, kami tak sabar untuk konsert itu.
- Persiapannya berjalan dengan baik? - Sangat baik.
Walaupun terdapat beberapa hal-hal kewangan yang kekal... bermasalah.
Puan Florence, tanpa bantuan awak, kita takkan ada konsert.
Berapa banyak yang dia mahu?
Seribu. Tapi dia berikan saya rekod.
Syabas! Syabas!
Saya tak pernah mendengar suara semerdu itu sejak Caruso.
Dia memang luar biasa kan?
Boleh tak awak bayangkan apa rasanya seperti itu?
Untuk membuat hampir 3,000 orang teruja dengan awak.
Untuk berkongsi penjiwaan yang mendalam.
Ada tak awak nampak Carlo Edwards dari Met?
- Tidak. - Dia duduk di sebelah kanan kita.
Saya dengar khabar dia melatih lagi.
Oh, betul ke, Bunny?
Saya ingin mengambil beberapa kelas dengan dia.
Kemudian saya akan menelefon dia awal pagi esok.
- Saya akan memerlukan seorang pemain piano. - Ya.
Seseorang yang muda. Seseorang... dengan semangat.
- Oh, topi saya. - Tak cukup semangat?
Saya tak suka dengar. Suruh dia berhenti.
Terima kasih! Terima kasih banyak, En. Zeigler.
Terima kasih, En. Zeigler! Terima kasih!
Sangat bagus. Kami akan... Kami akan menghubungi awak.
Terima kasih sekali lagi.
Tuan-tuan, kerusi itu bukan untuk duduk. Awak dah diberitahu.
- Cosme McMoon? - Itu saya, tuan.
Mari.
Maaf.
- Lagu apa yang perlu saya mainkan? - Saya tak kisah.
Selagi ia tak terlalu kuat.
Indahnya.
Lagu apa yang dia mainkan?
Lagu Saint-Saëns apa entah.
Ya.
Awak tahu...
Awak tahu, ketika saya... ketika saya berumur 16 tahun,
ayah saya beritahu saya, jika saya tak tinggalkan muzik
dan berkahwin dengan seorang pegawai bank membosankan,
dia akan memotong saya dari pewaris harta.
Itu betul.
Maaf. Tak mengapa, teruskan, En. McMoon.
Sudah tentu, dia tak memahami pemuzik.
Kita lebih suka tanpa roti daripada Mozart, betul kan?
Ia bukan satu pilihan untuk kita.
Sudah tentu, dia memotong nama saya,
tapi saya dapat sebuah pangsapuri kecil di Philly
dan saya buat bekerja mengajar piano untuk kanak-kanak.
Dan kami akan bermain The Swan dan...
itu kegemaran saya.
Wow. Cerita yang hebat.
Ya, betuk kan?
Sudah tentu, dia akhirnya menyesal dan kemudian memasukkan nama saya kembali dalam wasiat.
Ya.
Saya harus katakan, saya rasa awak benar-benar sesuai.
Saya ada beritahu tak saya juga menggubah lagu?
- Dan dia juga menggubah. - Ya, saya pasti dia menggubah.
Awak tahu, masih ada beberapa calon lain untuk didengar, Bunny.
Sedikit lagi.
- Awak kenal tak mereka? - Saya kenal.
Mereka semua agak... berat tangan, Saya rasa.
Bedebah itu.
Puan Florence kesal dia tak dapat mendengar apa-apa lagi calon hari ini.
- Sukar dipercayai. - Saya berlatih di Juilliard...
Saya minta maaf.
- Mengapa? - Awak bukan jenis yang dia minat.
No comments yet. Be the first to leave one.