نخستین 200 خط.
Saya dalam perjalanan.
Baiklah, Faye. Saya nak keluar.
Awak nak keluar?
Ya, saya dah nak pergi sekarang.
Saya dah simpan tempat duduk terbaik untuk awak.
Semuanya okey?
Ya, saya perlu bercakap dengan awak tentang sesuatu...
sebelum awak pergi.
Tentang apa?
Semuanya.
Apa yang awak cakapkan ini?
Kawan...
polis dah jumpa mayat Mouse.
Maaf.
Awak dengar apa saya cakap?
Saya ingat awak beritahu saya yang Laurie bunuh Mouse, bukan?
- Laurie? - Apa...
Saya tak pernah cakap begitu. Apa yang awak cakapkan?
Ya, awak tahu, Laurie?
Pengedar dadah yang tinggal di kompleks apartmen di luar Kemper.
Awak yang beritahu saya dia bunuh Mouse.
Saya tak pernah cakap begitu.
- Ya, awak pernah cakap. - Apa yang awak cakapkan?
Awak khayalkah?
Awak tahu Laurie dan semua orang jahat itu...
mereka menakutkan saya, kenapa awak nak melindungi mereka?
Saya tak melindungi sesiapa pun. Apa semua ini?
- Jadi awak bekerja untuk Laurie? - Hei, tak!
Jadi apa kata awak diam saja?
Okey, kenapa awak cuba sembunyikan pembunuhan yang dia lakukan?
Baiklah.
Dah tiba masanya awak keluar dari sini, kawan.
Kawan, kita kena fikir apa yang kita nak cakap.
- Okey, ini dah jadi satu masalah. - Tunggu, Ash.
Tunggu, Ash! Jangan!
Awak pernah fikir tentang masa depan?
- Ya, sepanjang masa. - Betulkah?
- Ya. - Awak ada rancangan?
Saya tiada rancangan sebenar...
tapi saya ada berfikir untuk tinggal di ladang.
Saya tak nampak awak sebagai seorang peladang.
Ya, saya serius.
Bela beberapa ekor kuda, lembu, khinzir, ayam, kambing.
Ada sebuah keluarga yang kecil.
Macam dalam drama Little House on the Prairie .
Saya tak rasa saya tahu rancangan itu.
Awak tak pernah dengar tentang Little House on the Prairie?
Okey, mungkin bunyinya agak gila...
tapi rancangan saya adalah saya nak ada...
3 orang anak pada usia 30 tahun.
Setiap seorang selang setahun setengah.
Jadi dari 30 hingga 58 tahun...
saya boleh fokus untuk jadi seorang ibu yang baik...
besarkan anak-anak saya dan sebagainya.
Kemudian, hantar yang bongsu ke kolej pada 58 tahun.
Jadi saya ada 32 tahun...
untuk fokus kepada diri saya, menikmati hidup saya...
dan luangkan masa saya dengan menulis.
Awak memang dah tahu apa yang awak nak, bukan?
Ya, agak gila, bukan?
Mereka ada tiga orang anak dalam rancangan itu.
Jangan lupa adab kamu.
Walaupun kita berada beratus batu daripada orang bertamadun.
Kalau awak tinggal di tempat begini, awak fikir awak akan ada pistol?
Tentulah saya akan ada pistol.
Saya benci senjata api.
Tiada sesiapa yang pernah ditembak dan fikir...
"Nasib baik kita tiada pistol untuk tembak semula," faham?
Ya, tapi kalau begitu, apa gunanya ada polis?
Manalah saya tahu. Oh, Tuhan.
Tunggu, awak guna Instagram atau Twitter?
- Tak. - Betulkah?
- Ya. - Kenapa?
Kenapa saya nak biar orang lain tahu apa yang saya fikir atau rasa?
Entah, awak boleh berhubung dengan orang yang ada minat yang sama.
Saya rasa macam orang berkongsi terlalu banyak di situ.
- Dalam talian? - Ya.
Mereka akan merosakkan misteri.
Katakanlah saya suka seorang gadis...
saya nak tahu tentang diri dia dengan keupayaan sendiri.
Saya tak nak cari tentang dia di Google.
Saya nak kenal sikit demi sikit.
Ya, tapi kenapa awak nak buang masa mengenali seseorang...
kalau awak tak mempunyai apa-apa persamaan dengan mereka?
Saya tak tahu.
Tapi itulah yang saya paling suka tentang awak...
kita tak mempunyai apa-apa persamaan.
Itu tak benar.
Kita suka jenaka yang sama, empati, ingin tahu...
dan akan mempunyai anak-anak.
Itu bukan minat...
itu ialah perwatakan sebenar.
Itulah perkara penting orang tak siarkan dalam talian.
Ya, saya tak pernah terfikir tentangnya seperti itu.
Bukankah awak gembira kita berkawan?
Ya, sangat gembira.
Ya, saya juga.
Hei, Lexi!
Ia berjalan lancar! Mereka ketawa tak kering gusi.
Ya, jangan terlalu bangga, okey?
Saya dah simpan tempat duduk terbaik untuk awak.
Oh, Tuhan.
Poster Drama Kehidupan Kami
Saya ada seribu versi diri saya.
Saya nampak saja okey, tapi sebenarnya saya rasa...
Lexi, awak benar-benar hebat.
Manalah dia dapat semua pelakon ini?
Alamak.
Saya tak tahu yang adik saya ada bakat terpendam.
Kerja yang bagus, bukan?
Bukankah dia berani?
Dia berada di atas ini, membongkar semua traumanya.
Saya tak tahu betapa sukarnya hidup awak, Lexi.
Boleh kita beri tepukan gemuruh atas kesukaran hidup Lexi?
Ayuh, kawan-kawan.
Saya tahu mereka penggal kepala wanita...
di Afghanistan atau di mana saja.
- Itu berbaur perkauman! - Oh, Tuhan.
Ia taklah seteruk hidup dalam bayang-bayang saya.
Hei, ini sebahagian daripada drama itu?
Ini sebahagian daripada drama itu?
Saya tak tahu.
- Lexi? - Namanya Lunalah.
Ini sebahagian daripada drama itu, Lexi?
- Ayuh. - Tolong berhenti.
Ini persembahan awak. Marilah keluar.
- Awak bintang besar hari ini. - Alamak.
- Cassie, tolong hentikan. - Awak bintang malam ini.
- Dia sentiasa nak menjadi bintang. - Teruskan, Lexi!
Ini ialah saat penting awak. Jadi bersinarlah!
Tolong berhenti.
Saya patut berhenti? Saya?
Bukan saya yang buat pementasan untuk aib dan malukan awak!
- Saya tak buat begitu. - Betulkah?
Jadi apa semua ini?
- Kita dalam babak apa? - Jangan persoalkan.
Itulah kebijaksanaan Lexi Howard.
Hai, semua.
Saya Suze.
- Ibu mereka dalam kehidupan sebenar. - Oh, Tuhan.
Dimainkan oleh Ethan.
Di mana dia? Ethan?
- Dia... - Hai.
Awak dah buat dengan cemerlang, sayang.
- Terima kasih, saya menghargainya. - Dia patut menang anugerah.
Sayang, mari pulang.
- Saya layak terima semua ini, bukan? - Oh, Tuhan. Tolonglah, mak.
- Saya layak terima semua ini? - Mak, berhenti!
- Kamu yang patut berhenti. - Lexi, saya akan bunuh awak.
Saya layak terima semua ini, bukan?
Kerana saya benar-benar menikmati hidup saya?
- Mak? - Saya yang ambil risiko.
Tunjuk payudara awak!
Saya yang jatuh cinta.
Saya yang patah hati! Bukan awak, Lexi!
Awak tak pernah hidup pun.
Itulah sebabnya awak boleh berdiri di sini...
dan menilai kami semua!
Awak hanyalah seorang pemerhati.
- Baiklah. - Mak, berhenti!
Okey.
Kalau itu menjadikan saya jahat...
jadi biarlah.
Saya boleh jadi jahat.
Ya, lakukannya!
Lexi.
Adakah ini babak di mana saya rampas Jake daripada Marta?
Tak, Cassie, itu tiada dalam drama.
Ia dah ada sekarang.
- Siapa yang cakap begitu? - Saya nak cakap yang saya faham.
- Saya tahu apa yang awak alami. - Oh, Tuhan.
- Saya tak nak dengar daripada awak. - Saya pun mengharunginya juga.
Tunggu, Hallie rampas teman lelaki Marta?
Entah berapa kali saya perlu ulang. Mereka tak bersama ketika itu.
Ya, bukan itu saja, tapi dia meniduri Jake...
sepanjang masa Marta cakap dia nak berbaik dengan Jake semula.
- Biar betul? Kenapa? - Sebab Hallie talam dua muka.
- Kenapa lagi? - Saya bukan talam dua muka.
Awaklah!
Awak memang dungu!
- Saya tak dungu! - Hei, cukup!
Jaga mulut awak!
Okey, dengar sini?
Kamu cuma malukan diri sendiri. Mari pulang ke rumah.
Saya tak nak pulang. Pementasan ini belum tamat.
Oh, Tuhan.
- Saya rasa mual. - Mak, ini tak adil!
- Bukan salah dia, dia penulis! - Ini tak adil, mak.
Kenapa dia tergamak buat begini?
325 dolar untuk limau gedang? Kita di mana ini, Venezuela?
- Lexi, saya akan bunuh awak! - Okey, cukup!
Okey, saya tak tahu. Saya tengah panik.
Pergi sajalah.
- Tak guna... - Okey, berhenti!
Oh, Tuhan! Ya, begitulah!
Oh Tuhan, saya suka berasmara dengan apa saja.
Tidak!
Saya akan bunuh awak! Turun dari kuda ini.
- Turun! - Apa awak buat ini?
Perempuan tak guna!
No comments yet. Be the first to leave one.