Secret Garden

Secret Garden (시크릿 ê°€ë“)

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Secret Garden S01 1080p NF WEB-DL DD 2 0 H 264-8CLAW
ناشر singyurl

برچسب‌ها

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
تاریخ انتشار: 2022-05-10
تعداد دانلود: 73
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Pernahkah awak dengar istilah "Musim Panas India"?

Ia adalah musim panas singkat yang muncul pada penghujung musim luruh,

sebelum tiba musim sejuk.

Waktu ini, orang India pergi memburu untuk persediaan musim sejuk.

Sebab itulah, ia dianggap sebagai anugerah daripada tuhan.

Kami berharap hujan akan turun pada Musim Panas India akan datang.

Adakah hujan akan turun bersama anugerah dari tuhan?

Tetapi sama ada ia sebuah anugerah atau cuma sebuah gurauan,

kita tidak akan tahu sehinggalah hujan turun, betul, Ju Won?

Apakah itu?

Siapakah itu?

Dia ialah ahli keluarga saya,

lebih kurang seperti seorang adik.

Dia seorang yang tidak berguna.

Jika saya beli kereta sport, dia akan beli tempat parkir kereta.

Jika saya beli kapal,

dia akan beli tempat berlabuh sekitarnya untuk menunjuk-nunjuk.

Nanti awak akan kata kepada saya, awak tidak guna!

Tetapi dia adalah seratus kali lebih teruk dari saya.

Apa?

Apa yang awak katakan ini?

Saya tidak akan pernah buat begitu kepada awak.

Chae Rin, adakah terlalu susah untuk awak?

Tidakkah awak faham?

Maksud saya, mari berpisah.

Saya tidak mahu berjumpa dengan awak lagi.

Apa?

Kalau begitu, ciuman tadi untuk apa?

Ciuman selamat tinggal.

Saya mahu kekal dalam ingatan awak hingga ke saat akhir...

sebagai seorang lelaki yang manis.

Pergi, awak tidak guna!

Datuknya merupakan ketua syarikat itu.

Ayahnya mengusahakan sebuah hotel,

dan dia baru sahaja tamat belajar di luar negara...

dan mahu menjadi pengarah CF.

Cik Yoon Seul.

Jadi, awak suka Edouard Manet?

Saya jangka tiada orang akan merancang pertemuan dalam muzium.

Dengan cara ini, saya tidaklah membazir masa.

Apa maksud awak...

Saya boleh tahu sifat seseorang daripada cara dia berjalan...

bagaimana seseorang itu berbudaya daripada minatnya dalam seni...

sama ada dia lebih sesuai untuk sebuah muzium atau sebuah bar,

sama ada minyak wanginya mempunyai bau yang ringan atau kuat.

Saya boleh tahu segala-galanya.

Mahu minum?

Terlalu ringan?

Awak boleh tinggalkan saya jika berasa tidak selesa.

Demi ibu dan ayah kita...

Tidakkah awak rasa tidak sesuai di sini?

Tidak sesuaikah?

Walaupun kita menjalani hidup yang dicemburui ramai...

kita juga perlu melakukan pengorbanan.

Sebuah perkahwinan memang indah tetapi tanpa cinta,

saya tidak tertarik.

Saya terlalu bersungguh- sungguh...

untuk menjadi seorang anak yang taat.

Jadi awak mengatakan yang awak tidak suka perkahwinan yang diatur?

- Ya. - Mengapa?

- Apa? - Kekayaan, cinta...

membawa makna yang besar kepada ramai orang.

Walau bagaimanapun,

untuk dibutakan dengan apa yang dipanggil hormon cinta...

kepada latar belakang keluarga, pendidikan dan kebolehan,

dua orang yang tidak bersefahaman tidak boleh berkomunikasi...

kecuali apabila mereka berciuaman. Adakah awak rasa itu benar?

Mungkin...

Awak sangat naif, saya sangat terkejut.

Tetapi, jika awak jenis perempuan yang memilih...

orang yang bodoh berbanding seorang putera,

saya juga tidak berminat.

Patutkah saya beritahu keluarga saya bahawa saya telah ditolak?

Baiklah, mari buat begitu.

Oh, ya.

Pameran Manet...

akan diadakan pada bulan depan.

Hei, Encik Ju Won Kim.

Benarkah?

Ya.

Tiada lelaki yang menang dalam pertarungan,

"pertemuan yang dirancang" saya.

Tetapi, dia hanya berjalan pergi, sangat dingin...

sangat menawan!

Ringkasnya, saya telah ditinggalkan!

Akhirnya saya jumpa orang yang setanding.

Sejujurnya, walaupun kita dapat keluar, saya bimbang...

Awak fikir dia tahukah tentang awak dan Oska?

Adakah awak mahu dia tahu?

Jika dia tahu, adakah dia akan datang?

Minum teh awak.

Awak tahu, sebuah kedai ruang VIP adalah tempat kegemaran.

Malah kopinya juga rasa berbeza.

Inilah dia,

Cik Pengikis Harta.

Apa?

Cik Pengikis Harta.

Jika saya Cik Pengikis Harta, awak pula siapa?

Saya?

Perempuan Materialistik!

Cuba tengok mereka...

Barang berjenama dicipta untuk digunakan bukan untuk ditayangkan.

Oh, apakah itu?

Siapa?

Tatu naga! Naga!

Hei, pegang Bokyoun dengan kuat!

Hei, apa awak mahu buat?

Kedai ini akan jadi milik saya tidak lama lagi.

Dia tukarkan jadi pasar tempatan murahan. Bagaimana saya boleh tahan?

Sebagai seorang bakal pemilik, saya akan memberikan dia pengajaran.

Hei awak!

Di sini!

Sebentar.

Bagaimana saya boleh membantu awak?

Bagaimana boleh tiada pengawalan untuk kemasukan ke ruang ini?

Bukankah memerlukan jumlah perbelanjaan tahunan minimum...

100 Juta Won untuk masuk ke ruang VVIP?

Apabila orang datang masuk, tidakkah awak semak identiti mereka?

Ya, Puan.

Awak penipu!

Awak tidak periksa identiti saya.

Ini kerana kami semua mengenali awak.

Adakah awak bercakap tentang saya?

Berikan saya kunci.

Tiada gunanya membuatkan perkara menjadi susah untuk orang lain.

Saya pergi dahulu.

Terima kasih atas kopi itu, jumpa lagi!

Kami membelanjakan wang di sini dan awak pula minum kopi.

Siapa nama awak?

Saya benar- benar minta maaf.

Saya yang bersalah.

Ke mana awak mahu pergi?

Ini bukan hari yang bertuah untuk kita.

Cuba jangan timbulkan masalah besar, boleh?

Awak perlukan tag nama itu semula!

Jangan masuk campur.

Apa yang saya perlu lakukan hanyalah minta maaf,

Bukan susah pun. Betul.

Tetapi mengapa awak perlu buat begitu?

Apakah salah kita? Mengapa memohon maaf setiap masa?

Hei, hei.

Oh, beg saya! Tolong! Beg saya!

Tolong! Dia ambil beg saya!

Tolong!

Tahukah awak berapa harga beg itu?

Saya minta maaf, Puan, saya sedang melindungi Bokyoung.

Senyap! Berikan anak saya!

Adakah awak sebahagian dari geng itu?

Betul itu, awak sebahagian dari mereka!

Bayar ganti rugi beg saya!

Hari ini hari yang tiada tuah!

Sila tunggu di sini.

Beg saya...

Saya sedang mengelap hidung bayi saya lalu mereka muncul...

dan berlari ke sana.

Adakah awak mahukan beg awak semula?

Di mana awak membelinya?

Ini dia!

Adakah ini awak punya?

Periksa jika ada barang yang hilang.

Saya menolong kawan awak untuk dapatkan semula begnya.

Jadi, mari kita lupakan apa yang berlaku di ruang VVIP sebentar tadi.

Sila serahkan tag nama itu.

Saya tidak menyimpannya.

Saya yakin awak ada.

Saya telah membuangnya.

Buang?

Awak boleh carinya dalam tong sampah di pintu masuk.

Hei.

Tong sampah apa?

Sama ada seorang yang membelanjakan 100 Juta Won di kedai,

atau seseorang yang datang untuk minum kopi kerana seorang kawan,

patut tahu yang tong sampah itu kotor.

Siapa yang membuangnya perlu mengambilnya semula!

Baiklah.

Baiklah, saya bukanlah orang yang tidak munasabah...

jadi, anggap sahaja sudah sama rata.

Sudah terlambat!

Saya yang tidak munasabah!

Apa yang awak lakukan?

Lepaskan saya!

Carinya!

Bukan tong sampah yang ini.

Jadi, pergilah carinya!

Yang mana satu?

Ambil.

Ambil ini, saya perlu pergi.

Sampah?

Adakah awak gila? Apa yang awak lakukan?

Sekarang ia lebih menyerupai sebuah tong sampah.

Apa kena dengan dia?

Hebat sekali!

Saya tertanya- tanya siapakah dia...

Hei!

Cut! Okey!

Saya sangat letih!

Apakah tempat ini? Sangat kotor!

Pengarah, adakah saya kelihatan hebat?

Apa gunanya kelihatan hebat? Awak perlu kelihatan cantik!

Itu sahaja yang awak perlukan sebagai seorang artis.

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left