نخستین 200 خط.
CAPTIVATING THE KING
Sudahlah.
Kamu fikir
itu akan menghalang Tuhan daripada menghukum beta?
Hukum tuanku?
Kenapa tuanku mengarut sebegitu?
Kamu tak tahu…
betapa besar dan beratnya dosa yang beta sembunyikan.
Sudah tiba masa untuk beta akui kesalahan beta…
dan terima hukumannya.
EPISOD 12
Umumkan ketibaan beta.
Tuanku Paduka Ratu.
Baginda Raja datang.
Selamat datang, tuanku.
Anakanda risau bonda takut akan guruh, jadi anakanda datang jenguk.
Nampaknya sia-sia saja anakanda risau.
Bonda yang tertua dalam kerabat diraja,
jadi tak patut
jika bonda buat kecoh kerana petir dan guruh saja.
Bonda.
Pokok pic di Taman Diraja
telah disambar petir.
Bonda tak tahu pula itu berlaku.
Tentu Inang Han tak beritahu bonda sebab risau bonda terkejut.
Petir menyambar di dalam istana adalah petanda besar,
tapi baguslah tiada sesiapa yang cedera.
Anggaplah itu nasib baik.
Bonda benar-benar rasa itu nasib baik?
Mendiang kakanda yang pilih pokok pic itu sendiri.
Bonda rasa kenapa Tuhan takdirkan pokok itu disambar petir?
Anakanda khuatir
anakanda menentang kehendak Tuhan
dengan menaiki takhta.
Merepeklah!
Kenapa anakanda lemah semangat?
Bonda.
Bonda tak takut?
Bonda patut takutkan apa?
Betulkah tiada apa-apa yang buat bonda rasa berat hati?
Kata-kata anakanda lebih pelik daripada kejadian petir itu.
Kejadian ini akan buat orang resah,
tapi anakanda tak sepatutnya jadi yang pertama resah.
Tabahkan hati.
Anakanda cuma tanya kerana sedang susah hati.
Jangan terlalu memikirkannya.
Ampun, tuanku.
Semua orang fikir beta meracuni kakanda beta sehingga mati.
Kamu tahu…
siapa yang meracuni kakanda beta sampai mati, bukan?
Patik akan minta…
mereka hantar ubat baharu.
Tak perlu.
Hari ini, kamu balik saja.
Baiklah, tuanku.
Beta sepatutnya dah tebang pokok pic itu
dan bakar saja dari dulu lagi.
Kenapa baginda menggigil ketakutan hanya kerana pokok pic?
Baginda menganggap pokok itu
sebagai dirinya sendiri.
Sebab itu baginda berusaha untuk selamatkan pokok itu.
Jangan merepek.
Ini kerana baginda tiada pewaris yang akan mewarisi takhtanya.
Jika baginda ada anak lelaki dengan Permaisuri,
tentu baginda takkan goyah dengan hal kecil begini.
Nampaknya mencari permaisuri baharu lebih penting daripada mencari isteri
bagi Putera Munseong.
Betul cakap tuanku.
Biar patik yang laksanakan.
Biasanya juga
khabar angin tentang Baginda Raja tersebar luas.
Dengan kejadian kali ini,
khabar angin akan lebih tersebar.
Pokok pic adalah salah satu kelemahan baginda.
Jangan ungkit tentangnya waktu bersidang esok
dan biar ketua menteri yang uruskannya.
Baiklah, Tuan Park.
Yang Mulia apa khabar sekarang?
Sakit Permaisuri lebih teruk daripada jangkaan,
dia mencari cara untuk mengubatinya.
Saya dengar dia juga takkan menghadiri persidangan esok.
Paduka Ratu pun resah.
Saya akan bercakap dengan kamu nanti
tentang urusan perkahwinan.
Baiklah, Tuan Park.
Selamat jalan, tuan.
Abang.
Apa maksud Ketua Utama? Urusan perkahwinan?
Nampaknya keluarga kita akan ada permaisuri
selepas satu abad menunggu.
Apa?
Jadi urusan perkahwinan itu
bermaksud mencari permaisuri baharu?
Jangan beritahu sesiapa.
Baiklah, abang.
Semalam,
ada kejadian aneh, pokok pic terbakar di Taman Diraja.
Ini petanda…
untuk beta betulkan keadaan.
Apa pendapat kamu semua?
Tuanku.
Boleh patik jawab soalan tuanku?
Jawablah.
Tuanku.
Patik gagal melaksanakan titah tuanku untuk selamatkan pokok pic
sehingga ia disambar petir.
Jelas sekali Tuhan nak hukum patik
atas kecuaian patik.
Maka, hukumlah patik
atas kesalahan patik mengikut pertimbangan tuanku.
Myung-ha.
Kamu mengaku kesalahan kamu
dan menghadap beta untuk bertanggungjawab.
Beta kagum.
Hukuman itu sudah memadai, tak perlu tunggu hukuman beta.
Tuanku.
Ampunkan patik.
Sudah jelas dia berbuat salah,
kenapa tuanku tak hukum dia?
Aduhai, Pegawai Negeri Kanan.
Kamu benar-benar fikir Tuhan murka
dan memanah petir untuk hukum seorang Bentara Keenam saja?
Bukan itu maksud patik, tuanku.
- Namun… - Jika perlu minta dijatuhkan hukuman
kerana takutkan Tuhan,
jemaah menteri sepatutnya minta dulu
dan beta, Raja,
tiada alasan untuk mengelak hukuman itu juga.
Tuhan turunkan bencana
untuk beritahu beta, Raja, bukan Kim Myung-ha.
Bukankah begitu, Ketua Utama?
Benar kata tuanku.
Jika patik boleh beri pendapat, patik percaya Tuhan panah petir
untuk berikan amaran kepada tuanku kerana Dia menyayangi tuanku.
Patik, Inspektor Jeneral Kim Je-nam.
Izinkan patik cakap sesuatu.
Beta mendengar.
Ambil iktibar atas kejadian ini untuk selesaikan masalah
yang membinasakan negara dan menyeksa rakyat kita.
Setelah itu, barulah bencana yang menimpa akan bertukar menjadi rahmat.
Inspektor Jeneral, kata-kata kamu…
sedap didengar.
Dengarlah, Ketua Bentara.
Ya, tuanku.
Sampaikan titah tuanku.
Setiap jabatan perlu siasat semua masalah dengan terperinci,
cari penyelesaian dan laporkan kepada beta.
Ini melibatkan semua orang,
daripada pengawal sehingga pegawai paling bawah, budak suruhan.
Faham?
- Ya, tuanku! - Ya, tuanku!
Dengarlah, Pegawai Negeri Kiri.
Senaraikan nama pesuruhjaya diraja khas
yang akan siasat
bekas dan pegawai semasa atas penyelewengan dan ketamakan.
Menjunjung titah, tuanku.
Choam.
Tunggu sebentar.
Awak panggil saya?
Saya terlambat menyapa awak.
Tahniah kerana menjadi Inspektor Jeneral.
Pada hari begini,
saya tak tahu nak berterima kasih atau tak atas ucapan tahniah itu,
tapi saya terharu dengan kebaikan awak.
Kita tetap perlu raikan apa yang patut.
Saya bercadang untuk adakan perjumpaan dengan awak nanti.
Bila awak lapang?
Maaf,
tapi rasanya tak boleh.
Baginda Raja dah lantik saya sebagai Inspektor Jeneral.
Saya tak boleh pergi ke rumah pegawai berpangkat tinggi tanpa alasan.
Selain itu,
selepas ini, tolong elakkan panggil saya sebagai Choam.
Panggilan itu
cuma untuk kawan-kawan saya.
Tuan Guru.
Benarkan Tuhan panah petir untuk membinasakan negara?
Bagi tuanku,
apa pendapat tuanku?
Pendapat beta,
beta tak fikir Tuhan begitu kejam.
Namun, beta risau.
Pokok pic yang mendiang ayahanda beta tanam hangus terbakar.
Tentu Baginda Raja berduka.
Beta tak pasti cara menenangkan hati baginda.
Tuanku.
Tuanku tak takut akan baginda?
Tentulah takut.
Macam waktu beta buat salah menentangnya sebelum ini.
Biasanya baginda langsung tak menakutkan.
Beta ada terdengar kata-kata dayang
bahawa baginda akan menyakiti beta suatu hari nanti.
Meskipun tuanku dengar semua itu,
tuanku tetap tak takut?
Baginda Raja yang beta kenal takkan sesekali buat begitu.
Baginda juga melindungi Myung-ha.
Tuanku.
Lihatlah. Benar cakap beta, bukan?
Baguslah Putera percaya Baginda Raja.
Permusuhan terhadap baginda
No comments yet. Be the first to leave one.