نخستین 200 خط.
Saya lindungi awak.
Jaga sini!
Tidak. Jangan datang dekat.
Ya, entahlah.
Rupanya Katie dah ada orang lain tapi tak apalah.
Saya tak nak gangguan semasa di sana nanti.
Saya perlu fokus. Ini peluang saya.
Ada rokok lagi?
- Kalau mak nampak kita… - Kita berdua akan kena.
Andy, ayah mahu…
Ayah mahu kamu tahu ayah bangga dengan kamu, okey?
Kamu berpeluang berbakti
dan itu memang hebat.
Apa khabar, Briggman?
Apa khabar, Rayburn?
Awak tergoda dengan saya, ya?
Ya, sikit. Wah.
BERDASARKAN KISAH BENAR.
Awak boleh lalu.
LEMBAH KANDAHAR, 2009
Jadi ini rasanya bekerja di Jabatan Pengangkutan.
Kita baru periksa mereka tiga hari lalu.
- Minggu lepas juga. Orang yang sama. - Leftenan mahu periksa biometrik penuh.
Calit pipi juga.
Tapi nanti kita akan lepaskan mereka juga.
Kita tak boleh tahan sesiapa. Kita tak boleh tembak sesiapa.
Angkat tangan.
Cepat, angkat tangan.
Apa dia cakap? Berhenti? Jangan sampai kami berkasar.
Aduh, Briggman.
Baik, sudah! Briggman.
Saya kata sudah!
Awak nampak macam Terminator kalau pakai kaca mata gelap.
Sebab itu awak buat mereka takut.
Awak pun satu.
Tengok sana. Nampak budak-budak itu?
Angkat tangan kanan awak.
Gerakkan ke kanan dan ke kiri.
Sekarang senyum.
Betul. Lambai dan senyum.
Lambai dan senyum.
Senang saja mahu ramahkan diri, bukan?
Rasa macam ratu cantik pula.
Apa awak cakap, Rayburn?
- Tak ada apa, Staf Sarjan. - Tahu pun.
Saya akan pergi beri mereka gula-gula. Awak tahu kenapa?
Sebab saya berhati mulia.
Salam sejahtera ke atasmu.
PANGKALAN OPERASI HADAPAN FLINTLOCK
TIGA MINGGU KEMUDIAN
Terima kasih.
Awak dah dengar berita
kita ada tugasan berkawal lagi esok?
Ada perjumpaan dengan ketua kampung siapa entah?
Pertemuan pemimpin tempatan lagi?
Si leftenan itu minum teh lebih banyak daripada Ratu Elizabeth.
Kalau Sarjan Wallace tengok kita sekarang, dia mesti akan tergelak, bukan?
Tapi dia tak ada sekarang.
PERANG SAUDARA AMERIKA
Perang Saudara. Menarik.
- Selamat pagi, Sarjan. - Semua orang dah ada?
Nama saya Staf Sarjan Deeks.
Mungkin ada yang fikir saya menggantikan Sarjan Wallace.
Saya sudah cukup lama kerja begini. Kita tak boleh gantikan orang.
Saya cuma mahu memimpin, itu saja.
Saya pernah menyertai tiga misi tempur.
Saya bergerak pantas. Saya tak main-main.
Saya mahu awak semua pun begitu.
Sarjan.
Tuan, taklimat misi esok.
Benda bodoh biasa saja.
Yakah?
Kita hanya tercatuk macam patung.
- Leftenan minum-minum saja. - Betul.
Ya.
- Nama awak Coombs? - Ya, Sarjan.
Awak keluar.
Awak keluar.
Pergi minum tuak atau apa.
Ini misi kita.
Picu telefon bimbit disambung dengan bom lama Rusia.
Orang yang buat ini bertanggungjawab
untuk kematian 24 askar Amerika sepanjang 12 bulan lepas.
Sekarang, semua bajingan ini
sedang bersembunyi dalam kawasan operasi kita.
Selagi kita tak jumpa mereka,
seorang lagi askar Amerika berisiko akan mati berkecai.
Macam Sarjan Wallace dulu.
Siapa nak berbakti di sini?
Itu bukan soalan retorik. Siapa nak berbakti di sini?
Saya!
Bagus.
Saya janji dengan awak semua.
Kalau awak setia dengan saya,
saya jamin setiap seorang daripada awak
akan berpeluang menjadi wira.
Untuk berbakti di sini.
Menempa sejarah
dan bukan sekadar membacanya dalam buku saja.
Cepat sikit! Keluar!
Ayuh! Cepat keluar!
Awak buat apa?
Membuat kawan, Sarjan.
Jangan buat begitu. Kampung ini mencurigakan.
Faham, Sarjan.
Baik, semua. Apa pelan kita?
Kita mesti tunjukkan kekerasan.
- Tunjukkan kekerasan? - Ya, tuan.
Dia seriuskah?
Saya pun tak faham dengan dia, Sarjan.
Pernah memburu, Briggman?
Ya, ayah saya selalu bawa saya. Dulu dia Tentera Laut.
- Ya? - Ya.
Pernah masuk misi tempur?
Tidak, dia kerja kerani.
Baik. Jadi apabila ayah awak ternampak rusa,
dia terus rempuh dengan trak dia?
Tidak, itu akan menakutkan buruan.
Briggman, awak ikut saya.
Selamat pagi, bodoh.
Apa awak nak buat?
Tuan buat apa?
Membuat kawan!
Alamak!
Cepat gerak sebelum tembakannya kena.
Siapa nak berseronok?
Weppler, Coombs, masuk bilik belakang!
- Dia kata tak ada penembak! - Briggman, tahan orang itu!
Tolong melutut.
Encik, melutut sekarang!
- Briggman, kawal sikit! - Melutut!
Melutut sekarang! Saya kata…
Jangan bangun!
Awak bagus tadi, Briggman.
Saya ambil bom tangan pegun dan saya tarik picu.
Saya jatuhkan dalam tandas itu.
Biar betul?
Brendan, si mangsa tak bersalah itu
meluru keluar dari tandas sambil meraung-raung.
Apabila polis tentera datang, mereka terus garikan dia
sebab mereka ingat dia mengganas sebab gila.
Sarjan…
Siapa itu, ayah?
Ini kawan baru ayah.
Siapa nama dia?
Nama saya? Saya Pegawai Briggman.
Nama saya Andrew.
Andrew, kawan ayah ini ada berita penting untuk ayah.
Ayah kena pergi, ya?
Tapi ayah telefon esok, okey?
Boleh, sayang?
Okey, ayah. Sayang ayah.
Sayang kamu juga. Selamat tinggal.
Maaf saya masuk tiba-tiba, Sarjan.
Saya senaraikan serangan bom mengikut tarikh dan lokasi.
Kenapa awak tak hisap ganja dengan anggota lain?
Apa? Saya tak tahu apa-apa pun.
Awak tak tahu apa-apa?
Traktor tengah-tengah kem?
Asap berkepul dari hac?
Saya tak…
Saya mahu cakap dengan tuan.
Saya sedang mendengar.
Saya ada penilaian kenaikan pangkat.
Awak nak saya jadikan awak ketua pasukan.
Ya.
Ada enam orang lain yang mahu jawatan itu.
Awak mahu itu?
Yakinkan saya.
Hei, mana Brig? Sudah setengah jam dia pergi.
- Apa nak buat? - Buka pintu.
Matilah kita…
Selamat malam, semua. Sedang buat apa?
Ini tak bagus.
Jumpa kawan saya, Darwesh, di kem ANA.
Dia akan beri ganja lebih bermutu.
Apa dia kata?
- Tolong beri deodoran? - Ya.
Ini dia.
Saya ingat nak tambah cacah lagi.
- Ya? - Gambar tengkorak di sini.
- Ya? - Ya.
Cacah "Masukkan batang di sini" pada punggung awak.
Ya?
Awak tahu apa maksudnya?
Tengkorak atas kaki Deeks itu?
Yang merah dari Iraq. Yang biru dari Afghanistan.
Takkan tak faham lagi?
Apa maksud awak sebenarnya?
Dia dah bunuh dalam 12 orang?
Kita tak boleh menang perang dengan mengikat tangan saja.
Saya bertugas dengan Deeks di Ramadi.
Satu hari, dia bertugas di pemeriksaan. Skuad senjata automatik.
Ada sebuah kereta mendekati dia penuh dengan orang Arab.
- Maksud awak, gerila Arab? - Bukan.
Satu keluarga.
Mak, ayah, ada anak kecil.
Mereka tak nak berhenti, jadi…
Teruknya.
Awak ingat teruk?
No comments yet. Be the first to leave one.