نخستین 181 خط.
MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN
Masa.
Ruang angkasa.
Realiti.
Bukan sekadar laluan linear.
Malah satu prisma dengan kemungkinan yang tak berkesudahan,
dengan satu pilihan boleh bercabang menjadi realiti tak terbatas,
mencipta dunia alternatif daripada dunia yang kita tahu.
Akulah Watcher.
Akulah jurupandu melalui realiti baru yang luas ini.
PRODUKSI MARVEL STUDIOS
Ikut aku
dan renungkan persoalan...
"Bagaimana jika?"
Dr. Bruce Banner, manusia yang tersembunyi di dalam Hulk,
jatuh dari bintang untuk beri amaran tentang bahaya yang akan berlaku.
Namun dunia yang ditemuinya, bukan dunia yang dikenalinya.
Thanos akan datang. Dia akan datang.
Helo?
Sesiapa ada pakaian?
Oh, Tuhan.
Adakah saya dah terlambat?
Aduhai.
Ayuh, si besar, masa untuk jadi hijau.
Tidak.
Dengarlah dan bersoraklah.
Keluar lekas!
Tidak!
Apa maksud awak, "tidak"?
Awak akan mati di tangan anak-anak...
Tony? Habislah awak semua!
Ya, Iron Man!
Sekejap, apa yang awak semua buat? Itu...
Tindakan itu agak melampau.
Sebenarnya...
Saya tak percaya.
Tidak.
Jangan makan saya!
Alamak.
Tidak. Jangan makan saya.
Saya vegan.
Biar betul. Apa pula sekarang?
Oh, Tuhan. Okey. Ini menjijikkan.
Tidak. Saya akan muntah. Saya pasti muntah.
Pergi! Awak selamat dengan mereka.
Dengan semut gergasi? Awak siapa?
Orang yang masih tinggal.
-Jangan makan saya. -Hei, bertenang.
Saya cuma Spider-Man, jiran yang mesra.
Betul? Jadi apa yang berlaku pada kejiranannya?
Seperti banyak bencana besar lain,
bencana ini berlaku dari tempat yang penuh cinta dan harapan.
Dua minggu sebelumnya, Dr. Hank Pym mengembara ke alam kuantum,
mencari isterinya yang telah lama hilang.
Namun dalam jagat ini,
Janet Van Dyne dijangkiti virus kuantum yang merosakkan otaknya.
Jadi apabila akhirnya dia bersatu semula dengan suaminya selepas 30 tahun...
Perkara itu berlaku.
Pertemuan keluarga yang dinantikan oleh Hope Van Dyne tidak terlaksana.
-Mak? -Hai, Cik Van Dyne.
Apa dah jadi? Hank! Tidak.
Dalam masa 24 jam, keseluruhan Barat Laut Pasifik telah dijangkiti.
Ironinya, kepahlawanan Avengers yang menghancurkan umat manusia.
Ikut arahan saya.
Sebab apabila wira terhebat di Bumi turut dijangkiti,
tiada siapa mampu menghalangnya.
Melainkan mereka tahu caranya.
JIKA ANDA NAK TERUS HIDUP DALAM MALAPETAKA ZOMBI
OTAK!
New York! Tempat pasukan Mets, Bangunan Chrysler,
wanita-wanita Sex and the City, dan kini, malapetaka zombi!
Jika mampu bertahan di sini, awak pasti berjaya.
Pertama sekali, jangan sampai dimakan.
AKU SUDAH BERPUNYA DIRIKU MENANTI THOR
HAPPY HOGAN YANG TIDAK BEGITU CERIA
MEMANDU, KOPI, TINJU
LENGAN PANJANG
Perlukah saya pakai baju ini?
Keselamatan dunia bergantung padanya.
Mulakan, zombi!
Zombi jahat datang.
KURT "KAWAN PELIK"
BAHASA, DONGENG RAKYAT SLAVIA, JENAYAH
Virus zombi disebarkan melalui air liur.
Jika kulit kurang didedahkan, kurang tempat untuk digigit.
Langkah kedua, kebersihan. Zombi tertarik pada bau daging manusia.
Semakin sedikit feromon dikeluarkan, lebih baik.
Namun ada satu masalah.
Kita paling terdedah jika tidak berpakaian.
Serangan secara senyap!
BUCKY "Diam Tapi Ganas" BARNES PEMBUNUH, GAGAH, KUAT TIDUR.
Lengan robot awak kalis air. Baguslah!
Awak tahu saya cuma perlu picit, kan?
Okey. Sabar, pembunuh.
Apa kata jangan tunjuk aksi mandi, terus ambil pewangi.
Tidak!
SHARON CARTER PERISIK, BANTUAN CEMAS, EULOGI.
Langkah ketiga. Sentiasa sasarkan kepala. Hanya itu cara untuk membunuh mereka.
Boleh tolong matikan?
Saya cuma tunjuk video orientasi kepada Dr. Banner.
Saya Jeneral Okoye dari Dora Milaje. Pengawal Diraja Wakanda.
Awak salah pilih masa untuk melawat Amerika, jeneral.
Saya dah bersumpah, Dr. Banner.
Raja saya hilang dengan Avengers beberapa minggu lalu.
Buat kali pertama sejak wabak melanda, kami menemui harapan.
Ada suar yang baru dikesan.
Satu lagi kem mangsa yang terselamat berjaya menemui penawar.
Hebat! Krisis global selesai. Jom tepuk tangan, semua.
Belum lagi.
Lokasi suar rosak. Kami tak dapat kesan tempat asalnya.
Mesej ini nampak seperti heksakod bukan linear.
Pernah lihat lokasi itu, Ejen Carter?
Kem Lehigh di New Jersey. Kem induk operasi pertama S.H.I.E.L.D.
Mungkin di situ ada alat untuk cipta penawar.
Kita akan pergi senja ini.
Saya ingatkan keadaan takkan bertambah teruk,
tapi kita perlu ke Jersey.
Malapetaka zombi berlaku, tapi saya masih memandu.
Apa masalahnya? Bukankah awak pemandu Uber?
Bukan. Saya pemandu peribadi. Ada bezanya.
Kita dah tiba di Stesen Grand Central.
Hope, Banner dan Parker ke landasan tujuh. Cuba hidupkan kereta api.
Bunyinya macam kerja penjenayah. Biar saya bantu.
Awak nak berpecah? Orang Wakanda tak tonton filem seram?
Tak perlu, sebab kami tonton rancangan realiti Amerika.
Satu hentaman padu. Dia pandai buat kita tersinggung.
Ahli lain tunggu sini dan kawal perimeter.
Tiada kuasa. Kami tak dapat kuasa.
Kereta api, tolonglah hidup.
Tak berhasil.
Kami gagal buka kotak gear.
Biar saya buat. Saya boleh hidupkan dari dalam.
Pencucuhan tak berlaku.
Ada orang kena tolak.
Cuba panggil jembalang hijau awak.
Tak boleh, dia bercuti. Ada idea lain?
Mungkin juga jika kita ada lastik gergasi.
Saya ada idea! Pastikan kunci brek dipasang.
Itu cuma burung.
-Awak sebut "blam" tadi? -Apa?
Happy?
Happy!
Ada orang ditembak. Kita kehilangan Happy!
Apa? Tak mungkin Happy.
Saya rasa penembaknya...
Hawkeye.
Maaf, Happy.
Dia kawan awak. Maafkan saya.
-Saya patut sedih, tapi tidak. -Mari kita pergi.
Ayuh, semua! Rasanya ada kira-kira 2,000 kilogram tujahan di sini.
Bertahan. Mereka hampir tiba.
Bersedia untuk lepaskan brek ikut arahan saya.
Bagus, mantel!
Jangan. Zombi jahat!
Awak wanita yang luar biasa!
Bahagian depan kereta api dah disambungkan!
Baiklah, kami sedang masuk.
Kami semua di sini! Jalan!
Kita berjaya. Destinasi, Kem Lehigh.
Sesuai dengan awak.
Betul? Saya mampu menggayakannya?
Mungkin awak akan menyukainya.
Maaf, kita tak patut berpecah.
Sharon? Sharon!
Cukuplah, kapten.
Bucky!
Maaf, kawan. Nampaknya di sinilah pengakhirannya.
Saya diselaputi sisa Sharon.
Budak itu bawa pensanitasi tangan.
Hope?
Rasanya awak dalam masalah.
Kadar denyutan jantung meningkat.
Suhu semakin tidak normal.
-Kita tahu apa yang patut dibuat. -Tidak.
Tidak jika kita sudah hampir dengan penawarnya.
Mampukah kita ambil risiko itu?
Bukan risiko, tapi harapan.
Semua penonton filem zombi tahu harapan yang paling penting.
Selain itu, nama awak juga bermaksud harapan. Pasti ia bererti.
Macam mana awak boleh buat?
Boleh tonton banyak filem? Kelab audio visual.
No comments yet. Be the first to leave one.