نخستین 200 خط.
(Ketua Pasukan Pemasaran Oh Ha Na)
Saya bayangkan umur saya 20 tahun semasa saya berumur 17 tahun.
Dan saya bayangkan berumur 30 tahun semasa saya berusia 20 tahun.
Dan sekarang, sudah lama sejak saya masuk 30 tahun.
Sebenarnya saya sentiasa lihat kembali ke masa lampau.
Waktu umur saya 17 tahun dan 20 tahun.
Dan saya makin sedar pada realitinya sekarang.
Untuk wanita umur 30-an,
rambut mereka tak ada kekuatan, jadi ia akan mula gugur.
Jadi gunakanlah produk ini dan kembangkan rambut anda.
Maknanya dalam kes-kes yang macam itu...
Rambut saya sudah mahu mati macam cahaya lilin saja.
Tanpa buat apa-apa kesalahan,
saya sudah pun dapat amaran tentang perkahwinan
dan hidup tanpa pasangan selamanya.
Minta maaf, itu saya punya.
Maaf. Saya ingatkan kasut ini untuk dijual tadi.
Tak apa, mak cik. Biasalah perkara macam ini.
- Tak apa, mak cik. - Oh, Tuhan!
Siapa yang dia panggil "mak cik"?
Berani dia? Sakitnya hati.
Tak boleh jadi.
Tidur balik.
Tidur balik. Cepat, Ha Na.
Cik Hong?
- Ya, Cik Hong? - Cik Oh!
Cik sudah tengok artikel tentang Koo Yeon Jung?
Apa?
Apa maksud awak awak tak tahu apa-apa ini?
Kenapa awak cakap macam tak bertanggungjawab?
Pelancaran itu akan disiarkan beberapa jam lagi.
Awak tahu tak berapa banyak kasut yang kami sudah hantar dengan sokongan Yeon Jung?
Sekurang-kurangnya 100 ribu pasang! Tahu tak?
Helo?
Oh Ha Na!
- Lain kalilah, mak! - Mana kamu pergi pula itu?
Apa yang tak kena dengan anak kita itu?
Saya bangun awal pagi untuk masakkan ini untuk dia.
Bukankah anak kita itu sudah cukup tua untuk buat sup untuk
mak dia dan cakap, "Mak sudah buat kerja yang baik"?
Saya akan pergi ke syarikat beli-belah rumah itu.
Cik Hong, awak datang secepat mungkin, ya?
Macam mana ini?
- Tolonglah jadualkannya semula. - Tak boleh.
Saya akan cari pelakon lain untuk rancangan itu.
Tak boleh. Sekarang sudah akhir musim.
Sudah tak ada masa untuk berlatih dengan pelakon baru itu. Tak mungkinlah.
Awak janganlah macam ini. Berilah saya masa beberapa hari.
Disebabkan mahu lancarkan kasut-kasut ini,
saya dah bertekak dengan pihak pengurusan atasan
selama enam bulan untuk luluskan belanjawan ini.
Tak dapat tidur lena sebab sibuk dengan buat kerja di kilang itu.
Kalau saya tak melancarkan rancangan itu bulan ini, saya akan dipecat!
- Cik Ha Na, maaflah. -Encik Cho!
Awak sendiri patut tahu kenapa.
Takkanlah awak tak tahu susunan jadual tak fleksibel dalam kerja macam ini.
Jadi tolonglah pergi.
Oh, ya. Awak tahu, bukan, yang Encik Park
berpisah dengan tunang dia minggu lepas?
Pasukan kami tak berapa baik sekarang ini.
Jangan masuk campur pula dan tolong bawa keluar semua peralatan itu.
Tak boleh. Nanti...
Aduh. Ini memang bukan hari bertuah saya.
Di mana kita patut simpan?
- Mereka cakap apa? - Mereka cakap jual saja semuanya.
- Tapi macam mana? - Saya kata mahu buat promosi.
Promosi? Kedai pula?
Hei, berhenti tanya saya soalan!
Sampai bila kamu mahu tanya saya soalan?
Bukankah awak patut fikirkan cadangan awak sendiri juga?
Okey. Maafkan saya.
Na Ra, hantarkan laporan jualan bulan lepas kepada saya cepat.
Cik Hong pula, cari kedai untuk adakan promosi khas.
- Baik. - Baik.
Cik Oh, tengoklah bawah meja cik.
Mesti teman lelaki cik yang hantarkan itu.
Janganlah berpisah dengan dia.
Saya pun kena bertahan.
Selamat hari lahir, Ha Na.
Yalah.
- Helo? - Ho Joon.
Awak cakap pengarah pusat beli-belah itu senior awak dulu, bukan?
Ya.
- Rapatkah? - Entah. Bolehlah.
Nasib baiklah. Awak sudah baca artikel di Internet itu?
Saya sudah macam orang gila saja pagi tadi sebab Koo Yeon Jung itu.
Apa yang sudah berlaku ini?
Saya mahu tanya. Boleh tak awak tolong saya
dapatkan tempat untuk jual kasut-kasut ini, Ho Joon?
Kalau saya tak jual semua kasut ini, memang habislah kerjaya saya lepas ini.
Baiklah, saya akan tanya.
- Bila awak mahu kita jumpa? - Jumpa?
- Tak mahu jumpakah? - Okey.
Ha Na, saya kena bincang dengan bos saya dulu.
Saya telefon nanti.
Baiklah. Terima kasih. Saya sayang awak.
Selamat hari lahir, Ha Na!
Awak sudah semakin tua. Jadi awak patut raikannya dengan kereta sport ini!
Saya beri harga yang bagus.
Oh, ya. Mak dan ayah awak tak perlukan kereta barukah?
Doktor, pesakit sudah mula alami kontraksi.
Kahwin sekarang pun sudah lewat dapat anak.
Jadi awak patut bersedia dari awal.
Datanglah ke hospital. Saya beri pemeriksaan percuma.
Okey, mula!
Ha Na! Awak tahu, bukan? Kami sayang awak! Kami sayang awak sangat!
Ini iklankah? Ha Na! Awak tahu, bukan? Kami sayang awak
Awak tahu, bukan? Kami sayang awak sangat-sangat!
- sangat-sangat! Ha Na, saya terbuang air dalam seluar!
Saya ada diarea!
Aduhai, tak suka betullah.
Ha Na, kalau ada orang sakiti awak, telefonlah saya.
Okey.
Oh Ha Na, tahniah untuk hari lahir kamu yang ke-34.
Kamu tak tertekan dengan umur tua kamu itu, bukan? Janganlah.
Gembiralah. Sebab kepada saya, kamu akan sentiasa berumur 17 tahun saja.
Awak dah kalah.
Hebatnya. Hei.
- Selamat jalan! - Terima kasih.
- Mak cik, selamat pagi! - Sudah sampai?
- Saya mahu... - Kamu kalah lagi hari ini?
Saya mahu tiga, mak cik.
Kamu tahu tak dalam filem, watak utama masuk dalam pesawat.
Lepas itu, biasalah. Cuaca makin teruk dan pesawat ada masalah.
Apa pun, lepas itu watak utama lelaki dan
perempuan itu akan terdampar di pulau terpencil
yang penuh dengan binatang dan pemakan manusia.
Itu Robinson Crusoe, bukan?
Mana ada perempuan dalam cerita itu?
- Nanti, adakah? - Jadi apa yang kamu mahu cakap?
Kamu tahu saya mahu jadi pengarah.
Macam mana kalau pesawat itu terhempas masa pergi
ke Festival Filem Cannes dan jatuh di tempat yang terpencil?
Aduhai.
Mungkin saya pun patut belajar beberapa kemahiran hidup. Betul tak?
Kenapa?
Saya fikir macam mana kamu jadi bodoh macam ini.
Aduh, kita tak tahu apa akan jadi.
Kamu pun boleh terdampar di pulau terpencil.
Daripada asyik fikir tentang perkara bodoh, apa kata kamu belajar?
Mahu belajar mengarah di Universiti K, bukan?
- Ya. - Jadi markah kamu sudah cukup baik?
Belajar rajin-rajin.
Hei, jangan ponteng kelas malam dan bersihkan kelas.
Baiklah!
Mari!
- Choi Won! - Choi Won!
- Choi Won! - Choi Won!
Batu, kertas, gunting.
- Batu, kertas, gunting! - Batu, kertas, gunting!
Lagi sekali.
- Batu, kertas, gunting! - Batu, kertas, gunting!
- Tak apa. - Batu, kertas, gunting!
Hei, tak adil! Choi Won, kita
- main buaian kucing. - Main buaian kucing.
Tak, bukan. Untuk bagi adil,
- permainan sotong. - permainan sotong.
Jangan harap kami mahu main semua itu.
Kita main tunggang pelana!
- Choi Won! - Choi Won!
Ya, dia datang! Dia datang!
Cepat!
- Beratnya. - Okey, tak apa.
Ingat! Tolak ke bawah!
Tolak lagi!
Tak apa-apa.
Sana lagilah.
Bagus. Masih lagi okey.
- Boleh lagi itu. - Cepat, cepat.
- ' Apa ini? -?
- Ada pengganti. - Mana boleh ganti orang!
Macam-macamlah.
Apa?
Dia pelajar baru yang masuk kelas kita hari ini.
Apa?
Dia datang.
Sedia!
Bertahan!
Kami tak boleh tahan lagi!
Siapa lagi? Cepat!
Cepat! Cepat!
- Bertahan! - Bertahan!
- Awak boleh! - Lembiklah!
- Awak boleh! - Aduh, macam perempuanlah dia ini.
Belajar lebih rajin.
Kita menang!
Nanti, cuma ini sajakah?
Biasa sangat.
Aria Airlines
Saya terharulah, Choi Won. Terima kasih banyak.
Tak perlu berterima kasih. Kita kawan baik, bukan?
Kamu sudah makankah? Tak susah sangatkah bila sudah 34 tahun sekarang?
Janganlah serang saya dengan umur itu, kawan.
Kamu pun akan resah bila sudah 35 tahun nanti.
Cakap orang. Kamu pun sama juga.
Bukan serang, risau saja. Saya bukannya membezakan jantina, tapi dengar ini.
Seorang lelaki 34 tahun dan seorang wanita 34 tahun itu lain.
Kenapa pula? Apa yang lainnya?
Kamu kena alaminya secara semula jadi.
Kenapa terluka bila kamu dengar sekarang?
No comments yet. Be the first to leave one.