نخستین 200 خط.
Tempat berkumpulnya golongan 1% di Korea.
Kecuali saya.
Sudah 213 hari saya berada di sini.
Saya masih rasa janggal.
Tak, ia cuma semakin teruk.
Han Jiwoo, ke mana awak nak pergi?
2V sama dengan 4 pi r kuasa dua dibahagi dengan 3.
Faham? Siapa ada soalan?
Mudah sungguh mengajar sekumpulan pelajar genius,
tapi cikgu persoalkan diri sendiri sebab cikgu menjadi guru.
Walaupun kamu belajar segalanya daripada tutor kamu,
bukankah kamu patut pura-pura bertanya soalan?
Nanti cikgu boleh pura-pura jawab.
Kamu akan balas, 'Hebatnya cikgu!'
Bukankah itu rupa kelas normal?
Baiklah.
Itu saja keseluruhan kurikulum gred 12
walaupun kamu berada di gred 10.
Kamu buatkannya terlalu mudah.
Tak mungkin!
- Tak? - Tak!
- Pasti? - Ya!
Yalah, kita bukan orang kebanyakan.
Sebagai orang kebanyakan, kenapa saya berada di sini?
Masalahnya matematik.
Awak pelajar cemerlang di sekolah menengah rendah, bukan?
Ya.
Tapi jika markah matematik awak serendah ini, awak tiada harapan.
Cikgu cakap terus terang.
Walaupun ada tahap pertengahan di sekolah kita,
sukar nak memasuki universiti ternama.
Namun, dengan sembilan tahap dalam subjek penting,
harapannya tipis.
Dah dengar tentang kem matematik pada hujung minggu ini?
Ya.
Awak akan jadi yang teratas di sekolah tinggi biasa, bukan?
Cikgu tak suka nak sebut hal ini sebagai seorang guru,
tapi boleh awak pertimbangkannya?
Apa?
Pindah sekolah.
Balik rumah dan bincangkan dengan mak awak.
Laparnya...
- Awak ada bawa? - Mestilah.
Hei!
Apa?
Budak licik.
Daging tumis dan arak keras...
Khinzir dan alkohol gabungan sepadan.
Siapa orangnya?
Apa?
Cikgu nak tiga nama.
Tiga rakan subahat awak.
Tiada sesiapa.
Empat set penyepit dan empat batang sudu,
awak masih nak tegakkan benang yang basah?
Ya.
Awak nak memberontakkah?
Tak.
Okey, tak apa!
Kesetiaan penting pada usia awak.
Cikgu pun sama semasa di sekolah.
Cikgu faham sangat.
Jiwoo, pandang sekeliling.
Rakan-rakan subahat awak cuma jaga diri sendiri saja.
Awak nak berkorban demi para pengecut itu?
Awak dungu?
Cakap atau awak akan digantung asrama selama sebulan.
Sekarang.
Saya...
Teruskan.
Saya cuma nak makan sendiri.
Kawan sebilik! Kawan sejati saya, bagaimana saya nak balas budi?
- Tak apa. - Nanti.
Apa?
Simpan, ini hadiah penghargaan.
Lupakan, tak perlu berkira antara kawan-kawan.
Kawan?
Ya, kawan.
Aduhai, mak awak pasti akan bunuh awak, bukan?
Ada satu cara.
Bangunan sains, B103.
Ada orang cakap,
pelajar yang digantung asrama mengharungi kesukaran
dan tinggal di sana sehingga dibenarkan masuk semula!
Ia diubah menjadi ruang stor tak lama dulu.
Sebab itu tiada sesiapa akan tahu...
Pukul 2! Pegawai komunis!
Semua jalan penghantaran kita tersekat kerana dia!
Kalau kita tak buat pesanan malam,
macam mana ekonomi tempatan?
Bila dia membelot?
Sudah empat tahun sejak awak membelot.
Tolong berhenti bekerja sebagai pengawal malam.
Beri saja pilnya.
Awak bergantung kepada pil tidur kerana bioritma awak terganggu...
Kalau begitu...
awak patut carikan saya kerja yang bagus.
Apa?
Beri preskripsi untuk 20 hari.
Bukan mudah nak minta cuti untuk datang ke sini.
Kura-kura, makanlah.
Kenapa? Awak tak mahu makan?
Kerja sekolah minggu ini.
Walaupun kamu cari di Internet, kamu takkan jumpa jawapan, kenapa?
Soalan-soalan ini datang dari neraka.
Boleh saya minta rokok?
Alkohol dibenarkan, tapi bukan merokok?
Saya tak minum.
Tapi awak minum empat botol soju sendirian.
Pergilah.
Kacaknya, saya hampir jatuh hati pada awak.
Ingatkan awak cuma si lemah.
Apa?
Kalau awak sebut nama, kamu semua boleh dihukum seminggu.
Tapi tengoklah awak!
Awak bukan saja si lemah, tapi sangat lembab.
Hei, Han Jiwoo! Awak banyak sangat tengok filem!
Itu bukan persahabatan!
Hei!
Jiwoo!
- Mak. - Kamu tak telefon dulu.
Anak mak, Jiwoo, gembiranya dapat jumpa kamu!
Mak mabuk?
Mabuk?
- Kamu dah makan? - Adalah sikit.
- Kamu tak makan? - Saya makan, mak?
Mak makan ayam dan minum bir dengan rakan sekerja.
Macam mana kerja baru?
Ya, pusat panggilan bank lebih baik dari beli-belah di talian.
Tiada pelanggan menyumpah mak?
Marilah, duduk.
Duduk.
Macam mana dengan sekolah? Kamu berseronok?
Ya, seronok.
Bagus.
Kamu nampak segak memakai uniform itu.
Mak orang lain terdesak
mahukan anak-anak mereka memakai uniform ini.
Bukan apa sangat...
Mak tak pernah buat apa-apa untuk kamu.
Jangan cakap begitu.
Semasa ayah kamu tiba-tiba meninggal,
mak pun patut mati sama...
Perkara itu lagi.
Dah lebih 10 tahun, cukuplah mak.
Ya, mak gembira dapat hidup.
Mak dapat melihat kamu membesar seperti ini.
Balik dulu, saya nak masuk tidur awal.
Kamu tak nak tidur di sini malam ini?
Saya datang untuk ambil beberapa buku.
Ya, asrama kamu mesti lebih selesa.
Saya pergi dulu.
Jiwoo.
Semuanya okey?
Ya.
Pergi masuk tidur awal.
Siapa?
Keluarlah.
Apa yang awak buat di sini?
Tolong benarkan saya duduk di sini sehingga hujan berhenti.
Balik ke asrama.
Saya tak boleh.
Apa?
Saya tak boleh balik ke asrama disebabkan pak cik!
Ibu bapa saya ada lawatan.
Mereka pergi tanpa meninggalkan kunci...
Sejujurnya, jika pak cik lepaskan, saya takkan berada di sini.
Kalau awak terus bercakap, awak boleh keluar!
- Pukul berapa... - Bangunlah!
Keluar, ini bukan rumah awak!
Keluar, pergi dari sini!
Boleh saja dia biar saya tidur lama lagi...
Komunis dungu...
Okey, mari kita semak jawapan.
Dari depan.
Nombor 1 ialah 60.
- Nombor 2 ialah 2.5x. - 2.5x, okey.
Nombor 3 ialah 2.
Tidak! Jawapannya -2, buat betul-betul.
Siapa lagi?
Jiwoo, boleh beri perhatian?
Apa?
- 6. - Apa?
Jawapannya 6.
Awak benar-benar ulang kaji, itu soalan sukar.
Okey, seterusnya.
Nombor 5 ialah -tan theta.
Okey!
Bagus, siapa dapat jawab semua betul?
Apa?
Dia!
Diam!
Pak cik yang buat ini, bukan?
Terima kasih.
Bagaimana pak cik selesaikannya?
Keluar.
Keluar!
Saya tak boleh...
Hei!
Apa masalah dengan guru matematik kita?
No comments yet. Be the first to leave one.