نخستین 200 خط.
Setakat ini dalam Sherlock.
Nama saya Sherlock Holmes dan alamat saya 221B Baker Street.
Selamat petang.
Ya.
Dia selalu begitu.
Hari yang malang?
Sejak semalam awak pindah masuk dan sekarang kamu berdua menyiasat kes.
Tengoklah awak, gembira, tak senonoh.
Siapa peduli pasal tu? Permainan itu, Puan Hudson, dah mula!
Jangan jadikan orang wira, John. Wira tak wujud, kalau mereka wujud, itu bukanlah saya.
Saya akan bakar hati awak.
Bagus, ini sudah mencukupi.
- Awak pakai seluar? - Tak. - OK.
Beginilah saya nak awak ingat saya, perempuan yang kalahkan awak.
Tapi memang tak ada raksasa pun.
- Sherlock? - Akhirnya, kita di sini.
Argh!
Selamat tinggal, John. - Sherlock! Benda itu akan membunuh awak.
Oh, tak guna!
Rasa teruja pengembaraan, rasa debaran dalam diri awak,
hanya kita berdua melawan dunia ini.
Tunggu!
Kita perlu bersatu.
Saya minta awak satu lagi keajaiban.
- Saya minta awak jangan mati lagi. - Saya dengar.
Diamlah! Awak bukan penyelesai teka-teki.
Awak cuma tahu berpura-pura!
Sekarang dalam sana ada orang nak mati.
Mainan dah bermula, selesaikanlah!
Dia adalah Raja Mengugut.
Tiada peluang untuk awak jadi wira kali ini, En Holmes.
Saya seorang sociopath yang bijak!
Kami tidak boleh penjarakan Sherlock,
tanpa buat huru-hara setiap hari.
Jalan yang lain, bagaimanapun, memerlukan kebenaran awak.
Untuk masa-masa yang lalu, John.
Awak rindu saya tak?
Awak rindu saya tak??
Bagaimana ini mungkin?
- Bagaimana dengan hukuman awak? - Saya baru pergi selama 4 minit.
Saya berharap awak dapat pengajaran awak.
Siapa perlukan saya kali ini?
Rindu saya?
England.
Perang Afghanistan yang kedua memberi anugerah dan maruah pada ramai orang.
Tapi, bagi saya, ia tiada makna, hanyalah kemalangan dan malapetaka.
Baiklah, Kapten.
Saya kembali ke England dengan keadaan saya yang teruk
dan masa depan saya suram.
Atas sebab-sebab itu, saya tertarik ke London.
Tempat yang besar dari mana ramai orang pergi...
- Watson! - ..dan hampir semua ke sana.
Watson!
Stamford.
Masih ingat?
Kita belajar di Barts dulu.
Ya, sudah tentu. Stamford.
Mana awak sudah pergi? Awak dah kurus!
Saya berjaya pulang. Yang lain tak bernasib baik.
Jadi apa sekarang?
Saya perlukan tempat tinggal.
Tempat yang elok dengan harga berpatutan. Bukan senang.
Awak adalah orang kedua yang cakap begitu pada saya hari ini.
Hmm? Siapa tu?
Nampak macam satu eksperimen.
Memukul mayat untuk mengetahui berapa lama kesan lebam boleh ada
selepas mati.
Adakah ia penting dalam perubatan?
Tak pasti.
Saya pun. Jadi, mana kawan awak ni?
Maafkan saya.
Saya harap kami tak menganggu.
Saya rasa awak pernah ke Afghanistan.
Dr Watson, En Sherlock...
Kepekaan yang hebat.
Maafkan saya...?
Saya suka dengan suite bilik-bilik dekat Regent's Park. Kita boleh membayarnya.
Bilik? Siapa cakap pasal bilik?
Saya ada sebut pasalnya pagi ini, saya mencari seorang penyewa lelaki.
Sekarang dia muncul selepas tengah hari bersama seorang lelaki dari tentera
yang berkulit sawo dengan kecederaan yang baru, menunjukkan
dia pergi berperang di Afghanistan dan terpaksa meninggalkannya.
Kesimpulannya seperti tak dapat dielakkan. Kita selesaikan selebihnya pagi esok.
Saya minta diri dulu,
Saya ada kes gantung diri di Wandsworth dan saya tak suka mereka mulakan tanpa saya.
- Gantung diri? - Saya ada minat professional dalam kes begini.
Saya juga main biola dan hisap rokok paip. Saya harap itu bukan masalah.
- Er, tak,... - Dan awak dah biasa..
...tak habiskan ayat. Kita akan berkawan dengan baik.
Kalau begitu, petang esok, pukul tujuh malam.
Oh, dan nama saya Sherlock Holmes
dan alamat saya 221B, Baker Street.
Ya...dia selalu begitu.
Sari kata disediakan oleh: Mohamad Ridhwan
Surat khabar! Surat khabar!
Surat khabar! Surat khabar!
- Bagaimana dengan The Blue Carbuncle? - Sangat popular , Dr Watson.
Bulan depan ada tak pembunuhan?
Saya akan bincang dalam kelas-kelas jenayah.
Kalau awak tak kisah.
Adakah itu dia? Dia ada di dalam?
Ow! Tak.
Tak ada, tak ada pun.
Jalan.
Selamat Hari Natal, En Holmes!
En Holmes!
Saya harap awak beritahu saya bila awak nak balik rumah!
Saya sendiri pun tak kenal saya, Pn Hudson.
Inilah masalahnya dengan tuan tanah yang kena potong.
Mereka terkenal dengan susah nak buat jadual.
- Apa dalam tu? - Tak ada apa.
Terima kasih.
Dapat tangkap pembunuhnya, En Holmes?
Dapat tangkap, masih mencari kaki mangsa. Saya rasa kami seri.
Dan saya perasan kamu ada terbitkan buku kisah-kisah kamu, Dr Watson.
Ya, awak suka tak?
Tak.
Oh?
- Saya tak pernah sukakannya. - Kenapa?
Saya tak pernah cakap apa-apa, kan?
Menurut kamu, Saya cuma tunjukkan tangga untuk orang
dan sediakan kamu sarapan pagi.
Dari segi penceritaan, itu adalah secara umumnya, kerja awak.
Kerja apa?!
Bukan awak seorang saja Pn Hudson,
saya pun kurang dalam "kisah anjing". - "Kisah anjing?"
Saya tuan rumah kamu, bukan watak dalam cerita.
Maksud awak "The Hound Of The Baskervilles"?
Dan kamu buat bilik tu kusam dan kotor.
Oh, salahkan pelukis, dia di luar kawalan!
Saya terpaksa buat misai supaya orang kenal saya.
Bertahun-tahun ia sudah menjadi hak istimewa saya untuk merakam
kehandalan kawan saya yang luar biasa, En Sherlock Holmes,
Kadang-kadang susah nak pilih kes yang mana
sesuai untuk diterbitkan kepada pembaca saya.
Ada yang masih sensitif untuk diceritakan semula,
yang lainnya pula terlalu baru untuk minda-minda orang ramai.
Tapi dalam semua pengembaraan kami, tiada kes yang memerlukan
kepada mental dan fizikal kawan saya yang melampau
seperti dalam Pengantin Perempuan Yang Keji!
Ya Tuhan!
Pn Hudson, ada seorang perempuan dalam bilik saya!
Awak sengaja buat ke?
Dia klien kamu. Dah beritahu kamu keluar, tapi dia nak tunggu.
Boleh, er, awak duduk?
Ada awak tanya dia apa dia nak?
Kamu tanyalah!
Kenapa awak tak tanya?
Bagaimana? Bukan ke saya tak boleh bercakap dan tak boleh buat apa-apa?!
Oh, demi tuhan, berikanlah dia dialog,
dia mampu untuk buat kita lapar!
Selamat petang. Saya Sherlock Holmes, ini kawan dan rakan sekerja saya, Dr Watson.
Awak boleh cakap depan dia, sebab dia tak faham apa pun. - Holmes!
Sebelum itu, izinkan saya untuk membuat beberapa pemerhatian yang remeh.
Awak tahu buat lawak yang nakal,
yang sekarang awak sedang mengatur untuk meredakan kesakitan hati awak.
Awak baru saja mengahwini seorang lelaki yang tampak baik pada zahirnya,
yang telah meninggalkan awak
untuk seorang teman yang tidak baik tingkah lakunya.
Awak datang ke agensi ini sebagai langkah terakhir,
dengan harapan untuk bersama kembali masih lagi ada.
Ya Tuhan, Holmes!
Semua ini, sudah tentu, betul-betul jelas dari minyak wangi awak.
Minyak wangi dia?
Ya, minyak wangi dia, yang memberi saya pandangan dan masalah pada awak.
Bagaimana tu?
Sebab saya dapat cam ia dan awak tak.
- Mary! - John.
Kenapa, awak menyamar jadi klien?
Sebab saya tak boleh fikir cara lain untuk jumpa suami saya.
Ia urusan yang melibatkan negara.
- Ia kes pembunuhan tuan tanah. - Walau apapun, masalah menjadi rumit.
- Saya tak kisah awak pergi, saya tak suka awak tinggalkan saya.
Tapi apa awak boleh buat?!
Apa yang awak buat, selain berjalan buat nota, buat muka terkejut?!
Sudah!
Pentas dah tersedia, langsir diangkat.
Kita dah bersedia untuk mula.
Mula apa?
Kadang-kadang untuk selesaikan kes, kita perlu selesaikan yang lain dulu.
- Awak ada kes yang baru? - Yang lama, sangat lama.
Saya kena siasat dalam-dalam.
Dalam? Dalam apa?
Diri saya sendiri.
Lestrade! Berhenti lepak di pintu dan masuk ke dalam.
Bagaimana awak tahu itu saya?
Bunyi tapak kaki awak memang tak boleh silap.
Ringan daripada Jones, berat daripada Gregson.
Saya baru sampai... Pn Hudson macam tak nak cakap.
Saya rasa dia dah pandai jadi pengkritik
dengan cara menyindir.
Ia gaya yang membimbangkan di kalangan tuan rumah wanita moden.
Apa yang membawa awak ke sini dalam waktu awak tak bertugas?
- Bagaimana awak tahu saya tak bertugas? - Sejak awak sampai,
awak tujukan lebih 40% pandangan awak kepada botol arak saya.
Watson, berikan Inspektor itu apa yang dia mahukan.
Jadi...Lestrade, apa yang kami boleh buat untuk awak?
Oh, saya di sini bukan atas kerja, saya cuma fikir nak singgah.
Seruan sosial?
Ya, sudah tentu, mahu mengucapkan selamat pada awak di musim ini.
No comments yet. Be the first to leave one.