The Rookie

The Rookie

دانلود زیرنویس Malay

فصل 3

هماهنگ با نسخه‌های زیر

The Rookie S03E14
ناشر Kaki Filem

برچسب‌ها

webdl
تاریخ انتشار: 2025-07-28
تعداد دانلود: 33
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Sebelum ini…

- Berundur! - Tangan!

Jangan! Chris.

- Tiada jejak suspek? - Tak tapi jumpa senjatanya.

Tunggu. Sepatutnya ada pistol.

Kamera Pegawai Erin Cole tak hidup semasa serbuan.

- Armstrong! - Jangan!

- Armstrong. - Dia sebut namanya sebelum nampak dia.

Awak buat dengan baik. Sangat bagus.

- Awak sedar tuduhan awak? - Jika betul, dia khianati kita.

- Kumpul lebih bukti. - Tak cukup.

Kita perlu perangkap dia dan tahu fikirannya.

Cerita tentang Armstrong.

Ruang tersembunyi di dalam dinding bilik dobi…

Awak masuk rumah saya untuk bunuh saya sebab saya tahu awak korup.

- Mengarut. - Bukan saya saja kata begitu.

Ada lagi polis yang bekerja. John Nolan.

- Kawalan, ini Pegawai Nolan. - Tiada masa untuk itu, John.

Awak kena pergi atau mereka akan jumpa. Bukti di rumah awak.

SARJAN GREY

Tuan, ini perangkap.

Nick Armstrong dihantar ke hospital.

Dia kata awak cuba bunuh dia dan dibayar oleh Derian.

Itu bohong. Nick polis yang jahat.

- Dia bunuh Erin Cole, pperangkap saya. - Okey.

Biar kami masuk untuk periksa dan kita boleh berbincang.

Awak ada waran?

Nolan, awak tak nak buat begini.

Sebenarnya, tuan, memang ini yang tuan nak saya buat.

Dua orang polis mati dan polis ketiga ialah pembunuh.

Kita berdua akan diperhatikan dalam hal ini.

Kita perlu ikut peraturan,

jadi awak perlukan waran dan saya perlu hubungi peguam.

Waran sedang diproses. Jangan lari. Jangan burukkan lagi keadaan.

Hei, Nolan. Ada apa? Angela okey?

Ya. Ini bukan tentang dia. Wesley, saya perlukan awak.

Saya perlukan bantuan awak. Saya perlu upah awak.

Ya, dah tentu. Hei, beritahu saya perkara yang berlaku.

Nick Armstrong. Dia aniaya saya. Dia bunuh Erin Cole.

Dia letak bukti di rumah saya yang kini dikelilingi polis.

Saya beritahu Grey dia perlu waran.

Memang patut pun. Saya perlu pastikan mereka tak dapat.

Hakim Paloma hakim bertugas malam ini. Dia sepuluh minit dari rumah saya.

- Bukti itu mudah ditemui? - Ya. Dia tak licik sangat.

Okey. Ini saya nak awak…

Wesley?

Wesley, awak di sana?

Wesley, awak ada di sana?

Ya.

Dengar sini, saya nak awak ambil bukti itu.

Sorokkan di tempat lain yang sukar ditemui.

- Bukti tak boleh diubah. - Tak.

Kita akan pertikaikan setelah tahu ada dua polis korup

awak terpaksa simpan bukti sehingga tahu ia selamat.

Mungkin mahkamah terima, tapi saya dipecat.

Lupakan kerja, Nolan. Saya tak nak awak dipenjara.

- Awak datang sebab Nolan? - Ya. Dia telefon saya.

Cuma tandatangan waran geledah. Tiada apa yang penting. Pergi balik.

Awak belum lihat saya di perbicaraan sebab barangkali.

Semuanya okey?

Tak. Semuanya huru-hara.

Dua polis mati dan saya nak dapatkan waran.

Ada apa lagi yang mengganggu awak?

Aduhai. Saya sedang bermimpi indah.

Mari buat dengan cepat. Angkat tangan kanan dan ulang cakap saya.

Hei. Awak perlu tangkap Nolan.

Dah tangkap dia? Dia ditahan?

- Belum lagi. - Jangan cakap.

Saya tahu kamu kawan, tapi dia pembunuh.

Awak tak boleh percayakan dia. Dengar tak?

- Ya, tuan. Saya dengar. - Jackson.

- Ayah. - Bagaimana keadaan dia?

Peluru itu tembus.

Rasa tak kena organ penting tapi perlu dibedah.

- Apa dia cakap? - Benda sama di tempat kejadian.

Nolan cuba bunuh dia selepas mengaku ada bukti kukuh di rumahnya.

Maaf. Saya tak percayakan dia.

Nolan polis hebat, antara yang terbaik, begitu juga Armstrong.

Berhenti.

Tugas kita ialah mengumpul fakta, bukan beri pendapat. Faham?

Ya. Maafkan saya.

Beberapa hari ini sangat teruk. Kematian Chris dan sekarang, ini pula.

Mudah untuk hilang fokus

tapi sebab itulah penting untuk kita tak hilang fokus.

Ayah nak kamu tunggu di sini dan perhatikan Armstrong selepas ayah pergi.

Laporkan segala yang dia cakap.

Ya, tuan. Saya takkan hampakan tuan.

Bagus.

Komander.

Cukup tapi apabila kita perlu, awak ada hak untuk ada wakil kesatuan.

Tidak, saya perlu dilindungi.

- Daripada siapa? - Harper. Dia juga terlibat.

Nolan, apa yang berlaku?

Harper, saya dah terlalu terlibat.

Armstrong umpan saya ke rumah, fikir dia nak mengaku

tapi dia letak bukti di rumah saya.

Kenapa tak telefon saya sebelum awak pergi…

Tolong cakap awak rakam perbualan itu.

Ya, itu lebih bijak.

Patutlah ada polis di depan pintu saya.

Armstrong perlu perangkap kita berdua untuk menjayakannya.

- Dia masuk rumah awak? - Tak.

Sistem keselamatan akan bunuh dia.

- Saya patut melabur untuk itu. - Ya.

- Dah terlambat untuk itu. - Saya minta maaf sangat, Nyla.

Ya, dan saya tak sabar nak tengking awak

apabila kita berjaya selesaikan ini.

Saya rasa maksud awak "kalau".

Fikir baik-baik, Nolan. Keadaan akan jadi lebih sukar.

Mari pergi.

Jangan buat sepah. Ada peti pistol di almari ruang tamu.

Kunci di sini. Kunci pintu selepas awak selesai.

- Kita akan ke balai? - Tak. Hal Ehwal Dalaman.

- Adakah ini betul? - Nampaknya begitulah.

Yang Arif, boleh saya lihat afidavit sebab barangkali?

- Boleh nyatakan? - 1538.5 PC, di Theodore.

Yang Arif, saya bantah di bawah kod bukti 1040 hingga 1042

atas sebab itu mungkin dedahkan maklumat, sumber dan taktik siasatan yang tak perlu.

Kerana subjek pemeriksaan

ialah pegawai polis yang biasa dengan taktik siasatan

kod bukti seksyen 1040 tak boleh digunakan. Dengan penuh hormat.

Apa tuduhan yang pihak pendakwa pertimbangkan terhadap Pegawai Nolan?

Pertama, serangan dengan senjata bahaya,

cubaan membunuh pegawai keamanan dan konspirasi.

Jelas sekali, tindakan mempertahankan diri.

Detektif Armstrong umpan Pegawai Nolan ke rumahnya

acu senjata dan tembak.

Pegawai Nolan membalas tembakan untuk mempertahankan diri

dan tiada bukti fizikal menyatakan sebaliknya.

Malangnya, Yang Arif, seorang informan sahkan kata Detektif Armstrong.

Dia bersumpah

kenal pasti Pegawai Nolan bekerja dengan keluarga jenayah Derian.

Tapi pemberi maklumat itu tak disahkan "diuji" atau "dipercayai".

Dengan risiko peribadi sebagai suspek pembunuhan dalam kes ini

keterangannya tak boleh dianggap boleh dipercayai tanpa diperiksa.

Kerajaan membuatkan kes rasuah wujud dalam divisyen.

Pegawai Nolan ada kaitan dengan itu

dan ada ancaman untuk memusnahkan bukti tanpa tindakan yang wajar.

Kamu dah kahwin, bukan?

- Tak lama lagi. - Hampir.

Semoga berjaya. Selamat malam.

- Awak buat dengan baik tadi. - Terima kasih. Awak tak memudahkannya.

Wesley.

Beritahu Nolan saya sokong dia.

Sarjan, Hakim Paloma menandatangani waran pada jam 0319.

Disokong untuk perkhidmatan malam. Awak boleh pergi.

Tolong berhati-hati.

Nolan, awak kesuntukan masa. Mereka akan masuk.

Jangan melawan. Jangan kata apa-apa. Kita jumpa di balai.

- Letak tangan di belakang. - Ya, tuan.

Saya ditahan?

Belum lagi. Kita perlu buat semuanya mengikut peraturan.

Mari pergi.

Tolong beritahu saya polis mengawasi Armstrong.

Tak boleh. Awak tahu sebabnya.

Ayuh. Awak tak boleh percaya Nolan korup.

- Kami tak percaya. - Chen.

Biar saya uruskan.

Pergi rumah Nolan. Bantu mereka.

- Baik, tuan. - Sarjan…

Tak apalah.

- Tuan… - Simpan untuk tingkat atas.

Nolan? Awak faham? Nolan.

- Apa? - Secara teknikalnya, awak tak ditahan.

Awak "bekerjasama".

Tapi sebaik saja awak tak bebas melebihi tahanan singkat

itu penangkapan dan masa bermula.

DA ada 72 jam untuk bentangkan kes menentang awak.

Ya, saya tahu.

Dah tentu. Tapi saya juga tahu awak terkejut dan perlu fokus.

Jika disabitkan, awak akan dipenjarakan 25 tahun.

Sebab itu biar saya yang bercakap.

Satu kesilapan, satu perkataan salah dan awak akan dipenjarakan.

Kita tak perlu buat begitu. Saya di pihak benar.

Awak fikir itu ada makna?

Jika awak defendan lain…

- Apa? - Tak apalah.

Tak, saya nak tahu. Kalau saya defendan lain, apa?

Awak lelaki kulit putih. Seorang polis.

Awak dah dilayan dengan penghormatan yang klien saya takkan dapat.

Jika awak berkulit Hitam atau perang

polis akan mewujudkan keadaan mendesak dan menendang pintu.

Tembak jika mereka fikir awak bertindak "agresif".

Tangkap jika awak menyerah,

yakin DA akan buli awak untuk buat perjanjian rayuan.

Itu tak adil. Saya bukan polis begitu. Grey pun sama.

Awak tak ubah peraturan?

Bukan begitu.

Awak ada peluang untuk selamat disebabkan diri awak.

Tapi hanya jika awak ikut cakap saya.

Boleh awak uruskannya?

Dikatakan keluarga jenayah Derian merekrut awak

semasa awak menjadi ejen pengintipan.

Sebagai pertukaran untuk wang dan menyembunyikan identiti awak

awak berikan risikan polis yang sensitif yang bantu mereka untuk elak didakwa.

Semua ini benar? Sedikit pun?

Dah tentu tak, tuan.

Itulah kebenaran Armstrong. Dia buat semua itu

dan dia gunakan saya serta Nolan untuk menutup jejaknya.

Detektif Armstrong ada rekod bersih di jabatan ini.

More Malay subtitles for The Rookie

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left