نخستین 200 خط.
Negara diutamakan, bersatu padu
Lawan dan jangan putus asa
Bola tampar wanita mewakili semangat suatu era
Suara terlantang dalam kebangkitan China
Helo, semua. Ini Sukan Olimpik Beijing 2008...
...perlawanan bola tampar wanita antara China dan Amerika.
Juaranya ialah pasukan kegemaran orang tempatan...
...dengan kelebihan bermain di tempat sendiri hari ini.
Perlawanan ini diramalkan mempunyai 300 juta penonton.
Perlawanan ini menjadi tumpuan utama atas sebab lain juga.
Betul. Awak tak tersilap.
Ini ketua jurulatih pasukan AS, Lang Ping.
Nama julukannya, Penukul Besi.
Pasukannya memenangi...
...lima kejuaraan dunia berturut-turut.
Lang Ping yang berbaju biru kelasi...
...memberi arahan kepada pemain AS dengan bahasa Inggeris.
Lawan Lang Ping hari ini ialah kawan lamanya.
Maklumlah,...
...apabila pasukan China melawan AS,...
...perlawanan ini pasti sukar.
1978 - China membuat reformasi dan membuka negaranya.
Membangkitkan masyarakat Cina untuk lalui perubahan bersejarah.
Berdepan dengan kemajuan pantas di dunia luar.
Orang Cina selalu cari jalan agar dunia dapat melihat mereka.
Tahun 1979
Pusat Latihan Bola Tampar Zhangzhou
Gimnasium Kedua
Memacu jauh dari Asia
Bersiap sedia untuk Piala Dunia Bola Tampar Wanita Ketiga
Selamat datang, rakan baharu.
Helo, saya pengurus pasukan.
Biar saya bawa awak tengok di sekitar.
Ini pembantu jurulatih yang mengetuai latihan merejam.
Pemain nombor lima, pemukul luar.
Ketinggiannya 1.8 meter, ahli Pasukan Bola Tampar Bayi.
Keluarganya penjawat awam, bekerja keras.
Teknik-teknik asasnya bagus.
Boleh menyerang dan bertahan dengan baik.
Gadis baju biru juga pemukul luar.
Dia mungkin pemukul yang terpendek di dunia.
Dia tidak tinggi...
...tetapi dia ada teknik tersendiri...
...dan boleh merejam apa-apa sahaja.
Nombor lapan, pengumpan sandaran.
Nombor 12, 9 dan 2...
...ialah penghalang tengah kita.
Ini dia.
Pengumpan kita.
Kapten kita.
Rentak dan sentuhan umpan yang baik...
...tetapi kadangkala enggan mendengar arahan.
Itu pemain nombor empat.
Dia mengumpan dan menghalang dengan sangat baik.
Kebanyakan orang boleh buat 20 kali sebelum rebah...
...tetapi dia buat 200 senaman cangkung setiap hari.
Penghalang tengah itu berasal dari Fujian seperti awak.
Gerakan merejam dan menghalangnya cantik...
...tetapi dia gementar dan lemah-lembut.
Nombor 1 itu kapten terakhir kita.
Dia sanggup gadaikan nyawa untuk selamatkan bola.
Seluruh badannya ada kesan kecederaan.
Lututnya selalu cedera.
Itu Lang Ping, membuat senaman cangkung dengan pemberat,...
...dari Beijing. Sertai pasukan negara pada usia 18 tahun.
Sebelum datang ke sini,...
...dia tak mampu angkat 30 kilogram pun.
Jurulatih memberi arahan...
...jika tak boleh angkat 100kg, dia takkan berlatih dengan bola.
Itulah cara jurulatih melatihnya.
Ahli-ahli pasukan turut bantu dia.
Biar saya tolong awak.
Bangun!
Duduk di situ buat awak rasa lebih penat.
Orang memang malas. Bangun!
Rasanya awak kenal jurulatih kita.
Cepat bangun!
Semasa awak berguling di atas lantai,...
...awak terlebih dua saat.
Ingat!
Dua saat cukup lama untuk menang di gelanggang.
Buat rejaman 10 kali lagi!
Awak!
Jangan menangis!
Bola tampar wanita China...
...menumpahkan darah, bukan air mata.
Saya tak boleh buat! Saya berhenti!
Awak!
Awak ingat boleh mula dan berhenti ikut suka hati?
Tak boleh!
Jika awak berhenti berlatih sekarang,...
...kita akan sambung esok pagi.
Ayuh!
Sekali lagi!
Jika pasukan China ini mahu memenangi Piala Dunia,...
...mereka perlu sekuat pasukan barat...
...dan menjadi pasukan yang hebat.
Jurulatih,...
...saya tak pernah bekerja dengan pasukan bola tampar wanita.
Saya tak tahu apa-apa.
Saya tak faham sebab awak suruh saya...
Kami mahukan lelaki sebagai rakan latihan mereka.
Jurulatih,...
...saya tidak diberitahu...
Kami perlukan rakan latihan...
...yang boleh tiru teknik permainan pesaing utama kita.
Jurulatih,...
...saya diarahkan untuk tinggal di sini selama 45 hari.
Tiada sesiapa sebut tentang menjadi rakan latihan.
Tambahan lagi,...
...saya rasa saya tak cukup layak.
Kawan,...
...jawatan ini amat penting.
Selamat menyertai latihan pasukan bola tampar wanita China.
Bola Tampar Wanita
Mari sini, Tuan Wang.
Tentu awak penat selepas dua hari menaiki kereta api.
Tiada masalah.
Jurulatih, biar saya perkenalkan dia.
Dia pegawai teknikal, Wang daripada Pentadbiran Sukan...
...yang datang dari Beijing.
Apa khabar, Jurulatih?
Satu, dua.
Satu, dua.
Satu, dua.
Sebenarnya apakah teknologi komputer?
Ia merupakan "otak elektronik".
Keupayaannya bersamaan dengan seribu otak manusia.
Ia boleh membuat pengiraan yang rumit.
Kekuatan pemain,...
...cara permainannya dan taktik, semuanya boleh dianalisis.
Menurut laporan terbaharu,...
...ketua jurulatih kepala AS mula guna teknologi komputer...
...untuk meningkatkan latihan dan prestasi pasukannya.
Itu bermaksud...
...semua atlet kita sedang dianalisis,...
...termasuk awak.
Boleh kita dapatkan komputer ini?
Hanya ada sebuah di Akademi Sains...
...tetapi khabarnya, ia tak muat ke dalam trak.
Tak ramai orang tahu cara menggunakannya.
Agaknya mereka takkan benarkan kita gunanya untuk bola tampar.
Oh, ya, Selinger juga mengatakan...
...teknologi ialah masa depan sukan, bukan manusia.
Pihak yang ada teknologi akan menang.
Terima kasih.
Naikkan jaring setinggi 15cm.
Teruskan!
Lompat!
Tinggi lagi!
Itu dipanggil merejam?
Jika awak lepaskan mereka dengan mudah sekarang,...
...mereka akan hilang mata semasa perlawanan nanti.
Kuat lagi!
Jangan elak! Kuat lagi!
Pergi ke arah bola itu!
Tak cukup tenaga dan lengkungan!
Tangkap bola itu.
Orang Amerika takkan beri awak peluang!
Orang Jepun takkan beri peluang kepada awak!
Ayuh!
Ayuh!
Awak rasa cara saya melatih...
...boleh dihitung komputer?
Teruskan!
Ayuh!
Semua orang sudah balik.
Rom tidak dibina dalam sehari.
Lantaklah.
Saya pergi dulu.
Awak tak boleh angkat 100kg pun.
Saya akan beritahu jurulatih bahawa awak sudah berjaya.
Saya nak pergi makan dulu.
Hei, awak buat apa?
Okey! Saya sudah nampak. Letak balik!
Awak nak bunuh diri?
Saya sertai pasukan negara pada usia 18 tahun.
Semua orang kata saya bertuah...
...tanpa mengetahui betapa gigihnya saya berlatih.
Tak sangka...
...saya tak dapat sentuh bola pun di sini.
Daripada segi teknikal, pemain yang berpengalaman lebih baik.
Saya hanya boleh berusaha keras.
Tapi masalahnya,...
...semua orang pun berusaha keras.
Jadi, saya tak boleh menang pun.
Saya tiada pilihan lain lagi.
Saya tak boleh masuk universiti.
Saya cuma boleh terus berlatih.
10,000 tahun terlalu lama.
Buatlah yang terbaik sekarang.
Lawan jika boleh menang, lari jika kalah.
Sesetengah orang hidup di dunia impian.
Sesetengah orang hidup dalam realiti.
Sesetengah orang mengubah impian menjadi realiti.
Apa maksud awak? Saya tak faham.
Tahukah awak,...
...jarak dari bahagian bawah bendera...
...sehingga ke lantai adalah 3.32 meter.
Itu ketinggian rejaman Flo Hyman.
No comments yet. Be the first to leave one.