نخستین 200 خط.
Boleh tahan.
Tapi awak perlu pusingkan pinggul begini.
Macam menari di disko dengan bangganya.
Betul, bukan?
Pinggul ini bergerak ke depan dan kaki belakang berpusing.
Itu kekuatan awak.
Ya, saya faham.
Biar saya cuba semula.
Biar saya tunjukkan.
Tangan bawah bertindak sebagai penanda arah.
Faham.
Max, tolonglah.
Sumpah, kalau saya tahu apa-apa...
- saya pasti akan beritahu awak. - Hei, diamlah!
Saya cuba nak fokus, Jimmy.
- Baiklah. - Saya sumpah atas nyawa mak saya!
Dia baru beritahu saya. Baiklah.
Diam!
Tolonglah, saya akan beritahu apa saja.
Apa saya baru cakap tadi?
Tak guna!
Biar saya ambil.
Awak pergi cari di sana. Saya akan cari di sini.
Siapa jumpa dulu dapat 20 dolar.
Saya dah jumpa. Nampaknya, awak berhutang saya.
Saya nak merokok di sini sekejap. Di dalam sana terlalu bising.
Baiklah.
- Buatlah kerja awak. - Baiklah.
Awak memang tak guna!
- Tak guna! - Hei!
Hei!
Hei, berhenti!
Saya akan preskripsikan GHB untuk kurangkan insomnia awak.
Tapi ini ubat terkawal, jadi...
Saya tak perlukannya. Saya tak apa-apa.
Insomnia berpanjangan...
boleh menyebabkan kekeliruan, meracau, halusinasi...
dan akhirnya, demensia dan kematian.
Jadi ia amat penting untuk awak cuba tidur.
Awak takkan isi borang itu, bukan?
Rasanya awak tak peduli tentang betapa seriusnya penyakit ini.
Itu punca awak dibebaskan lebih awal.
Makan ini sampai awak jumpa doktor pakar.
Kalau awak tak tidur, awak akan mati.
- Awak faham apa yang saya cakap? - Ya.
Beri ini kepada pegawai parol awak supaya dia tahu ubat ini dibenarkan.
- Jaga diri, Frank. - Terima kasih, doktor.
Joey?
Ayah sangka kamu takkan datang.
Saya dah datang.
- Tengoklah, kamu nampak... - Apa?
19 tahun lebih tua sejak kali terakhir ayah nampak saya?
Ya.
Kamu dah dewasa sekarang.
Memang betul pun.
- Biar saya bawakan beg itu. - Tak, ayah boleh bawa.
- Ayah pasti? - Ya, tak berat pun.
Baiklah.
Jadi kita akan jalan kaki?
Saya jual kereta untuk bayar bil dan sebagainya.
Ayah bergurau sajalah. Ayah tak kisah berjalan kaki.
Ayah jarang dapat keluar, jadi...
Betul kamu tak nak makan apa-apa?
Ayah dapat gaji selepas buat kerja sambilan di penjara.
- Tak apalah. - Kamu pasti?
Kamu nampak sangat kurus, macam dah berbulan tak makan.
Apa maksud ayah?
Tiada apa-apa. Ayah cuma nak belanja kamu makan.
Seorang ayah suka beli barang untuk anaknya.
Itu saja.
Rasa kopi ini masih sama...
tapi bau udara ini memang berbeza.
Seronok rasanya dapat pakai pakaian normal.
Walaupun yang itu?
Agaknya pakaian ini dah ketinggalan zaman.
Sebab itulah baju yang ayah pakai semasa mereka tangkap ayah.
Ambil jalan US 20 menghala ke Salem.
Saya akan tunjuk arah dari situ.
Kenapa ayah nak ke sana?
Ayah cuma nak tengok rumah lama. Dah lama ayah tak tengok.
Baik, suka hati ayahlah.
Tentu ayah tahu sudah ada orang lain tinggal di sana.
- Sebuah keluarga. - Ayah cuma nak lihat sekeliling.
Sekejap saja.
Ayah cuma nak lihat kalau barang ayah masih ada di sana.
Jumlah tambang
Kenapa lama sangat?
Apa yang berlaku kepada ayah?
Tiada apa-apa.
Tengok apa ayah jumpa.
- Biar betul? - Tak sangka, bukan?
Itu barang berharga saya.
Kamu tak benarkan sesiapa menyentuhnya...
dan hanya pegang dengan memakai sarung tangan.
Ya, atau penyepit.
- Saya tak sangka ayah jumpa. - Masih elok.
- Ya. - Mungkin sangat bernilai.
Ya.
Kalau saya jual, berapa agaknya saya akan dapat?
Mesti pengumpul barang mahukannya.
Tolong, jangan jual.
Kalau kamu tak mahu, ayah mahu menyimpannya.
Ayah akan beri kamu duit untuk kad ini.
Okey.
- Jadi ke mana pula sekarang? - Baiklah.
Kita berdua akan luangkan masa bersama.
Apa kita buat di sini?
Jumpa pegawai parol ayah.
Kita nak mendaftar masuk!
Guna gaji penjara ayah?
Selepas bayar 300 dolar untuk tambang teksi, jangan mimpilah.
Ayah boleh uruskan. Simpan bakinya.
Ayah guna duit mereka, bukan?
Selepas apa yang mereka buat kepada ayah?
Selepas apa yang mereka buat kepada kita?
Ya, selepas segala yang mereka buat kepada kita.
Selepas semua itu, ayah nak habiskan semua duit itu.
Setidak-tidaknya, sebanyak itu mereka berhutang dengan kita.
Okey, suka hati ayahlah.
- Saya tak nak terlibat. - Joey, jangan pergi.
Ayah nak tunjuk sesuatu. Tengok ini.
Mak kamu bawa ayah ke sini untuk ulang tahun kedua kami.
Ayah marah sebab kami tiada duit, tapi dia kata tak apa.
Kami boleh harungi apa saja asalkan kami bersama.
Ayah nak bawa dia kembali ke sini, tapi ayah tak sempat, bukan?
Ayah cuma fikirkan...
setiap minit dan setiap hari sejak ayah dipenjarakan...
untuk bawa kamu ke sini, jadi tolong jangan pergi.
Kamu saja yang ayah ada.
- Baiklah. - Baik.
Ini untuk awak!
Terima kasih. Kami boleh buat sendiri.
Hei.
Cantiknya!
Ini satu penambahbaikan daripada penginapan ayah sebelum ini.
Joey! Ada enam pancuran air!
Ini spa peribadi kita.
Bekalan kita cukup. Kamu nak minum?
Tak apalah.
Oh, Tuhan.
Kamu tak tahu betapa kerasnya tilam di penjara.
Ayah rasa mereka isi tilam itu dengan batu, bukannya kapas.
Mari, baringlah. Kamu perlu rasa ini.
- Tak apalah. - Marilah!
Joey!
Ayah nak mandi.
Kemudian, mari kita makan malam bersama.
Apa pendapat kamu? Kamu tak kisah?
Joey?
Sekarang...
ayah nak kamu pesan apa saja yang kamu mahu.
Jangan risau tentang harganya.
Ayah nak pastikan ini minggu terbaik dalam hidup kamu.
- Ayah... - Kamu akan dapat apa saja kamu nak.
- Semuanya nampak sedap. - Jadi pilih dua hidangan.
- Pilih tiga. - Saya tak lapar sangat.
Tak mungkin kamu tak lapar.
Kamu tak makan sepanjang hari.
- Ayah cuma... - Saya tak kuat makan.
- Ayah tahu. - Sejak kecil lagi.
- Ayah tahu. - Saya dah berhenti hisap dadah.
Ayah tak maksudkan apa-apa.
Ceritakan tentang hidup kamu. Ayah nak tahu segalanya.
Kamu ada kekasih?
Susah untuk saya simpulkan apa yang berlaku selama 19 tahun...
dalam satu perbualan sambil makan malam.
- Kamu nak ke mana? - Tandas. Pesanlah apa saja.
- Maaf, sebab buat kamu marah. - Saya tak marah.
Saya nak buang air kecil. Bolehkah?
Joey.
Marilah, duduk dengan ayah kamu.
Terima kasih.
- Terima kasih. - Terima kasih.
- Saya suka tempat ini. - Ya, tempat ini cantik.
Macam mana keadaan awak?
- Macam mana dengan awak? - Saya sihat.
Saya gembira dapat jumpa awak.
Lelaki itu cukup tua untuk jadi datuk dia.
Kenapa lama sangat?
Lebih tua daripada ayah.
Nampak? Ayah masih ada harapan.
Ya, kalau ayah nak bazirkan 2,000 dolar.
- Apa? Dia... - Pelacur.
Tak mungkinlah.
Saya cakap saja. Zaman dah berubah.
Sudah berapa kali awak pergi ke sana?
Entah kenapa saya tak bawa pakaian.
- Kita akan pergi beli esok. - Okey.
- Ayah cuma nak ucap selamat malam. - Selamat malam.
Hei, boleh ayah tunjuk sesuatu?
Ayah harap kamu suka.
Diperbuat daripada kayu mapel padu. Ayah buat lebih 40 batang.
- Ayah yang buat ini? - Ya.
Ayah dapat pesanan dari seluruh negara serentak.
Akhirnya, ayah mengajar besbol di dalam penjara.
Itu buat ayah teringat semasa kamu bermain Liga Kecil.
Ayah ada bantu sekali-sekala.
Ayah harap ayah luangkan lebih banyak masa untuk itu.
- Saya benci main besbol. - Taklah, kamu suka.
Kamu sangat suka, malah kamu pandai bermain.
No comments yet. Be the first to leave one.