Ultimate Factories   Lamborghini

Ultimate Factories Lamborghini

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

NatGeoMegafactoriesLamborghini
ناشر aidilskr
Original malay sub by AiDiLSKR

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2011-12-10
تعداد دانلود: 51
مخصوص ناشنوایان: Yes

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Mereka membina hampir sepenuhnya dengan tangan.

Badan

cat

pemasangan

dan enjin 12 silinder yang besar.

Tiada apa yang sama seperti enjin 12 silinder.

Bunyinya

kuasanya.

Semua usaha tu akhirnya terbalas di tangan pemandu.

Murcielargo SV adalah yang paling ekstrem

dan paling laju kami pernah buat setakat ni.

Murcielargo!

Murcielargo!

Murcielargo! Sangat bagus.

Untuk membina Murcielargo SV, anda perlukan sebuah kilang mega.

Ada beberapa pembuat kereta sport super di dunia.

Tapi lamborghini percaya keretanya paling menonjol.

Lamborghini perlu sentiasa ekstrem, tiada kompromi dan Itali.

Bunyi lebih kuat, lebih besar dan rekaan lebih tajam dari pesaing lain.

Kereta kami akan selalu jadi "budak jahat" di kalangan kereta sport super.

Kereta mereka jarang dilihat

dimana-mana jalan di dunia ni.

Kecuali berhampiran kampung Sant' Agata Bolognese, Itali.

Lebih kurang 32km dari utara bandar Bologna.

Komuniti pertanian ini menjadi rumah bagi Automobili Lamborghini S.P.A.

Kilang yang menghasilkan kereta sport super sejak tahun 1963.

Pada 2008, kilang ni mencipta rekod menghasilkan 2430 buah kenderaan.

Hampir 1800 darinya adalah kereta terlaris mereka, Gallardo.

Lebih kurang 630 buah darinya adalah model terkini syarikat itu...

Murcielago.

Seorang penulis permotoran menggambarkan kuasa Murcielago seperti penamat dunia.

0 ke 100kmj dalam 3.4 saat.

Kelajuan maksimum 340kmj.

Kuasanya datang dari enjin V12 berkuasa 640 kuasa kuda.

Menggunakan pacuan semua roda untuk kawalan yang baik.

Kuasa banyak memberi lebih kelajuan, sebab kereta ini lebih ringan.

Kebanyakan badannya adalah gentian karbon yang ringan.

Ia salah satu kereta super terpantas di dunia ni.

Tapi sekarang, Lamborghini mengeluarkan versi baru,

Murcielago SV.

SV singkatan kepada SuperVeloce,

SV singkatan kepada SuperVeloce, yang bermaksud super laju.

SV super laju kerana pertambahan 30 kuasa kuda

dan pengurangan berat sebanyak 100kg.

Juga ada beberapa perubahan dari segi prestasi dan kosmetik.

Kenderaan ni dihasilkan dalam jumlah yang terhad.

Kami hanya akan hasilkan 350 Murcielago SV,

sebab ini ciri eksklusifnya.

Harga bagi ciri eksklusif itu tinggi,

Murcielago SV dijual pada harga 300 ribu Euro.

Jadi pekerja di barisan Murcielago perlu membina versi SV selain versi standard.

Selain itu, setiap kereta perlu dibina mengikut permintaan pembeli.

Kereta yang dikeluarkan secara banyak, mungkin ada lebih dari 100 stesen pemasangan.

Pemasangan Murcielago hanya ada 14 buah stesen.

Setiap orang perlu ingat proses kerja selama 2.5 jam di stesen mereka.

Orang yang memasang Murcielago adalah orang kami yang paling pakar.

Lebih kurang 130 orang berkerja di ruang kilang.

Di bahagian pemasangan,

di bahagian balutan dimana bahagian dalamnya dibuat dengan tangan,

dan di barisan pemasangan enjin dimana enjin dibina dengan tangan.

Di barisan enjin, 8 juruteknik berkerja di 8 stesen

memberi 670 kuasa kuda kepada Murcielago SV.

12 jam diperlukan untuk membuat sebuah enjin.

Semua Murcielago mendapat kuasa dari enjin V12 6.4 liter.

Bagi pelumba proffesional, kelebihan enjin V12 adalah jelas.

Saya lebih suka 12 silinder sebab tork dan kuasa yang sentiasa ada.

Asas enjin adalah blok enjin.

Ia ada 2 bahagian mengandungi 6 silinder. Yang memegang 12 piston.

Blok enjin perlu diterbalikkan dulu,

kerana bahagian bawah perlu dibuka

bagi memasukkan aci engkol.

Setelah aci engkol dimasukkan, silinder dipersiapkan untuk pemasangan piston.

Pertama, silinder disembur dengan pelincir.

Setiap piston dilincirkan di bahagian cincin piston.

Ruang antara piston dan silinder adalah sempit.

Perlu hati-hati agar dinding silinder tidak dicalarkan oleh piston.

Sebab itu alat pemandu digunakan untuk memasukkan piston.

Kemudian gasket logam dan silikon diletak di atas silinder.

Ia sebagai persediaan untuk memasang kepala silinder.

Ia menempatkan injap yang membolehkan udara bercampur bahan api masuk

dan mengeluarkan gas ekzos.

Kemudian kepala silinder diketatkan.

Salur kemasukan adalah sebab utama kenapa SV mendapat 30 kuasa kuda tambahan.

Ia direka bagi menerima lebih banyak campuran bahan api berbanding enjin Murcielago biasa.

Salur ekzos dipasang akhir sekali.

Sekarang enjin telah lengkap dan sedia untuk diuji.

Sebelum enjin dipasang pada kereta,

ia harus lulus ujian dalam bilik ini.

Di sini, enjin seperti jantung yang bersambung pada mesin sokongan hayat.

Hos biru menghantar udara ke salur kemasukan.

Hos berwarna perak menyalurkan gas ekzos ke luar.

Kali pertama enjin ini dihidupkan, bukanlah dengan kunci

tetapi hanya dengan menggunakan tetikus komputer.

Enjin ini melalui ujian komputer yang mengambil masa 2 jam.

Ujian memeriksa sambungan mekanikal, kekedapan dan ketahanan terhadap haba.

Sewaktu ujian, suhu enjin mencapai 850 darjah Celcius.

Selepas sejuk, enjin dipasangkan dengan kotak gear 6 kelajuan.

Enjin kilang paling berkuasa dalam sejarah Lamborghini kini telah siap.

Enam jam sebelum ia dipasang pada kereta.

Enjin 12 silinder Murcielago menjadikan ia antara kereta paling laju di dunia.

Tapi setiap kereta sport yang keluar dari kilang ini.

Bermula daripada kenderaan ladang yang perlahan.

Dan seorang lelaki bercita-cita tinggi bernama Ferruccio Lamborghini.

Ferruccio Lamborghini adalah seorang peladang.

Menjelang 1950 peladang itu telah membina empayar industri

dengan menghasilkan pembajak.

Dengan kekayaannya, dia membeli sebuah Ferrari.

Tapi dia dapati dia klac keretanya selalu rosak.

Dia minta bantuan mekanik pembajaknya,

dan mendapati Ferrari dia menggunakan klac yang sama seperti pembajaknya.

Ferrari dia yang cantik menggunakan komponen pembajak.

Tak lama kemudian, Ferruccio Lamborghini memberitahu Enzo Ferrari

mengenai masalah klac itu.

Ferrari kata pada dia,

"Awak adalah peladang, pandulah pembajak awak, jangan komplen pasal kereta saya"

Kata-kata Enzo Ferrari mencetuskan persaingan orang Itali.

Ferruccio Lamborghini amat marah mengenainya.

Dia beritahu Ferrari "Saya akan tunjukkan cara nak buat kereta sport".

Pada tahun 1963, Ferruccio Lamborghini telah bina kilang baru.

Dan telah hasilkan kereta pertamanya, 350GT.

Ia mempunyai enjin 12 silinder, 280 kuasa kuda.

Pada 1966, Lamborghini mengeluarkan apa yang orang anggap

kereta sport super pertama dunia. Miura.

Enjin 12 silindernya dipindah ke tengah kereta untuk meningkatkan kawalan.

Ferruccio Lamborghini mengubah dunia kereta sport super dengan model Miura.

Dia menetapkan standard baru.

Ferruccio Lamborghini merancang untuk mengganti Miura dengan rekaan baru yang berani.

Belum sempat kereta itu dikeluarkan,

dia menjual syarikatnya pada tahun 1972

kerana masalah kewangan perniagaan pembajaknya dan krisis minyak OPEC.

2 tahun kemudian, kereta yang dibayangkan oleh Lamborghini telah dilancarkan.

Ia diberi nama, Countach.

Semua ciri kereta itu adalah 'brutal' dan agresif.

Ia... hebat.

Ia permulaan kepada pintu 'gunting' Lamborghini yang terkenal.

Model Countach digantikan oleh Diablo pada tahun 1990.

Pada 1998, Lamborghini dimiliki oleh Audi.

Kereta pertama diedarkan di bawah pentadbiran Audi adalah Murcielago.

Di bawah lapisan cat kereta ini,

adalah bahan yang tiada di era Ferruccio Lamborghini,

gentian karbon.

Seluruh badan dibuat dari gentian karbon, kecuali bumbung dan pintu logam.

Mengecat badan gentian karbon Murcielago adalah mencabar.

Dengan 2 barisan pengeluaran mengambil kebanyakan ruang.

Kilang tiada ruang untuk tempat mengecat.

Jadi mereka hantar badan yang belum dicat ke pekan Mirandola.

Autocarrozzeria Imperiale telah mengecat banyak model Lamborghini,

sejak awal tahun 70an.

Semua bahagian gentian karbon perlu dipelas sehingga kasar,

supaya cat akan melekat kepadanya.

Proses memelas juga menghilangkan kesan comot pada permukaan.

Sebelum kereta mendapat warnanya, ia perlu mendapat cat asas.

Ia dicat sepenuhnya dengan tangan.

Hanya 2.7 buah kereta dicat setiap hari.

Jumlahnya tidak berbaloi untuk dicat menggunakan robot.

Cat asas berwarna putih kekuningan dan dibuat sebanyak 2 lapisan.

Ia dipanaskan pada suhu 70 darjah Celsius selama 2 jam.

Selepas cat asas kering, permukaan dibasahkan dengan larutan khas

bagi mendedahkan kecacatan yang hanya dapat dikesan oleh pakar.

Bila kecacatan dikesan, ia akan dipelas.

Sekarang ia sudah sedia untuk diwarnakan.

Proses mewarna dilakukan oleh 2 orang.

Seorang pengecat hanya mengecat bahagian dalaman, seperti bahagian dalam pintu.

Seorang lagi hanya mengecat bahagian luaran.

Ada sebab dibuat begitu.

Tiada orang boleh mengecat dengan sama.

Walau pun menggunakan teknik yang sama

setiap orang pasti ada sedikit kelainan.

Hasil yang sempurna hanya akan diperolehi,

jika ia dicat oleh orang yang sama dengan teknik yang sama.

Maknanya, bila mengecat badan utama, hanya seorang boleh melakukannya.

2 atau 3 lapisan dibuat, bergantung kepada warna.

Sehingga 15 liter cat digunakan bagi sebuah kereta.

Cat disembur dari atas ke bawah,

bermula dari bumbung kemudian ke bahagian tepi.

Lebih kurang 12 jam diperlukan bagi proses mengecat.

Setelah lapisan cat terakhir kering, lapisan pelindung jernih akan disembur.

Bahagian gentian karbon yang tidak dicat turut disembur

bagi melindunginya.

Langkah terakhir dalam mengecat adalah menggilap.

Lebih dari 50 jam digunakan untuk menggilap, bagi memastikan warna jingga ini tidak kusam.

Lebih kurang 250 jam waktu pertukangan diperlukan

untuk mewarnakan Murcielago dengan sebarang warna, termasuklah putih.

Sekarang ia telah siap untuk dihantar balik ke kilang di Sant' Agata.

Dimana ia akan memasuki barisan pemasangan utama.

Lamborghini Murcielago memasuki barisan pemasangan utama.

Berada di bawah penutup, sukar dipastikan sama ada ia model standard

atau model edisi terhad, SV.

Bila penutup dibuka, barulah kelihatan tanda-tanda bahawa ia model SV.

Di bahagian depan, kami dah ubah penampilan untuk memberi impak visual yang berbeza.

Ia cuma 1 dari banyak lagi perubahan baik di luar mahu pun di dalam

yang akan kelihatan semasa proses pemasangan.

Perubahan bukan hanya sekadar rupa, ia juga mempunyai fungsi.

Bila kereta lebih ringan dan lebih berkuasa.

Jurutera perlu salurkan udara bagi meningkatkan daya ke bawah.

Kita perlu tekan kereta ke bawah. Kalau tidak ia akan jadi kapal terbang.

Keperluan untuk menyalurkan udara memberi impak kepada rupa kereta.

Pereka perlu tahu cara udara mengalir.

Kita perlu buat udara mengalir dengan mudah.

Ia penting untuk prestasi.

Ultimate Factories Lamborghini subtitles in other languages

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left