نخستین 200 خط.
Adakah...
...guru fikir beta akan musnah dengan ini saja?
Patik tak fikir begitu...
...sebab itulah patik akan buat persiapan dengan lebih rapi.
Apa kamu semua tunggu lagi?
Tahan dia!
Baik awak berterus terang.
Sejak bila awak bekerjasama dengan Moo Myung?
Saya tak tahu apa-apa.
Lewat malam semalam, awak...
...Putera Jeongan...
...dan Cho Young...
...telah mengadakan pertemuan mengejut.
Tapi awak berkeras semua ini kebetulan saja?
Awak tak mahu buka mulut?
Apa awak tunggu lagi?
Teruskan.
- Baiklah. - Baiklah.
Ayah muncul di sana...
...tepat pada masanya...
...bermaksud semuanya telah dirancang dari awal.
Mereka tak ada bukti tapi...
...Sam Bong tak akan lepaskan peluang ini.
Apa rancangan awak...
...Lee Bang Won?
Maksud awak, Putera Jeongan...
...berkomplot dengan Moo Myung?
Memang tak dinafikan yang tuan putera bertemu Cho Young...
...yang merupakan salah seorang Moo Myung.
Tapi kenapa Putera Jeongan...
...libatkan diri dengan mereka?
Ada bukti kukuh tak?
Kita tak perlukan bukti.
Sebagai seorang putera raja...
...dia tak sepatutnya berkelakuan begitu.
Baginda raja ingin melumpuhkan semua pengaruh Putera Jeongan.
Dengan peluang ini...
...baginda raja bercadang untuk menghapuskan semua ancaman...
...yang boleh mengancam keselamatan putera mahkota.
Kalau itu rancangan baginda raja...
...ia tak dapat dielakkan.
Baginda raja juga...
...bercadang untuk selesaikan perkara...
...yang awak bimbangkan itu.
Jadi awak tak perlu bimbang.
Perkara apa tuan maksudkan ini?
Ia berkaitan dengan Keluarga Wang.
Tuan Jo Joon telah menyatakan kebimbangannya.
Baginda raja menangguhkan perkara ini...
...kerana memikirkan pandangan rakyat jelata.
Keadaan politik negara ini masih belum stabil.
Banyak masalah yang perlu diberikan perhatian.
Jadi lebih elok jika ia dapat diselesaikan dengan segera.
Kita mesti selesaikan masalah Putera Jeongan terlebih dahulu.
Kita tak boleh pandang rendah pada dia.
Lee Shin Jeok juga masih tak mahu buka mulut.
Sejak bila...
...dia mula jadi pengikut Putera Jeongan ini?
Bukankah ini sesuatu yang memalukan?
Tak jadi masalah kalau saya mati.
Tapi sekiranya Putera Jeongan berubah fikiran...
...Biguksa berada dalam bahaya.
Saya kena beritahu mereka.
Yang lain perlu tahu tak kira apa cara sekalipun.
Baiklah.
Saya akan sampaikan pesanan itu.
Semalam awak masih lagi pegawai di Soongoonbu...
...tapi sekarang ini tengoklah keadaan awak.
Awak masih ada...
...pengikut yang setia dengan awak.
Senyap!
Kamu rosakkan semuanya.
Ini semua tuduhan palsu!
Ya.
Saya juga terkena dengan orang yang saya sendiri didik.
Betul.
Yeon Hee itulah punca masalah ini.
Dia sentiasa bersama dengan Tuan Sam Bong...
...dan mesti dialah beritahu semua perkara mengarut ini!
Sebab dialah saya diketepikan...
Ada betul juga.
Saya sangat yakin yang awak...
...tak ada sebarang hubungan dengan Moo Myung.
Tapi...
...dalam keadaan ini...
...tak ada siapa yang akan percaya pada saya.
Saya ditangkap semasa bertemu dengan Putera Jeongan...
...Tuan Sam Bong pasti takkan lepaskan saya.
Macam mana kalau saya tolong awak?
Apa maksud awak?
Ia sangat mudah.
Kita hanya perlu hantar sepucuk surat ringkas ke luar.
Guru Ho Jeong!
Patik ke mari...
...berkenaan dengan hal Putera Jeongan.
Sekarang mungkin ia masalah Putera Jeongan...
...tapi kita tak tahu bila ia akan jadi masalah...
...buat tuanku berdua pula.
Apa maksud kamu?
Sam Bong sedang cuba melemahkan pengaruh kerabat diraja...
...yang mempunyai jumlah tentera peribadi yang besar.
Kalau begitu, apa rancangan kamu?
Tuanku berdua mesti bertemu Panglima Lee Ji Ran.
Bersama dengan Panglima Lee Ji Ran...
...tuanku akan buat permohonan...
...agar masalah Putera Jeongan ini dibincangkan...
...dengan para pentadbir yang lain.
Kenapa kita kena buat begitu?
Sekiranya benar Putera Jeongan berkomplot dengan Moo Myung...
...siasatan perlu dijalankan.
Buat permohonan agar...
...siasatan dibuat.
Tuanku perlu buat begini.
Tapi macam mana kalau...
...mereka berjaya dapatkan bukti?
Tak.
Siasatan kes ini...
...pasti akan memberikan...
...tekanan yang amat besar kepada baginda raja.
- Pak cik! - Aduhai.
Kawallah sifat panas baran awak itu.
Apa pun...
...tak ada bukti yang mengatakan mereka tak bersubahat.
Nak buat apa dengan bukti?
Tak ada bukti mengatakan yang dia ada.
Kalau Bang Won begitu mencurigakan...
...bukankah dia perlu disoal siasat?
Betul itu! Perkara ini tak boleh...
...diselesaikan begitu saja tanpa siasatan.
Tolong benarkan...
...anakanda bertemu dengan Cho Young.
Jadi...
...kamu sendiri ingin ke Soongoonbu?
Anakanda perlu buktikan anakanda tak bersalah.
Tindakan...
...Cho Young pergi ke Gyeongdeokjeon...
...setelah menerima surat kamu itu...
...menunjukkan masalah kamu sebagai seorang putera.
Tapi kamu ingin disoal siasat...
...di depan mereka semua...
...tanpa mempedulikan kedudukan ayahanda?
Kenapa?
Apa alasan kamu?
Anakanda tak boleh duduk dan ikut saja...
...kehendak ayahanda dan Tuan Sam Bong.
Maksud kamu, kamu akan jadi putera mahkota?
Ayahanda...
...telah pilih putera mahkota.
Sekiranya kamu ingin jadi putera mahkota...
...kamu perlu hapuskan adinda kamu, Sam Bong dan juga ayahanda.
Sanggup kamu buat begitu?
Ayahanda...
...kenapa ayahanda...
Sebab itulah...
...semua ini impian yang mustahil buat kamu.
Jadi, selagi ayahanda masih anggap kamu sebagai putera ayahanda...
...lebih baik...
...kamu lupakan perasaan tamak kamu itu.
Tamak?
Kenapa impian anakanda saja dianggap sebagai tamak?
Ayahanda tak ada impian...
...untuk menaiki takhta.
Putera Euian juga...
...tak mengimpikan semua ini...
...tapi tetap dilantik sebagai putera mahkota.
Tapi anakanda...
...telah mengimpikan semua itu.
Tapi kenapa impian anakanda saja dianggap sebagai tamak?
Anakanda...
...takkan berdiam diri saja.
Jika ayahanda begitu yakin anakanda adalah Moo Myung...
...ayahanda perlu buktikannya.
Betulkah Putera Jeongan...
...bekerjasama dengan Moo Myung?
Bukan macam itu.
Inilah yang dipanggil perbalahan kuasa.
Ia lebih kejam dan dahsyat daripada bertarung pedang.
Boon Yi dan pengikutnya akan tinggalkan tempat ini.
Mereka akan pergi ke Bancheon.
Mereka tak perlu buat kerja mengintip itu lagi sekarang.
Boon Yi buat keputusan yang baik.
Gab Boon, awak pun ikutlah mereka sekali.
Awak pun boleh dikatakan sebagai ahli pergerakan mereka juga.
Saya tak pasti kalau boleh buat begitu.
Saya ingin cuba...
...buka sebuah gerai di Bancheon.
Kita boleh usahakan bersama di sana.
Marilah sama-sama.
Apa pun yang berlaku pada Putera Jeongan...
...tak ada kaitan lagi dengan awak sekarang.
Macam mana pula tak ada kaitan?
Bukankah awak akan ke Bancheon?
Bagus keputusan awak itu.
Awak akan jalankan tugas baru dengan baik.
Begitu juga dengan semua pengikut awak.
Yeon Hee, tapi...
...Putera Jeongan...
Agak dikesali tapi...
...ini semua berlaku kerana cita-cita Putera Jeongan sendiri.
Cita-cita?
No comments yet. Be the first to leave one.