What If...?

What If...?

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

What If S01E04 What If Doctor Strange Losts Heart Instead ofs HandsWEBRip x264
ناشر ShasyaLala
Disney Retail.

برچسب‌ها

webrip
web
x264
BRip
TS
تاریخ انتشار: 2021-09-01
تعداد دانلود: 60
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 186 خط.

MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN

Masa.

Ruang angkasa.

Realiti.

Bukan sekadar laluan linear.

Malah satu prisma dengan kemungkinan yang tak berkesudahan,

dengan satu pilihan boleh bercabang menjadi realiti tak terbatas,

mencipta dunia alternatif daripada dunia yang kita tahu.

Akulah Watcher.

PRODUKSI MARVEL STUDIOS

Akulah jurupandu melalui realiti baru yang luas ini.

Ikut aku dan renungkan persoalan...

"Bagaimana jika?"

Kita telah lihat bagaimana satu detik, satu pilihan,

mampu menjejaskan ruang dan masa,

serta melahirkan kisah baharu, Wira, di seluruh jagat.

Namun bagaimana jika pilihannya salah?

Bagaimana jika niat terbaik mempunyai akibat yang sangat pelik?

Selamat malam, si tampan.

Baju ini? Saya ambil sahaja dari mesin pengering.

Awak pula sangat menawan.

Saya datang hanya untuk pencuci mulut. Awak janjikan crème brûlée.

Rasanya kita boleh dapatkan pencuci mulut lebih baik.

Saya nak dengar.

Saya tahu awak dah sediakan sesuatu.

Awak takkan berucap spontan. Beritahu saya saja.

Okey. "Selamat malam, hadirin sekalian, rakan-rakan doktor..."

Tidak. Berhenti. Saya dah tertidur.

Tak perlu mukadimah. Teruskan pada inti patinya.

Saya baru cakap, "Selamat malam."

Saya rasa awak patut meluru ke podium macam peserta The Price is Right.

Menjerit, bertepuk tangan, bersorak dan buat sesuatu yang gila-gila.

Price is apa?

-Kita perlu meraikannya. -Memang pun.

Awak menjalankan pembedahan hemisferektomi radikal.

-Dengan berjaya. -Itulah rancangannya.

Ya, bagi saya pencapaian itu agak luar biasa.

Bagi saya, awak juga luar biasa.

Stephen!

Kita okey. Awak okey.

Tidak. Christine. Tolonglah!

Dalam jagat ini, tangan Stephen Strange tidak rosak,

tapi hatinya yang patah.

Dilanda kesedihan, Strange mencari jawapan di seluruh dunia dan dalam seni mistik.

"Mata Agamotto, endul ketunggalan masa,

ditemui oleh Cagliostro, manipulasi dan pengubahan garis masa."

-Kembara merentas masa. -Apa yang awak buat?

Mempermainkan masa boleh melemahkan hijab jagat ini.

Kita melindungi realiti, bukan mengancamnya.

Apabila ancaman datang

dan Ancient One hilang,

Stephen Strange bangkit.

Ahli sains menjadi Ahli Sihir Tertinggi.

Dormammu, saya datang untuk tawar-menawar.

Namun walau apa jua pencapaiannya,

Stephen Strange tidak mampu melupakan masa silam

Maaf, tapi sekarang ini kemeja-T kegemaran saya.

Jadi, saya perlu ambil semula.

Cubalah kalau berani.

Sekarang awak memilih minuman murah.

Sudah berapa lama?

Malam ini genap dua tahun.

Kenapa tak tidur lagi?

Ahli sihir juga perlu ke bilik air.

Awak buat apa?

Baiklah, saya nak jerang air.

Lebih baik sertai saya sebelum awak buat tindakan melulu.

Selamat malam, si tampan.

Ada yang tak kena?

Rasanya saya baru mengalami serangan jantung ringan.

Serangan jantung, doktor? Bersedialah, Strange.

Awak janjikan saya crème brûlée.

Sebut sahaja, Christine, dunia pun saya akan berikan.

Saya nak dengar.

Saya tahu awak dah sediakan ucapan penerimaan malam ini.

Tidak, saya akan berucap spontan.

Saya akan meluru ke podium macam peserta rancangan kuiz.

Bersorak, menjerit dan bertepuk tangan.

Serius? Awak mengusik saya?

Okey, sebab awak dah cakap, awak mesti buat.

Hanya jika awak ada di sisi saya.

Sekejap. Awak pernah tonton rancangan kuiz?

Belum, tapi sentiasa ada kali pertama.

-Apa? -Entahlah, awak menggembirakan.

Saya berhutang sebakul mufin dengan orang yang ubah personaliti awak.

Mungkin sebab awak buat saya gembira.

Nampaknya malam ini pasti tak dapat dilupakan.

Tidak! Tidak lagi. Tidak! Christine!

Selamat malam, si tampan.

Kereta kuda menanti, puan.

Kita terlepas selekoh. Jambatan arah sana, bukan?

Kita ikut jalan lain.

Tak apa, kita pasti baik-baik sahaja.

Stephen!

Awak akan dapat anugerah. Seluruh parti ini untuk awak.

Mari duduk di rumah saja. Kita pesan piza dan crème brûlée.

Tak mungkin. Saya tak nak gaun ini kena minyak, okey?

Kita akan pergi, kita akan menari. Saya jamin, kita pasti berseronok.

Tidak.

Piza. Awak memang genius.

Kami mendapat laporan ramai mangsa,

termasuk kematian Dr. Christine Palmer.

Palmer, pakar kecemasan dan trauma...

Stephen. Ada yang tak kena?

Kenapa ia terus berlaku?

Adakah kita tak layak rasa bahagia?

Mungkin saya patut memandu. Boleh?

Hei, awak okey? Awak nak bincangkannya?

Atau pasang muzik?

Saya hanya mahu awak.

Hanya awak yang penting.

Tidak!

Selamat malam, Dr. Strange.

Ada masalah dengan kereta?

Kenapa awak di sini?

Untuk membantu awak.

Di sinilah segalanya bermula bagi awak.

Dengan kematian Dr. Christine Palmer.

Terlalu sedih dengan kehilangan itu, awak mencari jawapan dalam seni mistik.

Dalam diri saya.

Bantu saya bawa dia kembali.

Maaf, tapi saya tak boleh. Tiada sesiapa yang boleh.

Kematiannya satu Titik Mutlak dalam masa.

Mutlak?

Tidak boleh diubah mahupun dialihkan.

Tanpa kematiannya, awak takkan mengalahkan Dormammu

dan menjadi Ahli Sihir Tertinggi,

serta penjaga Mata Agamotto.

Jika awak padamkan kematiannya,

kembara awak tak pernah bermula.

Saya mencipta paradoks.

Awak merisikokan jagat ini. Titik Mutlak tak dapat dibalikkan.

Tiada apa yang mustahil. Awak yang ajar saya.

Saya cuma perlukan lebih banyak kuasa.

Ahli sihir terhebat pada masa lalu juga tak dapat membalikkan Titik Mutlak.

Awak belum tahu lagi.

Buku-buku hilang dan perpustakaan dimusnahkan.

Berhenti menyeksa diri sendiri, Stephen.

Tiada harapan di sini.

Christine sudah tiada. Awak tak boleh selamatkan dia.

Tidak.

Stephen, jalan ini hanya membawa kepada kegelapan dan pengakhiran realiti.

Tolong jangan buat begini. Jika tidak, saya terpaksa hentikan awak.

Awak perlu cari saya dulu.

Maafkan saya. Helo, tumpang tanya.

Saya mencari Perpustakaan Cagliostro yang Hilang.

Perpustakaan?

Helo? Buku? Membaca? Ilmu?

Hei! Saya sedang bercakap. Awak nak ke mana?

Tiada pintu. Bijak.

Helo?

Ada sesiapa di dalam?

Sambutan yang hebat.

Awaklah ahli sihir dengan pakaian paling aneh yang saya pernah jumpa.

Ya, ini Armani.

Saya datang ke sini mencari Ahli Sihir Cagliostro.

Menurut legenda, dia tahu cara untuk memecahkan Titik Mutlak masa.

Di mana saya boleh jumpa Cagliostro?

Mungkin di sini, mungkin di sana, dan mungkin tiada di mana-mana.

Bagusnya. Awak berkias. Tolonglah cakap awak bukan Cagliostro.

Nama saya O'Bengh. Penjaga buku-buku Cagliostro.

Ikut saya, Ahli Sihir Armani.

Bukan, saya Strange.

Tidak begitu berbeza daripada nama lain di dunia ini.

Buku-buku yang hilang.

Berapa lama awak akan tinggal di sini?

Seberapa lama yang diperlukan.

Okey. Transmutasi, telekinesis, teleportasi.

Menarik. Manipulasi masa. Dah jumpa.

"Kuasa yang diperlukan untuk memecahkan Titik Mutlak dalam masa sangat besar,

dan hampir mustahil untuk dicapai."

Semua orang tahu.

"Dapatkan kuasa melalui penyerapan daripada makhluk-makhluk lain."

Penyerapan?

Mari kita cuba.

Nama saya Dr. Stephen Strange.

Saya bawa awak ke sini sebab saya perlu pinjam kuasa awak.

Sudikah awak berkongsi satu atau dua tentakel?

Tolonglah.

Tidak!

Apa yang berlaku?

Makhluk mistik tidak tawar-menawar.

Kuasa mereka bukan untuk manusia.

Perpustakaan ini tak mencukupi.

Makhluk-makhluk itu ada apa yang saya perlukan.

Berbaloikah menderita demi wanita itu?

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left