نخستین 200 خط.
Si Gemuk, awak buat apa di sini?
Kenapa awak...
...pakai baju itu?
- Kenapa? - Joon-hyung.
Kenapa kamu datang tak beritahu abang?
Hai, abang.
- Abang? - Saya ada berdekatan...
...jadi saya singgah sebab nak makan bersama abang.
Kamu berdua saling mengenalikah?
- Kami satu... - Sekolah rendah.
Kami ke sekolah rendah yang sama dulu.
Joon-hyung, lama kita tak jumpa.
Saya tak percaya kita dapat bertemu lagi.
Dah 10 tahun kita tak jumpa, bukan?
Awak masih kenal saya.
Kecil betullah dunia ini.
Dialah pemain celo...
...yang abang beritahu tempoh hari itu.
Bok-joolah orangnya.
Pemain celo?
Pemain celo?
Ya.
Awak ambil jurusan muzik celo?
Dari sekolah rendah lagi awak memang berbakat dalam muzik.
Dia juga pandai menyanyi.
Yakah?
Yakah?
Tentu kamu berdua rapat sehingga kamu boleh ingat semua itu.
Tentulah, kami kawan baik.
Gembiranya dapat jumpa awak semula.
Lepas ini kita boleh jumpa lagi.
- Betul tak? - Ya.
Gembira jumpa awak.
Tak sangka kamu berdua kenal.
Bok-joo, nampaknya kita memang ditakdirkan untuk bertemu.
Awak satu sekolah rendah dengan adik saya.
Macam mana awak bermain celo dengan begitu baik?
Dia juga kuat.
Pemain celo sekuat...
- ...atlet angkat berat. - Abang juga suka muzik klasik.
Ini tentu mimpi.
Mustahil semua ini sedang berlaku.
Kenapa?
Mereka langsung tak serupa.
Mengarut betul!
Hei.
Pemain Celo Kim Bok-joo.
Tunggulah saya!
Saya rasa kita nak pergi ke tempat yang sama.
(Saya Gembira Kerana Saya Seorang Wanita)
Pemain celo?
Tangan awak memang sesuai untuk jadi pemain celo...
...daripada jadi pemain biola atau pemain flut.
Awak memang tahu apa yang bagus untuk awak.
Berhentilah berlagak pandai.
Hei, awak marah sayakah?
Awak cakap saya berlagak pandai selepas saya tolong awak tadi?
Tergamak awak panggil saya begitu?
Betulkah dia abang awak?
Tentulah, dia abang saya.
Sejak bila awak ke sana?
Jika awak ke sana untuk kurangkan berat badan...
...awak takkan bohong yang awak adalah pemain celo.
Maknanya awak ada niat tersembunyi.
Awak...
...suka abang saya, bukan?
Sebab itu awak ke sana, bukan?
Mengarut.
Awak suka sangat fikir yang bukan-bukan.
Kalau betul saya sukakan dia pun...
...saya takkan ke sana dan bayar semahal itu.
Jadi kenapa awak ke sana dan bayar semahal itu?
Atlet angkat berat, Bok-joo?
Sebab...
Aduhai, ada lalatlah.
Si Gemuk, nampaknya awak dah matang.
Awak sanggup buat begitu demi seorang lelaki.
Kawan-kawan atlet awak takkan marahkah jika mereka tahu?
Atlet angkat berat jatuh cinta...
...dengan seorang doktor di klinik berat badan.
Aduhai.
Hei!
Awak takkan beritahu sesiapa, bukan?
Tentulah, saya takkan beritahu sesiapa.
Tak ada gunanya saya hebohkan hal itu.
Itu yang awak harap, bukan?
Tak ada sebab saya perlu rahsiakan hal itu.
Saya akan fikirkannya...
...bergantung pada tingkah laku awak.
Apa maksud awak?
Budak ini...
Hei.
Awak marah sayakah?
Taklah, suara saya memang kuat.
Mungkin sebab itulah awak ingat saya marah.
Tak. Saya pasti awak marah.
Tak, saya tak marahlah.
Saya rasa nak marah pula.
Saya tak marah awaklah.
Betul.
Saya perlu fikirkan dulu.
Fikirkan apa? Saya tak marahlah.
Saya pergi dulu.
Saya tak marah awaklah. Janganlah begitu.
Aduhai, maaflah!
Macam mana ini?
Memang tak percaya betullah.
Dalam ramai-ramai orang, kenapa dia sukakan abang saya?
Aduhai.
Aduhai.
Kenapalah dia abang Joon-hyung?
Sedapnya, ada kutlet ikan.
- Aduhai. - Hei!
Hati-hatilah bila duduk.
Saya tak apa-apa.
Tak, awak tak okey. Awak patut berhati-hati.
Bukankah dia patut bawa kusyen?
Kalau dia buat begitu, semua orang akan tahu nanti.
Okey, buat masa ini awak dilarang...
...makan dengan banyak.
- Persahabatan kita memang hebat. - Hebat.
Hebat.
Gembira bertemu awak.
Awak tidur nyenyakkah malam tadi?
Saya dah kenyang. Saya pergi dulu.
Tak mungkinlah. Awak baru saja nak makan.
Kita rakan universiti, kenapa awak buat macam ini?
Duduk.
Awak buat apa? Duduklah.
Bukannya kita tak kenal mereka. Marilah duduk.
Tumpang lalu.
Kenapa tangan saya lemah hari ini?
Si Gemuk, tolong potongkan.
Apa?
Tolong potongkan untuk saya.
Jangan potong terlalu nipis.
Maaf, boleh awak tolong ambilkan air juga?
Separuh sejuk dan separuh panas.
Joon-hyung, awak tak boleh buat sendirikah?
- Saya akan ambilkan untuk awak. - Tak apa.
Biar saya pergi ambil.
Kebetulan saya pun haus.
Ambil air dengan nisbah enam kepada empat.
Manisnya.
Air ini rasa manis hari ini.
Apa yang berlaku antara awak dengan Joon-hyung?
Apa awak mengarut ini?
Kenapa awak ikut saja arahan dia?
Bukankah awak benci dia?
Awak takkan ambil air untuk kami. Ada sesuatu yang pelik.
Apa yang awak merepek ini?
Bukan hal besar pun.
Saya dah sedar dia taklah seteruk mana.
Dia agak tak matang...
...tapi tak kisahlah semua itu sebab kami rakan universiti.
Dari dulu lagi awak patut buat begitu.
Tapi kenapa tiba-tiba saja...
- ...awak tukar fikiran? - Betul itu.
Betulkah tak ada apa-apa antara awak berdua?
Tak ada apa-apalah.
Saya buat begitu bukan sebab saya sukakan dia...
...atau sebab dia tahu rahsia saya.
Awak berdua sensitif sangatlah.
Kulit saya yang cantik ini akan rosak semula lusa.
Saya tak pasti jika kulit awak cantik...
...tapi saya juga tak nak bertanding.
Tapi kita tetap kena bertanding.
Itu saja acara yang akan buat kita bangga.
Betul. Jika menang, kita akan makan besar, bukan?
- Ya, tentulah. - Hei...
Saya nak pergi dulu. Saya kena ke hospital.
Okay.
Jika ada yang bertanya tentang awak, kami akan berikan alasan.
Saya pergi dulu. Terima kasih.
Hati-hati.
Jumpa kemudian.
Dia nampak tak selesa.
- Kasihannya. - Yakah?
21.27 saat.
Kepala awak terkeluar. Cuba rendahkan lagi.
Teruskan.
- Teruskan. - Saya letihlah.
Teruskan. Betul, teruskan!
Okey, bagus.
Jika saya balik ke asrama, Ki-seok akan tahu.
Si Gemuk...
Saya tahu dia nak ke mana.
Okey, Kim Bok-joo. Saya pilih awak.
Berat awak masih sama, ia tak berkurangan.
Sukar untuk kurangkan berat dengan cara yang sihat, bukan?
Ya, agak sukar.
Tapi saya selalu buat tekan tubi.
Bagus.
Tak perlu tergesa-gesa dan paksa diri.
Nampaknya awak tak banyak berubah daripada waktu awak kecil.
- Apa? - Joon-hyung terus kenal awak.
- Dia banyak berubah, bukan? - Ya.
Awalnya saya tak kenal dia.
Saya faham.
Dia dah semakin tinggi dan perangainya juga berubah.
No comments yet. Be the first to leave one.