Only Murders in the Building

Only Murders in the Building

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Only Murders in the Building S01E03 How Well Do You Know Your Neigbors 1080p HULU WEBRip DDP5 1 x264-BTN
Only Murders in the Building S01E02 Who is Tim Kono 1080p HULU WEBRip DDP5 1 x264-FLUX
Only Murders in the Building S01E01 True Crime 720p WEBRip 2CH x265 HEVC-PSA
ناشر ShasyaLala
Disney Retail.

برچسب‌ها

webrip
web
x264
BRip
1080
720p
720
x265
HEVC
2CH
تاریخ انتشار: 2021-09-02
تعداد دانلود: 43
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Pergi!

Tutup pintu! Jangan keluar!

- Ya Tuhan! - Ya Tuhan!

- Ya Tuhan! - Tolong saya, sesiapa saja!

Kita perlu selamatkan dia! Saya takkan tinggalkan dia!

- Awak ingat saya nak buat begitu? - Sudah tentu.

Sudah tentulah!

Jangan salah faham.

Dua Bulan Lepas

Ini yang saya tak faham.

Ramai yang risau untuk tinggal dalam bandar besar disebabkan jenayah.

Penggemar jenayah sebenar akan kata,

tempat terpencil yang patut dirisaukan.

Kita harus akuinya.

Tiada sesiapa pernah menemui 19 mayat

yang ditanam di laman belakang pangsapuri 14 tingkat.

Awak akan sentiasa diperhatikan di sini.

Penduduk New York pula memiliki cara istimewa untuk berkomunikasi.

Istimewa bermaksud secara langsung.

Kita tersepit di tempat yang sempit dan padat,

seperti kita yang tinggal di Arconia.

Hei, sebentar. Adakah awak…

- Saya Brazzos. - Biar betul.

Semasa kecil, saya selalu tonton rancangan itu bersama ayah. Itu kegemarannya.

Tunggu. Apa ayat yang awak selalu cakap?

"Ia akan memberi petunjuk baru dalam penyiasatan ini."

Itulah dia. Aduhai. Hebatnya.

Ayah saya menghidap SLA.

Dia tak boleh bercakap atau makan sendiri lagi.

Saya bersimpati.

Dia berada di hospis, tapi…

Dia tak mahu menyerah kalah.

Sejujurnya, lebih baik untuk keluarga saya jika dia buat begitu.

Awak nak tangkap gambar?

Ya. Sudah tentu. Itu pasti hebat. Terima kasih.

Boleh awak tangkap gambar landskap?

- Lebih baik awak pusingkan. Ya. - Pusingkan ke tepi.

Bagus. Ya.

Beritahu ayah awak yang Brazzos tangkap gambar itu.

Saya akan cakap, tapi dia tak akan faham.

- Selamat tinggal. - Terima kasih banyak.

New York boleh menjadi agak keterlaluan.

Awak diperhatikan setiap masa.

Hei, sayang. Kenapa garang sangat?

Setiap tahun, 2,000 wanita melaporkan serangan di sini.

Inilah tempat yang membuat awak menonton Dateline

untuk mengelak menjadi mangsa jenayah.

Saya asyik dapat mimpi yang berulang.

Saya sedang tidur. Saya terjaga dan seorang lelaki berdiri di sebelah.

Saya tendang kemaluannya dan ambil jarum mengait.

Kemudian, saya tikam dia guna benda itu.

Ada kalanya apabila tak boleh tidur, saya bayangkan membunuhnya dengan kejam.

Kemudian, saya terus tertidur. Ia berkesan setiap kali.

Saya dah kata, ia keterlaluan. Jangan datang jika awak tak suka itu.

"NYC, apa maknanya awak?"

Memanglah ia ayat daripada sebuah rancangan terkenal tentang anak yatim.

Bukankah kita semua seperti anak yatim, berusaha mencari jati diri.

Baru-baru ini, saya nampak karya tarian yang hebat di World Wide Web

yang mengetengahkan "Clair de Lune."

Seorang lelaki yang cuba naik ke puncak tangga dan terjatuh,

tapi dia sentiasa mencari cara baru untuk bangkit semula.

Saya terfikir, "Bukankah itu mewakili kita setiap hari dalam bandar besar ini?

Itulah kehidupan di New..."

Biar betul? Awak tak nampak kot ini?

- Apa yang awak buat? - Satu perkara yang pasti di bandar ini.

Apabila semuanya rasa dikenali,

pada masa itulah awak alami sesuatu yang tak dijangka.

Hei, Lester.

Ursula, sayang. Ada apa-apa untuk saya?

Ya, angkat ini.

Ini semua kajian untuk persembahan yang saya akan tulis.

Persembahan yang sesuai untuk semua.

Jauhi teater jika awak mahu kehidupan sosial, Ursula. Percayalah.

Tahan pintu!

Maaf. Terima kasih. Saya dah tekan.

Maaf. Saya tergesa-gesa kerana ada hal penting…

Ya, saya pun.

Helo.

Ada penggambaran hari ini?

Maafkan saya?

Saya cuma andaikan kerana solekan itu.

Saya tak pakai alat solek.

Okey. Saya pun.

Sudah pukul 5 petang? Boleh…

- Tidak. - Tidak.

Tim Kono dengan huruf K. Ya.

Ada barang sampai hari ini?

Kenapa masalah ini kerap terjadi?

Ia sangat penting bagi saya.

Seawal pukul berapa esok?

Awak suka fon kepala Beats itu?

Saya punya warna kuning. Saya sangat menyukainya.

Kemudian, saya tertinggalnya di kereta api bawah tanah. Bodohnya.

Apabila sesuatu hilang di sana,

- awak tak tahu nak hubungi siapa… - Ding!

Lif pun tak mahu dengar cerita itu.

Ayuhlah, Winnie.

Winnie, lihat.

Okey.

Anda mendengar Semuanya Tak OK di Oklahoma …

…daripada Cinda Canning.

Dana disumbangkan oleh penaja kami: Perbadanan RAND,

Yayasan Milton dan Miriam Swann untuk Kesenian

dan untuk Pelupusan Simpanan Persekutuan,

serta Trader Joe's.

Dengan sokongan tambahan oleh Royal Crown Cruises

Putera Mahkota Dubai dan pendengar seperti anda.

Inilah dia Cinda Canning

dalam episod enam untuk Semuanya Tak OK di Oklahoma.

Apabila Ray Butler membawa saya ke hutan di belakang bangsalnya di Chickasha,

saya tak menjangka untuk menemui apa-apa yang berkaitan

dengan kehilangan anak saudaranya, Becky.

Saya lebih fokus kepada pakaian Ray yang tak sesuai untuk ladang.

Namun, semuanya berubah disebabkan kejadian di dasar sungai…

yang mana Labrador tua Ray, Bo menggali sesuatu dalam tanah.

Sebaik saja ia memperoleh hasil galiannya,

Bo berlari dengan bangga ke arah saya dengan sesuatu terjuntai di mulutnya.

Bo Dog PENEMUAN DASAR SUNGAI

Saya ambil masa untuk menyedarinya.

Kemudian, ia menjadi jelas.

Bo telah menemui…

Tak guna!

Ya Tuhan! Tidak.

Itulah dia.

- Lester, ini amaran betul? - Entahlah. Kami sedang menyiasatnya.

Saya ternganga di bawah hujan renyai Oklahoma.

Awak rupanya yang dapat tempat duduk terakhir.

Namun, semua itu berubah disebabkan kejadian berhampiran dasar sungai.

Dengar sini, jika saya pernah menyinggung awak

semasa awak buat uji bakat untuk saya…

Saya tak pernah buat uji bakat untuk awak.

Awak bukan Scott Bakula?

Bukan.

Awak pelanduk dua serupa. Saya faham.

Dengar sini. Saya akan senyap,

tapi audio siar kegemaran saya mengeluarkan episod baru malam ini dan…

Apa benda yang digonggong Bo?

Saya tak tahu.

Ya Tuhan.

Ya Tuhan.

Boleh kami…

- Ada tempat kosong? - Maaf, semuanya penuh.

Hei! Mari sini.

Terima kasih.

Ya.

Duduklah. Separuh penghuni bangunan ada di sini.

Oh ya, nama saya Oliver Putnam.

Charles. Charles-Haden Savage.

Hei. Saya Mabel.

Biar betul. Nama konservatif yang hebat.

Biar betul. Apa yang digonggong Bo?

Seluar dalam Becky!

Bukan Ray. Terlalu ketara.

- Tepat sekali. - Ya.

Saya lega kerana barang milik Becky Butler ditemui.

Saya hampir lupa orang yang hilang.

Cerita itu terlalu panjang.

Semuanya. Presiden majlis pelajar.

Senyumannya menceriakan suasana dan sebagainya.

Ya. Saya suka perincian cerita,

tapi tolong pendekkan sedikit.

Itu buat saya terfikir,

siapa awak, si cantik manis?

Kami dapat rumah di Arconia 30 tahun lalu semasa ia mampu dimiliki,

tapi awak… Adakah ibu bapa awak membelinya?

Biar betul. Awak tak perlu jawab soalan itu, Mabel.

Melainkan awak mahu jawab kerana saya pun nak tahu.

Awak seperti dikenali.

Charles pernah berlakon dalam siri TV lama.

Apa nama siri itu?

- Bozos ? - Brazzos .

Okey.

Saya pula,

merupakan seorang pengarah filem. Saya pasti awak perasan.

Namun, cucu-cucu saya…

Mereka kesayangan saya.

Saya harap dapat meluangkan lebih banyak masa dengan mereka.

Bukankah itu yang kita mahu? Lebih banyak masa untuk insan tersayang.

Saya cuma berselisih dengan dia dalam lif sekali sebulan.

Apa pun, itu kisah kami yang sebenar.

Awak sudi menceritakan kisah awak?

Tidak. Boleh saya bayar?

- Tidak. Kami akan bayar. - Tak perlu.

Terima kasih banyak.

Terima kasih.

- Hai, sayang. - Okey.

- Tak apa. - Itu anjing sebenar.

Ya.

Lihatlah ini.

Lester, apa yang terjadi?

- Ada orang mati. - Apa?

Nampak seperti kes bunuh diri.

- Biar betul. - Tingkat sembilan. Dilarang masuk.

- Kami tak boleh masuk rumah? - Tidak, encik. Maaf.

- Dia kata tingkat sembilan? - Ya.

Saya boleh masuk lif barang supaya kita boleh melihatnya.

Cuma untuk melihat kejadian itu.

Okey, tapi kita patut naik ke tingkat lapan.

Kenapa?

Mesti ada polis di tingkat sembilan.

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left