نخستین 200 خط.
Apabila keinginan kuat berlingkar pada benda yang disentuh manusia...
...mereka bertukar menjadi goblin.
Sebilah pedang berlumuran darah daripada pertarungan yang tak terkira...
...dikuasai keinginan kuat yang disaluti darah tuannya.
Hanya pengantin kepada goblin yang mampu menarik pedang itu.
Bila ditarik, semua akan menjadi abu dan keamanan akan tertunai.
Ini adalah ramalan yang amat buruk.
Bila goblin dibangunkan semula...
...mereka datang ke dunia ini dan boleh ditemui di mana-mana saja...
...tapi dalam masa yang sama tak wujud.
Waktu ini juga, mereka mungkin...
Kenapa awak ketawa?
"Goblin itu sedang mencari pengantinnya..."
"...dan orang itu ialah saya."
Begitukah?
Nampak saja mak cik begini, tapi dulu mak cik terkenal.
Mak cik mungkin tak ada di sini masa awak datang lagi lepas ini.
Cemburunya saya.
Mak cik dah nyanyuk.
Mak cik tak patut cakap begitu pada seorang ibu tunggal.
Kejamnya mak cik.
Kejam?
Berapa banyak diskaun mak cik beri untuk sayur itu?
Lelaki yang tinggalkan awak itulah yang kejam.
Betul itu.
Tapi cerita itu menyedihkan.
Apa yang menyedihkan?
Cerita itu romantik, tapi ada sumpahan yang tragis.
Dia mencari pengantin hanya untuk akhiri nyawanya.
Tuhan memang tak adil.
Selalunya memang begitu.
Pentingkan diri dan cemburu.
Sangat pentingkan diri.
Bunyinya sama seperti seseorang yang saya kenal.
Saya pergi dulu. Terima kasih untuk cerita tadi.
Pastikan mak cik ada di sini bila saya datang lain kali.
Pada saat hidup dan mati...
...berdoalah dengan keinginan yang kuat.
Tuhan yang lembut hati mungkin akan tunaikan hajat awak.
Kalau saya jadi awak, saya takkan lari.
Jika awak lari sekarang, awak akan jadi lebih sengsara.
- Awak takkan dapat jumpa mak awak. - Awak siapa?
- Awak orang Koreakah? - Lebih rumit daripada itu.
Sekarang giliran awak pula.
Beritahu dia dengan suara yang kuat dan jelas.
"Awak ambil saya jadi anak angkat, jadi saya anak awak."
"Jagalah saya dengan baik."
Minta bantuan mak awak juga.
- Beritahu dia awak kesakitan. - Apa awak merepek ini?
- Ke tepi. - Luka sekecil itu...
...takkan membunuh awak.
- Awak siapa? - Renung dan beritahu mereka.
Boleh awak buat begitu?
Macam mana kalau dia pukul saya? Awak akan bertanggungjawabkah?
Sebab itu saya patahkan tulang rusuknya untuk awak.
Budak tak guna!
Ini bekal awak.
Pergi ke sekolah selepas awak bincang dengan mereka.
Jawapan untuk soalan 17 dalam ujian Matematik ialah 4, bukan 2.
Jawapan untuk soalan itu saja yang awak salah.
Siapa awak sebenarnya?
Dia ialah...
...air, api, angin...
...cahaya dan kegelapan.
Satu masa dahulu...
...dia manusia.
Dia dianggap sebagai...
...dewa.
Dia menyerang musuhnya...
...dengan badan berlumuran darah.
Dia seorang pahlawan yang mulia.
- Hidup jeneral! - Hidup jeneral!
Hidup jeneral yang membawa kemenangan!
- Hidup jeneral! - Hidup jeneral!
Buka pintu!
Mengumumkan kepulangan jeneral yang membawa kemenangan!
Kim Shin, tanggalkan baju perang dan terima perintah raja.
Berani awak kata begitu?
Cuba ulang sekali lagi.
Beraninya seorang tentera yang hina menyebut nama jeneral?
Kim Shin, ketua pemberontak.
- Tanggalkan baju perang... - Berani awak kata begitu?
Saya dengar apa yang awak cakap.
Tunggu.
Puas hati awak?
Awak adalah pengkhianat. Gigit pedang awak dan berlutut...
...dan terima perintah raja.
Saya akan potong lidah awak!
Berani awak gelar dia pengkhianat? Awak dah gilakah?
Awak dah gilakah?
Jeneral.
Awak adalah pengkhianat. Gigit pedang dan berlutut...
Saya akan jumpa baginda raja. Ke tepi.
Kim Shin, awak...
Awak akan mati jika awak cuba halang saya.
Ke tepi.
Berani awak buat begini?
Kami telah bertarung selama tiga hari...
...dan tiga malam atas nama baginda raja.
Kami baru saja pulang dari jurang kemusnahan.
Berani awak layan kami begini?
Buka pintu.
Tunggu di sini.
Saya akan kembali tak lama lagi.
Tuanku memerintah rakyat...
...dan katanya tuanku dikawal oleh seorang dewa.
Nampaknya, dewa ini merujuk kepada Kim Shin.
Berita kemenangannya telah mengaburkan mata rakyat tuanku...
...dan kuasanya akan terus mengancam keluarga diraja.
Tuanku mesti bertegas dengan dia.
Dia dengan jelas nampak...
...pedang musuh yang mengancam nyawanya.
Namun, dia gagal melihat ketakutan yang dirasai raja muda itu.
Tanpa disedarinya...
...itulah pedang paling tajam...
...yang mengancam nyawanya.
Perlukah tuanku buat sejauh ini?
Sebab itulah kamu tak patut datang dengan lebih dekat.
Berhenti.
Walau apa pun terjadi, berhentilah.
Jika kamu mati sebagai seorang pemberontak...
...beta akan biarkan yang lain hidup.
Tapi jika kamu melangkah selangkah lagi...
...beta akan bunuh semua orang...
...dan letakkan mayat mereka di depan kamu saat kamu melangkah.
Jeneral, pergilah.
Beta...
...tak apa-apa.
Patik...
- Tuanku, patik... - Beta tahu.
Beta benar-benar faham.
Jika inilah pengakhirannya...
...maka inilah takdir beta.
Jadi pergilah.
Jangan berhenti. Pergilah pada baginda raja.
Ini adalah pemberontakan. Bunuh semua ahli keluarganya.
Ini titah beta.
Berhenti.
Apa kamu sedang buat? Suruh dia melutut.
Jeneral!
Tuanku.
Kenapa tuanku buat begini?
Tuanku tak takutkah dengan balasan Tuhan?
Tuhan tak pernah berpihak pada kamu.
Renungan pemberontak mengganggu tuanku.
Pancung kepala dia.
Ini bukan tugas awak.
Jeneral.
Jeneral.
Saya mahu awak...
...akhiri nyawa saya.
Saya menurut perintah.
Maafkan saya.
Saya akan ikut jejak jeneral tak lama lagi.
Jangan sesiapa berani ambil mayat pemberontak ini.
Campakkan di padang supaya menjadi makanan binatang.
Menjadi makanan haiwan buas...
...itulah nilai dirinya yang sebenar.
Ini perintah baginda!
Semoga rohnya tenang.
Rahmatilah rohnya.
Semoga rohnya tenang.
Tuhan...
...rahmatilah rohnya.
Jeneral...
Jangan berdoa pada sesiapa.
Kerana tak ada yang mendengar.
Pada waktu tengah hari...
...ketika matahari bersinar dengan begitu terik...
...dia telah mati dibunuh...
...oleh pedang gurunya.
Tak guna.
Awak butakah?
Awak nak matikah?
Awak...
Siapa awak?
Khinzir hutan.
Apa?
Awak baru saja langgar seekor khinzir hutan.
Awak tak apa-apakah?
Patutkah saya hubungi polis?
Saya terlanggar khinzir hutan.
Maksud saya...
Tiba-tiba saja ia muncul.
Khinzir hutan? Di tengah-tengah bandar ini?
Tengok.
Ada orang.
Apa yang berlaku?
Helo, 911?
Saya berada di Persimpangan Yeoksam.
Ada mayat seorang wanita ditemui di dalam but kereta.
Saya tak pasti, tapi dia tak bergerak.
Saya tak pasti jika dia mati disebabkan kemalangan tadi atau tak.
Tolong datang ke sini dengan segera.
Kenapa saya berada di sana?
- Ya, Persimpangan Yeoksam. - Kenapa saya berada di sana?
Hwang Mi-young, 25 tahun.
"Lahir pada 3 April 1973."
"Mati pada 8:32 pagi, pada 1 Februari 1998."
"Sebab kematian, lemas."
No comments yet. Be the first to leave one.