نخستین 200 خط.
Ya?
Espreso ini tak berapa sedaplah.
Tolong beri saya mochaccino.
Awak betul-betul mahu buat saya macam inikah?
Letakkan banyak serbuk kayu manis.
Tapi saya tak mahu serbuk coklat.
Baik, saya akan buatkannya.
Saya pun mahu mochaccino juga.
Baik, saya akan buatkannya, cik.
Tahniah.
- Semoga berbahagia. - Tapi,
kenapa Won tak datang?
Dia dijemput tak?
Mestilah dia akan datang.
Ini majlis kahwin Ji Chang Soo.
Mungkin dia sudah tersalah tarikh.
- Ha Na, kamu tak tahukah? - Dia mesti datang.
Cubalah telefon dia.
Mesti dia angkat kalau dia di sini.
- Mari kita minum. - Okey.
- Minum! - Minum!
Hei, Choi Won!
Won!
Baru sampai?
Maaf, saya lambat.
- Seronok majlis tadi, bukan? - Memang secocok betullah mereka.
Ya, sila.
Seronokkah kamu pergi bercuti?
Ya.
Saya suka bila tak biasa dengan persekitaran saya.
Seronok bunyinya.
- Tahniah pada kamu. - Ya, terima kasih.
Saya rasa penatlah sayang.
Jung Mi nampak cantiklah.
Chang Soo pun nampak lain sangat.
Yalah.
Sudah lama kita tak berkumpul macam ini.
Mari kita buat parti!
Won, makanlah buah pic yang saya makan tadi ini.
- Ya, terima kasih. - Tak mahu buka cermin matakah?
Apa yang kamu buat ini, Won?
Sampai hati kamu pergi luar negara sebulan dan tak beritahu kami?
Kalau saya beritahu,
mesti kamu akan suruh saya beli bermacam benda di sana.
Mahu ambil kesempatanlah itu.
- Kamu ini bijak betul. - Aduh, kedekut betul.
Terus teranglah dengan kami, Choi Won.
Apa sebab kamu pergi ke luar negara lama sangat sebenarnya?
Biar saya fikir.
Sebab saya mahu cuba bangkitkan
kesemua lima deria aktif di dalam diri saya ini.
Tapi bila saya fikir balik, kamu berdua nampak berbeza hari ini.
- Bergaduhkah? - Apa pula ini?
Kami berdua memang selalu bergaduh.
- Kamu ini cakap merepek lagi. - Kamu ini.
Ada yang pelik...
- Kamu diam sajalah. - Kamu diam sajalah.
Tapi memang ada yang tak kena pun.
Mungkin sebab kamu amalkan pertapaan.
Hei, kamu cuba berjalan 820 kilometer dulu.
- Barulah kamu faham nanti. - Jalan sejauh itu
boleh turun berat tak?
Itu sesuatu yang kita kena fikirkan dengan serius.
Kamu sudah tahu bukan, yang Ha Na
dan Cha Seo Hoo sudah berbaik semula?
Mestilah saya tahu!
Tapi kamu semua tak rasakah dia nampak tua setiap kali bercinta?
Kalau yang itu, memang saya setuju.
Mesti mereka akan bergaduh lagi nanti.
Kamu bercintalah dengan saya.
Hei, pasangan hodoh inilah!
Untuk raikan perkahwinan kami untuk kali pertama dan terakhir...
Kami belanja!
Kamu berdua ini memang hebat!
- Mari kita minum! - Apa ini?
- Minum! - Apa kamu buat?
Ya?
Kami belum habis lagi ini.
Tak apalah.
Saya balik sendiri saja hari ini.
Saya akan kembali sebagai kawan yang
sentiasa ada di sisi kamu tak kira apa pun.
Dan tak kira apa yang berlaku,
kamu mesti terus jadi berani dan ceria.
Boleh makan dan tidur lena tanpa saya.
Macam mana dengan Cha Seo Hoo?
Okey saja.
Jawapan yang senang.
Dalam sebulan itu kamu cuma berjalan saja?
Kalau kita berjalan untuk masa yang lama,
barulah kita tahu yang bunyi bila kita bernafas
lebih kuat daripada bunyi lain.
Masa kamu dengar bunyi kamu bernafas,
apa yang kamu fikirkan?
Kamu ingat saya berfikirkah?
Tak pun.
Langsung tak fikir apa-apa.
Cuma fikir, "'Saya mahu rehat."'
"'Patutkah saya berhenti?"'
Fikir itu saja dan terus berjalan.
Pelik betul.
Kamu macam sudah berubah sedikit.
Macam mana?
Kamu macam sudah jadi lebih maskulin.
Saya memang selalu maskulin.
Bukanlah.
Maksud saya kamu makin sihat.
Bila saya tengok kamu dari jauh, kamu pun macam sudah berubah.
Macam mana?
Saya tak nampak sebelum ini.
Tapi tengok dari jauh, baru saya nampak.
Kamu jauh lebih pendek daripada saya.
Faham tak?
Kita kena buat macam ini.
Bila kita buat macam ini, semuanya akan jadi senang.
Aduh, jahat betul.
Sekali pun kamu tak telefon kakak?
Kenapa?
Kakak akan kahwinkah kalau saya tak balik?
Kakak rasa sunyi sebab kamu tak ada.
Sebab itu kakak kena cari lelaki.
Kakak seriuslah.
Mungkin sebab inilah orang kata bila sudah tak ada, baru perasan.
Tapi hadiah kakak kepada saya ini biasa sangatlah.
Kamu yang patut beri hadiah.
Oh, Tuhanku!
Betulkah kamu belikan untuk kakak?
Sudah hampir habis, bukan?
Betul tak yang itu?
Aduh, baiknya hati kamu.
Apa yang kamu fikir masa di Santiago?
Apa yang saya patut buang dan simpan dalam hidup saya ini.
Macam itulah.
Dan hasilnya?
Tapi sebelum itu...
Kita borak lepas buka inilah, sesak nafaslah!
- Bukalah, jangan lama-lama. - Lima minit lagi.
Ada hadiahkah kalau dipilih sebagai anak kapal yang terbaik?
Saya cemburu dengan awak.
Macam mana rasanya dengar ini lepas cuti dan berehat selama sebulan?
Boleh tak awak jangan mengarut?
Memandangkan kamu sudah jadi wajah untuk syarikat penerbangan kita,
kamu kena ambil bahagian dalam semua majlis amal kita.
Apa faedah yang saya dapat daripada anugerah ini sebenarnya?
Mereka mahu ambil gambar Abang Won
untuk letak dalam surat berita syarikat.
- Mahu gambar sekali? - Apa awak cakap ini?
Pergilah ambil gambar itu cepat.
- Betul itu. - Cepatlah pergi.
Takkan awak tak nak?
Satu, dua, tiga!
Awak berseronok tak di majlis kahwin itu?
Tak menyesal tak bawa saya sekali?
- Awak pun tak kenal kawan saya. - Mesti awak akan menyesal.
Saya belum lagi selesai menyusun semua fail.
Awalnya awak datang.
Saya suka kita kerja bersama.
Kita boleh jumpa bila-bila pun.
Dan saya suka tengok awak bekerja.
Inilah yang saya fikirkan bila awak terangkan sesuatu,
"'Saya mahu gunakan bakat dia."'
- Buat kerjalah. - Saya tak datang untuk buat kerja.
Mengarut betul.
- Awak di pejabat saya. - Betullah itu.
Pertama, dengan gambar-gambar yang kami telah ambil
masa majlis amal dan sesi autograf itu,
saya sudah buat iklan menggunakan penceritaan.
Karisma dan kedinginan awak sudah ditunjukkan masa konsert awak.
Tapi ini sesuatu yang tak dijumpai di padang bola sepak.
Sifat Cha Seo Hoo yang periang dan gembira.
Sifat baru dia yang sangat menarik.
Semua orang sukakan sifat kebudak-budakannya.
Seseorang yang buat kita rasa seperti keluarga dan adik-beradik,
dan kawan yang semua orang suka...
Ini sisi Won yang sangat berbeza.
Ini gambar yang disiarkan dalam surat berita syarikat dia.
Bagus, nanti saya akan usik dia.
Apa itu?
Awak bermesej dengan siapa?
- Tak ada apa. - Kawan?
Ya, Na Young.
Marilah kita pergi makan dengan dia nanti.
Kenapa?
Sebab saya mahu tahu kenapa awak tersenyum.
Hal kecil pun awak mahu tahu.
Kita sambung balik.
- Untuk anak kapal terbaik! - Minum!
- Tahniah! - Minum!
Won, macam mana rasanya dipilih sebagai anak kapal terbaik?
Saya rasa para penumpang kita ada cita rasa yang bagus.
Disebabkan Won saja yang asyik dipilih,
saya rasa macam tak berapa adil.
Mestilah ini tak adil!
Dan sebab saya tak dipilih juga, ia jadi tak adil.
Awak memang tak patut dipilih.
Saya pun teringin dipilih satu hari nanti.
Beritahulah apa rahsia awak.
- Rahsia? - Ya.
Dengar, ya?
Pertama.
No comments yet. Be the first to leave one.