نخستین 200 خط.
Sebelum ini dalam Dexter...
Kita ada pembunuh bersiri
yang menyasarkan pemandu e-hailing.
- Mereka memanggil dia "penumpang gelap". - Apa itu?
Awak nak memburu pembunuh bersiri itu?
Dia curi nama saya.
Bagaimana saya boleh menjadi pemandu Urcar?
Macam mana Dexter boleh hilang begitu saja?
Dia ada trak pikap.
Boleh tak awak aturkan
supaya awak dimaklumkan jika trak itu muncul di mana-mana?
Kalau Harrison membunuh di sini, dia membersihkan dengan baik.
Pegawai Wallace dan Oliva. Unit Jenayah Berat.
Dia melihat sesuatu yang kita tak nampak.
Saya dah tolong dia,
dengan pantau keadaannya,
dan tutup kesilapan yang mungkin dia buat.
Setitis darah, sehelai rambut.
Tapi adakah semua ini dibersihkan untuk menghapuskan bukti
bahawa pernah berlaku pembunuhan manusia di sini?
Seseorang yang arif dalam bidang forensik
telah bersihkan bilik ini untuk hapuskan semua bukti.
Tepat apa yang Harrison perlukan, pegawai polis yang bagus.
Pihak polis ingin bercakap dengan awak.
Alamak. Awak ada pengecas?
Pengecas telefon?
Bateri saya hampir habis.
Maaf, saya tiada.
Saya dah lambat untuk temu janji.
Saya telah padan dengan seorang gadis cantik di Hinge.
Dia penari dari pasukan Knicks City.
Tengok ini.
Ya, memang cantik.
Saya haus. Boleh berikan saya air?
Awak nak saya singgah di kedai runcit?
Tak, saya dah lambat.
Awak tak ada botol air di sini?
Adakah saya sepatutnya menyediakannya?
Semoga berjaya dengan... janji temu itu.
Pemanduan e-hailing.
Bukanlah kerja paling teruk di dunia.
Satu cara baik untuk mengenali bandar ini.
Juga boleh jadi alasan yang bagus apabila nak mengekori seseorang.
Tiga daripada lima. Boleh tahan.
Alamak.
Dexter, sahabatku.
Apa hal?
"Sahabat", yang saya cuba elakkan.
Terutamanya yang dirakam CCTV.
Saya baru terima notifikasi daripada Urcar.
Katanya penilaian saya sekarang 4.2.
Titik dua?
Kalau turun lagi, akaun awak akan digantung.
Awak mesti dah habis memandu untuk malam ini.
- Ya. - Bagus.
Jangan ambil penumpang lagi sehingga saya bantu awak menyelesaikan...
masalah teruk ini.
Okey.
Maaf, saya perlu jawab panggilan ini.
Tiada masalah. Saya faham.
4.2? Biar betul.
Helo?
Hai. Adakah ini Dr. Bateman?
Patrick Bateman.
American Psycho ialah bacaan yang membentuk pemikiran masa saya umur 19.
Ya, saya.
Kami dari farmasi veterinar ingin mengesahkan pesanan segera etorfin.
M99 untuk melumpuhkan “penumpang gelap”
dan sesiapa saja yang jadi tetamu di meja saya.
Ya, tolong hantarkan ke peti surat biasa.
Sudah agak lama sejak pesanan terakhir anda.
Tinggalkan cahaya matahari di Florida untuk kehidupan di Big Apple?
Kalau saya boleh berjaya di sini.
Gembira dengar anda dah kembali, doktor.
Gembira dapat kembali.
Doktor dah kembali bertugas.
Adakah awak mengenali lelaki ini?
Ya, dia merupakan seorang tetamu.
Dia lelaki yang mati itu, bukan?
Dibunuh.
Apakah hubungan awak dengan dia?
Dia selalu beri tip besar,
jadi, semua orang berebut nak bantu dia.
Semua orang atau cuma awak?
Nampaknya dia lebih suka berurusan dengan awak, betul?
Saya rasa.
Dia meminta bantuan saya
- untuk beberapa urusan. - Urusan?
Urusan apa?
Perkara biasa.
Kilatkan kasut dia, ambil pakaian dari dobi.
Dia pernah meminta saya untuk membelikan dia ganja.
Jadi, selain belikan dia dadah,
ada apa-apa lagi yang berlaku
yang awak rasa luar biasa?
Shauna? Awak tak apa-apa?
Tak.
Ini ialah rakaman CCTV dalaman pada malam
pembunuhan Encik Foster.
Adakah awak mengenali wanita ini?
Ya. Ryan... Encik Foster kata dia isteri dia.
Wanita itu bukan isteri dia.
Wanita itu merupakan tetamu hotel yang mempunyai bilik sendiri.
Tapi saya gembira tahu ini sesuatu yang awak ingat.
Apa yang dia kata dengan awak pada masa ini?
Dia kata isteri dia terlalu mabuk,
dan perlukan bantuan dengan lif.
Adakah awak rasa pelik bahawa wanita itu tak mampu berdiri sendiri?
Dia kata isteri dia mabuk.
Bukan mabuk, tapi dibius.
Kami temui rohypnol di dalam beg Encik Foster.
Adakah awak juga yang membelikan itu untuk dia?
Apa? Tidak. Tak mungkin.
Adakah awak pasti?
Kerana awak kelihatan tak risau dalam video ini,
wanita ini jelas di bawah pengaruh dadah dibawa naik ke atas oleh lelaki asing.
Saya cuma tahu apa yang dia beritahu saya.
Saya tak dapat membezakan antara mabuk dan di bawah pengaruh dadah.
Apa berlaku selepas itu?
Saya bantu mereka pergi ke bilik dia.
Buka pintu dan mereka masuk ke dalam.
Awak masuk sekali?
Tidak.
Kerana inilah kali terakhir kita melihat Encik Foster masih hidup.
Sebelum mayat dia dijumpai di tapak pelupusan sampah.
Jadi, mereka masuk ke dalam bilik.
Apa berlaku selepas itu?
Saya turun ke bawah.
- Di dalam lif? - Di dalam lif perkhidmatan.
Kami pekerja tak dibenarkan menggunakan lif utama tanpa tetamu.
Syif saya habis, jadi saya pulang.
Pulang ke mana?
Saya pergi ke sebuah bar.
Maaf.
Saya bawah umur, belum 21.
Saya tak nak mengaku tadi.
Saya bertemu seorang gadis di sana dan bermalam bersamanya.
Siapa nama dia?
Julie?
Atau Judy? Kami tak sempat bertukar maklumat, faham tak?
Saya cadangkan agar awak mendapatkan nama wanita itu
kerana dia ialah alibi awak.
Alibi?
Adakah saya disyaki?
Tak boleh kata awak bukan suspek.
Sementara saya masih mengumpulkan bukti,
hantarkan saya nama dan maklumat gadis itu.
Jika awak berjaya cari.
Kita dah selesai.
Jadi?
Mari kita cari semua rakaman yang ada tentang Encik Morgan.
Pada kali pertama, awak pergi selama tiga minggu.
Kali kedua pula empat minggu.
Sekarang awak nak pergi selama tiga tahun?
Demi masa depan kami!
Maaf, saya tak berniat nak mengganggu.
Masuklah. Kami baru nak makan malam.
Tak apa, kita boleh bincang pasal penilaian saya lain kali.
Tak, duduklah.
Kita ada banyak perlu dibincangkan.
Cuba ini. Ia rebusan ubi kayu.
Wah, sedap betul.
Mari berdoa.
Berdoa. Bukan kebiasaan saya.
Ya Tuhan, berkatilah makanan dan keluarga ini,
serta tetamu-tetamu Engkau hadirkan dalam hidup kami.
Dan kurniakanlah kami kebijaksanaan
untuk membuat keputusan yang tepat.
- Amen. - Amen.
Jadi, Dexter,
Joy baru nak terangkan mengapa dia ingin
berpindah jauh dari kami untuk kali kedua.
Ini pengajian siswazah
dan Sam berhak memilih universiti yang dia mahu.
Saya mohon MBA.
Saya harap dapat masuk Berkeley.
Itu di California!
Blessing, biarkan mereka.
Hanya kerana awak tak pernah meninggalkan rumah,
tak bermakna mereka tak boleh.
Pindah sejauh itu adalah satu keputusan yang besar.
Dexter
kenapa awak berpindah dari Miami?
Miami?
Macam mana awak tahu?
Saya buat semakan latar belakang untuk semua penyewa saya.
Sayang...
Apa?
Sejarah hidup dia kosong selama sepuluh tahun.
dan saya nak tahu siapa tinggal di sini.
Saya sedang disiasat.
Saya duduk di Miami hampir seluruh hidup saya.
Tapi beberapa tahun lalu, saya kehilangan beberapa orang
yang rapat dengan saya, jadi...
Saya pergi buat seketika untuk memulakan kehidupan baru.
Dan sekarang awak seorang pendatang di New York, sama seperti kami.
Saya akan uruskan semua yang awak perlukan esok.
Kita akan pastikan kereta Urcar awak
dapat penilaian paling tinggi di bandar ini.
Kalaulah ayah bersemangat sebegini tentang perniagaan saya.
No comments yet. Be the first to leave one.