نخستین 200 خط.
Yeon Hee, awak sibuk?
Ya.
Tuan mahu urusan berkaitan dengan reformasi kuil itu...
...disegerakan.
Saya...
...jumpa mak.
Apa?
Saya berjumpa dengan mak.
Macam mana?
Dia...
...tiba-tiba muncul di depan saya.
Tapi saya tak tahu nak cakap dengan siapa.
Bukan pada Pak Cik Sam Bong...
...atau Tuan Muda Bang Won.
Saya tak tahu...
...macam mana nak beritahu abang.
Selepas sepuluh tahun, baru kami dapat berjumpa.
Apa awak cakap ini?
Awak jumpa dengan mak?
- Abang... - Cakaplah.
Apa maksud awak?
Abang...
Jung Mong Joo!
Betulkah mak...
...cakap macam itu dengan awak?
Ya.
Mak suruh saya beritahu abang juga.
Kalau kita...
...ingin berjuang, kita mesti ada keazaman...
...untuk buang orang yang kita sayang.
Betulkah mak cik cakap macam itu?
Ya.
Kalau tak, lebih baik kita lupakan saja.
Saya rasa ada betul juga cakap mak itu.
Bila saya fikir semula, saya boleh faham.
Mak cakap...
...Moo Myung ialah segala-galanya bagi mak.
Jadi tak mustahil mak cakap macam itu.
Berbanding dengan abang...
...nampaknya saya tak begitu rindukan mak.
Saya tak rasa apa-apa pun.
Boon Yi, jangan macam ini.
Jangan.
Taklah.
Saya tak tipu. Saya tak apa-apa.
Jadi, mak cakap begitu?
Tuan Sam Bong!
Tuan Sam Bong telah ditahan!
Tak masuk akal langsung!
Panglima Lee masih belum pulang lagi...
...dari semalam.
Mustahil ayah akan biarkan hal ini berlaku.
Tentu Po Eun buat begini...
...kerana dia tahu tuan takkan hadir.
Adakah ayah akan dikuasai oleh Po Eun?
Kita kena cari Panglima Lee dulu!
Saya akan cari ayah sampai jumpa.
Betullah penilaian yang Mugeuk buat dari awal lagi.
Tak kira apa pandangan Po Eun terhadap kita...
...kita perlu beri sokongan pada dia.
Betul.
Tapi masalahnya ialah Lee Seong Gye.
Yang penting adalah...
...bagaimana reaksi Lee Seong Gye terhadap penahanan Sam Bong.
Mungkin Jung Mong Joo...
...boleh kawal Lee Seong Gye?
Yeon Hyang...
...maafkan saya.
Kalau saya tak cari awak...
...mungkin mereka takkan buat begitu pada anak-anak awak.
Masih belum terlambat untuk awak jadi Mugeuk.
Satukan semula pergerakan kita dan lancarkan serangan balas.
Takkan kita nak biarkan saja mereka hidup?
Kenapa puan tengok saya macam itu?
Saya tak boleh hapuskan Yuksan sekarang.
Ia mungkin akan membahayakan pergerakan ini.
Tak ada apa.
Saya teringat apa yang awak pernah beritahu saya.
Begitu.
Sekiranya kita ingin negara ini ...
...kembali stabil seperti waktu Tuan Lee In Gyum masih berkuasa...
...Po Eun mesti mampu untuk mengawal Panglima Lee.
Ya, betul itu.
Buat masa ini...
...perhatikan pergerakan Po Eun.
Baiklah.
Sam Bong mesti dibuang negeri.
Tapi...
...sewaktu di Jangyeongak, kita setuju dengan Panglima Lee...
...untuk melucutkan jawatan Sam Bong buat sementara waktu saja.
Tapi...
...tak apakah kalau dia dibuang negeri?
Selagi Sam Bong ada di Gaegyeong, walaupun dia dilucutkan jawatan...
...hubungannya dengan Panglima Lee takkan putus.
Tapi macam mana bila Panglima Lee pulang nanti?
Serahkan Panglima Lee pada patik.
Mohon tuanku keluarkan titah...
...agar Sam Bong dibuang negeri.
Dia perlu keluar dari Gaegyeong...
...sebelum Panglima Lee pulang.
Ia mesti dilaksanakan secara rahsia dengan secepat mungkin.
Baiklah.
Bawakan beta pen dan kertas.
Jangan seksa dia!
Baginda raja telah bertitah agar dia dibuang negeri.
Saya mahu kamu sediakan tandu.
Tandu? Bukan pedati kurungan?
Ya. Buat persiapan.
Baik.
Mari.
Awaklah...
...yang rancang semua ini?
Saya juga...
...telah menjadi seorang penganut Confucius yang tunduk...
...kepada keperluan politik.
Kalau awak ingin tunduk...
...lebih baik awak sertai saya.
Lebih baik awak sertai saya melaksanakan rancangan ini.
Tak.
Saya takkan setuju...
...dengan rancangan untuk menghapuskan Goryeo.
Anggaplah diri awak ini...
...sudah mati di tangan saya...
...dan kembalilah hidup sebagai seorang penganut Confucius.
Saya tak jumpa Boon Yi.
Saya dah sampaikan pesanan pada Pak Cik Palbong...
...untuk mengarahkan yang lain keluar mencari tuan panglima.
Saya juga dah beritahu Guru Hong.
Semua tentera telah dikerahkan untuk cari tuan panglima.
Boon Yi!
Apa yang berlaku?
Tuan Sam Bong ditahan?
Ya, sewaktu di Dodang.
Macam mana boleh jadi begini?
Macam mana dengan tuan panglima? Tuan akan berdiam diri sajakah?
Tuan panglima tak ada. Kita tak tahu di mana dia berada.
Adakah...
...ini juga kerja Moo Myung?
- Kenapa? - Adakah ini kerja Moo Myung?
Abang...
Itu kita tak tahu lagi.
Sama ada Po Eun ialah Moo Myung, atau dia terima arahan mereka.
Tapi saya tahu inilah Moo Myung mahukan.
Young Gyoo, beritahu saya bila mereka dah jumpa ayah.
Baik.
Kita pergi ke Soongoonbu.
Awak...
...akan kekal sebagai contoh seorang penganut yang setia...
...yang dihukum dalam usahanya untuk memperbaiki negara ini.
Ini saja caranya.
Saya tahu awak takkan berhenti.
Tak ada siapa di dunia ini...
...yang sanggup menyerah kalah jika mereka...
...berjaya mencipta sesuatu yang begitu sempurna.
Jadi...
...awak...
...ingin hapuskan saya?
Bukankah awak selalu cakap begini?
Untuk mati bertemu maut...
...keadilan itu lebih berharga daripada jasad.
Orang yang mulia mengorbankan dirinya sendiri...
...untuk kebaikan orang lain.
Kalau begitu...
...lebih baik...
...awak hapuskan saya.
Kalau tak...
...awak yang akan dihapuskan.
Kalau begitu...
...bukan saya yang akan jadi contoh seorang penganut yang setia.
Tapi awak yang akan jadi contoh itu.
Apa?
Buang negeri?
Baginda raja telah bertitah...
...dan Sam Bong dalam perjalanan ke sana.
Apa?
Abang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Ke mana pula ayah pergi?
Ada awak nampak pedati kurungan lalu di sini tak?
- Ada nampak pedati kurungan? - Tak pasti pula.
Ada tak awak nampak sebuah pedati kurungan?
Dalam itu ada Guru Sam Bong yang membakar daftar tanah kelmarin.
Awak tak nampak langsung?
Tak ada pula.
Ke sana.
Katanya dia dah bertolak, tapi tak ada siapa yang nampak.
Selepas dapat berita, saya bergegas ke sini...
...tapi ke mana agaknya mereka bawa dia pergi?
Nampaknya mereka sengaja rahsiakan daripada pengetahuan kita semua.
Masuk akalkah semua ini?
Tanpa soal siasat dan tanpa sebarang pengakuan...
...tak masuk akal langsung untuk dia terus dibuang negeri!
Jalan ini menuju ke gunung.
Kenapa tak ada siapa pun yang nampak dia ini?
Adakah ini...
...perbuatan seseorang yang ingin namanya kekal dalam sejarah?
Ini adalah tindakan orang yang ingin melindungi negara ini.
Guru Sam Bong telah merayu pada guru.
Semua kuasa dalam negara baru akan jadi milik guru.
Saya tak berminat dengan kuasa...
...yang datang daripada pembelot negara.
No comments yet. Be the first to leave one.