نخستین 200 خط.
Saya minat anjing, tapi tak ada kucing yang patut diperlakukan begini.
Awak ada beritahu sesiapa, kenapa awak datang ke sini?
Sesiapa dalam kapal terbang atau di restoran?
Mestilah tak.
Saya bukan nak menyibuk, tapi mungkin awak ada...
pertemuan?
- "Pertemuan"? - Ya.
Saya dah kahwinlah.
Betul juga.
Orang yang saya jumpa selain daripada staf DEA dan isteri saya
hanyalah polis Colombia di Medellín.
Taklah, Carrillo baik.
Ada sesiapa boleh akses data peribadi awak?
Dompet awak pernah hilang?
Pasport.
Kucing ini penting kepada puan?
Apa?
Awak beri pasport kepada orang lain?
Kami cuma nak Puff lepas dari kawalan Imigresen.
"Puff"?
Bukan saya beri nama itu.
Pengedar bayar orang di lapangan terbang untuk dapat maklumat.
Mereka mesti curiga orang putih datang dari Miami.
Sebab itulah mereka tahu.
Jangan risau sangat. Itu tujuan mereka.
Mungkin mereka letak harga untuk bunuh awak, tapi tiada orang nak buat.
Harga untuk bunuh saya?
Mereka tawar $350,000 untuk bunuh mana-mana DEA yang ada di sini,
tapi awak selamat...
sebab Kiki.
"Kiki" yang Peña maksudkan
ialah Kiki Camarena,
ejen DEA yang menjejaki kartel Guadalajara di Mexico.
Kiki ditangkap dan diseksa.
Mereka siat kulit kakinya, letak peluru dalam setiap anggota badan,
guna gerudi elektrik untuk gerudi kepalanya sampai dia mati.
Mereka bodoh agaknya?
Mereka ingat mereka boleh bunuh ejen kerajaan Amerika dan terlepas saja?
Kerajaan Amerika tak main-main. Hutang darah dibayar darah.
Mereka cari kartel itu bersungguh-sungguh, sehingga semua pengedar dadah faham...
yang mereka tak boleh usik DEA.
Bagi kami Kiki umpama Jesus Christ.
KEMATIAN EJEN NARKOTIK
Kematian dia selamatkan kami.
Jangan beritahu Connie cerita itu.
Saya takkan beritahu dia.
- Tapi awak pun jangan lupakannya. - Kenapa?
Kucing ini DEA.
Percayalah cakap saya, kematian kucing ini akan terbela.
ROBIN HOOD PAISA
Nama saya ada di mana-mana sekarang.
Dalam surat khabar...
majalah.
Semua orang bercakap tentang "Robin Hood Paisa ."
Pablito, maafkan saya. Kalau saya tahu...
Awak akan terima balasannya, sayang.
Apa saja yang awak mahu, Pablito.
Apa saja yang saya mahu?
Ya, sayang. Apa saja.
Awak pasti?
Kalau begitu...
awak akan tolong saya masuk ke dalam Kongres.
Baiklah, Pablo.
Baiklah.
Oligarki tak guna itu.
Mereka semua, seluruh hidup mereka...
Mereka tak tahu bagaimana rasanya untuk cari makan.
Saya bermula daripada kosong, Valeria.
Tapi kini, duit saya lebih banyak daripada mereka semua.
Kalau awak bertanding, awak meletakkan diri awak di mata masyarakat.
Bila berdepan media, alasan awak kaya dengan syarikat teksi itu tak boleh pakai.
Pablo, awak perlu parti yang sokong awak.
Awak perlu kempen politik yang betul.
Saya boleh beli media, sayang.
Tentang parti politik pula,
saya pasti itu pun saya boleh beli.
Saya tak nak jadi bagus.
Saya nak jadi hebat.
ROBIN HOOD PAISA
Pengedar dadah bertanding nak jadi presiden.
Gila, bukan?
Tapi tidak di Colombia. Tidak pada pertengahan tahun 80-an.
Bagi orang Colombia, Pablo bukan pengedar dadah.
Dia adalah pemenang.
Dia adalah contoh impian orang Colombia yang jadi kenyataan.
Dia beli rumah untuk orang miskin tanpa minta balasan.
SELAMAT DATANG PABLO ESCOBAR DI SINI AMAN!
Apa yang Pablo tahu, pintu menuju kepada kejayaan politik sudah ada...
PRESIDEN
...dan apa yang dia perlu buat hanya pergi ke sana.
Demi mencapai kejayaan politik,
Pablo minta Valeria Velez memperkenalkan dia kepada Fernando Duque.
Duque ialah seorang peguam dan pelobi yang mewakili New Liberals,
sebuah parti yang mendakwa mereka mewakili rakyat.
Pablo!
Kalau saya tahu, saya buka syarikat teksi.
- Valeria, apa khabar? - Baik, terima kasih.
En. Duque.
Saya berbesar hati dapat jemput awak ke Hacienda Nápoles.
- Selamat bertemu. - Sila masuk.
Silakan, Valeria.
Sila duduk.
Begini, saya bukan orang kaya. Saya orang miskin yang ada duit.
Oleh sebab itu, saya rasa...
Saya rasa, saya faham masyarakat
yang mahu hasrat mereka disampaikan oleh New Liberals.
Parti kami perlu dengar apa yang awak katakan, En. Escobar.
Terdapat banyak khabar angin tentang bagaimana awak jadi kaya.
Saya perlu jaminan
berkaitan asal usul kekayaan awak.
Valeria dah beritahu awak...
berapa banyak saya nak derma?
- Tak... - Saya bukan ahli politik.
Saya bukan peguam berjaya macam awak. Saya cuma anak jalanan, saudara.
Saya jamin sekali lagi, awak akan dapat bahagian awak.
- Ini bukan soal itu... - Katalah bahagian awak sepuluh peratus,
berapa jumlahnya?
$300,000 untuk awak seorang saja.
Jumlah itu cukup untuk yakinkan Menteri Kehakiman, bukan?
- Sudah tentu. - Baiklah.
Mari kita tengok badak air. Ayuh.
Blackie.
Ya, tuan?
Pablo?
- Macam mana dengan saya? - Kenapa dengan awak?
Saya tak dapat bahagian?
Tak, permaisuriku. Bukankah awak...
buat begini sebab cinta?
Begini, tuan...
Escobar telah menubuhkan sekolah, klinik.
Dia mewujudkan peluang pekerjaan di seluruh Medellín.
Rakyat sukakan dia dan dia sukakan rakyat.
Dari sudut perundangan, wang dia bersih.
Menurut Majalah Forbes , dia seorang pengedar dadah.
Tuan nak percaya semua propaganda imperialis Amerika itu?
Cuba tengok.
Ini...
dokumen pemilikan hartanahnya.
Tengok.
Dia memiliki beratus-ratus hartanah di Colombia dan Amerika.
Lagipun, dia tak ada rekod jenayah.
Kalau ada, itu akan jadi bukti latar belakangnya.
Berapa dia bayar awak?
Ini semua untuk parti kita, tuan.
Escobar dah bersedia untuk menyumbang berjuta-juta dolar.
Kita dah beri Jairo Ortega sokongan supaya dia boleh berkempen di Antioquia.
Biarlah Escobar jadi pengganti dia.
Tuan suka yang mana,
khabar angin dan sindiran
atau kurang perwakilan dalam Kongres?
Dengan begitu saja,
orang yang jujur menutup matanya.
Jangan pergi ke pusat komuniti itu lagi!
Awak nak saya terperuk dalam apartmen ini untuk dua tahun?
Awak nak saya terperuk di sini.
Sayang, kucing awak dibunuh untuk beri amaran kepada saya.
Kucing kita.
Okey, kucing kita.
Apa kata awak balik ke Miami
sekejap sampai keadaan di sini reda?
Awak nak buat mereka diam? Hebat betul awak, ya?
Beginilah, saya akan balik ke Miami kalau awak pun balik sekali.
- Awak dah bersedia untuk balik? - Saya takkan bertolak ansur!
PUSAT KEAGAMAAN KOMUNITI
Okey.
Saya tunggu sampai awak balik.
Sekarang pun mereka dah pandang saya pelik.
Kalau ada pengawal, lagilah mereka akan rasa pelik.
Ikut sajalah.
Saya tak boleh buat kerja kalau asyik risaukan awak.
Hei, boleh tak letak kereta jauh sikit?
Kalau perlu apa-apa, saya akan jerit.
- Selamat pagi, paderi. - Connie.
Kenapa, terkejut jumpa saya?
Ramai sukarelawan Amerika di sini. Mereka datang dan pergi.
Saya akan sentiasa datang.
Terkejut nampak Elisa,
anggota gerila komunis M-19, bekerja di pusat komuniti?
Itu kerana anda tak kenal gereja pembebasan di Colombia.
Paderi itu. Dia nampak baik, bukan?
Salah. Dia pun sama komunis macam Elisa.
Orang putih itu siapa?
Anak Tuhan, sama macam awak.
Baik.
Jadi,
awak datang sini sebab kucing?
Ini bukan kucing biasa.
Ini kucing orang putih dalam DEA.
- Apa yang dia cakap? - Saya beritahu dia tentang kucing.
Jadi, apa yang awak nak ialah supaya saya cari pembunuh kucing itu.
Itu perbuatan pengedar dadah, Suárez.
Kami tak pandang remeh hal ini.
Kawan awak ini sewel sikit.
Saya tak tahu bahasa Sepanyol, tak faham awak cakap apa.
Saya tak tahu bahasa Inggeris.
Carikan saya maklumat, Suárez.
Hei, saya tak cukup orang
nak selidik cakap-cakap tentang seekor kucing.
Kalau maklumat tentang pengedar dadah, orang saya berminat.
Tapi kucing, mereka tak ambil kisah.
No comments yet. Be the first to leave one.