Captivating the King

Captivating the King (세작, 매혹된 자들)

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Captivating the King S01E04 1080p H264 AAC WEB-DL-Phanteam
ناشر tankgo

برچسب‌ها

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
تاریخ انتشار: 2024-02-14
تعداد دانلود: 40
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

CAPTIVATING THE KING

Patik bersumpah atas nama Tuhan…

patik tak pernah mengkhianati tuanku.

Jangan bawa nama Tuhan.

Menghunus pedang ke arah beta itu sendiri

satu pengkhianatan!

Apa patik patut buat

agar tuanku percayakan patik?

Mengaku bersalah yang kamu pengintip…

dan bunuh diri.

Kenapa?

Tak boleh buat?

Kakanda ingat

kakanda cakap apa kepada adinda sebelum dibawa ke Shenyang?

Sudah lama berlalu.

Bagaimana beta boleh ingat?

"Bertahanlah dan kembali dengan apa jua cara.

Jika melawan titah kakanda,

kakanda takkan ampunkan adinda.

Kakanda satu-satunya abang adinda,

adinda satu-satunya adik kakanda.

Luka adinda, luka kakanda jua.

Kembalilah dengan selamat."

Tentu waktu itu beta tak berfikiran waras

sebab merepek sebegitu.

Tak guna kakanda cuba sakiti adinda dengan berkata begitu.

Sejak kecil lagi, kakanda menyayangi adinda.

Adinda lebih tahu itu berbanding orang lain.

Ya, dulu beta sayang!

Itu saja cara untuk beta terlepas daripada penganiayaan Paduka Ratu

dan kekal selamat

sehingga beta menaiki takhta.

Beta…

tak pernah…

menyayangi kamu.

Adinda…

sentiasa menyayangi kakanda.

Kamu nak selamatkan nyawa kamu dengan penipuan itu?

Adinda tak boleh bunuh diri.

Kakanda sajalah yang bunuh adinda.

Baiklah!

Jika itu kemahuan kamu,

beta akan bunuh kamu

dengan tangan beta sendiri.

Jangan marahkan beta.

Kamu sendiri yang minta.

Jangan risau.

Patik akan tinggalkan dunia ini

tanpa marah atau dendam.

Semoga tuanku…

bebas daripada tawanan…

dan menjadi raja yang mulia.

Kakanda!

Kakanda!

Apa yang berlaku?

Tuanku minum ubat herba yang tak dirasai dulu.

Ada sesiapa di luar?

Di luar tiada sesiapa?

Tuanku panggil…

Tuanku.

Segera panggil tabib diraja!

Apa?

Baiklah.

Tuanku…

Jika…

beta mangkat sekarang,

hanya seorang…

yang akan mendapat untung.

Tadi,

kamu kata…

kamu tak pernah merancang untuk mengkhianat.

Boleh kamu bersumpah…

kamu langsung tak menipu?

Ya.

Adinda bersumpah.

Ini titah terakhir beta.

Cari…

orang yang menyakiti beta

dan hukum mereka.

Serta pastikan

Putera Sulung menaiki takhta.

Jangan…

Jangan percaya sesiapa.

Sesiapa pun…

Tolonglah…

Tolong simpan tenaga tuanku.

In…

Adindaku,

In.

Beta…

kakanda…

Kakanda.

Kakanda.

Tuanku!

Tabib diraja sudah tiba!

Kakanda beta tak sedar buat seketika.

Cepat rawatnya.

Kenapa kamu berhenti?

Ampunkan patik.

Bunuhlah patik!

Bunuh kamu?

Apa maksud kamu?

Tuanku Raja…

sudah mangkat.

Hongjang.

Bertahan sebentar lagi.

Raja Muda pasti akan selamatkan kita.

Ya, Tuan Muda.

Tuanku Raja Muda.

Patik bergegas ke sini sebaik saja dengar berita kemangkatan Tuanku Raja.

Jika beta mangkat sekarang,

hanya seorang…

yang akan mendapat untung.

Ini titah terakhir beta.

Cari…

orang yang menyakiti beta

dan hukum mereka.

Serta pastikan

Putera Sulung menaiki takhta.

Tuanku Raja Muda.

Patik faham tuanku amat terkesan

atas kemangkatan baginda raja.

Tapi penyakitnya sudah terlalu teruk sehingga tiada apa-apa boleh dibuat.

Kakanda beta

mangkat akibat diracun.

Siapa yang berani lakukan pengkhianatan keji begitu?

Siapakah orang itu?

Memandangkan harimau sudah tiada,

kawanan dubuk akan menggila.

Mereka takkan sorok niat jahat lagi

dan mereka akan membaham tuanku hidup-hidup.

Mamanda ingat apa yang kamu beritahu beta dulu?

Jika tuanku maksudkan waktu itu…

Kamu kata menjadi yang tertinggi,

bertakhta, menguasai dan memerintah dunia

adalah takdir beta dan jangan nafikannya.

Beta akan

terima takdir itu.

Itu pilihan yang bijak, tuanku.

Mari kita menghadap Paduka Ratu.

Tuanku.

Kenapa tuanku ragu-ragu?

Arahan Paduka Ratu

tak memadai untuk meyakinkan Kim Jong-bae.

Namun,

kita dah tiada cara lain sekarang.

Beta perlu bersihkan darah dahulu.

Ampunkan patik, tuanku.

Mendiang Baginda Raja

ada tinggalkan wasiat?

Maaf,

tapi saya tak dapat bersama baginda ketika baginda mangkat.

Baginda mangkat dengan mengejut.

Tiada sesiapa di sisinya untuk terima wasiatnya.

Kamu semua silap.

Baginda Raja meninggalkan wasiat.

Siapakah yang menerima wasiatnya?

Beta.

Beta terima wasiatnya.

Baginda Raja mangkat mengejut.

Bagaimana tuanku boleh terima wasiatnya?

Semuanya kerana Laksamana Kim.

Beta menghadap baginda untuk buktikan beta tak bersalah

dan akhirnya menerima wasiatnya.

Jadi…

apakah wasiat baginda?

Baginda serahkan masa depan negara kepada beta.

Masa depan negara?

Apa…

Apakah maksud baginda?

"Menaiki takhta."

"Lindungi dan kekalkan keamanan bagi negara dan rakyat."

Mengarut!

Baginda Raja takkan berbohong dalam wasiatnya!

Jaga adab!

Berani tuan meragui tuanku?

Baginda Raja…

meragui Raja Muda Jinhan setiap hari sejak pulang dari Shenyang.

Namun begitu,

baginda meninggalkan wasiat untuk tabalkan

Raja Muda berbanding pewaris sah baginda,

Putera Sulung?

Raja Muda yang selama ini disyaki

menghantar perisik itu?

Beta pun terkejut mendengar wasiat baginda.

Namun,

baginda

tahu akan kesetiaan beta.

Pada saat terakhir baginda pun, baginda fikirkan negara dan rakyat.

Maka,

baginda memilih beta,

bukan Putera Sulung yang masih muda.

Mohon buktikan

bahawa kata-kata itu benar.

Ada orang lain yang turut mendengar wasiat baginda.

Siapakah itu?

Masuk dan beritahulah.

Ini pertemuan suci.

Maka kamu tak boleh berbohong.

Betulkah Baginda Raja tinggalkan wasiat

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left