BlacKkKlansman

BlacKkKlansman

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

BlacKkKlansman 2018 Semua BR
ناشر din1705
[Malaysia Subbers Crew] Dilarang resync ke versi lain atau reupload; kecuali oleh team MSC.

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2019-02-28
تعداد دانلود: 68
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -

Kalian nampak Dr. Meade?

Dr. Meade!

Oh, bolehkah kalian membantu saya mencari Dr. Meade?

Oh...

Tuhan, tolonglah kami.

Tuhan, selamatkan Konfederasi!

Hello, warga Amerika semua.

Mereka kata kita mungkin kalah dalam pertempuran

tapi kita belum kalah dalam perang.

Ya, saudara semua, kita sedang diserang.

Kalian mungkin telah membacanya di surat khabar

atau menontonnya di berita.

Itu betul.

Kita hidup di zaman yang ditanda dengan tersebarnya

integrasi dan percampuran.

Keputusan Brown .

Ah-ah-ah!

Keputusan Brown ,

dipaksa kepada kita oleh boneka-boneka Yahudi

di bawah Mahkamah Agung AS,

yang memaksa anak-anak kulit putih untuk bersekolah

bersama dengan bangsa rendah,

adalah paku terakhir untuk keranda...

Adalah paku terakhir untuk keranda hitam

bakal menjadikan Amerika menjadi sebagai bangsa campuran.

Kita memiliki budaya yang hebat. Kita...

Ma-ma-ma-ma-ma!

Kita memiliki budaya yang hebat.

Kita memiliki budaya yang hebat.

Kita memiliki budaya yang hebat

sehingga pengikut Martin Luther

dan kumpulan Komunis mereka

memulakan tuntutan hak-hak sivil mereka

yang menentang nilai-nilai Protestan suci kita.

Kalian benar-benar ingin anak kulit putih kesayangan kalian

bersekolah bersama orang Negro?

Mereka monyet-monyet pembohong dan kotor,

tak akan berhenti sehingga mereka mendapat hak saksama dengan warga kulit putih.

- Oh, Tuhan. - Perogol, pembunuh,

yang mengidamkan tubuh perawan...

- Apakah "perawan murni"? - Ya.

Perogol, pembunuh,

yang mengidamkan tubuh perawan suci dan segar dari wanita kulit putih.

Mereka pemangsa yang mengerikan!

Dan dengan taktik kotor si Negro itu, di bawah pengawasan

ketua Yahudi yang tamak haloba,

mereka mengerahkan kumpulan pemangsa jahanam...

Apa itu? "Penghasut jaha..."

- "Penghasut." - Tuhan, saksikan ini! Tuhan!

Mereka mengerahkan kumpulan penghasut kulit hitam jahanam utara,

bertekad untuk menjatuhkan bangsa kulit putih

yang telah diutus oleh Tuhan.

Ini adalah konspirasi antarabangsa Yahudi.

Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Tuhan memberkati tuan juga.

Filem ini berdasarkan kisah sebenar. Serius.

Sertai Polis Colorado Springs Penyertaan kaum minoriti digalakkan.

Jabatan Polis Colorado Springs.

Kenapa awak tidak ke Perang Vietnam?

Saya ke kolej, tuan.

Apa pendapat awak mengenai Vietnam?

Pendapat saya bercampur aduk, tuan.

Awak rasa awak seorang 'buaya'?

- Tidak, tuan. - Selalu ke kelab malam?

- Tidak, tuan. - Suka minum-minum?

Hanya pada waktu tertentu, tuan.

Pernah ambil dadah?

Hanya yang diberikan oleh doktor, tuan.

Ya, susah nak jumpa

seorang pemuda yang berjiwa bebas seperti awak.

Uh, ya, tuan.

Tapi ayah saya seorang tentera,

dan ibu bapa saya, mereka membesarkan saya dengan didikan yang betul.

Bagaimana cara awak bergaul dengan orang lain, secara umumnya?

Tuan, jika mereka hormat saya dengan baik, saya juga akan seperti itu.

Seperti yang saya kata, saya dibesarkan dengan didikan yang betul, jadi...

Maksud saya, awak pernah ada senario negatif...

Apa yang awak akan lakukan jika seorang polis memanggil awak 'negro'?

Atau kutukan lebih buruk.

Apakah itu akan terjadi, tuan?

Tak guna...

Belum pernah ada polis kulit hitam di bandar ini.

Sekarang, jika kami ambil awak sebagai polis, pada dasarnya awak akan

menjadi Jackie Robinson Polis Colorado Springs.

Dan jika awak tahu sejarah Jackie Robinson,

awak pasti tahu yang dia menerima banyak, uh, uh, protes

dari rakan sepasukannya, peminatnya,

pasukan lain dan wartawan.

Saya tahu kisah Jackie Roosevelt Robinson, tuan.

Bagus. Jadi, mengetahui itu, jika seseorang memanggil awak 'negro",

adakah awak dapat menahan diri awak?

Jika terpaksa, ya, tuan.

Ya, saya boleh menerimanya.

Nak... datuk bandar, ketua polis dan saya

rasa awak adalah orang yang sesuai untuk mengubah banyak perkara di sini.

Ketua Bridges akan menjadi ketua jabatan awak di sini.

Saya akan menyokong awak.

Tapi saya tak boleh membantu banyak.

Beban ini akan terletak di bahu awak

dan awak sendiri.

Terima kasih atas peluang ini, tuan-tuan.

- Wow. Cybill Shepherd. - Ya.

Saya suka dia di The Last Picture Show.

Saya belum pernah menontonnya.

Saya tak suka filem hitam putih.

Jadi, awak bagaimana?

Saya rasa dia pelakon yang sangat bagus.

Oh, tolonglah. Saya tahu awak pun nak 'itu'.

Saya mencari si 'katak' ni.

Pergilah.

Berikan saya rekod jenayah untuk si 'katak' ini,

Maurice Smalls.

Alang-alang, cari satu lagi 'katak',

Tippy Birdsong.

T-i-p-p-y.

Apa yang boleh saya bantu?

Boleh bercakap sebentar?

Duduklah.

Sarjan Trapp, Ketua Bridges,

saya berterus terang saja.

Saya ingin menjadi detektif penyamaran.

Apa, seperti Narkotik?

Jabatan apapun boleh, tuan.

Awak baru saja masuk kerja sini.

Saya rasa saya boleh menyumbang di sana.

- Yakah? - Saya masih muda.

Ini sesuai untuk saya.

Saya boleh menyesuaikan diri.

Awak rasa awak hebat, ya?

Saya akan sanggup buat apa saja.

Ditambah lagi, saya benci bilik rekod.

Saya rasa bilik rekod adalah tempat yang sesuai untuk awak mula kerja.

Tuan nak saya cukur janggut?

Saya boleh cukur semuanya.

Tidak, tidak. Biarkan saja.

Saya suka rupa awak.

Saya nak rekod jenayah si 'katak' itu.

Awak pekak?

Saya kata saya nak rekod si 'katak' itu.

- Tak ada 'katak' di sini. - Apa?

Saya kata tak ada 'katak' di sini.

Yang ada hanya manusia.

Awak berikan saya nama dia, saya akan carikan rekodnya.

Saya dengar orang kata yang awak perasan hebat,

tapi awak bukan apa-apa melainkan kentut.

Nama dia Steven Wilson.

Sudah cukup sopan kah,

Pegawai 'Katak'?

- Hello. - Ini Bridges.

Awak masih tidur?

Uh, ya, tuan.

Um, saya balik lambat semalam.

Saya dah ubah fikiran.

Masuk awal hari ini.

Saya ada tugas untuk awak.

Tepat pukul 12:00.

Jabatan narkotik.

- Ya, tuan. - Pakai pakaian santai.

Terima kasih.

Terlambat?

Jimmy, budak baru itu terlambat.

Awak lambat.

Maafkan saya. Takkan berlaku lagi.

Masa kita terhad, jadi kena cepat.

Ketua kumpulan radikal kulit hitam Stokely Carmichael,

akan berceramah malam ini di Bell's Nightingale.

- Ya. - Carmichael adalah bekas

orang penting di Black Panther.

Dan apa yang saya tahu, Pengarah FBI J. Edgar Hoover

pernah kata yang Black Panther

adalah ancaman dalam negeri terbesar

bagi keselamatan nasional Amerika Syarikat.

Carmichael tak guna ini,

bekas Panther atau bukan, mereka kata

dia adalah penceramah yang sangat baik,

jadi kami tak mahu si Carmichael ini

meracuni pemikiran orang kulit hitam yang baik

di sini di Colorado Springs dan membuat mereka memberontak.

Ron, tugas awak adalah pergi ke tempat ceramah malam ini,

bergaul bersama kelompok pemberontak ini

dan memantau reaksi penonton terhadap ceramah Carmichael.

Awak dah siap?

Sangat siap.

Saya belum siap.

Ada kemungkinan benda ini boleh rosak?

Oh, tentu saja.

Lepas itu?

Ikut saja rancangan.

Iaitu?

Spontan.

- Seperti jazz. - Seperti bebop.

Ini bukan operasi tangkapan.

Kita hanya nak kumpul maklumat. Itu saja.

Dan bagaimana jika ada orang menawarkan rokok ganja?

- Rokok? - Ya.

Mary Jane.

Maaf.

Kawan,

saya sudah khayal sepanjang hidup saya. Awak faham kan?

More Malay subtitles for BlacKkKlansman

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left