نخستین 200 خط.
Sarikata oleh : NaszMie
Helo, snek aku.
Alamak. Habis aku.
9-1-1!
Polis! Pihak berkuasa! ASPCA! Segera!
Membunuh! Pengkhianat! Penculikan!
Bukan, culik burung!
Secawan bawang putih, sedikit burung bayan.
Jangan cemburu, Julia Child.
Maafkan saya, bukankah menjadi kelaziman bagi banduan untuk buat panggilan?
Rasanya tidak boleh.
Snek tengah hari tak banyak kebebasan.
Tapi saya tak kejam.
Apa kata hisap rokok?
Aku tak boleh buat ini. Tidak!
Ini cara yang teruk untuk seekor burung mati! Aku tak nak kena kanser paruh.
Tidak! Habis hitam paru-paru!
Dah mula. Berhenti! Semula.
- Tolong... - Apa kau buat? Daniel...
Dialog tu tiada di dalam skrip. Kenapa tambah?
- Komen untuk untuk situasi itu. - Situasi apa?
Tak elok letak rokok dalam mulut Pudgie.
Ini kartun, bukan program Oprah.
Lou, ramai kanak-kanak tonton. Kita macam suruh mereka hisap rokok.
Kita tak boleh berkata-kata jika mulut Pudgie tak bergerak!
Ini alih suara. Dia cakap secara monolog. Atau pun suara Tuhan. Itu lebih baik.
"Jangan merokok, Pudgie."
- Pelakon. - Apa? Kita tanya juruteknik.
Elokkah dari segi moral kita galakkan remaja Amerika merokok?
- Mereka berat sebelah. Ini perbicaraan silap. - Sesi ni telan kos ribuan dolar pada studio.
Kalau nak duit, kau ikut skrip.
Kalau nak jadi baik ala Gandhi, buat pada naskah orang lain.
Jadi aku kena ikut pendirian aku.
Kelakar. Kau nak ke mana?
Kalau kau keluar, jangan datang balik.
Aku tak nak layan sikap kau yang teruk tu.
Kalau begitu, seperti Porky Pig cakap.
Apa-apa sajalah, Lou.
- Macam mana ujian sejarah? - Jangan tanya.
- Macam mana sekolah hari ni? - Saya buat lukisan pelangi.
- Ayah? - Ayah!
Ayah!
- Saya ingat ayah tak sempat datang jemput kami. - Ayah dapat balik awal.
- Ayah kena buang kerja, kan? - Tidak, Ayah berhenti. Sebab ayah ada alasan.
Pelakon.
Kawan, tahniah kerana menyambut hari jadi ke 12. Ayah ada kejutan untuk kamu.
- Penari bogel? - Ooh, tak!
- 2 penari bogel? - Bukan!
- Parti? - Ya!
Tak boleh. Tak boleh berparti.
Sebab mak kata laporan kad kau teruk.
Tapi 4 jam lagi baru mak kamu pulang, kan?
Bersiap sedialah untuk berseronok.
Dah hampir penghujung. Ia menang lumba.
Jom turun. Ini dia.
Nak bagi ia makan?
Tengok ia nak minum atau tak.
Maaf.
Pergi!
- Gregory, Henderson dan Hillard. - Saya nak cakap dengan Miranda Hillard.
Saya tahu awak nak guna mural tapi jangan besar sangat.
Guna tingkap besi bukan kayu.
Jangan guna ambal timur tapi guna permaidani Aubusson.
- Lebih banyak warna merah jambu. - Idea yang baik.
Union Square Inn. Ini lagi baik.
Lebih seni dan kraf. Lampu Drak Van Ark, kerusi Stickley. Jangan tergoda dengan chintz.
Minta maaf. Miranda, boleh bincang kejap?
- Boleh. Minta maaf. - Tentu.
Sekejap saja.
Aku terima panggilan daripada Stuart Dunmire.
- Stuart Dunmire? - Dia kata kau kenalan dia.
Stuart Dunmire?
Ya. Dia sanggup bayar berjuta dolar untuk pulihkan rumah lama Wellman di Nob Hill.
- Dia nak jadikannya inap dan sarapan yang mahal. - Aku ada baca tentangnya.
- Dia memang berjaya. - Dialah orangnya.
Dan dia minta kau yang buat, Miranda.
Betul?
- Jadi aku kata kau akan telefon dia esok. - Baiklah.
Cik Hillard? Operator kata Gloria Chaney sedang tunggu di talian.
- Kecemasan katanya. - Saya minta diri.
Gloria?
- Oh, Tuhan. - Ini rumah puan?
Ya, ini rumah saya.
Awak tahu tak adalah salah untuk bawa haiwan ternakan ke kawasan perumahan?
- Kalau suami pun haiwan bagaimana? - Kami juga terima laporan bising.
Baiklah. Saya akan uruskan. Saya minta maaf. Nanti saya...
Kau makan begonia aku! Tak guna!
Tepi sikit!
Miranda! Apa khabar?
Awal kau pulang.
Kami buat parti hari jadi di sini.
Apa yang sedang berlaku di sini?
Janganlah naik angin. Dengar dulu.
Kau pulang awal sangat. Aku ingat nak bersihkan dulu sebelum kau balik.
Kau cari apa?
Hati-hati. Kuda padi tu minum air.
Parti dah tamat.
Baguslah! Gloria telefon, kau terus pulang. Memang bagus!
Jangan cuba nak salahkan aku, Daniel! Jangan!
Kau berseronok, aku yang penat.
- Kau yang pilih kerja tu. - Aku terpaksa! Aku tak ada pilihan!
Kalau aku nak berseronok, kau pasti nak buat lebih baik!
Aku bawa pulang kek dan hadiah. Kau bawa Zoo San Diego!
- Tapi aku yang terpaksa kemas! - Maaflah, ni bukan sisa toksik. Cuma pinggan kertas saja.
Kenapa aku saja yang fikir tentang peraturan?
Kenapa aku saja yang terpaksa bersusah?
Aku tak suruh kau kerja sampai teruk.
- Kau yang buat sendiri. - Kau asyik nak betul.
Sudahlah! Kau luangkan terlalu banyak masa dengan klon korporat yang dulunya kau tak suka!
Aku luangkan terlalu banyak masa dengan kau, Daniel. Ia dah berakhir!
Dah berakhir.
Miranda, siapa yang tak ada masalah? Kita boleh bincang. Apa yang awak tengah cakap ni?
Dah 14 tahun kita cuba selesaikan masalah kita.
Tolonglah. Dengar sini. Kita boleh minta tolong.
Kita jumpa ahli terapi keluarga. Dia mungkin boleh tolong kita.
Dah terlewat.
Kita pergi bercuti satu keluarga. Bawa kau keluar daripada kerja.
Kau dah lain. Kau baik.
Daniel, apabila balik nanti pun masalah kita masih tak selesai.
Kita pindah. Jadi masalah tak ikut kita.
Janganlah buat lawak, Daniel.
Okey.
Kita dah tak sehaluan, tak sama.
- Kita dah tak ada persamaan. - Ada. Kita masih saling menyayangi.
Ayuh, Miranda. Kita saling menyayangi.
Bukan?
Aku nak bercerai.
Tak.
Tak boleh. Kita satu keluarga, kan?
Aku minta maaf.
Ya, mak. Dia dah beritahu saya semuanya.
Ya, mak. Saya dengar.
- Dia dekat sini. - Tak nak.
Mak, dia tak nak cakap.
Ya, dia murung. Tahulah, kan. Rumah tangganya musnah.
Belum musnah lagilah! Cuma terhenti.
Dia tak nak cakap, mak.
Kami akan jaga dia dengan baik. Jangan bimbang, mak.
- Terima kasih bagi jem, Evelyn. - Dia kata sama-sama.
Bila sahap noda kuning air nak sampai?
- Minggu depan. - Mak dengar tak? Minggu depan.
Nanti.
- Dah cukup, ini lelaki. - Mana kau tahu?
Tak guna.
Bukan maklah. Saya cakap tentang anjing.
Mak, ada orang tengah tunggu kami di set.
Ya, kami sibuk. Banyak tempat, banyak muka.
Nanti saya beritahu dia.
Baik mak.
Nanti mak.
Mak tanya jika kau nak tinggal dengan dia tak?
- Tak naklah. - Dia kata dia akan fikir dulu.
Baiklah. Sayang, mak.
Selamat tinggal, mak.
Dengar. Kau boleh tinggal di sini seberapa lama kau mahu.
Terima kasih. Aku okey. Ini sementara saja.
Saya kenal Miranda. Nanti redalah!
Encik dan Puan Hillard. Walau perbicaraaan penjagaan selalunya memihak kepada si ibu...
...tapi kami tak mahu anak-anak...
...tak terima kasih sayang bapa.
Oleh sebab sekarang Encik Hillard tak ada rumah dan kerja,...
...mahkamah memutuskan hak penjagaan sepenuhnya diberikan kepada Puan Hillard.
- Tahniah! - Tidak.
Encik Hillard boleh melawat anak setiap hari Sabtu.
- Tolonglah buat sesuatu. - Hakim dah buat keputusan.
Tak boleh membantah?
Yang Arif, tolonglah.
Setiap Sabtu. Sekali seminggu tak cukup.
Saya kena bersama mereka. Itu bukan satu persoalan. Saya mesti bersama mereka. Tolonglah.
Mungkin nampak agak keterlaluan tapi bagi saya ia tak mencukupi. Betul.
Saya tak pernah berpisah dengan mereka walaupun sehari sejak mereka dilahirkan.
- En. Hillard, ini keputusan sementara. - Bagus.
Saya akan menugaskan wakil mahkamah untuk memantau.
Pembicaraan akan diteruskan dalam masa 90 hari.
- Saya bagi 3 bulan, En. Hillard. - Terima kasih.
3 bulan untuk cari kerja dan kekalkan kerja itu, serta sediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kalau awak berjaya, saya akan mempertimbangkan...
...hak penjagaan bersama apabila kita bertemu semula. Sidang ditangguhkan.
Paling tidak ada juga harapan, kan?
- Itu saja barang ayah. - Semua ni salah saya.
Bukan. Kenapa fikir begitu pula?
Saya tak patut adakan parti itu.
- Jika tak, ini pasti tak berlaku. - Ini akan berlaku jua.
Ini kemalangan yang bakal berlaku. Okey?
Kau tak buat salah. Faham tak?
Tepuk tangan ayah.
Sekarang kau ketua keluarga.
Jangan jadi nakal.
- Jangan pergi, ayah. - Ayah kena pergi.
Kita tengah baca Charlotte Web. Siapa nak habiskan?
Nenek akan bacakan.
Nenek tak pandai. Dia selalu lompat, dan tak pandai buat suara.
Bau nenek pun semacam.
Itulah formaldehid. Sebab itu nenek lambat tua.
Mari sini.
Hei, keadaan akan sama seperti biasa. Kau cuma ada laman yang lebih besar, OK?
- Saya sayang ayah. - Ayah juga sayang kau.
Ayah akan rindukan kau. Sabtu akan datang cepat.
- Saya akan rindukan ayah. - Ayah pun.
Oh, ayah...
No comments yet. Be the first to leave one.