نخستین 200 خط.
Dalam mimpi semalam, saya jadi tua
dan saya berjalan ke suatu tempat
bersama seorang wanita tua.
Saya boleh lihat diri kami dari belakang.
Anehnya,
saya boleh lihat diri sendiri dari belakang.
Kami berjalan ke suatu tempat.
Kami berjalan tanpa ada gangguan.
Kemudian saya dan wanita tua itu menghilangkan diri.
Dengan begitu perlahan.
Siapakah...?
Siapakah awak?
Helo.
Saya menunggu seseorang di sini.
Tunggu siapa?
Awak nampak cantik semasa tidur.
Saya?
Awak tak mahu pulang?
Saya juga menunggu seseorang.
Ada banyak lagi meja lain.
Orang yang saya tunggu ada di sini.
Sayalah orang yang nak berjumpa awak, Mi-young.
Oh!
Malunya saya.
Aduhai.
Gembira bertemu awak.
Saya juga.
Maafkan saya.
Kenapa mereka semua begitu sibuk?
Betul itu.
Rasa seperti masa berlalu dengan cepat.
Awak tak takut jadi tua?
Awak tak nampak macam Won.
Walaupun dia kakak awak.
Dia bukan kakak saya tapi sepupu.
Patutlah.
Dia tak sukakan saya sampai tahap
nak satukan saya dengan adiknya.
Dia kata awak pelik macam saya.
Tapi awak nampak normal.
Saya dengar awak belajar di Amerika.
Ya, betul.
Dari sikap awak,
saya boleh tahu awak tak berubah.
Awak tengah baca buku apa?
Novel biasa saja. Tiada yang istimewa.
Boleh nampak.
Saya tak faham orang yang membaca novel.
Dah terang-terang palsu,
kenapa nak percaya?
Yakah?
Tapi cerita rekaan yang ditulis dengan baik...
boleh buat orang percaya.
Walaupun awak tahu ia palsu?
Saya pernah reka sebuah cerita.
Awak nak dengar?
Ceritalah.
Ia terlintas di fikiran saya.
Berdekatan sekolah saya di luar negara,
ada sebuah hotel lima bintang,
sangat besar dan mewah.
Saya pernah ke sana dengan profesor saya.
Saya tak dapat lupa baunya.
Ia harum semerbak dengan bau bunga lili.
Jadi,
saya fikir
hotel mewah mesti bau wangi.
Hotel usang itu juga
ada tukang angkut yang dah tua.
Dia seorang lelaki tua
dan sudah bekerja di situ berdekad lamanya.
Kemudian pada suatu hari...
seorang kutu rayau masuk ke hotel
dan buat macam rumah sendiri.
Dia juga tua.
Kutu rayau itu...
bertegas nak tinggal di bilik hotel
dan tak mahu keluar.
Lelaki gila.
Ya, dia memang pelik.
Yang menjadi persoalan...
berapa tahun lalu dia datang ke hotel
dengan kerap seakan itu rumah dia.
Dia begitu kaya sampai boleh jadikan
bilik mewah itu seperti rumah sendiri.
Tapi entah bagaimana...
berdekad seterusnya dia muncul semula
dengan keadaan miskin dan sedikit gila.
Orang yang tak berubah dalam tempoh berdekad itu
hanyalah si tukang angkut tersebut
jadi hanya dia yang ingat si kutu rayau itu.
Jadi si tukang angkut itu pun...
melayannya dengan begitu sopan
dan penuh hormat sebagai pelanggan lama.
Apabila si kutu rayau itu mula bercakap merepek
dan mahu ke biliknya,
si tukang angkut itu dengan sopan menanggalkan topinya...
membawa beg si kutu rayau yang berat dan kotor itu,
membukakan pintu untuknya,
dan pergi ke bilik hotel di tingkat tertinggi bersamanya.
Jadi, apa yang berlaku?
Si kutu rayau itu tercegak di laluan dewan
sambil berfikir sejenak...
dan kemudian ikut si tukang angkut balik semula ke lobi.
Selepas meraba-raba begnya yang kotor itu,
dia keluarkan duit syiling...
dari beg tersebut.
Dua keping syiling 100 won.
Awak kata di luar negara,
bagaimana boleh ada syiling 100 won?
Sebab saya reka cerita.
Dasar pelik.
Membosankan.
Cerita tadi memang tak menarik.
Cerita awak yang membosankan...
buat saya mengantuk.
Tapi apa-apa pun,
awak mirip teman lelaki saya.
Benarkah?
Ya.
Saya berjumpa dia di sini...
Bentuk hidung awak sama macam dia.
Yakah?
Ya.
Kawan saya, Won
nak jodohkan saya dengan sepupunya di sini.
Kami berjumpa...
dan berkahwin dua bulan kemudian.
Begitu rupanya.
Dia lelaki yang baik.
Dia sudah meninggal.
Terlalu banyak merokok.
Chang-seok.
Ya.
Baru sekarang awak cam saya.
Jangan merokok.
Nanti boleh mati awal macam ayah awak.
Kita berdua kena jaga kesihatan, ibu.
Awak memang pandai bercakap,
macam ayah awak juga.
Tiada apa boleh dibuat soal meningkat usia.
Sama ada awak mati atau murung.
Ibu dah lama di sini. Marilah pulang.
Tak banyak yang berubah di sini.
Lega rasanya.
Semalam ibu mimpi.
Dalam mimpi itu, ibu jumpa ayah kamu.
Semasa saya menetap di Seoul,
saya fikir ia bandar yang cukup pesat.
Saya risau semuanya akan berubah,
tapi sekarang tujuh tahun lalu rasa seperti semalam.
Masa berlalu dengan pantas dan ramai yang meningkat usia.
Selepas pulang ke Korea,
saya cuba luangkan masa dengan ibu.
Kami bersiar-siar setiap hari.
Ibu akan duduk di rumah jagaan di Cheonan bermula esok.
Saya mungkin tak dapat berjumpanya buat seketika.
Hari ini saya minta abang jagakan ibu
dan bersiar-siar sendirian.
Ia jalan yang kita pernah lalui bersama.
Ia nampak sangat indah pada musim bunga.
Sekarang ia nampak berbeza.
Chang-seok.
Yoo-jin.
Lama tak berjumpa.
Saya dah tua, kan?
Awak nampak sama saja.
Apa yang awak merepek?
Macam biasa, awak terlalu baik.
Jom minum kopi.
Saya tiba awal jadi saya dah minum secawan.
Kawasan ini cantik jadi saya berjalan sekitarnya.
Awak dah minum?
Saya tidur lambat semalam
jadi saya minum kopi untuk segarkan mata.
Tapi saya boleh minum lagi. Ayuhlah.
Ya, saya pun nak.
Saya bawa kad kredit syarikat jadi bolehlah guna.
Adakah mereka jual bir juga?
Bir?
Sedap diminum pada tengah hari.
Betul itu.
Saya dah bawa kontrak. - Baik.
Nasib baiklah semua kumpulan editorial kami sukakannya.
Ketua Pegawai Eksekutif juga
terima pendapat kami.
Dia tak baca?
Entahlah.
Majikan kami jarang baca buku orang lain.
Terutamanya buku yang disukai orang ramai.
Nampaknya novelis berbeza.
Ini kontrak awak.
Awak pernah baca novel majikan kami?
Saya...
Saya ada baca beberapa.
Tak berbaloi dibaca.
Dia novelis terkenal
yang tak pernah menulis buku yang berkualiti.
Dia meraih reputasinya
daripada perkara lain.
No comments yet. Be the first to leave one.