نخستین 200 خط.
Tahun 1769.
Britain adalah empayar kolonial dan ibu negara
pemerdagangan hamba abdi.
Dia sungguh cantik.
Mirip wajah ibunya.
Jangan takut.
Ayah nak bawa kamu ke kehidupan bahagia.
Kehidupan warisan nenek moyang kamu.
Nah.
BERDASARKAN KISAH BENAR
RUMAH KENWOOD KAMPUNG HAMPSTEAD
Elizabeth Murray! Mari ke sini sekarang!
Ibunya dah mati.
Saya merayu, pak cik, sayangilah dia seperti
saya menyayanginya dan pastikan dia dapat apa
yang berhak baginya sebagai anak saya.
-Itu mustahil. -Apa yang betul...
tak mungkin mustahil.
-Dia berkulit hitam. -Dia darah daging saya.
-Namun, dia berkulit hitam. -Butiran yang kamu tak beritahu kami.
Beberapa jam lagi, saya akan mengetuai pelayaran
ke Hindia dalam eksperimen longitud.
Lepas itu, siapa tahu? Bukan hak saya nak menyoal Raja dan Tentera Laut Diraja.
Kamu tahu kedudukan dan reputasi pak cik?
-Tuan. -Pak cik ialah Yang Arif Hakim Besar.
Pertimbangkan kesesuaiannya dan fahami permintaan kamu.
Dia berdarah kacukan.
Siapa namanya?
Namanya Belle, sempena nama ibunya.
Dido Elizabeth Belle Lindsay.
-Dia sandang nama kamu. -Saya tak malu.
Kami akan panggil dia Dido.
Ya Tuhan, dia kurus.
Mary, beri dia makan.
Anakku.
Kapal bukan tempat untuk orang yang amat berharga macam kamu.
Di rumah ini, kamu akan menikmati kehidupan
yang setaraf dengan keturunan ayah.
Kamu takkan memahaminya sekarang,
tapi tahulah dalam hati kamu
yang kamu disayangi
seperti ayah menyayangi ibu kamu.
Awakkah yang dipanggil orang berkulit hitam? Saya dengar mereka cakap.
Banyak soalan, Elizabeth. Perangai menjengkelkan
-macam ayah awak. -Papa M?
Bukan. Ayah kandung awak, Sir David Murray.
Awak tak boleh cakap apa-apa saja yang awak fikirkan.
Awak akan jadi anak dara tua, menghiburkan diri sendiri.
Macam awak, Mak Cik Mary? Itu yang orang gaji kata.
Budak ini! Tunggu sampai saya tangkap awak.
Elizabeth, mari sini sekarang.
Elizabeth!
Ada potret saya juga. Awak nak tengok?
William Murray. Earl Mansfield pertama.
Ini anak saudara saya. Awak faham?
Pak cik awak, Sir David Murray.
-Ayah Elizabeth? -Ya, betul. Awak bijak.
Viscount Stormont ketujuh yang akan mewarisi
seluruh hartanah ini apabila saya mati nanti.
-Dilahirkan di tanah Inggeris. -Benar.
Dia menemui ibunya dalam kapal hamba Sepanyol yang dirampas.
Sekarang, kita ada dua anak saudara dalam jagaan kita.
Elizabeth memang memerlukan jagaan kita.
Itu yang patut kita katakan apabila disoal.
Kita katakan, menurut hak kelahirannya, dia berhak
tinggal di rumah ini. Itu memang adatnya.
Di mana dalam adat itu terletak warna kulitnya?
Di atas atau di bawah keturunan Murray?
-Perkahwinan? -Mustahil.
Jodohnya daripada keturunan lain akan memalukan dia dan keluarganya.
Bila kita tiada lagi?
Tiada suami. Siapa akan menjaganya?
Anak-anak! Jangan memekik! Macam orang Perancis saja!
Saya tiada pengalaman menyampaikan berita buruk kepada awak.
Saya fikir, suatu hari nanti...
saya berpeluang mengenalinya lebih rapat.
Ya.
Ya. Saya tahu.
Dua ribu paun setahun?
Awak waris. Dia wariskan awak kekayaan.
Isteri baru ayah saya tak nak dia wariskan saya apa-apa pun...
dan dia menuruti kehendaknya.
Saya rasa dia akan lebih menyayangi saya jika mak tak mati.
Saya rasa kasih sayang perkara yang rumit.
Dengan mas kahwin sebanyak itu,
awak boleh mengahwini keluarga baik yang awak suka.
Kita ada tetamu untuk makan malam.
Tetamu? Siapa yang nak menjenguk kita di sini?
Atau pergi. Kecuali orang mati.
Sekali lagi, Dido?
Katil, Mak Cik Mary. Kita perlu sediakan
katil tambahan sekiranya tetamu kita nak bermalam.
-Boleh kami pakai sutera baru? -Saya akan dandankan rambut awak.
-Katakan kami boleh pakai. -Awak takkan makan dengan kami, Dido.
Tentulah.
Namun, saya boleh hadir selepas makan, bukan?
Ya. Itu peraturannya dan awak pun tahu.
Bagaimana taraf saya terlalu tinggi untuk makan dengan
orang gaji dan terlalu rendah untuk makan dengan keluarga?
Makan malam dengan tetamu adalah acara formal.
Kami tak boleh layan tetamu tanpa formaliti itu.
Bukankah saya kaya sekarang? Waris?
-Pasti ia mengubah segala-galanya. - Kalaulah semudah itu.
Kekayaan ada hikmahnya, tapi masyarakat menyisihkan
anggotanya sendiri apabila ada peluang.
Namun, selepas makan, apabila formaliti tak penting...
kehadiran awak takkan ditolak.
Terserahlah pada tuan.
-Saya nak makan dengan Dido. -Sayangnya.
Tetamu pemuda budiman kita takkan dapat jumpa awak.
-Pemuda budiman? -Sangat ternama.
Menyenangkan hati.
Tutup mulut kamu dan faham. Jangan berbual malam ini
dalam bahasa lain kecuali bahasa Inggeris.
Jangan berbisik di telinganya dalam bahasa Latin, Itali...
dan pastinya bukan bahasa Perancis.
Seluruh negara berdebar menunggu keputusan awak tentang rayuan Zong itu.
Takut awak akan musnahkan England, tak syak lagi.
Saya tahu Lord Ashford takut.
Dia tertanya-tanya kenapa awak lambat sangat.
Undang-undang perlu ditakrifkan,
bukan ditadbirkan saja. Suami awak arif tentangnya.
Kecoh sangat pasal kargo yang mati.
Kekecohan tentang rezeki ramai penduduk negara ini.
Awak fasih berbahasa Perancis.
Saya tak faham apa awak cakap.
-Wimbridge. -Cik Lindsay.
Ada penceroboh.
Selamat malam. Nama saya John Davinier.
Saya mengganggu gadis rumah ini. Itu dia.
-Maafkan saya. -Saya tak percaya kita
-dah diperkenalkan. -Benar.
Beritahu dia yang saya minta maaf kerana mengejutkannya.
Saya ikut jalan pintas untuk sampaikan ini kepada
Lord Mansfield daripada ayah saya.
-Tuan? -Reverend Davinier.
Saya akan sampaikan sejurus...
-Jangan ganggu dia masa makan. -Sejurus selepas makan.
-Selamat malam. -Selamat malam, tuan.
Dido, sayang.
-Papa? -Ya Tuhan. Dia orang berkulit hitam.
Ya.
-Wanita. -Hebat.
Mak tak tahu dia berkulit hitam.
Mak tak dengar khabar angin itu semasa mak sebarkannya?
Saya perkenalkan anak saudara kedua saya,
Cik Dido Lindsay.
Gembira jumpa awak, Cik Lindsay.
James anak sulung, bakal mewarisi seluruh harta Ashford.
Dia juga akan mewarisi daripada pak ciknya,
lelaki sihat yang tiada tanda keuzuran.
Dia menarik, bukan?
Saya rasa dia menjijikkan.
Saya rasa begitu, jika awak jumpa bunga paling
unik dan eksotik. -Banyak yang dia
boleh syorkan. Warisan yang kedua
akan memuaskan mana-mana isteri.
Dido. Awak takkan memikatnya. Awak dah ada kekayaan.
Kita tak jadikan gadis unik dan eksotik isteri kita.
Kita menikmatinya di ladang kapas di Hindia.
Kenapa pergi jauh apabila dia ada depan mata?
Ya Tuhan. Mereka menilai saya.
Carilah mawar Inggeris sejati untuk menghiasi rumah.
Dia selalu keluar?
Tidak.
Bila-bila masa saja.
Jangan berasmara dengan orang berkulit hitam itu.
Mungkin mereka rasa hebat ada anak saudara berkulit hitam tinggal di rumah mereka.
Namun, mak tak nak dia tinggal di rumah mak.
-Dia waris. -Pengecualian boleh dibuat.
Dikatakan ayahnya wariskan banyak harta.
-Jika itu hasrat awak. -Dia menawan.
Itu saja yang saya fikirkan.
-Mana awak dapat maklumat? -Sepupunya banyak mulut.
Bagaimana dengan awak, Cik Lindsay?
Kami akan dengar awak main malam ini?
Papa?
Jangan kedekut dengan kekayaan awak.
Pasti ini amat menarik.
Dia tak pernah main depan orang.
Dia sangat berbakat.
Pengasuhnya sangat rajin.
Nama keluarganya mendorong dia memandang serius padanya.
Dia tak boleh menipu dirinya. Dia tak boleh buat
-keputusan begitu. -Terangkan kepadanya
sebelum dia serahkan dirinya kepada lelaki
-yang memungkiri janji. -Dia tiada sebab.
Harta warisannya membebaskan dia berkahwin dengan sesiapa saja.
Itu memang benar. Elizabeth yang mesti menjamin rezekinya.
-Potret? Awak pasti? -Ya. Mak Cik Mary sahkan.
Ya Tuhan, baguslah. -Namun...
Namun, apa?
Dia patut jumpa saya sebelum memutuskannya, bukan?
-Maaf, saya tak tahu.. -En. Davinier, saya yakin
-kamu sudah berkenalan. -Lebih kurang, ya.
Cik Lindsay.
Putuskan apa? -Jika dia...
-nak lukis potret saya. -Dia dapat bayaran tinggi.
Apa yang nak diputuskan? Awak duduk diam saja.
Bukan tugas yang mencabar.
No comments yet. Be the first to leave one.