نخستین 200 خط.
SIRI ASLI NETFLIX
MOGOK GURU KEBANGSAAN
Hampir sebulan mogok berlaku
dan berjuta-juta pelajar tak dapat ke sekolah.
Jadi, puan menyalahkan Rumah Putih atau Kongres?
Saya bersimpati terhadap para guru.
Kongres abaikan PARA GURU
Mogok dijalankan selama tiga minggu.
Negara kerugian berbilion dolar dan bukannya menawarkan penyelesaian...
Bertegas dan memakan diri sangat berbeza.
Kesatuan Kamu Guna Duit Cukai Kami!
Saya tak tahu ini pengecut...
GURU SEPATUTNYA MENGAJAR...
Ini agenda beliau dan masalahnya, dia mencuri idea yang konservatif.
Satu-satunya langkah bijak yang dia buat adalah angkat kaki dari pihak Republikan.
Saya mengaku, Linda.
Saya gagal mengawal keadaan. Tapi kita tak boleh undur masa.
Kita tak patut mengalah.
Walaupun nilai sokongan kita terus menjunam?
Spinella dan saya dah lama bekerjasama tentang undang-undang berkaitan buruh.
- Saya ingat dia akan bertimbang rasa. - Awak silap.
Saya tak fikir dia cukup gila untuk mogok
dan tak sangka ia berlarutan selama ini.
Awak dah dua kali tersilap.
Kenapa saya perlu percayakan awak lagi?
Kita buat rundingan kolektif
untuk dapat piawaian prestasi dan dana khas.
Itu perjanjian yang kita buat. Kita kena pertahankan.
Kalau kita menyerah sekarang, kita akan hilang semuanya.
Takkan ada pembaharuan, cuma satu rang kosong.
Saya faham, Frank. Tapi keadaan kita teruk sekarang.
Kita tak boleh gali lubang tutup lubang.
Tapi kita ahli Demokrat.
Kita sepatutnya mempertahankan para guru.
Awak tak boleh dapat kedua-duanya.
Awak tak boleh buat pembaharuan
dan menggembirakan para guru pada masa yang sama.
Dari dulu awak tahu.
Kalau kita kena pilih,
kita pilih untuk buat para guru gembira.
Itu silap besar. Kita dah hampir berjaya.
Presiden nak ubah rang undang-undang itu. Kita patut buat tiga minggu lepas.
Kita tak buat, jadi awak kena buat sekarang.
Beri saya masa lagi, Linda, tolonglah.
Kalau saya boleh leraikan mogok ini dan kemahuan kita dalam rang ini berjaya,
boleh tak kita bersetuju untuk teruskan?
Dah tentu. Jika kita boleh...
Jadi percayakan saya satu minggu lagi.
Jika mogok masih berterusan, saya akan pinda rang tersebut.
- Frank... - Tak. Satu minggu lagi. Itu saja.
Ini adalah masalah yang paling berat.
Jika saya pinda rang itu,
presiden akan anggap saya gagal.
Jika mogok masih berlaku dalam seminggu, saya juga yang kena nanti.
Cuma kemenangan yang akan kembalikan kepercayaan dia terhadap saya.
Pilihan lain adalah buang negeri.
Jadi, usaha lima bulan lepas sia-sia saja.
Saya tak boleh biarkan rancangan saya gagal.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Yang berhormat perlukan saya?
Tak, saya cuma nak ajak awak minum kopi.
Saya baru saja bancuh.
Tak apa puan, terima kasih.
Awak pasti?
Syif saya akan tamat dalam dua jam. Saya tak apa-apa.
Marilah. Berehat sekejap.
Jangan tolak pelawaan saya.
Apa kerja awak sebelum menyertai senarai kepimpinan?
Saya seorang polis di Washington.
Sebelum itu, saya menyertai tentera laut.
Terima kasih.
Awak berkhidmat di luar negara?
Ya. Bahrain, kemudian Afghanistan.
Berkhidmat paling lama pada jelajah kedua di Lembah Korangal.
Puan nak tahu sama ada saya pernah membunuh?
Saya rasa saya tahu jawapannya.
Saya ada mesyuarat makan malam dengan Birch.
Saya jemput dia minum kopi.
Minum cepat. Kita akan pergi dalam...
Tunduk! Jauhkan diri dari tingkap!
Berhenti!
Enam pegawai terbaik saya akan melindungi tuan.
Tapi kenapa tak ada seorang pun yang melindungi kami sekarang?
Dia akan dikenakan tindakan.
Dia melepaskan tembakan di kawasan kejiranan.
Saya nak dia dipecat.
Siasatan penuh akan dijalankan. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya.
Steve takkan buat begini.
Dia dah sihat?
Saya akan rasa lebih selamat kalau dia bersama kami.
Malangnya dia takkan kembali, tuan.
Bukankah dia cuma menghidap jangkitan pundi hempedu?
Ya, tapi rupa-rupanya ada sakit lain.
Kanser pankreas, kanser tahap empat.
- Oh Tuhan. - Oh Tuhan, teruknya.
Berapa lama lagi dia ada?
Tak lama. Beberapa minggu.
Itu yang isteri dia beritahu.
Kita kena pergi melawat dia. Boleh awak cari di mana dia?
Saya akan maklumkan segera.
- Terima kasih, kapten. - Terima kasih.
Sama-sama. Selamat malam.
- Pintu depan. - Baik, tuan.
Senjata awak.
Lencana awak sekali.
Saya digantung?
Suspek berjalan kaki dan awak guna pistol awak?
- Saya sedar... - Awak tahu kesannya pada saya?
Salah seorang anggota kita boleh jadi cuai?
Bukan saja awak tinggalkan tempat bertugas untuk minum kopi,
awak mungkin membunuh orang awam.
Peluru itu ditemui di depan rumah orang.
Macam mana kalau masuk dalam rumah mereka?
Lencana awak, Meechum.
Ada dua sebab dan kedua-duanya sama.
Saya dah bosan kerja dengan orang
dan saya tahu saya boleh buat kerja lebih baik daripada bos saya.
Mereka asyik kawal saya, menyisihkan saya.
- Jadi saya nak bekerja sendiri. - Kemudian awak berhenti?
Bukan macam awak.
Saya menghambakan diri kumpul duit untuk bina Slugline .
Bila Slugline dah berjaya, apa rancangan awak?
Awak akan jual macam Arianna?
Mungkin. Siapa tahu?
Apa saja cabaran seterusnya.
Mungkin ke Shanghai.
Jadi saya bakal tak ada kerja dalam dua tahun lagi?
Awak nak terperap dalam kerja yang sama selama lebih dua tahun?
Macam mana dengan awak? Apa rancangan besar awak?
Saya tak tahu lagi.
Tolonglah, Slugline cuma batu loncatan untuk awak.
- Saya kena jawab panggilan ini. - Pergilah jawab.
Hei.
Awak ada bukti Spinella adalah dalangnya?
Tulis saja.
Tiga minggu mogok guru dilancarkan...
Di rumah Francis Underwood, itulah yang menyebabkan...
Bagus. Siarkan sebelum jiran saya
hubungi pemberita tempatan.
Bila dapat jumpa awak lagi?
Saya mangsa keadaan. Bukan sumber awak.
Tak boleh cakap sekarang?
- Tak. - Bila?
Tak lama lagi.
Macam mana dengan "Lebih pendidikan, kurang keganasan"?
Tak boleh, itu terlalu umum. Kita perlukan yang lebih baik.
Sesuatu yang khusus,
sesuatu yang terus menyalahkan Spinella.
- Dia akan nafi habis-habisan. - Ya. Jadi macam mana kita nak lawan?
Katalah, orang-orang dia tak terkawal.
- Belum terbukti guru yang baling. - Habis, siapa lagi?
Dia akan salahkan Kongres balik disebabkan mogok itu.
Kita perlukan sesuatu yang jelas, sesuatu yang nyata,
sesuatu yang kekal di ingatan.
"Guru perlu belajar mengawal diri."
Tak, awak tak faham maksud saya. Orang ramai suka dengan guru.
Kita perlukan sesuatu agar Spinella nampak jahat.
- Tak mampu memimpin, tak mampu... - "Kepincangan kesatuan."
Jelas sekali ia adalah kepincangan kesatuan.
MOGOK PARA GURU MENGGANAS
Bila ada guru yang berang
baling batu bata ke tingkap seorang ahli Kongres,
kita harus menyalahkan kepimpinan kesatuan.
Kami akan memantapkan keselamatan untuk seluruh kepimpinan.
Saya amat menggalakkan Marty Spinella supaya mengawal orang-orangnya.
Ia sudah mula kelihatan seperti kepincangan kesatuan.
Adakah tuan rasa Marty Spinella patut dipersalahkan?
Sama ada Encik Spinella adalah dalangnya atau tidak,
dia kena meredakan kekecohan
sebelum kepincangan kesatuan ini bertukar menjadi jenayah terancang.
Tiada siapa boleh buktikan apa-apa. Jadi itu adalah jawapan yang meyakinkan.
Pergi ke stesen TV dan cakap begitu.
Awak menolak sebarang bentuk keganasan. Kongres yang patut bertanggungjawab.
Saya tak nak ikut rentak Frank.
Kita kena hentikan isu ini.
Orang keliru dengan isu sebenar.
Betul cakap dia.
Isu ini akan berlalu dan hilang begitu saja.
Tak. Cerita ini mendapat tarikan.
- Sokongan terhadap mogok itu berkurangan. - Sokongan terhadap presiden pun sama.
Tapi dia masih akan memimpin untuk tempoh tiga tahun lagi.
Tiga minggu pun kita tak boleh tunggu.
Bila saya suruh kesatuan merusuh, saya suruh bersedia untuk apa saja dugaan.
Sekiranya tak berjaya,
kita teruskan dan cari jalan penyelesaian.
Saya takkan gentar dengan sesuatu seperti ini.
Okey, tapi kalau masyarakat pandang buruk,
usaha kita sia-sia saja.
Frank nak kita mempertahankan diri.
Saya rasa cerita ini akan reda.
Kalau saya salah, kita akan menilai semula.
Tapi saya nak biarkan lagi sehari atau dua hari dulu.
Okey?
Hai, Adam.
Awak tak apa-apa? Saya baca dalam berita.
Ya,
saya tak apa-apa.
Boleh tahan menakutkan, ya. Tingkap kena baling dengan bata.
Ya, agak menakutkan.
Jadi, awak duduk di rumah?
No comments yet. Be the first to leave one.