Endless Love

Endless Love (끝없는 사랑)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Endless Love E16 140810
ناشر badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2016-03-06
تعداد دانلود: 23
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

- Bot apa itu? - Naik bot itu dan lari ke Jepun.

Saya akan cari jalan untuk kamu pergi ke Amerika nanti.

- Kwang Cheol. - Inilah impian kamu.

Belajar di Amerika.

- Tak mahu. - Kalau tak pergi,

kamu mahu habiskan masa di dalam penjara lagikah?

- Saya tak boleh. - Kamu boleh jumpa abang di sana.

Impian kamu ialah untuk belajar bersama dengan dia.

- Saya tak boleh pergi. - Saya tak mahu tengok

kamu masuk penjara.

Pergi, jangan buat saya marah.

Cepat.

Kenapa kamu degil sangat macam ini?

Tak kira apa pun, kamu kena selamat,

tak kira naik bot atau dengan cara lain!

Pergilah cari abang.

Kami berdua sudah berjanji untuk berkahwin.

Ini nombor akaun saya dan jumlah yang saya mahu daripada dia.

Awak bincanglah dulu dengan Jeneral Chun.

Lupakan hasrat untuk berkahwin dengan dia.

- Helo. - Helo, konon.

- Sayalah. - Siapa ini?

Ini Kwang Cheol. Sudah lupa suara saya?

- Kenapa telefon? - In Ae kena buru sekarang.

- Kena buru? - Kali ini memang serius.

Dia dituduh sebagai penulis pengisytiharan aktivis itu.

Dia dikehendaki sekarang.

Kalau kena tangkap, tak tahu bila boleh keluar.

Macam mana boleh jadi? Bagaimana sekarang?

Dia akan naik bot pergi ke Jepun.

Tak kisahlah ke mana pun. Kamu hantar saja.

Dia memang tak boleh ditangkap kali ini.

Dari Jepun nanti, dia akan pergi ke Amerika.

- Apa? - Saya hantar In Ae

pergi jumpa abang.

Masih belum terlambat.

Abang belum berkahwin.

Lupakan saja anak jeneral itu. Terima In Ae.

Inilah peluang terakhir.

Kenapa diam saja ini?

In Ae tak boleh tinggal di sini lagi.

Saya pun takut ini.

Abang mulakanlah hidup baru, okey?

Kalau perlu, hantarlah dia dengan bot itu.

Selamatkan dia dulu.

Jangan biar dia ditangkap oleh pihak kerajaan.

Saya minta supaya abang terima In Ae semula.

Kamu yang kena lindungi dia sekarang.

- Jaga dia. - Abang jangan cuba mengelak.

Dia akan selamat sampai ke sana. Abang tunggu saja.

Han Kwang Hoon. Ini peluang terakhir.

Saya menyesal.

Sebab kamu, saya mungkin dapat belajar di Amerika.

Biarlah naik bot pun.

Macam kamu cakap, sia-sia saja

tunjuk perasaan di negara yang sudah rosak ini.

Seolah-olah menangkap angin menggunakan batu saja.

Pengisytiharan besar-besaran itu pun tak ada gunanya.

Sepatutnya kamu paksa saya pergi.

Kenapa kamu mengalah?

Kenapa kamu tak paksa saya naik bot itu saja.

Saya akan paksa kamu kalau kamu ini jenis yang dengar cakap saya.

Sampai bila kamu akan memperlekehkan saya macam ini?

Saya

tak pernah memperlekehkan kamu.

Kena hukum pula nanti.

Jadi pergilah.

Bot itu masih lagi menunggu.

Saya sudah cakap tak mahu.

- Saya suruh mereka tunggu. - Kwang Cheol.

Pergi esok.

Saya rasa mahu...

Sebenarnya, saya mahu luangkan masa dengan kamu sehari lagi.

Sebab itu saya mengalah. Puas hati?

Kamu tipu saja, bukan?

Masa saya hampir mati di Jepun dulu,

saya berusaha untuk terus hidup.

Macam mana kamu tak percaya yang saya mati masa itu,

macam itu jugalah saya tak berputus asa.

Harapan yang kuat itu telah mengatasi kematian, In Ae.

Ada sejenis cinta yang boleh atasi kematian juga.

Tunjukkan itu kepada abang.

Ini adalah peluang terakhir kamu.

Sudah tak boleh.

Kami sudah tak rapat macam dulu lagi.

Kalau kami masih lagi rapat, dia mesti takkan pergi.

Jadi?

Kamu mahu menyesal seumur hidupkah?

Kamu memang bodoh.

Kenapa dengan anak dia itu?

Merunsingkan sangatkah? Pergilah ambil semuanya!

Itulah yang saya akan buat. Kalau dia anak kekasih saya,

saya mesti akan terima dan sayang kedua-duanya!

Kenapa tak boleh?

Sebab itulah saya cakap kamu ini memang bodoh, si kepala batu!

Mungkin ini yang terbaik untuk abang.

Kamu hadapi sajalah.

Manalah tahu?

Mungkin takdir kamu akan berubah nanti.

Dalam kawasan akademi kami, macam mana pula boleh ada

penunjuk perasaan pelajar profesional

yang dipengaruhi komunis?

Mereka semua cuma sudah tak tahan

melihat keadaan negara kita sekarang!

Mereka semua sebenarnya cuma ikut kata hati mereka saja

dan mulakan rusuhan itu dengan sendiri!

Kita tak boleh biarkan perjuangan ini dilaksanakan

oleh para pelajar saja sekarang!

Ya.

Mesti kamu lapar.

- Terima kasih. - Ya.

Hidangan ini biasa-biasa saja. Tapi makan sajalah, ya.

- Terima kasih. - Ya.

Mereka cuma nak kerajaan buat sesuatu.

Isi perut itu dulu. Lepas itu buat keputusan.

Saya sudah beritahu abang.

Dia akan berkahwin dalam dua hari.

Kamu sudah hilang akalkah?

Saya rasa inilah peluang terakhir kamu.

Hal ini cuma akan buat Abang Kwang Hoon terganggu saja.

Kamu fikir tentang perasaan dia seorang sajakah?

Jalan hidup kita ini sudah ditentukan.

Tak perlu berangan lagi dan suruh saja bot itu pergi dari sini.

Jadi kamu mahu buat apa lagi? Mahu kena tangkap sajakah?

Naik sajalah bot itu. Saya akan ikut kamu.

Mereka pun sudah tahu Jepun macam rumah kedua saya.

Jadi kamu makan sekarang. Jangan makan banyak sangat.

Karam bot nanti.

Mengarut betullah dia ini.

Apa yang kamu cakap itu macam angan-angan saja untuk saya.

In Ae.

Tolong dengar cakap saya.

Saya merayu sangat.

- Ayah! - Hye Jin.

- Ayah! - Aduhai.

Anak ayah ini.

Kamu nampak sihat walaupun kamu sedang mengandung.

Saya rindu sangat pada ayah.

Tapi kenapa pengantin lelaki nampak muram saja ini?

Terkejut mak bila nampak dia tadi.

Ingat senangkah untuk berjaya di Yale?

Ayah pula selalu saja beri dia kerja tambahan.

Rumah ini okey? Kamu rasa tak selesakah?

Taklah, puan.

Tempat ini selesa sangat untuk pelajar.

Kwang Hoon, pejabat di mana? Kita buat kerja dulu.

Ayah baru saja sampai. Mahu kerja terus?

Ayah kamu itu banyak sangat kerja.

Dia mana ada masa untuk berehat.

- Ikut saya. - Baik.

Sekejap, ya.

Bukankah dokumen-dokumen ini sulit untuk tentera?

Betul, kamu anggap sajalah dokumen itu pesan presiden kepada Amerika.

- Tak perlu baca lagi. - Hantar tanpa mengetahui isinya?

- Apa maksud kamu ini? - Saya risau

isi utusan ini beri kesan kepada kepentingan kita.

Dalang politik itu ada sebut sesuatukah?

- Tak ada, tuan. - Tak apalah.

Ada sebab kenapa dia dapat gelaran dalang politik.

Nampaknya dia lebih percayakan kamu.

Biar saya tengok.

Ada tak perkataan "raja" pada muka kamu ini?

Dia ada cakap tuanlah yang akan memimpin era yang seterusnya.

Tak apalah.

Kuasa tertinggi bukan orang yang beri.

Itu Tuhan yang akan beri.

Sentimen orang awam kena selari dengan kehendak Tuhan.

Jangan ambil mudah tentang itu.

Tapi kamu ada masalahkah?

- Apa? - Kenapa terkejut?

Mesti ada sesuatu yang kamu nak cakap.

Apa?

- Tentang politikkah? - Bukan, tuan.

Tentang Hye Jinkah?

Jadi, betullah tentang Hye Jin, ya.

Majlis itu dalam dua hari. Apa masalahnya?

Macam mana , mak? Cantik tak?

- Saya nampak cantik tak? - Kamu nampak cantik sangat.

Memang sesuai dengan kamu, Hye Jin.

Kamu sepatutnya dapat gelaran

pengantin yang paling cantik dalam dunia.

Apa saja asalkan kamu tak cakap kamu tak boleh kahwin.

Saya rasa lebih baik kalau tuan tahu tentang ini.

Memang susah untuk saya tanggung sendiri.

Jadi apa halnya?

- Hye Jin... - Hye Jin apa?

Saya rasa dia pernah bersama seseorang sebelum dia jumpa saya.

Dulu memang Hye Jin hidup bebas masa belajar di luar negara.

Lelaki itu datang jumpa saya.

Dia mahu halang perkahwinan kami.

Dia ugut kamukah?

Cakaplah.

- Kwang Hoon! - Yang pentingnya dia mahu minta

duit daripada kita.

Apa? Duit?

Saya rasa lelaki itu tak main-main.

Kalau dia dah minta duit, maksudnya dia ada sesuatu

yang dia boleh guna untuk menentang kita.

Tapi apa?

Kamu rasa berat hati untuk beritahu apa itu?

More Malay subtitles for Endless Love

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left