نخستین 200 خط.
Anda percaya pada keajaiban?
Saya Wang Fu,
penjaga permata ajaib yang dipanggil Miraculous.
Menyembunyikan kuasa luar biasa berabad-abad lamanya,
Miraculous diberi kepada wira terhebat demi melindungi dunia daripada kejahatan.
Namun, satu permata paling ditakuti
kerana ia mencipta akuma.
Rama-rama gelap yang mampu mengubah sesiapa
dengan sekelumit kemarahan
menjadi raksasa yang menakutkan.
Untuk menghalang kejahatan ini, dua wira pesaing mesti bangkit.
Bersatu, dua Miraculous ini
memiliki kuasa terunggul,
malah lebih berkuasa daripada kematian.
Tapi dapatkah hati mulia ini mencari keberanian pada waktunya?
Itu dia.
Marinette. Sarapan kamu dah sejuk.
Maaf. Saya tak lapar. Pergi dulu.
Tak apa. Makan di dalam kereta.
Kereta?
Ayah nak hantar kamu ke sekolah!
Apa? Tidak.
Bukan hari ini. Saya pergi sendiri.
Ayah nak saya diejek?
- Tentulah tidak. - Terima kasih.
Ayah jemput nanti.
Ayah buat manisan untuk kawan-kawan
dan ayah tak lupa kek unikorn kegemaran kamu!
Alamak.
Berapa kali nak cakap? Saya tak ada kawan.
Tom, ada bau hangit.
Tidak! Baguette saya!
Maaf, mak. Niat ayah baik, tapi…
Kenapa, sayang?
Saya takut diejek. Apalah yang mereka fikir?
Abaikan pendapat orang lain.
Kamu perlu dengar satu suara saja.
Tapi, bagaimana mak capai impian mak?
Percaya pada diri sendiri.
Betul cakap mak.
Bayangkanlah jika aku yakin
Ku akan capai impian dan
Kebebasan diri
Bingung memutuskan
Dan jemu ketinggalan
Berfantasi
Jika aku yakin
Kumengimpikan
Hidup sempurna dan indah
Namun khayalan
Selalu tak pernah bertahan
Pedagang tiba
Mahir mengaturi langkah
Mengurus laku
Andainya ku juga begitu
Bayangkanlah jika aku yakin
Ku akan bebas menunjukkan
Kemampuan diri
Melukiskan minda
Dalam bentuk dan warna
Yang fantastik
Jika aku yakin
Kelu lidah berbicara
Terlalu malu
Kerna ku tak betah di situ
Akan tetapi
Jika kuberatkan hati
Ku akan terlambat
Menyahut peluang yang datang
Mungkin inilah
Hari bererti
Aku akan tampil
Dengan rasa yakin
Berpotensi jika aku yakin
Ku akan capai impian dan
Kebebasan diri
Meneguhkan minda
Tak malu bersuara
Berekspresi
Dengan rasa yakin
Pasukan di bilik pameran.
Boleh bergambar?
Menakjubkan!
Syabas!
Ya!
Pertunjukan dianggap sebagai satu kejayaan.
- Saya nak salinan ulasan. - Ya, tuan.
Potong 3 cm di kanan, labuhkannya
dan buang reben.
Menakjubkan!
Hai, Nino!
Apa khabar?
- Bersenam? - Makin kecil.
Pakaian?
Bagus.
- Buku? - Ada. Adrien?
Saya bawa dia melawat.
Jika berhasil, dia akan bawa saya ke majlis tarian.
Pastikan rancangan berhasil. Okey, Sabrina?
Rancangan? Ada.
Hati-hati!
Tidak!
Awak dah rosakkan
baju panas Gabriel Agreste!
Saya minta…
Marinette.
Awak memang…
Jangan berhenti. Anggap saya tiada.
Akan jadi kawan baik baharu saya.
Ini cuma baju panas kashmir biasa.
Jom, Sabrina. Mari pergi ke kelas. Banyak yang perlu dipelajari.
Saya sangat marah sekarang, saya boleh
makan roti dengan mentega!
Karbohidrat dan lemak. Mudah berjerawat!
Saya tahu!
Awak tak perlu bantu.
Maaf.
Saya perlu beratur kerana ramai kawan membantu?
Bergurau saja. Saya Alya.
Terima kasih. Saya Marinette.
Awak ada reputasi.
Magnet untuk bencana. Awak tak mengecewakan.
Orang lain perlu cuba untuk gagal.
Ya, saya cuba mengelaknya.
- Baik awak jauhkan diri. - Biar betul?
Saya suka aksi.
Saya akan melekat dengan awak.
Kita ditakdirkan.
Hebatnya!
Sayang.
Mana gaun yang awak janjikan itu?
Sayang. Saya akan siapkannya.
Kita ada banyak masa.
Saya tak keberatan menunggu selama-lamanya.
Saya rela beri setiap saat yang tinggal
untuk lihat awak memakainya, Emilie.
Saya tak pernah lihat artifak seaneh ini.
Meremang bulu roma saya.
Hei, jangan bersedih.
Telefon saya.
Kalaulah saya boleh buat letupan…
Macam-macam, Marinette.
- Dia macam sengaja. - Cuai betul.
Apa-apa pun, jauhkan diri.
Awak cuai sejak lahir?
Hei, Marinella.
Marilah menocang rambut selepas sekolah.
Saya guna untuk cekik awak. Bagus bunyinya?
Tunggu. Ada budak pakai baju panas Agreste?
Siapa yang berani?
Awak tak boleh lari, Marinella.
Tumpang lalu.
Maaf.
Mari, Sabrina.
Mesti ada pintu keluar. Pintu kecemasan.
Hidup saya dah tamat.
Saya perlu tinggalkan Paris, ubah nama, warnakan rambut.
Berilah saya tuah, tolonglah.
Awak okey?
Saya?
Awak menangis?
Apa? Tidak.
Ini cuma alahan.
Ada banyak debunga. Bukan debunga, kotoran. Maksud saya habuk!
Tentu masuk mata.
Awak pasti awak okey?
Mahu bantuan?
Tunggu. Awak rasa kita patut…
Helo?
Peliknya dia.
Hei!
Tumpang lalu. Maaf.
Maaf. Terima kasih.
Banyak awak terlepas.
Ya, agak sunyi di dalam sana.
Hei, pesta dibuka esok.
Ikutlah kami.
Ada permainan baharu. Pasti hebat.
Awak tahu saya ada, bukan?
Baiklah.
Apa-apa lagi?
Temu bual Fesyen Dunia esok.
Baiklah. Terima kasih, Nathalie.
Makan malam?
Dengan anak tuan.
- Saya sibuk. - Dia perlukan ayahnya.
Jaga tepi kain kamu sendiri.
Maafkan saya, Adrien.
Saya dah biasa.
TEATER EMILIE AGRESTE
Selamat hari jadi, mak.
Saya tak boleh simpan rahsia gelap ini lagi.
Beri saya kuasa untuk mengembalikan isteri saya.
Tuan. Saya tak boleh tunaikan hajat ini.
Kuasa ini hanya milik Miraculous Ladybug dan Cat Noir.
Di mana mereka?
Mereka cuma boleh diseru dalam huru-hara.
Jika huru-hara caranya,
saya akan bakar dunia ini dan korbankan diri dalam api!
Bangkitkan kegelapan!
No comments yet. Be the first to leave one.