W: Two Worlds

W: Two Worlds (더블ìœ)

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

W Two Worlds Apart COMPLETE S01 1080p NF WEB-DL DDP2 0 x264-Ao
ناشر singyurl

برچسب‌ها

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x264
1080
تاریخ انتشار: 2021-09-13
تعداد دانلود: 54
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Mari saksikan acara berbeza yang berlangsung di Olimpik Athens 2004.

Kami ada berita gembira mengenai acara Menembak.

Tepat sekali.

Sekarang di pusat menembak, berlangsung perlawanan akhir...

untuk acara 50M Pistol Lelaki.

Tidak disangka-sangka, Kang Chul dari Korea...

menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Dia masih muda, tapi prestasinya sangat bagus.

Betul. Dia hanyalah pelajar gred 11.

Kami menjangkakannya untuk memenangi pingat emas...

- setelah dia mengatasi tekanan. - Tepat sekali.

Dengan harapan untuk memenangi pingat emas, kami akan bawa anda...

ke pusat menembak sekarang.

Di sini ialah Pusat Menembak Olimpik Markopoulo.

Perlawanan akhir untuk 50M Pistol Lelaki...

telahpun bermula.

Kang Chul dari Korea sedang cuba untuk memenangi pingat emas.

Walaupun dia berada di tempat ke 7 semasa pusingan kelayakan...

peringkat akhir, sekarang dia sedang mendahului...

7 tembakan yang telah dilepaskannya dalam perlawanan akhir.

Kang Chul berada di lorong tiga.

Sebelumnya, dia berjaya skor sebanyak 10.6.

Ivan Asimov dari Ukraine berada di lorong empat.

Sebelumnya, di skor sebanyak 9.9.

Dari USA.

Sebenarnya, Kang Chul bukanlah...

pemain yang kami jangkakan untuk memenangi pingat emas pada mulanya.

Pemain-pemain di sampingnya semua berada di kedudukan...

pertama, kedua dan ketiga di dalam kejuaraan dunia.

Tepat sekali. Ini ialah kali pertama dia terpilih...

sebagai ahli bagi pasukan negara.

Ini ialah debut peringkat kebangsaannya yang pertama.

Pemain berumur 17 tahun ini menunjukkan prestasi...

sangat hebat menentang juara-juara dunia.

Kami tertanya-tanya jika dia mampu mengulangi...

saat bersejarah yang pernah dicipta oleh Yeo Gab Soon...

pada tahun 1992 di Olimpik Barcelona.

Setakat ini persembahannya sangat bagus.

Untuk tembakan seterusnya, sila isi peluru.

Sedia.

Dalam kiraan 3, 2, dan 1.

Mula.

Sekarang, ini ialah tembakan kelapan.

Ianya 10.2 mata. Dia skor sebanyak 10.2 mata.

Pemain nombor satu dunia,

- Asimov skor sebanyak 9.5 mata. - Bagus!

Nampaknya semakin susah untuk Asimov mengejarnya.

Ya, tapi Kang Chul tak boleh cepat berpuas hati dan raikan dulu.

- Dia kekal tenang hingga ke akhir. - Betul apa yang awak cakap.

Kekal tenang dan fokus.

Kelihatan seperti jurulatihnya juga memberi isyarat untuknya tenang.

Dia ialah Kang Yoon,

Ayah Kang Chul yang juga merupakan jurulatihnya.

Betulkah?

Dia ajar anaknya menembak dengan menggunakan...

tumpuannya dan dia sampai ke tahap ini dalam masa 3 tahun saja.

Dia sudah pastinya genius,

- mewarisi bakat Ayahnya. - Ya, saya setuju.

Sekarang, ianya tembakan...

kesembilan Kang Chul.

Sedia.

Dalam kiraan 3, 2, dan 1.

Mula.

Oh Tuhan. Apa yang terjadi.

Ianya tersasar daripada sasaran agak banyak.

Dia skor sebanyak 7.9 mata.

Dia buat kesilapan yang kritikal untuk tembakan kesembilannya.

Asimov dari Ukraine skor sebanyak 10.2 mata.

Dia skor sebanyak 10.2 mata.

Kalau begitu,

Sekarang, Asimov mendahului sebanyak 0.2 mata.

Baiklah.

Jumlah skor keseluruhan Asimov ialah 653.4 mata,

dan jumlah keseluruhan Chul ialah 653.2 mata.

Pemenang pingat emas akan ditentukan dengan tembakan terakhir.

Perbezaan skor mereka sekarang ialah sebanyak 0.2 mata sahaja.

Pengalaman Asimov akhirnya menunjukkan keberkesanannya.

Mampukah Kang Chul yang kurang pengalaman itu...

menjadi batu penghalang untuk kemenangannya?

Awak mungkin betul. Ini ialah perlawanan kebangsaan pertamanya.

Fokus. Ini ialah peluang yang terakhir.

Tapi, dia cukup hebat menguruskannya.

Betul.

- Dia perlu fokus hingga ke akhir. - Tepat sekali.

Untuk tembakan seterusnya, sila isi peluru anda.

Sedia.

Dalam kiraan 3, 2, dan 1.

Mula.

Ianya saat yang mendebarkan.

Ini ialah tembakan yang terakhir, tembakan yang kesepuluh.

Ianya 10.4 mata. Asimov telah mendapat...

skor sebanyak 10.4 mata.

Asimov sesungguhnya pemain yang sangat mahir.

Ini bermakna untuk dapatkan pingat emas,

Kang Chul harus mendapatkan skor lebih daripada 10.7 mata.

Kang Chul masih lagi...

menyasarkan pistol kepada sasaran.

Dia perlu menembak dalam lingkungan 75 saat.

Dia kelihatan sangat gemuruh.

- Dia perlu kosongkan mindanya. - Chul. Tembak.

Tembak sekarang.

Ianya satu pencapaian yang besar untuk dia...

- sampai sejauh ini sejujurnya. - Betul itu.

Semua pemain yang lain sudah pun selesai menembak,

tetapi Kang Chul masih belum menembak lagi.

Dia perlu tembak sekarang juga.

Ia sudah melebihi 55 saat sekarang.

Dia kelihatan gemuruh.

Dia hanya perlu tembak sekarang.

Dia perlu dapatkan pingat gangsa sekurang-kurangnya.

Hanya tinggal 5 saat sahaja lagi.

Dalam kiraan 5, 4...

- 3... - Dia perlu tembak sekarang.

2, dan 1.

Dia sudah menembak.

Dia telah menembak dengan baki lagi 1 saat.

Keputusannya ialah...

- Ianya 10.9 mata. - 10.9 mata.

Kang Chul mendapat skor 10.9 mata.

Oh Tuhan!

Nampaknya keputusan perlawanan berpihak padanya.

Awak berjaya lakukannya!

Keputusan perlawanan berpihak padanya. Dia memenangi pingat emas.

Awak ialah pemenang pingat emas. Tahniah.

- Dia memenangi pingat emas. - Ianya sangat hebat.

Bukankah dia hanya 17 tahun sekarang ini?

Biasanya, pemain akan hilang fokus mereka akibat tekanan,

tetapi dia membuktikan sebaliknya.

Ianya pingat emas. Dia berjaya lakukannya.

Dengan baki lagi 1 saat,

dia menembak sasaran dengan ketepatan yang tinggi.

Satu bintang baru dilahirkan pada hari ini.

(Kang Chul memenangi pingat emas bagi acara 50M Pistol Lelaki.)

Dia berjaya dengan cemerlang sekali.

(Kang Chul memenangi pingat emas bagi acara 50M Pistol Lelaki.)

Sekarang, dia akan...

hantarkan bola itu...

lebih ke dalam.

- Ianya nampak bagus sekarang. - Baik.

- Dan sekali lagi, dia menyepak... - Ini ialah peluangnya.

Pergi. Hantar.

- Sepak ke sebelah sana. - Pergi.

- Pergilah. - Sepak.

- Di antara mereka. - Sebelah sana.

- Tak, bukan sebelah situ. - Oh, tidak.

- Sepaknya ke sebelah sana. - Oh, tidak.

- Ianya akan ke atas. - Lakukannya!

- Sebelah sana. - Oh, alamak.

Gol!

- Oh, tidak. - Apakah itu?

Chul, awakkah? Kenapa awak pulang lambat?

Awak pergi ke mana, ketinggalan perlawanan penting ini?

Perlawanan ini hampir tamat sekarang.

Dia menyepak bola ke kawasan dalam.

Oh, Tuhan.

Hantarkan bola antara mereka.

Lakukannya. Pergi.

- Lakukan! - Mereka baru sahaja terlepas...

peluang kritikal untuk masukkan gol sekali lagi.

- Sayang. - Hantar bola itu!

- Pergi dan masukkan gol. - Pertahanan tiada di sana.

- Lakukan! - Hanya satu gol saja lagi.

Saya harap mereka akan buat betul-betul,

bersama-sama dan berusaha untuk masukkan satu gol sahaja lagi.

Dia datang. Gol.

- Oh Tuhan! - Tolong.

- Oh Tuhan, tidak. - Tolonglah!

- Gol! - Tidak.

- Lakukannya! - Gol!

Nampak sangat bagus.

Sekarang datang Ahn Jung Hwan.

Dia masukkan! Gol!

Ahn Jung Hwan!

Ini berita pertama hari ini. 2 hari lalu, kami sampaikan berita...

satu keluarga di Sangdo-dong telah dibunuh menggunakan pistol.

Polis mengesyaki Kang Chul, pemenang pingat emas di Olimpik Athens...

dan juga ahli keluarga mangsa sebagai suspek utama.

Wartawan Park.

Ya. Saya sekarang berada di Balai Polis Seoul Dongjak.

Sebentar tadi, Kang Chul, bekas atlet kebangsaan,

ditahan atas tuduhan membunuh ahli keluarganya.

(Kang Chul ditahan sebagai suspek membunuh ahli keluarganya sendiri.)

Jurulatih menembak kebangsaan, Kang Yoon, isterinya Yoon Mi Ho,

anak perempuan, Soo Yeon dan anak lelaki, Joon Seok telah...

dijumpai ditembak mati di ruang tamu rumah mereka...

pada pagi 15 hari bulan yang lalu.

Semasa menyiasat Kang Chul yang mana tiada di rumahnya pada hari itu,

polis menemui banyak keraguan mengenai keberadaanya pada hari itu.

- Ayuh, Korea! - Ayuh, Korea!

- Oh, Korea juara. - Oh, Korea juara.

- Oh, Korea juara. - Oh, Korea juara.

Pistol yang merupakan senjata pembunuhan mereka telah ditemui...

di dalam tong sampah 500m dari tempat kejadian.

Ini ialah pistol yang digunakan untuk pembunuhan itu.

Ianya pistol dengan 5.56mm diameter yang dibuat di Switzerland.

Di sekitar ini, kami temui kesan darah mangsa dan...

cap jari Kang Chul.

Dan juga polis mengesahkan yang senjata pembunuhan itu...

ialah pistol yang sama digunakan Kang Chul semasa Olimpik.

Ya. Ianya berita yang agak mengejutkan sebenarnya.

More Malay subtitles for W: Two Worlds

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left