نخستین 200 خط.
BERDASARKAN SERATUS KISAH BENAR
Saya dah dapat barang awak. Ayuh.
Di sini.
- Cepatlah. - Okey.
Bertenang, okey? Saya dah aturkannya.
Apa itu? Kokain?
Ya, serbuk itu. Okey?
Benda berhantu itu. Benda bagus.
- Apa maksudnya? Saya… - Biar betul.
Apa benda itu sebenarnya?
Awak nak macam mana?
- Saya nak Molly. - Okey. Ia Molly.
Namun, awak cuma cakap begitu kerana…
Saya maksudkan perkara lain.
Ini yang asli. Molly sebenar.
Aduhai.
- Harganya 80 dolar, bukan? - Ya.
- Okey. Terima kasih. - Okey, serahkannya.
Sekarang. Saya nampak. Serahkannya.
Duit itu, kawan. Lekas.
Saya kata serahkannya.
Maaf, awak nak tangkap kami?
Tolong jangan bunuh kami.
Purata gred saya 3.8, okey?
- Mak dia ada anjing pemandu. - Saya bukan nak bunuh.
Saya nak pulangkan duit kamu.
- Strimkan saya, Afrika. - Baik.
Apa ini? Kami kena buat perkara lucah?
Tak jika kamu menderma
kepada Bintang Enam, Ladang Komuniti dan Misi Amal.
Ya, sudah tentu. 10 dolar cukup?
- Setiap satu. Jadi, 20 dolar. - Hebat.
- Terima kasih. - Okey.
Semoga kamu masih hidup untuk melihat dominasi
orang kulit Putih berakhir.
Hebat.
Masih belum terjadi, tapi harinya akan tiba.
- Beritahu orang kamu. - Okey.
Sultan akan tunjuk belas kasihannya pada hari Jihad Hitam.
Terima kasih.
Ayuh. Baiklah. Jumpa lagi. Biar betul.
Polis tentu tangkap awak walaupun awak jual gula.
Saya cuma nak ambil balik apa orang putih curi, Sultan.
Rampasan rambang? Tidak!
Pernah saya tembak mereka di lampu isyarat,
rosakkan keretanya dan jerit, "Itu hak saya"?
Tak, tapi saya teringin.
Namun, saya takkan buat.
Betulkah?
Berapa umur awak?
Bunyi sangat matang.
Kalau datang ke kedai saya, awak akan dapat lolipop.
Boleh buat persediaan itu jika di penjara?
- Tidak. - Saya jaga awak.
Terima kasih.
Apabila sampai, awak boleh parkir bas ini.
Hidup Santa Hitam.
Dengan nama Allah, Melchizedek, Jesus, Santa Hitam,
Muhammad dan Jeneral Toussaint.
Air semakin meningkat, saudara dan saudari,
longkang tersumbat,
ruang bawah tanah South Beach dipenuhi sampah sarap.
Namun, kota ini tak peduli, tak endahkan tanda-tandanya.
Bersedialah!
Hari yang mendatang ialah hari keadaan terbalik.
Pada hari tersebut, kren gentrifikasi akan musnah
dan kita akan gulingkan ketidakadilan orang kulit putih Eropah.
Sehingga waktu itu tiba, Allah suruh kita
bersedia dan jadi lebih kuat.
Kamu dah sedia memerintah?
Kami sedia memerintah.
Tuhan telah mengarahkan kita
untuk menyebarkannya.
BINTANG ENAM
Orang Eropah akan terima akibatnya
Ini akan jadi hari pembalasan kamu…
Mengunjur bayangan masa depan
Salam, saudara.
Untuk menunjukkan teladan.
Menyelamatkan yang gugur,
mengajar disiplin tubuh dan minda.
Kamu nak bekerja untuk Tuhan?
Kebijaksanaan Bintang Enam.
Revolusi.
Tapi tanpa senjata.
Kamu tahu apa itu pistol?
Itu alat diberikan orang kulit putih untuk menghancurkan satu sama lain,
buat kerja itu untuk mereka.
Kita hanya percaya senjata tradisi,
pedang, lastik
dan busur silang.
Hari ini, mereka meraih keuntungan
daripada gentrifikasi di kejiranan kita.
Namun, esok, mereka akan lemas,
dengan wajah ceria dalam kopi jijik cekik darah mereka.
Dengan nama Allah, Melchizedek, Jesus, Santa Hitam,
Muhammad dan Jeneral Toussaint.
Uskup.
- Tuan. Bas dah bersih. - Semua sekali?
Kecuali najis ayam yang melekat
pada lantai.
Kejutan sarapan!
Donat?
Donat dua kali setahun, sayang.
Pada hari jadi kamu dan hari ayah kamu mulakan misi ini,
Hari Tuhan bercakap dengan ayah melalui seekor itik.
Selalunya Iblis bercakap melalui itik.
Satu hari, Iblis tengok tempat lain
dan itik kata, "Cepat, ini Tuhan bercakap.
Bina ladang untuk Aku."
Sebab itu kita di sini.
Kejutan ini dari tong sampah?
Bukanlah.
Saya ambil dari Wendy's semalam.
Masa mereka buang ke dalam tong.
Sebelum mereka buang.
- Sejurus sebelum? - Tarikhnya masih elok.
Lagipun kita ambil dari yang kaya dan beri kepada yang miskin.
Apa yang awak tak suka?
Tiada apa-apa.
Bijak berkata begitu sekarang.
Pasukan SWAT B, Pasukan C di posisi. Terima.
SWAT A?
Kendra, bersedia untuk rasa kagum.
Sasaran awak menghampiri.
Ya. Sasaran menghampiri.
Saudara Malik,
bom di dalam troli air akan hasilkan sesuatu yang indah.
Bom hanya akan bunuh yang lelaki, bukan?
- Apa? - Lelaki ialah askar.
Wanita bukan askar.
Hanya lelaki.
Ya, sudah tentu. Hanya lelaki.
Nampak rel roda?
Itulah bentuk letupan.
Hanya lelaki akan mati dalam letupan.
Seratus peratus?
- Wanita takkan mati? - Seratus peratus.
Dia hanya fikir fasal payudara.
Dail nombornya.
Masa untuk SWAT. Bersedia.
Awak tak tekan.
SWAT, bersedia.
- SWAT A, bersedia. - SWAT B, bersedia.
- Apa itu? - Nombor tiga.
Awak tahu, satu, dua, tiga.
Dia mesej juri, "Saya bersalah."
Sekarang lima.
Lima? Tidak, bukan lima.
Beri saya nombor lain.
- Itu lima. - Saya takut nombor lima.
Nombor lima jahat.
Angka pertengahan. Ular tabik. Tidak.
Kita tahu dia takut nombor lima?
Saya takut nombor lima. Tak nak lima.
- Atau dia tak nak buat? - Tidak. Saya latih si gila itu.
Jihad tak boleh dimatikan, Rick.
Ia macam perasaan dalam mimpi apabila bunuh budak.
Tidak. Ia nombor yang tak boleh ditekan.
Paparkan nombor itu.
Banyak betul nombor lima.
Jika dia takut lima, nombor itu memang teruk.
Seterusnya nombor dua. Jadi ia macam 52.
Itu lima. Ia masih nombor lima.
Kita tekan nombor bom kita, Andy.
Nak hantar sasaran pulang?
Sekarang empat.
Awak buat.
Ini empat. Bukan lima.
Tolong. Jari saya dah tak larat.
Ia cuma bunuh beberapa budak. Ya Tuhan!
Saya tekan empat sekali, awak tekan empat sekali, okey?
Tekan nombor terakhir.
Tekan. Ayuh.
- Shazam! - Gerak!
Saya rasa Tuhan halang.
Polis! Angkat tangan!
Polis! Tunjuk tangan!
- Meniarap! - Cepat!
Ya!
Syabas. Ristretto. Satu kiub gula.
Ya, syabas.
Teruklah. Bom itu kita yang tekan.
Bagaimana jika juri liberal bodoh fikir itu tak adil?
Hei!
Celaka! Kenapa letak lima?
- Ini salah awak. - Awak dah lihat kertas kerja.
Jangan sembunyi belakang sekeping kertas.
- Melainkan awak pembungkus tampon. - Yalah.
Maksud awak tampon?
Saya tak nak teruskan, faham?
Saya peguam genius tapi kamu perlukan kes yang lebih baik
jika tak mahu bersara naik Segway sebagai polis pusat beli belah.
Ingat, ini operasi FBI
dan polis tak mainkan peranan dalam membuat keputusan.
Kata lelaki dengan lencana kecil.
Lencana polis 14 peratus lebih besar daripada lencana FBI.
Ia juga lebih berat.
Saya nak gelar awak, Saudara Tulen.
Sebab awak setulen air kencing merpati.
No comments yet. Be the first to leave one.