스캔들 - 조선남녀상열지사
نخستین 200 خط.
REKOD HUBUNGAN PENUH SKANDAL CHO
Kebanyakan watak dalam ilustrasi ini
melakukan persetubuhan secara rambang dan tak bermoral.
Begitu teruk sehingga ada yang meragui kewujudan mereka.
Umum mengetahui bahawa Chosun wujud berasaskan Konfusianisme,
bermakna lelaki mesti berakhlak mulia,
dan wanita perlu bersopan.
Jadi watak ini tak mungkin Chosun.
Walaupun kandungan di sini
terbukti berdasarkan kisah benar,
nama watak mungkin nama samaran.
Dinasihatkan agar jangan cari masalah dengan sesiapa saja atau ahli keluarga.
Kalau kawalan kendiri kamu lemah, atau rasa gementar tentang ini,
lupakan dan padamkannya daripada fikiran kamu.
Ditulis pada tahun 1792 dan diterbitkan pada tahun 1803.
BERDASARKAN NOVEL "HUBUNGAN BERBAHAYA"
Tuan muda, upacara hampir tamat.
Tuan muda patut berada di ruang utama.
Bagaimana kemajuan pembinaan Istana Hwa?
Bahagian paling susah hampir siap,
tapi memantaunya ialah keutamaan beta.
Beta akan sambung kerja selepas sarapan.
Tapi sudah lama tuanku tiada.
Begitu awal pergi selepas satu malam?
Perlukah patik siapkan perkahwinan itu seperti yang dirancang, tuanku?
Pembinaan sepatutnya siap pada bulan November.
Siapkan perkahwinan pada awal Disember.
Patik akan memantaunya dengan teliti.
Patik dengar gadis itu baru saja menginjak 16 tahun.
Dia sangat suci dan naif,
seperti bunga yang mulai mekar.
Cik puan, beta harap cik puan faham harapan orang tua
untuk meneruskan salasilah keluarga.
Seperti yang telah diputuskan,
patik rasa bagus jika bawa dia ke sini segera.
Keluarganya kaya tapi dia dalam kelas pertengahan.
Patik akan ajar dia tatatertib bangsawan
supaya dia boleh menyenangkan hati orang tua.
Terima kasih, cik puan.
Cakap-cakap, sudah lama kamu bersendirian.
Adakah kamu akan terus menduda?
Kamu patut segera mencari isteri dan mempunyai anak.
Izinkan patik jelaskan,
hanya ada ruang untuk seorang saja dalam hati patik.
Beta minta maaf.
Tentu kamu sangat menyayangi isteri kamu.
Kamu kata, ruang untuk seorang saja?
Saya tak tahu tentang wanita,
tapi bagi lelaki hanya ada satu ruang.
Mungkin satu ruang,
tapi ramai wanita keluar dan masuk setiap hari, betul?
Seorang wanita pada satu masa.
Saya keluar berjalan dan bunga nampak cantik.
Saya petik ini untuk kamu, sepupuku.
Kamu tak berubah.
Kenapa kamu panggil saya kali ini?
So-oak.
So-oak?
Gadis yang seperti bunga yang mulai mekar.
Saya nak kamu hamilkan dia.
Saya tak faham.
Abang ipar kamu sudah jumpa gundik,
bukankah kamu patut berikan dia hadiah perkahwinan?
Betul kata kamu, tapi…
Bagaimana dengan idea saya tentang hadiah perkahwinan?
Jika kamu buat dia hamil…
Cik puan dah melampau.
Dia pekak dan bisu.
Saya patut dah tahu.
Dia pelayan yang sempurna untuk saya.
Jadi, dia berasmara dengan anak dara tapi dapati dia hamil?
Pastikan anaknya lelaki.
Kalau ada sesiapa dapat tahu…
Balas dendam lebih menghiburkan apabila mangsa tak sedar.
Bayangkan wajahnya apabila kita beritahu waktu dia terlantar di atas ranjang maut.
Saya tahu kamu membencinya kerana mencuri cinta pertama kamu.
Kamu, untuk dendam kamu.
Saya, untuk dendam saya.
Hasutan dan balas dendam…
Dua benda yang sentiasa menyeronokkan.
Tapi, saya enggan lakukannya.
Kenapa tak?
Gadis itu hanya 16 tahun dan ghairah ingin tahu.
Beberapa bait manis sudah cukup untuk buat dia tergoda.
Terlalu mudah untuk orang seperti saya.
Saya bukan datang untuk lihat upacara pengebumian kamu.
Kalau begitu, apa?
Cik Puan Jung, menantu Tuan Yoon Kil-jin.
Sudah sembilan tahun dia menjanda,
yang dikenali sebagai Gerbang Kesucian?
Dia sasaran saya yang seterusnya.
Bukankah dia di Ganghwa dengan mentuanya?
Dia di rumah mak ciknya di sebelah rumah untuk mengelak wabak.
Kamu nak menggoda
janda hiba itu dengan daya tarikan kamu?
Patik bertanggungjawab mengajar wanita itu
tentang kuasa yin dan yang.
Kamu mahu membuka pintu yang sudah 27 tahun tertutup?
Tak hairan jika sekarang ia sudah jadi tembok.
Nak bertaruh?
Itu bermakna kamu nak sesuatu daripada saya.
Kalau kamu pecahkan daranya,
saya akan beri apa saja yang kamu mahu.
Sesuatu yang sepupu saya selalu inginkan,
tapi tak mampu dapat.
Kalau kamu kalah?
Saya akan serahkan nyawa saya.
Kamu mesti jadi sami.
Setuju.
Saya akan datang tak lama lagi untuk ambil ganjaran.
Tapi sebelum abang ipar kamu balik.
Kalau dia memang perawan. Saya nak bukti.
Darah perawan 27 tahun.
Dapat apa-apa?
Setiap malam selepas pukul 11.00, macam kucing mengawan,
dia tinggalkan rumah senyap-senyap.
Nampak macam dia berjumpa lelaki?
Bukan hanya seorang, tapi sekumpulan lelaki.
Apa?
Dia menghadiri misa Katolik.
Di sana sungguh menakutkan.
Mereka menyeru hantu?
Lelaki dan wanita tak kira status di dalam bilik gelap ini,
menggumam dan meraban…
Katolik…
Saya akan beri kamu sedikit wang.
Dermakannya, anggaplah saya penyokong rahsia.
Mereka berhati-hati dan curiga.
Mereka tentu ingin tahu orang yang menghantarnya.
Kalau begitu, masukkan nama saya macam kamu tak mampu menolak rayuan.
Untuk gadis itu, siapa namanya?
Pembantu Cik Puan Jung.
Maksud kamu Eun-shil?
Saya dah uruskan dia.
Beri saja arahannya.
Saya hampir boleh nampak haruman bunga dari sini.
Hebat, bukan?
China ada banyak benda yang menarik.
Terima kasih untuk peluang menikmati ini.
Suami saya baru pulang dari ibu negara China, Beijing.
Katanya bandar itu seperti sebuah dunia baharu.
Orang bermata biru berjalan-jalan,
dan ada pelbagai barang moden di sekeliling.
Tentu kamu ada tetamu lain.
Itu anak lelaki bongsu saya.
Pembantu, suruh In-ho masuk.
Baik, puan.
Dia baru balik daripada pengajiannya di luar bandar.
Perkenalkanlah diri kamu.
Cik puan, saya Kwon In-ho.
Ini Cik Puan Huh, isteri Menteri Dalam Negeri.
Ini Cik Puan Oh, isteri Menteri Kewangan.
Ini Cik Puan Cho, isteri Pembesar Yu,
yang tinggal di sebelah.
Kamu kenal Cik Puan Cho waktu kamu kecil?
Ya, ibu.
Aduh, dia dah besar.
Kamu kacak macam ayah kamu.
Saya tahu kebangsawanan dan kesarjanaan cik puan,
terutamanya dalam kesusasteraan dan sains ketenteraan.
Tolong ajar saya satu hari nanti.
Saya berbesar hati.
Saya minta diri dulu.
Datanglah menziarahi saya dengan anak saudara kamu.
Taman saya sedang mekar sekarang.
Hantarkan anak kamu ke rumah saya nanti.
Saya ada buku rujukan untuk peperiksaan awam negara.
Kamu sangat baik.
Puan.
Tuan muda datang untuk ziarah.
Kakak ipar yang dihormati, saya dah datang.
Saya diberikan tugas menjaga diplomat Cina.
Saya akan tinggal di Seoul hingga hujung tahun.
Kamu sihat?
Ya.
Eun-shil, siapkan bilik untuk dia.
Baik, puan.
Saya ada hal nak dibincangkan.
Datang esok pagi.
Baik, puan.
Hari ini indah, jadi saya akan menggunakan aroma mawar.
Tuan muda.
Cik Puan Jung dan bonda saudaranya baru pergi ke Astaka Teratai.
Kamu nampak cantik macam selalu.
Tapi anak saudara saya ini tak pandai berdandan.
Bagi lelaki,
kesucian anak saudara puan lebih berharga daripada pakaian saya.
Pakaian sederhana cukup untuk kelihatan elok.
Tapi saya mencemburui keanggunan dan cita rasa cik puan.
Puan.
Aduh, ada lelaki di ruang dalaman.
Tak perlu hiraukan dia.
Dia sepupu saya.
Saya Cho Won dari Gangkyoung.
Ini isteri Timbalan Menteri dari sebelah dan anak saudaranya.
Oh, kamu tentu Tuan Cho Won.
Orang yang menolak jawatan tinggi,
menggemari kesusasteraan dan seni serta hidup bebas dan berdikari.
Tiada apa yang nak dibanggakan, puan.
Saya dengar kamu masih menduda
No comments yet. Be the first to leave one.