Endless Love

Endless Love (끝없는 사랑)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Endless Love E19 140823
ناشر badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2016-03-06
تعداد دانلود: 43
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Macam kamu cakap,

saya akan hidup.

Ya, terus hidup.

Lepas kamu cakap macam itu, saya rasa hidup semula.

Saya akan hidup.

Tapi saya nak bunuh bayi ini.

Saya nak bunuh.

- Boleh? - In Ae.

Kamu takkan hidup dengan tenang.

Kamu akan tanggung dosa itu seumur hidup kamu.

Kalau tak, saya rasa macam mahu mati saja.

In Ae.

Bayi ini memang tak patut dilahirkan pun.

Jangan cakap apa yang kamu tak maksudkan.

Tak ada satu nyawa pun yang tak patut dilahirkan.

Kalau kamu lahirkan bayi ini,

sama ada kamu hidup atau mati, saya akan anggap dia anak saya.

Bukan. Dia sudah jadi anak saya.

Sekarang satu dunia sudah anggap dia anak saya.

Tolonglah dengar dulu apa saya nak cakap, Kwang Cheol.

Macam itu, baru saya boleh teruskan hidup saya.

Saya akan teruskan hidup.

Saya akan terus hidup.

Saya akan balas dendam pada sesiapa saja yang

pernah cederakan saya. Kamu faham tak?

Jadi kamu tolonglah dengar cakap saya, Kwang Cheol.

In Ae...

Sarapan sudah siap.

Saya tak mahu abang pergi kelas dengan perut kosong.

- Selamat pagi. - Selamat pagi, abang.

Malam semalam abang kena kerja sepanjang malam lagi.

- Boleh tolong tuangkan kopi? - Okey.

Nampak sedap.

Hari-hari abang tekun belajar dan tulis pengakuan Big Bear.

Jaga mulut itu.

Saya tahu.

Abang baliklah awal sedikit malam ini.

Hari ini hari jadi saya.

Hari ini saya nak buat kek hari jadi sendiri.

Nak abang beli salmon yang awak suka itu?

Okey.

Ada tak abang singgah di hospital?

Mereka rasa Jang Jeong Jae itu akan sedarkah nanti?

- Abang tak singgah. - Jadi siapa yang telefon?

Makanlah. Isteri Steve sudah datang.

Nanti kami mahu pergi ke pasar.

Kenapa dia datang awal sangat ini?

- Awak siapa? - Sayalah.

- Awak ini siapa? - Tak kenal sayakah?

Kamu sudah kenal, bukan?

Kamu masih boleh hidup gembira sekarang?

Siapa yang datang?

Saya dengar suami kamu lelaki yang hebat.

- Tapi tak nampak hebat pun. - Awak siapa?

Ada lelaki bernama Jang Jeong Jae

sudah hampir mati sebab kemalangan.

Saya inilah kakak dia. Kakak kandung.

Saya Jae Hee.

Adik saya yang pernah bercinta dengan isteri awak,

sedang terlantar di hospital dan tak sedarkan diri lagi.

Sebab kemalangan yang aneh.

Bukan, sebenarnya kemalangan itu memang dirancang!

Kemalangan aneh apa ini?

Kemalangan kereta yang memang dirancang?

- Kamu boleh diam tak? - Saya tak tinggalkan dia.

Dan semua ini memang bukan salah saya.

Jeong Jae percaya kamulah cinta terakhir dia.

Tapi dia tak sangka kamu sanggup tinggalkan dia!

Kami sudah jemu dengan hubungan kami.

- Jangan salah faham. - Apa?

Adik saya sudah nazak! Kamu ingat ini salah faham?

Perempuan tak guna! Siaplah kamu!

Ya, sebelum adik saya kemalangan,

dia ada berhubung dengan saya masa saya ada di California.

Dia cakap dia jumpa awak dan dia minta duit daripada awak.

Itu kali terakhir saya bercakap dengan dia.

Saya tahu dia dah minta duit yang sangat banyak.

Dan sebab permintaan dia itu melampau,

awak rancang satu pembunuhan yang nampak macam kemalangan kereta.

Betul tak, Han Kwang Hoon?

Awak tak patut tanya soalan itu. Semua itu mengarut.

Adik saya hampir mati sebab ada orang nak bunuh dia.

- Itu yang saya percaya. - Jangan cakap macam orang gila.

Kamu sendiri yang gila!

Orang gila patut diam saja!

Semua ini sebab kamu.

Saya akan dedahkan kebenaran tak kira apa pun yang terjadi!

Walaupun saya ditimpa kemalangan, saya tak kisah!

Apa yang awak rasa tentang adik awak itu,

- saya boleh faham. - Yakah?

Awak boleh faham perasaan saya?

Sebab itulah awak jelaskan bil hospital

dan awak singgah untuk tengok sama ada

adik saya itu hidup atau mati, bukan?

Selagi saya masih hidup, saya pasti akan dedahkan kebenaran!

Jangan pergi.

Kamu tak ada hak untuk menangis.

Saya ada 30 album gambar

perbuatan tak senonoh kamu dengan dia.

Kamu ingat kamu boleh hidup bahagia dan lupakan

masa silam kamu dengan dia macam itu sajakah?

Saya tahu kerajaan Korea boleh dan sanggup buat apa-apa saja!

Saya pasti akan dedahkan kebenarannya.

Tak mengapa. Awak jangan takut.

Macam mana kalau dia rosakkan reputasi ayah?

Rasanya itu yang dia mahu buat sekarang.

Apa yang saya patut buat ini?

Janganlah risau. Abang akan uruskan.

Jangan beritahu sesiapa. Jangan beritahu ayah pun.

- Ya? - Ya.

Orang lain gembira saja dengan hidup mereka.

Kenapa kita selalu menderita macam ini?

Teruk betul.

Jadi bila kami semua boleh lawat dia di hospital?

Mak cik, kita kena tunggu dulu.

Paksalah In Ae itu makan. Barulah dia bertenaga semula.

Cikgu, saya kena ada di hospital sepanjang hari.

Maaflah, tapi boleh tak cikgu tinjau syarikat besi,

lepas itu terima dan periksa barangan dari Australia itu?

In Cheol mahu pergi sekolah?

Biar abang hantar. Chil Sung, mari kita pergi.

- Saya pergi dulu, mak. - Pergi elok-elok, ya?

Hati nurani saya dan ketentuan dari Tuhan yang tak mengizinkan.

Jadi saya menolak permintaan mereka.

Contohnya, Jesus pun tak kisah masa diri dia dimalukan,

dan tubuh dia dilukakan dengan tombak.

Jantungnya terhenti di atas salib di mana dia ditempatkan.

Bila fikirkan itu, saya ubah fikiran.

Kami semua ada maruah yang amat berharga dalam diri kami sendiri.

Walaupun kami terima desakan dari pelbagai pihak,

tapi kami takkan mudah mengalah.

Kami takkan goyah walaupun kami berdepan dengan ketidakadilan.

Walaupun kami tersungkur, tak bermakna kami sudah musnah.

Walaupun kami tersungkur,

tak bermakna kami sudah musnah.

- Ya. - Awak mahu bawa Seo In Ae ke mana?

Ke mana saya mahu bawa dia?

Kenapa tanya saya macam itu?

Dia tak bincang dengan ayah anak diakah?

Bincang dengan saya? Apa yang awak cakap ini?

Saya dengar dia mahu balik semula ke penjara.

Apa?

Rupanya dia tak bincang dengan kamu.

Saya sudah bahayakan diri saya

untuk pelepasan perubatan kekasih kamu itu,

tapi kamu berdua bertengkar?

Saya suruh dia beri testimoni dalam perjalanan balik ke penjara.

Dia sudah sampai pun sekarang.

Dia bukannya sihat sangat lagi. Kamu mahu soal siasat dia?

Saya tak ada masa untuk berborak dengan kamu.

Kamu kena tabah.

Ramai orang sedang berdoa untuk kamu sebenarnya.

Jangan sia-siakan doa mereka.

Kamu kena jaga diri kamu baik-baik.

Apa gunanya saya jaga diri saya ini?

Orang yang hidup berbuat baik ialah orang yang merendah diri.

Saya tak pernah cuba hidup dengan cara yang baik macam paderi.

Saya pun tak pernah hidup lebih baik daripada orang lain.

Han Kwang Cheol tak henti-henti

merayu kepada saya untuk pelepasan perubatan kamu.

Tapi kamu pula mahu balik ke penjara.

Mengarut betul.

Paderi, saya takkan lama dengan awak.

Jadi mengaku saja yang awak pernah kumpulkan

dana operasi untuk pelajar lain juga selain daripada Seo In Ae.

Awak cakap dana itu dikumpulkan khas untuk pergerakan demokratik.

Setakat itu dululah.

Ini maklumat sebenar yang kami baru terima.

Baca betul-betul.

Maafkan saya sebab awak terpaksa buat pengakuan yang penting itu

di tempat yang teruk macam ini.

Tapi ia ada tertulis dalam Kitab Bible, bukan?

"Hormatilah undang-undang dalam sesebuah negara."

Tapi awak sebagai seorang paderi,

bukankah awak patut tunjuk teladan yang baik dulu kepada orang lain?

Abaikan saya saja.

Tapi kenapa awak bawa Seo In Ae ke sini juga?

Awak beri duit untuk dia larikan diri.

Seo In Ae ialah pejuang yang berani tulis manifesto

dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan kita,.

Awak dengar sini!

Awak cuba dapatkan sokongan untuk pelepasan Seo In Ae

dari Jepun sampai ke Vatican di Itali.

Ini ialah surat yang awak tulis.

Awak nampak tak surat ini? Nampak tak?

Mesti otak kamu itu sudah tak betul, perempuan tak guna.

Otak awaklah yang tak betul.

Saya layan kamu dengan baik disebabkan seseorang.

Berani kamu buat macam itu.

Angkat balik surat itu dengan dua tangan.

Bukan awak, paderi.

Apa bezanya siapa yang angkat?

Haiwan bunting pun dapat rawatan,

jadi saya cuba layan kamu dengan baik.

Tapi kamu cari pasal pula.

Awak sendiri yang layan saya macam

- sejenis haiwan. - Perempuan tak guna...

Apa awak cuba buat?

Tolong bawa paderi tak guna ini

ke bilik seksaan VIP di sebelah sekarang juga!

More Malay subtitles for Endless Love

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left