ウルトラマンティガ&ウルトラマンダイナ 光の星の戦士たち
نخستین 200 خط.
Sarikata oleh: Crunch-Studio
Degil betul raksasa ini!
Dyna?!
Dyna ini memang hebatlah!
Dyna, serang!
Kenapa ini?. Apa yang telah berlaku ini?.
Kapten.
Ya.
Saya rasa ada benda kat atas kitalah, Kapten.
Dekat atas?.
Besarnya. Besar betullah.
Tengok itu.
Ultraman Tiga dan Ultraman Dyna, perwira cahaya dan bintang.
Ketat betul kawalan di sini.
Apa halnya?.
Yeh! Yeh! Kacak tak saya ini?.
Tak sangka di sini pun ada markas tentera.
Tapi dekat dgn pulau inilah residen syawal mengadakan perhimpunan keamanan yg pertama.
Untuk menjaga keamanan, mereka terpaksa menghasilkan lebih banyak peralatan TPC ini.
Sungguh menyedihkan.
Nampaknya mereka ini pentingkan diri sendirilah.
Kenapa mereka sembunyikan semua ini daripada kita?.
Apa bodoh sangatkah kita ini?.
Mereka ingat kita ini siapa?.
Selamat datang ke pulau Selatan.
Maaflah kalau sambutan yang diberi kurang meriah.
Tak kisahlah.
Tapi, tolong bagi tahu kenapa kami semua dijemput datang ke sini.
Kami ingin tahu apakah tujuan sebenar awak.
Maafkan kami kerana tidak menjelaskannya kepada awak semua.
Kerana kami tak mahu siapa pun tahu akan rancangan kami.
Saya nak tanya, kenapa?.
Profesor Kisara Kirui adalah perancang projek ini.
Dialah yang mencipta pesawat Promiteous.
Pesawat Promiteous, betulkah?.
Sekarang ini awak semua mesti dah tahu
tentang kekuatan sebenar senjata Neumaklesma yang ada pada pesawat ini.
Pertarungan di atas permukaan Bulan yang kamu nampak itu hanyalah satu percubaan.
Saya harap kamu semua faham.
Percubaan?.
Hanya satu tembakan saja boleh bunuh raksasa?.
Tembakan itu tak menggunakan sepenuh tenaga,
kalau sepenuh tenaga, planet pun boleh musnah.
Dengan kekuatan senjata ini, Ultraman Dyna pun boleh kalah.
Tapi, macam mana boleh macam itu?.
Kenapa pesawat macam ini boleh lebih kuat daripada Ultraman Dyna?.
Siapa yang lebih kuat tak menjadi persoalan.
Tapi...
Apa dia?.
Kalau senjata ini terjatuh kepada tangan orang lain,
ia akan membawa padah.
Sesuatu teknologi yang dapat mendahului,
rekaan seperti Promiteous akan menjadi simbol baru kepada manusia.
Kita ke pusat kawalan utama.
Kenapa tiada alat kawalan kat sini?.
Tentulah tak ada, ianya tak diperlukan.
Hebatnya.
Kapsul yang awak nampak sekarang ini bertindak seperti otak manusia.
Ia menerima data dan memasukkannya ke komputer utama.
Ia mampu merakam setiap corak atau perkara yang berlaku di mana-mana.
Segala maklumat yang dirakamkan ini akan dianalisa oleh Primeteous.
Itukah tujuan sebenar kami semua dipanggil ke sini?.
Maknanya, awak nak mengambil maklumat dari otak kami?.
Sanggupkah awak semua bekerjasama?.
Pada pendapat saya, kesemua teknologi ini
tak membawa maanfaat kepada manusia, ianya adalah sia-sia.
Apa awak cakap ini?. Semuanya ini adalah penting.
Bila Promiteous dah menjadi lengkap nanti,
tak payahlah menyusahkan ahli Super-Guts lagi.
Kalau macam itu, kita terpaksa bergantung kepada pesawat ini sajalah?.
Macam mana kalau ada masalah lain?.
Semua benda ini mengarut sajalah.
Takkan kita nak bergantung kepada Ultraman Dyna saja?.
Ultraman Dyna itu bukannya kuat sangat.
Apa dia?.
Semasa di atas permukaan Bulan itu, Ultraman Dyna hampir kalah.
Tiadalah, masa itu dia cuma cuai sikit sahaja.
Pesawat ini takkan cuai macam dia.
Faham tak?.
Baiklah, kalau macam itu.
Kami semua kat sini akan bekerjasama dengan awak.
Kami nak tengok macam mana hebatnya pesawat ini.
Bodoh.
Siapa suruh mulutnya itu celupar sangat?.
Padan muka dia.
Tak boleh cepat sikitkah?. Sudah bosanlah.
Kamu sabar, ya. Kejap lagi kesemua kuasa awak akan hilang.
Tunggulah, Dy...Na.
Nanti. Nanti dulu!
Apa ini?.
Semua gambar ini adalah raksasa-raksasa yang pernah Dyna kalahkan.
Betulkah saya pernah kalahkan mereka?.
Semasa pertarungan baru-baru ini,
kalau Promiteous tak muncul Ultraman Dyna mungkin kalah.
Ia adalah pesawat lebih hebat, lebih kuat daripada Ultraman Dyna.
Asuka?.
Mai.
Asuka, tadi awak hilang ingatan, sebab itu awak kat sini.
Tadi saya dah dimasukkan ke dalam kapsul.
Yang sebenarnya, kapsul itu ada masalah. Sebab itu awak jadi macam ini.
Kalau diikut, kamu tak payah dimasukkan ke dalam kapsul itu.
Nasib baik awak tak mati tadi.
Betulkah saya dah hampir mati?.
Awak kan pernah mengalami perkara macam ini?.
Awak kan pernah masuk hospital kerana cedera?.
Takkan itu awak tak boleh ingat.
Oh, ya.
Masa itu awak pun datang bagikan bunga.
Lepas itu, awak telah ajar saya keluar. Awak ingat tak?.
Yakah?.
Apalah?. Takkan itu awak pun tak ingat.
Semua kakitangan diminta ke bilik kawalan.
Habis semua dimusnahkannya.
Sistem pertahanan di sini tak dapat mengalahkannya.
Kuno, dekat sini ada kapal Coast Eagle?.
Ada sebuah.
Ianya terletak di dek F-3.
Ada apa-apa bantahan selepas ini?.
Baiklah semua dengar sini.
Saya mahu kamu buat yang terbaik, faham?.!
Baik, Kapten!
Kapten.
Ya?.
Tindak balas kapal itu sama dengan tindak balas raksasa tadi.
Raksasa dengan kapal ini ada kaitanlah.
Tapi saya rasa semua ini adalah satu permulaan.
Betul tak?.
Entahlah. Saya dah malas fikirkan semua itu.
Kita dah tiada masa sekarang ini.
Semua unit. Berpecah dan serang serentak!
Baiklah!
Habislah macam ini. Saya dah tak dapat berkawal.
Apa kita buat sekarang ini?.
Entah. Walaubagaimana pun, kita kenalah cuba.
Habislah kita.
Tak guna. Apa hal pula itu?.
Mai! Hati-hati!
Tak guna.
Berani betul ia menyerang kita! Nak kena ini.
Asuka, nanti. Janganlah terburu-buru.
Biarkan saya. Jangan pedulikan saya.
Pergi selamatkan diri. Awal pergilah kat belakang sana itu.
Takkan awak seorang saja nak lawan?.!
Saya kan salah seorang anggota Super-Guts?.
Pergilah cepat.
Saya kan lebih lama daripada awak?. Jadi sepatutnya awak ikut cakap saya.
Faham tak?.
Saya tak peduli.
Baik awak pergi sekarang.
Macam mana?. Boleh baiki?.
Tak boleh.
Apa?.
Benda ini nampaknya seperti sengaja dirosakkan.
Sengaja dirosakkan?.
Bagi tahu, siapa yang buat?.
Mana saya tahu?.
Mungkinkah?.
Bodoh betullah Asuka ini.
Tak mungkin. Ultraman Dyna takkan kalah.
Ultraman Dyna.
Bodoh betul, kenapa keluarkan Promiteous?. Kan kapal itu belum lengkap lagi?.
Cepat panggil balik!
Tuan, kapal itu tak hiraukan arahan kami.
Apa dia?. Tak nak dengar?. Siapa di dalam pesawat itu?.
Apa khabar semua?. Ini Profesor Kisara Kirui yang bercakap.
Tentu awak semua terkejut, kan?.
Tujuan saya buat macam ini adalah untuk membuktikan kepada awak semua,
bahawa Ultraman Dyna itu taklah sekuat lagi.
Apa yang dia cakap ini?. Dah gilakah?.
Pesawat Promiteous yang saya bina ini
boleh mengalahkan Ultraman Dyna pada bila-bila masa saja.
Sebab itulah baru saya nak tonjolkan diri saya yang sebenar.
Promiteous akan musnahkan semuanya.
Bodoh. Apa benda yang awak cakap ini?. Tak masuk akal.
Yang sebenarnya, kami ini adalah makhluk Muniara.
Kami telah lama bertapak di Bumi ini.
Selama ini kami hanya mengguna tubuh
Profesor Kisara Kirui untuk melakukan kerja-kerja kami.
Malangnya tiada sesiapa tahu tentang hal ini.
Ini menunjukkan betapa bodoh dan lemah manusia-manusia di Bumi ini.
Sekarang kami akan tunjukkan kebolehan sebenar pesawat Promiteous ini, bersiap-sedialah.
Apa tu?.
Tembak dia!
Kenapa ini?.
Raksasa tu dah dapat baca pergerakan Dyna.
Baru awak tahu siapa kami. Kami ini bukannya makhluk yang lemah.
Bersabar Asuka. Saya datang.
Neumaklesma?.!
Bahaya.
Dyna!
Apa dah jadi?.
Letupan yang dahsyat.
Dyna, awak macam mana?.
Nampaknya Ultraman Dyna yang awak semua sanjung selama ini dah pun mati.
Baiklah. Saya akan muncul lagi kalau kami ada rancangan yang lain.
Habislah macam ini.
Habislah macam ini!
Dyna dah mati.
Dyna!
Mimpi.
No comments yet. Be the first to leave one.