نخستین 200 خط.
Betul, Addie.
Kalau kami bina kilang-kilang ini di San Miguel...
keuntungan akan melambung naik.
Saya lebih suka ada awak daripada duit.
Awak terlalu kerap tiada di rumah, Slade...
dan saya...
Awak okey?
Bila awak balik, bila kita semua bersama...
saya tak pernah pun fikirkannya.
Tapi sebaik saja awak pergi...
Tolonglah, Addie.
Peristiwa di Kemboja itu bertahun yang lalu.
Sebelum kita berkahwin lagi.
Kita bercinta. Kita dah bertunang masa itu.
Dah cukup banyak pertempuran yang kita saksikan untuk tahu...
tak kira betapa banyak luka sembuh...
Tergamak awak buat begini kepada saya?
Saya percayakan awak.
parutnya tak pernah hilang.
Boleh saya cakap dengan ayah?
Saya tahu.
Saya sumpah, Addie.
Saya tak pernah tipu awak sejak itu.
Saya takkan sekali-kali tipu awak lagi.
Awak percayakan saya, bukan?
Mestilah.
- Cuma... - Boleh saya cakap?
Ada orang nak cakap dengan awak.
- Siapa agaknya? - Hai, ayah.
Hei, nak. Dah gosok gigi?
Ya.
Baca buku untuk saya.
Ayah nak, tapi ayah lewat untuk perjumpaan makan malam...
Sikit saja.
Sikit sikit.
Kesateria dan Naga
Negeri itu dipenuhi naga dan rakyatnya ketakutan.
Namun Kesateria Bersinar datang...
untuk melindungi lelaki dan wanita.
Dia berdepan dengan makhluk paling garang...
yang dunia pernah saksikan.
Dia melakukannya tanpa sebarang bantuan.
Dia melakukannya sendirian.
Apabila kerjanya selesai, naga-naga itu tiada lagi.
Maka Kesateria pun pergi, menjadi legenda, menjadi tradisi.
Itu saja untuk malam ini, nak.
Lagi. Tolong?
Ayah kena pergi dan kamu kena tidur.
Okey.
Dia rindukan awak.
Kami rindukan awak.
Saya akan naik pesawat terakhir malam ini.
Saya cintakan awak, Adeline Wilson.
Saya pun cintakan awak, Slade Wilson.
Masuk tidur, askar kecil.
Baik, kapten.
Bacakan buku untuk saya, mak.
- Tapi ayah dah bacakan... - Tolong?
Jangan buat muka comel itu, encik.
Tolonglah, mak.
Bukan yang itu. Itu cuma untuk ayah.
Jelas sekali kamu berkuasa dalam keluarga ini.
Selamat malam, askar kecil.
Selamat malam, mak.
Tak perlu panik.
Awak dah mati kalau saya nak bunuh awak.
Awak nak apa?
Anak lelaki awak.
Kalau awak mencari mangsa tak berdaya...
awak datang ke rumah yang salah.
Awak dah lama tak berlatih, Adeline.
Daripada apa yang saya dengar, awak hebat sebelum berkahwin...
dan jadi ibu buat awak jadi lembut.
Ketua skuad elit dalam Beret Hijau yang dipanggil Pasukan Tujuh.
Awak yang latih Slade Wilson.
Bantu dia jadi mesin membunuh macam hari ini.
"Mesin membunuh"?
Dia ahli perniagaan.
Adeline, ada begitu banyak yang awak tak tahu.
Siapa awak?
Jackal.
Molina hantar awak.
Presiden tak suka jeneral dia berkomplot menentang dia.
Revolusi buat dia meluat.
Kalau begitu teruskan. Kelar leher saya.
Awak tak boleh keluar dari sini hidup-hidup.
Mestilah boleh.
Apa ini?
Kepala Presiden Molina.
Tengok muka dia yang terkejut.
Sangat serupa dengan muka awak sekarang.
Tunggu!
Saya tak faham.
Kalau Molina upah awak untuk bunuh saya...
Saya askar upahan, bukan orang dungu.
Presiden kamu seorang fasis dan bersifat menekan...
yang menindas rakyatnya habis-habisan.
Di bawah pemerintahannya...
San Miguel menjadi teruk dengan kemiskinan...
kebuluran dan penyakit...
sementara dia hanya bertambah kaya dan gemuk.
Buat lebih baik, Jeneral Suarez.
Atau awak akan terima nasib yang sama.
Oh ya, saya juga masih belum terima bayaran saya.
Saya gembira membayarnya.
Nampaknya awak kena tembak.
Perkara kecil saja.
Pernah awak fikir...
apa akan berlaku kepada Adeline dan Joseph...
kalau awak mati semasa jalankan misi?
Dah berapa lama awak buat kerja ini?
Lapan tahun? Sembilan?
Mungkin dah tiba masa awak berhenti...
jadi askar upahan dan mula jadi...
Saya perlukan pengangkutan secepat mungkin, Wintergreen.
Awak akan mendapatnya, kawan lama.
Semakin tua saya, semakin saya iri hati...
dengan kebolehan awak untuk sembuh.
Pihak tentera sememangnya dapat apa yang mereka bayar.
Serta lebih lagi.
Alamak, tak berkesan.
Adakah dia akan hidup?
Tak penting. Kita gagal lagi.
Daripada Addie
Mereka kata ajaib yang saya masih hidup.
Saya larang awak tawarkan diri untuk ujian dadah itu.
Bila mereka enggan beritahu apa tujuannya, saya dah agak...
Itu pilihan saya. Saya boleh menolak.
Habis kenapa awak tak buat begitu?
Sebab mereka perlukan saya.
Cuma ada beberapa orang yang menepati profil.
Awak pula memang askar yang bagus.
Mungkin terlalu bagus.
Mereka akan hantar saya pulang beberapa hari lagi.
Saya akan ikut awak.
Tapi tugas awak...
Saya dah berkhidmat untuk negara saya...
dan saya lakukannya dengan cemerlang.
Tapi sekarang awak perlukan saya...
Tidak. Awak ada 14 bulan lagi.
Awak buat apa yang awak dah ditugaskan.
Biar saya cuba bina kehidupan untuk diri saya, untuk kita.
Kemudian...
Kemudian, kalau awak masih inginkan saya...
Kenapa pula saya tak inginkan awak?
Saya cintakan awak, Slade.
Kita ada rancangan. Kehidupan kita masih panjang.
Menjadi tentera satu-satunya kehidupan yang saya tahu, Addie.
Menjadi askar yang baik. Mengikut arahan.
Membunuh musuh.
Awak lebih daripada itu.
Saya harap begitulah.
Addie?
Oh, Tuhan. Apa yang terjadi?
Mana Joseph?
Dia kata kalau saya telefon polis, dia akan bunuh Joseph.
Siapa? Siapa yang buat begini?
Dia kata awak yang dia nak.
Siapa yang buat begini?
Jackal.
Siapa Jackal?
Awak tahu siapa dia!
Awak kata, "Sejak itu, saya tak pernah tipu awak...
dan saya takkan sekali-kali tipu awak lagi."
Tapi semuanya hanya penipuan, bukan?
Saya tak faham apa yang awak cakapkan.
Hentikan!
Jackal dah beritahu saya segalanya.
Pihak tentera sangka eksperimen itu gagal...
dan dadah mereka tak berkesan, sebab itu mereka lepaskan awak.
Tapi ia cuma ambil sedikit masa saja untuk ubah awak jadi...
Apa dia panggil awak? Deathstroke.
Saya ahli perniagaan.
Itu yang saya percaya selama ini.
Slade Wilson, lelaki yang baik...
yang sayangkan isteri dan anaknya...
rela buat apa saja demi keluarganya.
Tapi rupanya awak askar upahan.
Menjual maut kepada pembida tertinggi...
dan awak rahsiakannya daripada saya.
Selama bertahun-tahun.
Kenapa?
Saya akan bawa Joseph balik...
dan saya akan bawa mayat Jackal bersama.
Saya tak perlukan awak. Kami tak perlukan awak.
Saya boleh lakukannya tanpa awak.
Dah patah, tak guna.
Nampaknya di beberapa bahagian.
Pergi.
Bila ini dah berakhir, Addie, kita akan berbincang.
Jangan sekali-kali cuba tipu saya lagi...
lelaki manipulatif.
Bawa Joseph balik. Matilah awak kalau awak gagal.
Saya tak pernah gagal.
Dilarang Menceroboh
Macam mana keadaan isteri awak, Wilson?
Tunjukkan diri awak.
Saya di sini.
Anak saya...
Dia tak apa-apa. Dia cuma tebusan.
No comments yet. Be the first to leave one.