نخستین 200 خط.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Semasa Perang Korea,
Cha Moohyuk dianggap sebagai malaikat maut dalam kalangan perisik.
Menuju ke Kedutaan China. Sekat laluan.
KEDUTAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA
Tunggu di sini. Saya kejar dia.
Baik, tuan.
Komrad, jangan bunuh saya.
Saya tak latih awak macam ini. Setiap langkah awak terlalu senang dibaca.
Komrad.
Jangan bunuh saya.
Itu saja yang awak nak cakap?
Korea dah bersatu.
Apa awak cakap?
Saya dengar keputusan dah dibuat.
Unit Risikan Utara akan dibubarkan.
Saya akan berlembut kerana kita pernah berkawan.
Hei! Tak guna!
Sepertimana yang kita sedia maklum, maklumat ejen perisik itu sahih.
KEMENTERIAN KESELAMATAN REPUBLIK DEMOKRATIK KOREA
Hapuskan semua bukti seolah-olah kita tak pernah wujud.
Mulai sekarang, apa tugas saya?
Tugas?
Pengawal keselamatan?
MEROKOK PUNCA MATI PUCUK
Terima kasih saja.
Moohyuk sedang menyaksikan semarak api era baharu.
Segala pengorbanannya selama ini hangus terbakar menjadi debu.
Helo.
Siapa awak?
Awaklah yang datang ke khemah pasukan petugas, bukan?
Oh, awak…
- Awak rakan setugas Woojin. - Saya Cha Moohyuk.
- Dia dah sampai. - Ada komen?
Puan, boleh komen?
Di mana Kapten Cha?
Ada ejen Korea Utara kata dia keluar menyiasat.
- Tengah-tengah malam? - Saya pun tak pasti.
Kenapa telefon malam-malam? Apa masalahnya?
Tuan tahu apa ini?
Mata saya tak setajam dulu.
Apa benda itu?
100,000 WON
- Ini… - Duit kertas 100,000 won.
Betul. Ini duit.
Nampaknya, mereka sedang cetak duit.
Inspektor Sun pernah cerita tentang awak.
Woojin?
Katanya dia selalu datang ke sini.
Saya memang nak singgah.
Kebetulan pula, saya nampak awak.
Kafe ini belum beroperasi secara rasmi.
Saya mengganggukah?
Maaf, tapi saya lapar.
Tak apa.
Awak rakan setugas Woojin, jadi awak tetamu istimewa saya.
Biar saya fikir.
Apa saya nak masak?
SUN WOOJIN
Dia tak jawab?
Tak.
Tebusan itu selitkannya di dalam poket awak untuk beritahu kita
yang perompak cetak duit.
Biar betul?
Bukan senang nak cetak duit.
Macam mana dengan nombor siri? Bukankah duit itu boleh dijejak?
Mereka ada penggodam, jadi tak mustahil pakar duit pun ada.
Entahlah, saya tak tahu.
Yang pasti, sebab itulah mereka sengaja melengah-lengahkan masa.
Kalaulah itu matlamat mereka,
kita mesti ubah semua strategi.
Nanti dulu.
Kalau betul teori awak kali ini, kita tak boleh bertindak sendiri.
Kita mesti laporkannya.
Kita perlu pastikan jika duit itu sah diperlakukan dengan nilai.
Saya akan periksa dulu kadar penggunaan elektrik.
Okey!
Saya akan lapor dan minta pengesahan.
Bersedia untuk bertindak.
Baik, tuan.
Perompak tak guna.
Mereka seronok cium bau duit baharu.
Biarkan mereka.
Panas takkan sampai ke petang.
Nampaknya, awak betul-betul lapar.
Sedap betul.
Kenapa tak buka saja kafe ini? Dah lebih dua bulan.
Pelanggan tentu tak putus-putus.
Saya tak kaji pasaran betul-betul.
Mereka kata kopi saya terlalu pahit berbanding kopi Korea Utara.
Kopi Sambok? Rasanya sama macam kopi pracampur Korea Selatan.
Ya.
Saya nak buat konsep dan menu baharu.
Oh, ya. Boleh tumpang bilik air?
Tandas? Di hujung sana.
Ini bukan bilik air.
Maaf.
Boleh saya tanya? Ini bilik apa?
Ruang peribadi saya.
Kalau macam itu, apa ini?
Hobi membosankan untuk lelaki pertengahan umur.
Jom turun.
Okey.
KCSI Balai Polis JEA.
Saya Kapten Cha daripada pasukan petugas. Boleh buat pengecaman cap jari?
- Boleh, kalau ada laporan kes. - Tolonglah, ini mustahak.
Gambar cucu awak? Comel.
Baru tiga bulan, betul?
Macam mana awak tahu?
Awak ada anak?
Taklah.
Tengok badan saya.
Ini badan anak dara, bukan mak orang.
Jangan risau. Awak akan selamat dan jumpa mereka.
Betulkah?
Saya takkan bohong bab-bab ini.
Marilah kita…
Oh, Tuhan.
Menuju kegembiraan
Bersama-sama
Bersama-sama…
Kau yang mabuk dan menangis kerana rindu ibu kau.
Bila?
Cakap baik-baik sikit.
Hei, masuk cepat.
Hoi.
Awak pengawal keselamatan baru, bukan? Macam mana? Seronok?
BURUNG PEMINUM DARAH
Apa kau buat di sini?
Baca buku?
Aku ganti kau orang yang asyik berkepit macam belangkas.
Kau rindu nak duduk di kerusi ketua?
Kerusi ini memang selesa.
Sejujurnya, aku lebih suka duduk di atas lantai.
Nasib baik kita sempat keluar.
Ada polis kisah kalau apa-apa jadi kepada kita?
Entah-entah, polis tak nak pun selamatkan kita.
Saya tak hairan kalau pengarah tahu, tapi macam mana dia boleh tahu?
Tahu apa?
Yang Ejen Park sedang menjalankan misi rahsia.
Macam mana budak itu tahu dulu?
Mungkin Ejen Park beritahu dia.
Dia bukan orang biasa.
Dia anak duta Korea ke AS.
Budak itu VVIP.
Macam mana tuan tahu?
Dia suruh saya keluarkan tebusan.
Mungkin dia rasa bersalah.
Maksudnya, polis tak kisah kita mati asalkan anak duta itu selamat?
Cukuplah.
Susulan drama rompakan di Kilang Wang Korea Bersatu,
seluruh dunia menantikan usaha
kerajaan Utara dan Selatan bagi menyelesaikannya.
Media asing mula mempertikaikan sikap acuh tak acuh
kedua-dua kerajaan dalam menangani konflik…
- Tuan, situasi… - Dah berhari-hari anak saya di sana!
Sabar dulu, tuan.
Awak pun ada anak! Cuba letak diri awak di tempat saya.
Saya faham, tuan.
Sebab itu saya janji yang saya akan pastikan polis…
Jangan tahu berjanji saja!
Kalau ada satu calar pun pada badan anak saya,
lupakan Persidangan Antara Korea itu!
Tuan, apa kaitannya dengan situasi di kilang wang?
Saya dan pengarah CIA berkawan sejak menuntut di Universiti Brown.
Dia kata awak dan Encik Oh berkomplot untuk seleweng dana persidangan itu.
- Apa yang… - Cukup!
Beritahu Encik Oh.
Kalau anak saya diapa-apakan, dia takkan dapat sesen pun!
ECONOMIC PEOPLE
Marah betul dia.
Kita tak boleh guna kekerasan, bukan?
Awak tahu?
Saya dapat maklumat daripada sumber yang dipercayai.
Kononnya geng perompak itu cetak duit di dalam kilang wang.
Apa? Macam mana…
Awak tahu
berapa banyak saya dah melabur untuk bangunkan Korea Utara?
Berapa banyak saya berhabis untuk melobi awak jadi presiden?
Kalau duit saya hangus,
lupakan saja perjanjian kita.
Awak pun dengar dia mengamuk tadi.
Kita tak boleh guna kekerasan.
Apa yang susah sangat?
Kita cuma perlu selamatkan anak dia.
Penggunaan elektrik sangat tinggi. Ternyata mereka cetak duit.
Apa kata orang atasan?
Saya dah hantar laporan.
Berdasarkan situasi, mereka masih berbincang.
Apa?
Macam mana dengan nombor siri? Duit itu sah?
Itu pun belum diputuskan.
Mereka nak kita buat kerja atau tidak?
Bukan itu saja.
Mereka arahkan kita berhenti mengintip dengar.
Apa maksud tuan?
Kenapa?
Mereka terima banyak aduan awam.
Ikut sajalah.
Arahan itu tak masuk akal!
No comments yet. Be the first to leave one.