Birth of a Beauty

Birth of a Beauty (미녀의 탄생)

دانلود زیرنویس Malay

هماهنگ با نسخه‌های زیر

Birth Of Beauty E14 viki com
ناشر aidilskr
Sumber video dari viki.com. Kalau timing lari, sila betulkan dengan Subtitle Workshop. Sila bagi kredit kepada translator asal jika mahu resync.

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2016-02-04
تعداد دانلود: 48
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

Episod 14 Orang yang saya sayang ada disini menonton saya.

Dua orang itu adalah sebab saya hidup.

Saya curahkan seluruh isi hati saya pada hidangan ini.

Saya mahu berikannya kepada orang yang saya sayang.

Terima kasih kerana melindungi anak makcik.

Sebenarnya saya yang berterima kasih pada dia.

Disebabkan dia, saya rasa macam saya miliki seluruh dunia.

Mari menari.

Bersama-sama.

Apa sedang berlaku ni, Doktor?

Kamu CEO syarikat Winner Food?

Kan saya dah cakap malam tadi.

Kita dah janji nak menari di tempat istimewa, dengan kata-kata istimewa.

Puan.

Kahwinilah saya.

Apa?

Kahwini saya.

Kahwini kamu?

Ya, kahwini saya.

Kahwini kamu?

Maksud kamu...

Kamu dan saya berkahwin?

Tak apa. Kamu tak perlu beri jawapan sekarang.

Saya akan tunggu jawapan kamu.

Macam mana mereka boleh kanal?

Winner Food melancarkan hidangan Sara sebagai makanan segera.

Kahwin?

Saya kahwini dia?

Kahwin?

Abang Tae Hee dan kamu?

Orang macam kamu nak kahwini abang Tae Hee?

Kamu peduli apa saya ni orang macam mana?

Aku ahli keluarga abang Tae Hee.

Aku bercakap sebagai adik dia.

Sara.

Kau tak layak untuk dia.

Oh begitu.

Adik dia?

Adik yang menghabiskan duit dia untuk belajar?

Adik yang pernah melukai hati dia?

Sekarang kau nak mengaku jadi adik dia semula?

Kau begitu mudah menukar peranan, macam permainan.

Apa?

Aku tak perlu rasa rendah diri depan orang tak tahu malu macam kau.

Kau tak layak nak cakap pasal harga diri aku.

Kau rasa kau layak ke?

Abang Tae Hee adalah pewaris Winner Group.

Dia yang akan menerajui seluruh syarikat ini.

Lepaskan abang Tae Hee.

Kau sendiri tahu.

Kau takkan dapat dia atau Winner Group.

Masalah kamu sendiri pun belum selesai.

Tapi kamu dah menyibuk hal orang lain.

Apa kamu perlu buat...

Adalah putuskan untuk hidup dengan Lee Kang Joon atau tidak.

Kau selamanya akan jadi Sa Keum Ran.

Isteri Lee Kang Joon, Sa Keum Ran.

Kau tak boleh kahwini orang lain. Kau masih isteri orang.

Baiklah.

Aku akan buat suami kau, Lee Kang Joon, untuk uruskannya.

Presiden Han.

Bagaimana dengan cincin?

Ini kejutan. Tak boleh didedahkan secara serentak.

Saya akan dedahkan sebentar lagi.

Han Tae Hee!

Oh, kamu datang ya!

Memandangkan ini hari baik, janganlah kita bermasam muka.

Saya mahu ucapkan tahniah. Tapi saya agak risau.

Winner Food sedang menanti keputusan mahkamah untuk isytiharkan muflis.

Memang kamu telah dilantik sebagai CEO.

Tapi kamu tak boleh melawan kehendak pemegang saham.

Saya sedang cuba selamatkan Winner Food.

Ia tidak melanggar peraturan Winner Group.

Kamu memang berani.

Kamu mungkin akan disalahkan kalau ia gagal.

Saya pernah hilang semuanya semasa berumur 10 tahun.

Saya tak takut, sebab saya takkan rugi apa-apa.

Kamu takkan rugi apa-apa?

Oh!

Saya ada tetamu istimewa.

Siasat apa dia nak buat dengan Winner Food.

Walau apa pun, halang dia dari melancarkan produk baru.

Sara.

Kamu pun datang juga?

Esok pelajaran pertama mak saya, kan?

Ya. Saya dah ambil alamat dia.

Saya akan pergi jumpa dia esok.

Saya akan hantar kereta ambil kamu.

Mak saya sukakan kamu, Sara.

Dia kacak dan bujang. Dia ada segalanya!

- Saya dengar dia ada personaliti yang hebat. - Nampaknya begitulah.

Patutkah saya tegur dia?

Kamu berani ke?

Nak makan tak?

Cakaplah "ya" dulu, baru ambil.

Ya, hah?

Macam kamu cakap "ya" bila dilamar.

Ya!

Ya!

Tak, saya tak nak makan.

Tak nampak ke pakaian saya dah ketat?

Kalau saya makan, mungkin pakaian saya akan koyak.

Tapi saya ada satu soalan.

Apa yang dah berlaku?

Jawatan CEO kamu, dan Winner Group?

Ia tak benar, kan?

Kamu hanya ketua jabatan, kan?

Saya akan jelaskan di rumah nanti.

Apa pun, cakaplah "ya".

Berlatih sebut "ya". Ya, hah?

Baiklah.

Minum ni.

Sebut "ya" dulu.

Susah sangat ke nak sebut "ya"?

Kamu nak tengok saja ke?

Ujian cap jari mengesahkan ia perbuatan Sa Keum Ran.

Ini bermakna Sa Keum Ran masih hidup.

Kamu kena cari dia.

Dimana Sa Keum Ran?

Saya belum tahu.

Saya cuma syak yang dia masih hidup.

Saya rasa Sa Keum Ran ada dekat dengan kita.

Fikirkan tentang apa yang telah berlaku.

Dia sedang perhatikan kita dari dekat.

Bila Kang Joon tahu siapa kau

keadaan akan jadi sangat menarik.

Pandai Puan menari.

Betul ke itu kali pertama?

Jangan-jangan kamu tak pergi ke pasar, tapi pergi belajar menari?

Doktor pula bagaimana? Kamu selalu goda perempuan dengan cara tu?

Menarik dan menolak... Kamu memang pakar!

Ramai orang kagum lihat kamu.

Terutamanya perempuan.

Janganlah cemburu.

Tak kira berapa ramai wanita yang ada

orang yang saya lamar adalah kamu, Puan.

Malam pertama bulan madu kami mesti di sini, di rumah ni.

Aduhai.

Bulan madu yang seronok.

Sukanya.

Kahwini dia?

Bolehkah...

Saya mendapat kebahagiaan begitu?

Puan!

Marilah minum bir bersama!

Saya dah sediakan T-shirt pasangan ni.

T-shirt pasangan?

Ya, saya datang!

Kenapa kamu ketawa bila tengok mata saya?

Tak!

Kali ini saya ketawakan pipi kamu.

Pipi kamu sangat merah.

Merah macam bontot monyet!

Pipi Doktor macam sedang terbakar.

Ya ke?

Memandangkan kita dah minum alkohol

apa kata kita main permainan Cakap Benar?

Bila mabuk orang main 'Cakap macam kawan'.

'Cakap macam kawan'?

Tapi ia kurang adil bagi saya.

Memandangkan ini hari baik, marilah kita main.

Hei budak tak guna!

Apa?

Berani kamu cakap selamba dengan saya?

Berapa umur kamu?

Saya?

Saya lahir tahun 1985.

Aku lahir tahun 1982, tak guna!

Semasa kau darjah empat, aku dah masuk sekolah menengah!

Kalau aku kahwin awal sedikit.

Aku dah ada anak sebesar kau!

Bukan... sebab masa kita mula-mula jumpa...

Berapa umur aku tadi?

Cik Sara.

Cik?

- Puan Sara. - Puan?

- Kakak. - Ya, itulah kau patut panggil.

Tapi...

Kakak.

Apa ni?

Kamu marah saya ke? Kalau tak puas hati, cakaplah.

Kenapa kamu tak beritahu saya?

Tentang kamu dan Winner Group.

Kenapa tak beritahu saya?

Saya keliru.

Siapa kamu?

Pakar bedah plastik?

Pemilik restoran?

Pewaris Winner Group?

Saya akan jelaskan.

Puan lebih tahu pasal saya berbanding orang lain.

Saya cuma tak ceritakan pasal ibu bapa saya.

Memang saya nak ceritakan semuanya hari ni.

Nenek.

Mak dan ayah.

Dan saya.

Saya tinggal bersama keluarga sampailah saya berumur 10 tahun.

Semasa kemalangan tu, ayah sembunyikan saya.

Dan saya seorang saja yang terselamat.

Disebabkan trauma, saya terpaksa hidup dalam rahsia.

More Malay subtitles for Birth of a Beauty

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left