House of Cards

House of Cards

دانلود زیرنویس Malay

فصل 1

هماهنگ با نسخه‌های زیر

House of Cards (2013) - 01x11 - Chapter 11
ناشر badh182

برچسب‌ها

other
تاریخ انتشار: 2017-07-30
تعداد دانلود: 75
مخصوص ناشنوایان: No

پیش‌نمایش زیرنویس Malay

نخستین 200 خط.

SIRI ASLI NETFLIX

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Ini Russo. Sila tinggalkan mesej.

Dia tak jawab panggilan saya.

Tentu dia tahu semuanya dah musnah.

Awak tak rasa ada cara lain untuk dia kembali pulih?

Ahli Republikan akan memainkan temu ramah itu

di setiap stesen radio dan televisyen dari sekarang sampai 5 November nanti.

Saya kasihan dengan dia,

tapi saya memang risau sejak mula lagi.

Saya sepatutnya dengar cakap awak, tuan.

Saya ingat dia boleh atasi tekanan ini.

Okey. Jadi dia tarik diri.

Kita kena cari pengganti dia.

Awak ada cadangan?

Dalam masa kurang dari dua bulan?

Kalau presiden tak sisihkan saya masa perbincangan awal,

saya boleh fikirkan pilihan yang baik, tapi...

Saya tak tahu sesiapa yang ada nama dan sumber penderma

untuk memulakan kempen baru dari awal dalam masa tujuh minggu.

Biar saya fikir.

Semuanya bergantung pada apa yang akan berlaku dalam beberapa minit lagi.

Semua perancangan berbulan-bulan, setiap tindakan yang saya ambil.

Ada seorang.

Siapa?

Awak, Encik Naib Presiden.

Kalau awak bertanding untuk mendapatkan semula kerusi awak,

saya rasa awak akan menang besar.

Letak jawatan naib presiden?

Itu pun kalau awak menang.

Walker perlukan saya pada tahun 2016.

Awak pasti dia akan simpan awak sebagai calon?

Maksud saya, semua orang tahu yang kamu berdua tak sebulu.

Apa dia cakap?

Awak buat saya rasa serba salah pula.

Dia ada kutuk saya?

Ayat yang dia guna ialah "menyusahkan".

Sial.

Dia tak tahu macam mana nak jadi pemimpin,

tak tahu nak hormat orang.

- Ini idea dia, ya? - Tak.

Cara nak singkirkan saya?

Tak, saya yang terfikir semalam dan saya rasa lebih baik dikongsi.

Tapi saya tak pernah bincang dengan orang lain.

Jangan.

Mana ada orang tinggalkan Rumah Putih untuk jadi gabenor?

Boleh saya tanya satu soalan peribadi, tuan?

Betulkah awak nak jadi naib presiden?

Peter cakap, masa awak ikut berkempen,

awak sungguh bersemangat dan bertenaga

sampai dia fikir awak mungkin rindu nak jadi gabenor.

Memang pun.

Kenapa tak nak jadi gabenor semula?

Awak boleh jadi wira dalam pilihan raya ini

dan menang di Pennsylvania untuk ahli Demokrat pada tahun 2016.

Garrett takkan setuju dengan idea begini,

walaupun dia benci saya.

Dia akan nampak lemah,

macam dia tak dapat kawal tampuk pentadbiran.

Melainkan kalau ia keputusan bersama.

Begini, biar saya bincang dengan Garrett.

Saya takkan cakap yang kita pernah berbincang.

Saya rasa tak salah kalau sekadar nak tahu pendapat dia.

Terima kasih, Encik Naib Presiden.

Slogan untuk 400 dolar.

"1976. Dia buat kita rasa bangga lagi."

- DJ. - Siapa Carter?

- Bukan. John. - Siapa Ford?

Peter?

Slogan untuk 600 dolar.

Peter, awak di sini?

"1888. Topi datuk muat dengan Ben."

- Claudia. - Siapa Benjamin Harrison?

Ya.

Slogan presiden untuk 800 dolar.

"1900: Baldi penuh..."

Dalam perjalanan tadi saya hampir telefon polis suruh mereka pecah masuk

dan pastikan awak tak cederakan diri sendiri.

Saya takkan tanya apa yang berlaku.

Dah tak penting sekarang.

"1964. Dalam hati..."

Apa yang penting sekarang...

- Yang penting... - Siapa Goldwater?

- Claudia. - Siapa Goldwater?

Barry Goldwater.

Ya.

Jangan begitu. Hei, saya nak tengok.

Apa yang penting ialah 50 wartawan ada di depan bangunan awak

dan 150 pekerja kempen yang tak tahu sama ada mereka masih ada kerja atau tak.

Semuanya dah berakhir.

Saya tahu.

Jadi, suruh mereka pergi.

Awak nak menyorok di sini dan berharap semuanya berlalu begitu saja?

Ya, itulah rancangan saya.

Saya takkan biarkan.

Hei, letak botol itu.

Hei!

- Hei, letak botol itu! - Peter...

Kita kena buat kenyataan.

Telefon saya bila awak dah bersedia.

Saya akan berada di ibu pejabat Philadelphia.

Saya takut yang saya terlalu menaruh hati pada awak.

Saya rasa sebab itu saya putuskan hubungan kita.

Awak tak boleh rasa takut?

Tak. Rasa takut tak mencapai apa-apa.

Tak betul.

Masa saya di luar negara,

takutkan rasional, penyakit atau keganasan yang menyebabkan saya terus hidup.

Di sini pula... Oh Tuhan.

Saya takut terhadap perkara yang saya tak tahu hujung pangkal.

Contohnya, berapa banyak yang saya tak tahu?

Atau adakah hari ini dan saat ini dibazirkan?

Ya, saya fikir begitu kadang-kadang.

Sama ada hidup saya bermakna atau tak.

Francis akan rasa meluat kalau dia dengar saya cakap begini.

Dia tahu awak di mana?

Tak, dia tak tahu.

Kalau dia cari awak, di situlah awak.

Di sana.

Sebelum awak jumpa Frank.

Bersendirian.

Tertanya-tanya.

Memerhatikan semua benda.

Awak tak kenal siapa saya masa saya kecil.

Dia kenal diri awak yang itu?

Dia tak berminat dengan perempuan begitu.

Saya pun.

Apa yang awak minat?

Jadi lebih daripada seorang pemerhati.

Awak nak dilihat.

Bukan saja dilihat.

Saya nak jadi orang penting.

Tak ada sejarah lampau.

Aaron Burr bertanding untuk gabenor, Calhoun untuk Senat.

200 tahun dulu.

Seorang terlibat dalam pergaduhan, seorang lagi sokong perhambaan.

Rakan kongsi begitukah yang kita nak?

Tuan Presiden, kita boleh kalah di negeri atas pagar

untuk majoriti kita di Dewan Negara dan mungkin penggal kedua tuan.

Untuk mengelak semua itu, kita perlukan usaha yang lebih.

Nanti nampak macam saya yang singkirkan dia.

Atau lebih teruk, dia yang tinggalkan pentadbiran.

Tuan buatlah kenyataan bersama.

Tuan cakap dia takkan letak jawatan melainkan dia menang.

Kalau dia kalah, dia kekal sebagai naib presiden.

Tiada siapa akan tuduh kamu tak setia dengan satu sama lain.

- Jim yang beri cadangankah? - Tak. Ini idea saya sepenuhnya.

Saya takkan bercakap dengan naib presiden tanpa persetujuan tuan dulu.

Saya rasa dia akan anggap ini adalah satu penghinaan

yang saya cuba singkirkan dia.

Sejujurnya, tuan, saya rasa sebenarnya dia sangat berminat.

Kenapa pula?

Saya malaslah nak ungkit,

tapi masa dia berkempen untuk Russo,

dia cakap macam-macam tentang tuan.

Beritahu saya.

Dah tentu saya dapat tahu daripada Peter,

tapi isi pentingnya ialah,

tuan tak pandai memimpin

dan tuan tak tahu hormat orang.

Dia nak lebih tanggungjawab.

Macam mana saya nak beri kalau dia tak tunjuk contoh yang baik,

tak ada disiplin?

Itulah maksud saya.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya sebab menyokong Russo,

tapi masih ada sinar harapan bagi semua ini.

Tuan boleh capai dua matlamat.

Menawan Pennsylvania untuk Demokrat

dan cari yang cara mulia untuk menggantikan Matthews.

Apa pendapat awak?

Saya rasa itu satu keputusan yang penting

dan kita tak nak buat keputusan terburu-buru.

Saya setuju. Saya nak fikir masak-masak.

Tindakan yang wajar, tuan.

Cuma ingat, tinggal tujuh hari saja lagi dan setiap hari bermakna.

- Hai, tuan. - Berapa?

Saya ada resit di sini.

Bukan. Harga semuanya cuma 40 dolar.

Ya. Jangan beritahu sesiapa, okey?

Saya takkan beritahu apa-apa tentang penyewa kami.

Pihak media masih ada di luar?

Ya, saya cakap awak tak ada, macam awak suruh.

Kebanyakannya dah pergi. Masih tinggal beberapa saja.

Kalau saya nak pergi, ada tak tempat yang saya boleh pergi tanpa dilihat?

Ya. Lif pengangkut terus turun ke garaj.

- Saya boleh panggil teksi atau... - Terima kasih. Nanti saya beritahu.

Encik Russo...

Tuan, ini bukan urusan saya,

tapi pak cik saya pun banyak kali tewas juga.

Bila dia kembali ketagih, lebih baik dia tak berseorangan.

Saya akan beri duit ini semula, ambil beg itu daripada awak,

masuk ke rumah, teman awak...

Saya hargai sangat.

Saya akan beritahu kalau saya ubah fikiran.

Boleh awak datang? Kita kena berbincang.

Duduk.

Mana Claire?

Tak ada di sini.

Jadi apa semua ini?

Awak nak pujuk saya balik?

More Malay subtitles for House of Cards

نظرات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left