نخستین 200 خط.
Mana?
Yuri, awak buat apa?
- Mana sebelah lagi kasut saya? - Awak sedang pegang.
Saya tahu, tapi di mana sebelah kasut lagi?
Awak sedang pakai.
Ya.
Kenapa awak minum juga?
- Ia saat kelemahan. - Kelemahan?
Kelemahan adalah sebanyak ini, awak habiskan sebotol.
Rupanya saya suka.
- Maaf. - Yuri.
- Busuknya nafas awak. - Saya dah gosok gigi.
Busuk bau alkohol.
Apa patut saya buat? Macam mana kalau mereka tahu?
- Habislah saya. - Itu masalah awak.
Kita kembali ke kelab?
Kita di tengah jalan, Yuri. Dan ia sangat gelap.
Maknanya bola disko itu ikut kita ke sini.
Yuri...
Apa benda itu?
Awak boleh nampak juga?
- Awak mabuk, bukan? - Apa yang awak buat?
Sekarang dah pukul berapa?
Awak tahu pukul berapa sekarang?
Lampu rosakkah?
Jangan tanya tentang lampu.
Saya tanya dah pukul berapa sekarang, bukan lampu itu.
- Mana awak pergi, Ndro? - Ale mana?
- Dia dah tidur? - Tentulah dah pukul 1:00 pagi.
Memanglah dia dah tidur.
Awak tahu sekarang pukul berapa. Kenapa awak tanya saya?
Saya tanya, awak ke mana tadi?
Jarang awak keluar tanpa beritahu...
...dan balik tengah malam dan tinggalkan telefon di rumah.
Apa maksud semua ini? Awak ada hubungan sulitkah?
Saya sangat cintakan awak.
Jadi, kenapa awak balik lewat malam begini?
Awak ke mana tadi?
Dia akan percaya walaupun saya beritahu dia?
- Saya bersama... - Dengan siapa, Ndro?
Patutkah saya beritahu perkara sebenar?
- Saya bersama... - Kekasih? Perempuan simpanan?
Kawan baru awak?
Aduhai, macam mana saya nak beritahu dia?
- Saya bersama... - Dengan siapa, Ndro?
Saya bersama...
Apa-apa sajalah. Paling teruk pun, saya akan tidur di sofa.
Makhluk asing.
- Makhluk asing? - Ya, makhluk asing.
Awak dah gila, Ndro.
Kalau awak nak tipu saya, pilih yang masuk akal.
Saya tak tipu.
Awak nak saya percaya awak jumpa makhluk asing? Yakah?
Benar, Nita.
Macam mana awak jumpa makhluk asing itu? Saya nak tahu.
Okey, saya akan beritahu awak.
Lebih baik daripada dituduh jalinkan hubungan sulit.
Tunggu apa lagi?
Okey, tapi awak kena bayangkan dalam kepala awak.
Baiklah.
Saya dalam bas untuk pergi ambil motosikal di tempat letak kereta.
Makhluk asing awak sangat menakutkan, Ndro.
Bukan makhluk asing itu.
Yang ini nampak macam pakai kostum.
Macam ini?
- Itu ialah Iron Man. - Awak kata pakai kostum.
Kita bukan bercakap tentang hero hebat.
Macam ini?
Nita, itu Ondel-ondel.
Tak, saya takkan tengok. Saya terlalu takut.
Kenapa awak buat begitu? Awak tahu saya tak suka filem seram.
Imaginasi awak terlalu liar, kita bercakap tentang makhluk asing.
Bukan begini.
Jauhkannya!
Dia merajuk.
Awak pasti kita tak bercakap...
...tentang makhluk asing rambut panjang?
Ya.
Beritahu saya bagaimana rupa makhluk asing itu.
Hei. Penyanyi jalanan, badut, pencuri pun bayar tambang bas.
Saya tahu sukar untuk awak cari kerja dengan topeng hodoh itu.
Tapi saya juga bekerja untuk menyara hidup. Bayar sekarang.
Apa? Sekarang awak beri saya duit yang banyak?
Awak nak menunjukkah? Itu terlalu besar.
Saya tak ada duit baki. Kami baru saja mula perjalanan.
Saya tak ada duit lebih kecil.
Saya baru saja tukarkannya dari pengurup wang.
Guna saja yang ini.
- Ini bakinya. - Simpan saja.
Terima kasih. Tak seperti dia yang kedekut.
- Terima kasih. - Sama-sama.
- Apa-apa pun, saya Indro. - Terima kasih, Indro.
- Nak ke acara berpakaian kostum? - Apa?
Acara berpakaian kostum. Orang yang pakai kostum macam awak.
- Saya pakai ini setiap hari. - Bukan, maksud saya ini.
Maaf. Ini.
Kalau janggut dia macam ini, macam mana dengan bulu ketiaknya?
Biar saya perkenalkan diri. Nama saya Alien.
Awak boleh panggil saya Al.
Sekejap.
Sekejap.
Macam mana saya nak percaya ada makhluk asing bernama Alien.
Dan nama panggilannya adalah Al?
Kenapa tak panggil dia Al-El-Dul saja?
Jangan cakap yang ibunya ialah Bunda Maia.
Saya tak tahu apa-apa tentang mak dia.
Tapi nama isteri dia Elizabeth.
Dia dipanggil El.
Betulkah awak makhluk asing?
Saya ada bukti kalau awak tak percaya.
Kami di sini panggilnya boomerang .
Awak nampak macam presiden dalam gambar ini.
Saya bukan presiden, saya seorang raja.
Saya Raja Makhluk Asing.
- Hebat! - Macam itulah.
- Ia semakin tak masuk akal. - Ini nyata.
- Palsu. - Benar.
Kalau benar, kenapa dia boleh berbahasa Indonesia?
Awak rasa ada guru bahasa Indonesia yang ajar dia di sana?
Ajar dia bercakap bahasa Sunda.
Saya dah tanya dia. Awak tahu tak?
Dia juga boleh bercakap bahasa Sunda.
Kalau betul awak makhluk asing, kenapa cakap bahasa Indonesia?
Saya ada kemampuan untuk bercakap sebarang bahasa di dunia ini.
Saya hanya perlu menukar frekuensi.
- Boleh saya uji awak? - Boleh.
Cuba cakap "Awak diam saja" dalam bahasa Rusia?
Dalam bahasa Vietnam?
Dalam bahasa Sunda?
Awak gila, Ndro.
Kisahnya terlalu mengarut.
Apa maksud awak?
Adakah dia makhluk asing atau pelawak?
- Nanti, awak nak ke mana? - Saya nak ambil minuman.
Mendengar cerita mengarut awak buat saya dahaga.
Ini tak masuk akal.
Dan kenapa dia datang ke Bumi?
Kalau begitu, kenapa awak datang ke Bumi?
Lebih baik saya beritahu awak tentang tempat asal saya...
...dan apa yang buat saya datang ke Bumi.
Saya tinggal jauh dari Bumi.
Ini sistem solar.
Planet yang kecil dan berbulu itu adalah tempat tinggal saya.
- Nama planet saya ialah... - Tunggu sekejap!
Sejak bila ada planet berbulu?
Ndro, tolong beritahu isteri awak jangan ganggu cerita saya.
Dia mengganggu saya.
Awak makhluk asing yang sensitif, bukan?
Biar saya mula dari awal sekali lagi.
Planet yang kecil dan berbulu itu adalah tempat tinggal saya.
Ia dipanggil Planet Alienus.
Ini planet kami.
Walaupun ada persaingan global...
...rakyat kami sibuk bergaduh sesama sendiri.
Kami bergaduh atas perkara yang kecil.
Kami bergaduh atas perkara yang tak masuk akal.
Dalam kalangan spesies bintik polka yang sama,...
...kami bergaduh tanpa sebab.
Kami bergaduh sebab memilih ketua kejiranan...
...sehinggalah memilih warna seluar dalam yang berbeza.
Planet kami yang sepatutnya maju ke hadapan...
...malah mundur sebab asyik bergaduh.
Sedih saya melihatnya.
Sedangkan kami tinggal di planet yang paling indah di dunia.
Sekejap, yang paling indah? Lebih baik daripada Bumi?
Saya tak percaya. Saya rasa awak keliru.
Ia berdasarkan data statistik.
Sebab itulah saya selalu pergi melancong...
...untuk belajar komparatif.
Sama seperti pegawai di negara awak.
Mereka cuma pergi bercuti.
Bercuti? Saya buat untuk belajar komparatif.
Asalnya saya nak pergi Utarid, tapi hubungan kami tegang...
...kerana pertikaian nama planet ini.
Saya takut nak ke Zuhrah.
Kenapa?
Sebab cuma ada perempuan di planet itu.
Jadi apa masalahnya kalau ia penuh dengan perempuan?
Isteri saya.
- Kenapa dengan isteri awak? - Dia mudah cemburu.
Dia tak pernah percayakan saya. Dia rasa tak yakin.
Setiap kali saya balik lewat, dia akan soal saya.
Kesilapan kecil itu boleh buat dia marah.
- Perkahwinan awak sangat rumit. - Ya.
Bagaimana dengan isteri awak?
- Isteri saya... - Berhenti.
Kalau awak nak merungut tentang saya,...
...jangan guna makhluk asing sebagai alasan.
- Apa maksud awak? - Dah jelas.
Awak asyik cakap tentang makhluk asing dan planet rambutan itu.
Awak buat semua itu supaya awak boleh kritik saya, bukan?
Tak, saya bukan mengkritik awak. Saya bercakap benar.
Begitulah isteri En. Al. Dia kata isterinya suka soal siasat dia.
Kalau itu gambaran tentang isteri makhluk asing,...
- ...macam mana dengan saya pula? - Jangan celah saya bercerita.
Bagaimana dengan isteri awak?
Isteri saya tak sama macam isteri awak.
Dia cantik, bijak, manis, boleh mengaji, pandai memasak...
...dan sangat lembut.
Betulkah awak cakap begitu?
No comments yet. Be the first to leave one.