Julkaisutiedot

Love Destiny the Movie 2022 1080p NF WEB-DL AAC2 0 x264-HBO-RBB
Kommentaari Pinguoin

Tunnisteet

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x264
1080
Julkaistu: 2022-12-01
Lataukset: 29
Kuulovammaisille: No

Malay tekstityksen esikatselu

200 ensimmäistä riviä.

FILEM INI DIINSPIRASIKAN OLEH ANEKDOT SEJARAH,

ORANG, TEMPAT DAN ZAMAN.

PERISTIWA YANG DIGAMBARKAN DALAM FILEM INI HANYALAH REKAAN.

LUANG AWUTWISET

MRT LALUAN BIRU KE THA PHRA - BANG WA - PHASI CHAROEN

TAHUN 2021

SAYA TUNGGU DI RUMAH AWAK.

TUNGGU. SAYA BARU TURUN DARI MRT.

JIKA AWAK TAK SAMPAI DALAM MASA 10 MINIT, SAYA AKAN PERGI.

TUNGGU DULU. SAYA AKAN BERI DISKAUN UNTUK APA-APA YANG AWAK SUKA.

Rumah ini sudah dijual?

Ya.

Saya tak dapat harga berpatutan.

Tapi saya tak tahu kenapa saya menyimpannya.

Tapi yang ini, Noon.

Pistol Luang Awutwiset.

Harta pusaka keluarga saya.

Dari era Rama III.

Dia pemilik gedung serbaneka pertama di Thailand.

Nah, tengoklah ini.

Noon.

Awak nampak kotak kayu dalam gambar ini?

Ia yang sama.

Ini gambar datuk dan nenek moyang saya.

Kalau awak nak, saya akan beri gambar ini juga.

Mereka nenek moyang awak.

Simpan untuk beri penghormatan.

Pistol ini pula…

LUANG AWUTWISET

Saya akan beri awak 500,000.

Bunyinya macam okey, tapi…

biar saya bincang dengan mak saya dulu.

Dia sayangkan pistol ini.

Beritahu mak awak, saya boleh bayar sehingga 600,000.

Kalau begitu, 650,000.

PN. LEELAWADEE HUNTRAKUL

Mak.

Saya tahu pistol itu ada sejarah yang panjang.

Tapi dia memang beri harga yang berpatutan, mak.

Cukup untuk beli kereta.

Tapi kalau mak tak okey,

tolong beri saya isyarat.

Sama ada angin kencang, guruh atau buat sesuatu jatuh.

Mak tak kisah?

Kalau begitu,

saya akan menjualnya.

Apa?

Apa?

Apa?

Tolonglah.

Kenapa?

Apa?

SUNGAI CHAO PHRAYA

PAGODA PRAYURAWONGSAWAS

KILANG BRITISH

KUIL FAJAR

TEATER PUTERA

ISTANA PUTERA

KEDIAMAN SUNTHORN PHU

TEMBOK KOTA

ISTANA DIRAJA

RATTANAKOSIN AWAL ERA 1844

GEREJA ASSUMPTION

"Kapal ekspres dari Liverpool dan England

telah berlabuh di pelabuhan Singapura."

"Orang ramai berkerumun untuk melawat kapal besi."

Ini yang ditulis dalam surat berita.

Ini bermakna kapal ekspres

sudah hampir tiba di Siam, betul, tuan?

Tuan.

Tuan.

Saya baru beli ini daripada pedagang Cina di pasar.

Paderi Jean-Baptiste Pallegoix.

Boleh beri perhatian kepada apa yang saya cakap, tuan?

Baiklah.

Mari lihat ini, Cik Gaysorn.

Bahasa apa ini?

Ia bukan Khmer.

Saya tak pasti jika ia bahasa Siam.

Lihatlah. Awak boleh baca atau tidak?

Ia aksara Siam, tuan.

Tapi ia ditulis dengan cara yang pelik.

"Nama saya Ketsurang."

"Saya pelajar arkeologi tahun empat."

"Saya gadis bersaiz besar."

"Pada tahun 2018,

saya mengembara ke masa lampau…"

"Sekarang saya berada di dalam badan Cik Karaket,

yang paling cantik

sama seperti Cik Grand sebelum ini…

Ayutthayah!"

"Ayutthayah…"

Pasti bermaksud bandar Ayutthaya.

Namun, "kembali ke masa lalu…"

Apa maksudnya, tuan?

"Dahsyatnya. Sangat hebat."

"Dej dinaikkan pangkat

menjadi Khun Sriwisarnwaja."

Jurnal ini memang menarik.

Boleh awak baca dan beritahu saya nanti?

Ya, tuan.

Dej!

Karaket, sayang.

Awak menulis tentang saya secara rahsia?

Ini jurnal peribadi saya. Awak tak dibenarkan membacanya.

Tak boleh!

Bhop.

Kamu dah bangun, nak?

Belum lagi, mak.

Jadi siapa yang jawab soalan mak?

Mak rasa dah tiba masa untuk kamu jumpa tunang kamu.

Kamu berlengah-lengah selama bertahun-tahun.

Kamu tak pernah jumpa dia.

Kamu ingat tak?

Ayah kamu mengikat kamu dengan Gaysorn.

Jika kamu berdua berkahwin, hidup kamu akan diteruskan.

Tapi jika tidak…

Sama ada kamu atau Gaysorn akan mati.

Talian hayat akan dipotong.

Kalau kamu yang akan mati, macam mana mak nak teruskan hidup?

Saya memang nak pergi jumpa tunang saya hari ini.

KEDIAMAN KETUA SOMBATBORDI

KEDIAMAN KOLONEL POLIS

Ketua Sombatbordi.

Awak patut beritahu yang awak nak datang.

Hari ini, Gaysorn tiada di rumah.

Dia pergi belajar di gereja sejak awal pagi.

Sayangnya kamu berdua belum berjumpa lagi.

Tak apa.

Sebenarnya, saya datang nak jumpa awak.

Empat tahun lalu,

ibu bapa saya dan awak

telah mengikat pertunangan saya dan Gaysorn.

Tapi saya sibuk dengan kerja.

Saya perlu bina kuil utama di bandar Prib Pri.

Apabila saya kembali ke ibu kota,

saya perlu bina pagoda di Kuil Prayun.

Jadi saya tak pernah berpeluang untuk bertemu Gaysorn.

Saya…

nak minta…

putuskan pertunangan ini.

Saya tak rasa ia lucu, Pi.

Lain kali saya akan bawa awak lihat sesuatu yang lebih menarik.

Ada apa, cik?

Kapal dari England. Ia diperbuat daripada keluli,

tapi ia terapung di atas air.

Cik.

Mana-mana kapal sama saja.

Mari kita tonton lakonan itu.

Persalinan diraja Putera ini adalah pakaian terbaik di ibu kota, cik.

Bagaimana awak boleh suka?

Phra Aphai Mani sentiasa menjadi pujaan wanita.

Kalau saya tulis cerita itu, saya akan suruh gergasi makan dia.

Boleh kamu diam tak?

Saya tak faham apa yang berlaku.

Siapa itu?

Cuma seorang lelaki.

Dia kacak, tapi keningnya bercantum.

Nampaknya dia pelanggan tetap di sini, cik.

Suruh dia tutup telinga.

Tutup telinga awak, encik.

Suruh orang di sebelah awak tutup mulutnya.

Biadabnya.

Orang sedang menonton persembahan.

Mari kita balik, Pi.

Saya rasa seram sejuk.

Ya, cik.

Siapa nama kamu?

Siapa ibu bapa kamu? Di mana kediaman kamu?

Kenapa guna perkataan "kamu"?

Awak kedengaran sangat kuno.

Jadi saya patut panggil awak apa?

Saya belum tahu nama awak lagi.

Nama saya Viola. Nama adik saya Fiddle.

Nama ibu kami Violin.

Nama ayah kami Cello. Kami ialah ahli muzik tali.

Kamu berdua pandai bermain-main.

Kenapa kakak awak berpakaian seperti pembantu?

Kakak saya suka menyamar.

Betul.

Kalau tak, kami tak boleh keluar rumah.

Lelaki menunggu untuk menculik saya kerana saya agak cantik.

Kalau begitu, awak tak perlu menyamar.

Melihat awak secantik matahari terbenam.

Biar saya beritahu sesuatu untuk kebaikan awak.

Cik Gaysorn sudah ditunangkan.

Tunangnya pegawai berpangkat.

Entah-entah pangkat biasa.

Nama dia Ketua Sombatbordi.

Awak Gaysorn?

Anak perempuan Kolonel Polis?

Bagaimana awak tahu?

Saya sebenarnya…

Ketua Sombatbordi.

Awak tunang saya?

Ya.

Pagi tadi saya pergi ke rumah awak.

Awak dah aturkan hari perkahwinan?

Saya pergi ke rumah awak…

…putuskan pertunangan kami.

More Malay subtitles for Love Destiny: The Movie

Kommentit

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left