200 ensimmäistä riviä.
Filem ini mengandungi kandungan berkaitan pencederaan diri dan topik sensitif lain
yang memerlukan kewaspadaan. Tonton dengan berhati-hati.
Ribut semakin menghampiri mereka.
Dengan taufan yang melayari lautan di selatan Kanto,
hujan lebat semakin mencurah…
Saat tibanya Hikaru Taira di rumah agam Mariko,
angin kencang mula bertiup.
Meski hanya sejengkal dari laluan ke pintu depan,
Hikaru Taira basah lencun.
Titisan dari tubuh Hikaru jatuh terus-menerus ke lantai.
Hikaru tersentak mendengar dentuman petir,
dan terkejut melihat potret wanita pemilik rumah yang disuluh cahaya kilat.
Tandatangan pelukis terletak di sudut lukisan.
Digantung di ruang legar yang malap, di seberang pintu hadapan,
renungan tajam lukisan itu seolah-olah sedang menilai para pelawat rumah itu.
Mata wanita itu menarik perhatian Hikaru.
Sewaktu Hikaru berpaling ke arah bunyi pintu ditutup,
dia disapa dari belakang.
Karya yang cantik, bukan?
Lelaki itu ialah Hide.
Dia hulurkan tuala dan baju kepada Hikaru.
Ia menyerlahkan ciri-ciri Cik Mariko dengan baik.
Hide, lama tak jumpa.
Perlukan baju ganti?
Beg awak juga tentu basah kuyup.
Saya tak apa-apa.
Semua orang ada?
Ya, semua orang kecuali Marumo.
Ramai yang melawat, semua bilik penuh.
Ini acara kegemaran kita.
Sayaka dah tiba sejak semalam lagi.
Sebaik saja nama itu keluar dari mulut Hide,
Hikaru merasakan jantungnya berdegup kencang.
Jadi, awak sihat?
Ya.
Kyoko dan Bunta juga masih sama.
Hikaru berniat untuk bertanya tentang Sayaka,
namun Hide sangka pertanyaan itu tentang semua orang secara umum.
Awak nak bawa barang-barang ke bilik?
-Tak, saya nak tegur semua orang dulu. -Baiklah.
Hikaru ingin berjumpa Sayaka dengan secepat mungkin.
Awak tahu tambang teksi dari stesen ialah 5000 yen?
Jadi, kami putuskan untuk berkongsi satu teksi.
Lebih kurang 1000 yen seorang.
Jimat sikit tahun ini.
Bilik-bilik tetamu di rumah ini
terletak di kedua-dua belah ruang legar di tengah.
Hikaru Taira dan Hide tiba di tingkat atas melalui tangga barat di sayap kiri.
Kemudian Hikaru terhenti apabila melihat sesuatu di luar tingkap.
Hikaru?
Tiada apa-apa.
Hei, Hikaru! Sampai pun awak!
Dia berjumpa Bunta, seorang jejaka periang,
serta Kyoko, temannya yang setia, tapi panas baran.
Bunta, Kyoko.
Mengabaikan keterujaan mereka atas perjumpaan ini,
Hikaru terus mencari orang yang paling bermakna buat dirinya.
Dengan renungannya yang sayu dan bak bidadari,
Sayaka menambat hati Hikaru.
Dia tampak hanyut dalam fikirannya.
Sayaka…
Aduhai, awak basah kuyup.
Ya, seperti yang awak nampak.
Taufan ini mungkin akan berlarutan.
Nah. Secawan untuk awak.
-Darjeeling. -Terima kasih.
Empat lagi cawan teh telah terletak di atas meja.
Di mana Tama?
Apa?
Dia baru saja berada di sini tadi.
Keengganan Sayaka menyertai perbualan membuatnya lebih memikat,
dan menarik Hikaru untuk bertanya tentang keberadaan Tama.
Sayaka?
Ya?
Awak tahu di mana Tama?
Entahlah.
Aduhai…
Dingin sungguh.
Hei.
Gerak tubuh Sayaka itu sudah cukup untuk menjentik hati Hikaru Taira.
Nampaknya saya perlu salin pakaian…
Di bahagian kiri dan kanan ruang legar itu,
kedua-dua aras dibarisi bilik-bilik tetamu.
Sejak dahulu lagi, bilik Hikaru terletak di sebelah kanan di aras satu,
bilik paling hujung di bahagian timur.
Mujurlah air hujan tak meresap ke dalam beg saya.
Saya letih kerana memandu di jalan gunung,
jadi saya melabuhkan diri di atas katil yang empuk.
Jalan di sini jalan gunung.
Dengan hujan dan angin kencang, ia sangat berbahaya.
Awak tahu Jambatan Shirahige?
-Saya nampak tadi. -Awak sempat lelap sekejap?
Sekembalinya ke ruang istirahat, Hikaru Taira terdengar
suara ketua yang dilantik sendiri, bergema dengan penuh keyakinan.
Saya tekan minyak. Kemudian…
-Kemudian? -Saya hampir mati.
Sebaik saja Volvo saya melepasi jambatan, bum!
-Ia runtuh? -Seluruhnya.
-Tentu lama nak baiki! -Bahasa tubuhnya
yang berlebihan dan keangkuhannya
membuat Hikaru rasa benci dengan Marumo.
Dia tak berubah langsung.
-Adakah kita akan okey? -Ya, sebab
-saya kata. -Mana Mariko?
Seharian di dalam biliknya.
-Betul tak, Sayaka? -Sibuk membuat persiapan.
Saya maklumkan semua dah tiba.
Terima kasih.
RUANG ISTIRAHAT - BILIK TETAMU
Hikaru Taira menuju ke bilik Mariko, yang terletak di tengah-tengah aras tiga.
Mariko?
Tentu dia ada di biliknya,
fikir Hikaru,
sambil mencapai tombol pintu.
Pemandangan yang menyapa mata Hikaru Taira ialah
tubuh Mariko yang tertelungkup,
darah yang banyak membasahi lantai,
dan
sebilah pisau tertusuk di belakang badannya.
Bagi mereka yang sukakan misteri,
dan menjalani hidup bersama misteri…
Siapakah yang akan merungkai misteri ini,
dengan lebih cepat dan tepat berbanding yang lain?
Di puncak logik dan pengetahuan, tersembunyi minda dan intelek yang…
Selamat datang ke Arena Misteri!
ARENA MISTERI KE-20
ULANG TAHUN KE-20 CROWNBIRCH INC. MEMPERSEMBAHKAN
REIKA MONTELEONE PEMBANTU
Misteri tahun ini berlatarkan rumah agam di pergunungan.
Mariko Suzuki ialah pemilik rumah, dan tetamu yang hadir
adalah bekas rakan sekelas kolej.
Sewaktu perjumpaan tahunan mereka, berlaku sebuah tragedi!
Kami tak peduli tentang motifnya.
Matlamat malam ini
hanya untuk menentukan siapakah antara mereka
yang membunuh dan bagaimana mereka berjaya melakukannya.
MOMOTARO KABAYAMA
PENERBIT/PENGACARA
PRESIDEN CROWNBIRCH INC.
Selamat datang ke acara tahunan Malam Tahun Baharu.
Semua penonton di hadapan skrin,
ada satu lagi misteri untuk dirungkai malam ini.
Kuiz terulung akan bermula sekarang,
persaingan sengit antara cendekiawan terpilih kami.
Ayuh, takkan awak dah hilang keyakinan?
Tentulah tidak.
Renungan yang sama…
sekali lagi.
RUMAH ANAK YATIM HOSHIKUZU-EN SUMBANGAN DITERIMA
Kenapa awak sengaja jawab dengan salah?
Awak mampu buat lebih baik.
Sebab…
Saya tak mahu menonjol.
39 1
Bagaimana dengan tugasan yang saya beri awak?
Yang itu…
Saya dah siap.
Hei.
Awak bercakap dengan siapa?
10 TAHUN KEMUDIAN
10 BILION YEN
Ini tak mungkin boleh.
Tentulah boleh.
Kita berdua boleh memenanginya, 100%.
Dengar sini.
Hadiahnya sepuluh bilion.
Dengan duit sebanyak itu, kita akan keluar dari kemiskinan,
dan ada baki untuk selamatkan tempat ini.
NOTIS PENGOSONGAN
HOSHIKUZU-EN NOTIS PENGOSONGAN
Baiklah. Saya akan ikut cakap awak.
Bagus!
SYURGA ATAU NERAKA? HADIAH WANG TUNAI 10 BILION YEN
Bertepatan dengan etos kami bahawa semua rakan kerja kami adalah istimewa,
Kumpulan Crownbirch telah berkembang selama ini
melalui penggabungan dan perkongsian bersama syarikat-syarikat lain.
Kepakaran dan teknologi kami
hanya digunakan untuk mengukir senyuman dan masa depan yang bahagia untuk semua.
En. Kabayama, pastikan awak periksa koreografi.
Lebih 20 juta penonton masa nyata pada permulaan program.
Ini memecah rekod.
Okey, masa untuk acara utama!
Tiga, dua…
ISYARAT SIARAN LANGSUNG
Sekarang, tiba masanya untuk Arena Misteri!
Bukan rumusan bijaksana para peserta sahaja
yang membuatkan penonton teruja.
Betul, terdapat juga hadiah wang tunai yang besar!
Orang yang pertama merungkai misteri dalam kitab kami
akan pulang dengan sepuluh bilion yen!
RANCANGAN KUIZ MUSTAHIL! ULANG TAHUN KE-20!
Lihatlah, sudah bertahun-tahun hadiah terkumpul menjadi sepuluh bilion yen!
Jumlah sebanyak itu tentu akan mengejutkan penonton kelas rendah kita!
-En. Kabayama! -Malam ini,
untuk rancangan ke-20 ini, kami ada panggilan video daripada…
Helo!
Masih ingat saya lagi?
Saya Katsura, juga dikenali sebagai Longshot.
Saya bersara awal selepas menang
dan saya pergi melancong ke luar negara sejak itu.
No comments yet. Be the first to leave one.