200 ensimmäistä riviä.
Kita tak boleh harapkan lelaki.
Ia amat sukar, pangsapuri ini, pengubahsuaian ini.
Sebab itulah saya ingin lebih dihormati, entahlah.
Saya yakin akan ada majlis perkahwinan.
Tapi sekarang saya tak tahu.
- Saya tak nampak awak nak maafkan saya. - Masih terasa pisau itu di belakang saya.
Kalau boleh saya nak pergi makan aiskrim tanpa dengar tentang saya curang lagi.
- Saya tak cakap begitu. - Awak tak cakap?
Ia masih sukar. Saya benar-benar bergelut dengan diri saya sendiri.
Saya pun sama.
Saya mungkin buat sesuatu yang teruk tapi kita lebih terpisah daripada bersatu.
Awak tak rasa ada banyak lagi yang memisahkan kita?
Apa awak harapkan? Awak nak saya diam saja tentangnya?
Sebab saya rasa seperti musuh awak, ia tak sepatutnya begitu.
Hubungan ini menuju ke jalan yang salah dan mungkin ini masa terbaik tamatkannya.
Saya dah minta satu peluang tapi tak diberi, jadi…
Saya cuma berterus terang dengan awak.
Jadi cakap saja, "Malika, saya nak putus."
Malika…
Cakaplah.
Ayuh tamatkan hubungan ini.
Dia suci, sempurna dan saya seorang penzina.
Saya benar-benar yakin.
Rupanya cuma saya seorang yang yakin.
Saya rasa seperti mangsa dalam situasi ini, sebab…
dia curang.
Dia memalukan saya waktu itu, selepas itu dan malah sekarang.
Saya dah bersikap terbuka,
saya percayakan dia dan kemudian ditinggalkan dengan hati terluka semula.
Saya rasa saya takkan mempercayai sesiapa lagi.
Itu saja.
POLAND
WARSAW
Julia!
Selamat hari jadi
Tuhanku!
Untuk awak.
Saya tak… menjangkakan ini.
Kamil.
Nah, ini untuk awak.
Saya tak tahu nak cakap apa!
Jangan cakap apa-apa.
Nikmati hari jadi awak.
Sesuatu untuk awak nikmati juga, bukan?
Serius?
Ia cantik!
Duduk, saya buatkan awak telur dadar.
Mari telefon ibu, mungkin dia akan angkat.
Helo? Ibu?
- Ya? - Tengok.
Tengok bunga cantik yang saya dapat.
Tunggu, ibu pakai cermin mata.
Tengok peoni yang cantik ini. Ia cantik, bukan?
Ia cantik.
Saya nak tunjuk sambil saya pegang.
Kamu lebih cantik.
Itu satu hadiah…
Saya nak tunjuk satu lagi hadiah.
- Ya? - Saya akan tunjuk. Tengok.
Nampak?
Itu hadiah untuk kamu atau untuk dia?
Untuk kami!
Okey.
Saya dapat kek dengan strawberi dan telur dadar untuk sarapan. Ini Kamil.
Kamu buat kek itu sendiri?
- Apa dia? - Awak buat kek itu sendiri?
Saya bawa kek itu sendiri.
Baiklah.
Selamat hari jadi, sayang. Semoga sihat, bahagia. Jangan putus asa.
Kamu terbaik.
- Ibu sayang kamu. - Saya pun sayang ibu sangat.
- Kita akan jumpa tak lama lagi. - Jumpa nanti.
Semoga hari indah.
Di sini.
Alamak! Freddie!
Maaf! Jangan buat begitu.
Mari sini.
Fred!
Mari sini.
Jangan.
Mari sini. Fred!
Hari ini anjing kami akan bertemu. Kami nak lihat keadaannya
jika akan ada keserasian.
Hai.
- Selamat pagi, semua. - Tuhanku.
Perlahan-lahan. Biar ia datang kepada Fred.
- Freddie! - Freddie…
Tenang, duduk.
Duduk.
Duduk diam.
Diam.
Tidak.
Lola akan takut.
Hentikan.
- Diam. - Tuhanku.
Saya berharap Damian akan dapat jinakkan Freddie,
ia ada banyak tenaga.
Ini ujian untuk Damian. Penting anjing ini suka satu sama lain.
Ia bukan cuma "apa nak jadi, jadilah." Kedua-duanya mesti saling menyukai.
Hebatnya.
- Sempurna. - Anjing baik.
Jangan buat begitu.
Lola.
- Relaks. - Jangan buat begitu.
Awak nakal.
- Jangan cakap Lola begitu. - Nah…
Lola tak buat salah.
Saya rasa saya lebih tegas.
Ikut pemerhatian saya, Damian benarkan keduanya buat lebih banyak.
Jadi saya agak tak pasti jika Damian calon yang sesuai
jadi bapa kepada bakal anak-anak saya.
Saya fikir yang…
Apabila kita tinggal bersama… Apabila kita ada ruang…
- Kita sendiri? - Ya.
- Bagi saya, ia… - Samalah.
Sama saja. Sungguh.
- Keluarga ini tak standard… - Keluarga ini akan jadi gila.
- Ya, saya dah boleh bayangkan. - Aduhai, tambah pula anak-anak.
- Ya. - Tapi saya suka semua itu.
- Ia akan jadi pengembaraan hebat. - Saya nak huru-hara itu.
Filip mulakan tugas penerbangan kali pertama.
Saya agak takut berpisah. Bentuk fizikal bukan yang paling penting.
Saya terus usahakannya, tapi cuma untuk isi kekosongan.
Tiada sesiapa menunggu di rumah.
Hei!
- Hai. - Apa khabar?
Saya ada ambil gambar untuk awak. Saya tak beli apa-apa,
tak cukup masa nak pergi ke pusat bandar Tokyo.
Awak ada dengan saya sepanjang masa.
- Saya romantik, bukan? - Ya.
Kita dah ada ramalan masa depan.
Ia kata urusan perkahwinan akan berjalan lancar.
Tuhan…
Awak okey?
Rasa pelik berada di apartmen ini tanpa awak, tapi saya teruskan.
Saya akan pulang. Malangnya, ia akan ambil masa 14.5 jam, jadi…
Saya takkan pergi lebih jauh.
Awak akan dapat ciuman pertama pukul lapan.
Okey, sayang.
Jumpa esok. Ciuman, selamat terbang.
- Ciuman. Jumpa nanti. - Jumpa nanti.
Saya nak pasangan saya berada di rumah.
Saya nak kekal tinggal bersama? 100 peratus ya.
Tapi perpisahan ini tunjuk realiti kehidupan di luar eksperimen.
Saya tak tahu sejauh mana saya mampu menanganinya.
Saya rasa saya tuang minuman sendiri. Semalam atau hari ini?
Di mana papan itu?
Ia belum siap. Atau dah siap?
Saya hidupkannya selepas saya bangun.
Nampak macam tablet itu tak larut.
Awak dah hidupkannya?
Tablet dah masuk, dah selesai. Saya cuma tak tekan butang.
Inilah sebahagian masalah ADHD.
Saya perlu pastikan hati saya berfungsi dan tahap feritin diperiksa.
Orang yang alami ADHD ada kadar feritin lebih rendah.
Baiklah.
- Tiada garam waktu pagi, bukan? - Tak.
- Awak tahu saya tak ambil garam. - Saya tahu sekarang.
Tapi ia… tak sedap.
Awak letak banyak garam.
- Nak cakap sesuatu? - Garam tak sihat.
- Awak nak pagi awak rosak? - Jacek!
Garam tak sihat dalam kuantiti banyak. Tapi garam itu jantung rasa.
Saya cakap satu, awak cakap 10.
Saya banyak cakap, hadap saja.
- Okey, serius? - Ya.
Saya dah terima fail yang ahli psikologi itu hantar semalam.
"Aktiviti mental yang berlebihan, pertukaran pantas antara topik.
Keupayaan untuk hiperfokus, tumpuan mendalam topik yang diminati.
Sukar bekerja dalam pasukan tanpa peraturan atau hierarki tak jelas."
Tuhanku.
"Keletihan sosial, penat selepas interaksi dengan orang lain walaupun positif.
Masalah dengan peraturan emosi, biasa dialami individu ADHD.
Keperluan untuk rutin dan kebolehramalan, kekurangan identiti kumpulan yang kerap."
Saya tak baca yang terakhir.
Saya cuma nak cakap tanaman pertama kita, pudina ini
akan masuk ke tong sampah. Seperti…
Jela langsung tak tanya saya soalan.
Saya nak dapat rasa dia ingin tahu tentang saya.
Saya nak tahu dengan tepat apa yang saya dapat.
Saya nak pasangan saya tahu apa yang dia faham dan kata,
"Saya terima awak seadanya."
Komunikasi. Saya nak kami saling belajar.
Nanti saya akan ajar awak.
Perbezaan terbesar antara saya dan Jacek…
Jacek banyak bercakap dan kadangkala memenatkan saya.
Aliran perkataan yang besar di sini…
dan ditutup di sini.
Saya rindu saat-saat sepi apabila kami sekadar baring dan berpelukan.
Bagaimana dengan warna ini?
Ia sepadan dengan…
…mata merah awak.
Freddie, serang dia.
Okey, cukup, berhenti!
Okey. Mungkin saya nak buat rambut saya dulu.
Hari ini kami akan hadiri parti dan bertemu peserta lain
serta beberapa orang dari pod.
Monyet. Dengan siapa awak akan bermesra hari ini?
Awak rasa dengan siapa saya akan bermesra?
Jangan tinggalkan saya, monyet.
No comments yet. Be the first to leave one.