Ang unang 200 linya.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Saya tahu, saya memang teruk.
Saya sangka nyanyian Mario Bautista
dan pengsan atas kondom itu dah cukup teruk.
Tapi saya silap.
Tapi ini bukan tempat bermula. Mari kembali ke beberapa bulan lalu.
BEBERAPA BULAN LALU
- Apa awak buat? - Apa?
Awak mabuk teruk.
Saya akan kerjakan gadis ini teruk-teruk.
Sekejap. Awak nak buat apa?
Apa ini, si gatal?
Apa awak buat ini?
Apa kata…
Tidak!
- Dia minta apa? - Seks oral.
- Dia agak mabuk. - Dia mabuk.
Kami minta maaf.
Itu saja. Selamat tinggal, fantasiku.
Fantasi mahukan seks oral di parti?
- Ya, jadi? - Mengarut!
- Awak punya hebat? - Bagus daripada awak.
- Buatlah. - Dengar.
Berasmara di awan, dalam pesawat, dengan cinta hati.
Jangan jadi bodoh.
- Apa? - Lupakan fantasi kamu.
- Ana takkan ajak borak lagi. - Macamlah pernah.
- Ini salah awak. - Saya?
- Akhirnya kita dijemput ke parti. - Saya yang dijemput.
Apa-apalah.
Muzik itu cuma reggaeton
dan Mario Bautista yang tak guna.
Awak tak tahu apa-apa. Dia hebat.
Ayuh! Reggaeton seronoklah.
Awak hanya suka muzik orang tua.
Kenapa dengan awak? Led Zeppelin? The Stones?
Itu baru legenda.
Reggaetan itu sampah. Bising sahaja lebih.
- Mario B pula… - Najis!
Tepat sekali.
Tak! Awak terpijak najislah.
Mario atau tidak,
mereka takkan ajak kita lagi. Terima kasih.
Bertenang.
Kita tak perlukan jemputan untuk parti tamat belajar
atau untuk parti Krismas terkenal,
parti yang kita tunggu sejak kita…
Hentikan!
Betul cakap dia.
Tapi awak perlu janji temu untuk ke parti Krismas.
Tak perlu risau tentang itu.
Tapi awak…
Kenapa saya?
- Beritahu dia. - Kami risaukan awak.
Awak sahaja yang tak berasmara.
- Awak macam si dungu depan gadis. - Awak perlu kenalan.
- Saya ada kenalanlah. - Sudahlah, kawan.
Kenalan apa melancap tiap hari?
Melancap tiap hari?
- Saya bayang awak belai saya. - Belai diri awak, sayang.
- Belai diri awak. - Ya!
Seronok rasanya.
Belai diri awak.
Mari sini, sayang.
Mak! Ketuklah dulu!
Bukannya kamu buat perkara buruk.
Memanglah, kalau ya macam mana? Apa mak buat dengan kipas saya?
Saya tak boleh tidur. Panas nanti!
- Biar saya bawa. - Nah.
Bawa ke sini. Mari fikir tempat nak letakkan.
Letak di sana.
Untuk apa, mak?
Pak Cik Jaime nak datang,
dan mak tak mahu kamu dan adik berkongsi bilik lagi.
Apa? Jadi…
Kamu akan tidur di sini.
Kamu dan pak cik kamu kongsi bilik air.
Dia datang dua minggu setiap empat bulan dan saya tidur di sini?
- Ya. - Tak mungkin.
Maksud saya, tidak.
Jangan begini, Chema.
Pak cik kamu tak pernah kecewakan kita.
Kamu tahu ayah kamu mahu kawannya
jaga kita. Itu hajat terakhir dia.
Bukan dia saja yang memerhati.
Apa kamu cakap?
Tiada apa-apa.
- Jangan kejam. - Jumpa lagi. Saya nak cepat.
Tunggu abang kamu.
Tak naklah. Ini hari pertama persekolahan.
Sayang mak. Jumpa nanti.
Cepat. Nanti terlewat.
Jarak sekolah cuma tiga minit jalan kaki.
Memang dekat.
Jadi, cepatlah.
Mana ciuman mak?
INSTITUT PENDIDIKAN HORIZON
Maaf, Tommy.
Saya bergurau.
Hei.
Ada apa?
Sampai ke tahap maksimum!
- Sedia untuk gambar terakhir kita? - Jom.
Gaya klasik?
- Saya ketawa. - Nampak kacak.
Mari sini.
Macam wain matang.
Sepuluh tahun bersama.
Sayang kamu semua.
Masa untuk sekolah?
Mari.
Hei!
- Jaketnya cantik. - Ya, budak-budak popular.
Teruknya. Saya tak mahu kembali.
Panas sangat.
Kita akan rindukan semua ini.
Tak mungkin.
Kita cuma akan rindukan Hanna dan Alexa berlanggar dada.
Betul tak?
Karma segera.
Kenapa?
Awak tak rasa mereka cakap tentang kita begitu?
Mestilah tidak. Saya pasti mereka cakap seperti…
Chema, sambung.
Saya akan rindukan senyuman Eli.
- Jangan main-main. - Apa?
Bukankah kamu sepupu?
- Ini bukan Game of Thrones. - Kami bukan sepupu.
Sepupu cuma nama manja. Kami bukan sepupu.
- "Nama manja." - Sumpah.
Chema, saya serius.
Awak patut cuba jumpa seseorang tahun ini.
Lagipun, Eli bukan cita rasa awak.
Hugo.
Dah berasmara dua kali, sekarang dia ingat dia Drake.
Berlagak betul.
Masalahnya, Chema,
hubungan asmara…
- Apa khabar? - …mengubah hidup saya.
Apa awak buat?
Saya asyik fikirkan tentang saya dan Ana.
Tapi apabila kami berjumpa, saya jadi terkelu.
- Entah kenapa. - Pergilah.
- Tak, Chema. - Pergi!
Awak takkan suka.
- Helo. - Hai, Chema.
Hai, Eli.
- Kenapa? - Bukan dengan sepupu itu.
Dia bukan sepupu saya.
Ada seribu wanita.
Mungkin bukan seribu bagi awak, tapi…
Pergilah.
Eksperimen.
Eksperimen.
Cuba sesuatu buat kali pertama.
Itu yang kita akan buat dalam kelas ini,
dan cikgu harap itu yang kamu buat dalam hidup kamu.
Mula buat kerja.
Bernardo ajak saya ke parti Krismas.
Seronoknya!
Kami risaukan awak.
- Saya diajak tahun lepas. - Awak saja yang tiada pasangan.
Saya tahu, tapi tidak lagi.
Mahu apa?
Fokus buat kerja.
Tadi ada bulu, tapi dah hilang.
Tak guna.
Helo.
Tiada apa-apa.
- Chema! - Sumpah, saya tak curi dengar.
Mari.
Kucing buang air di taman batu cikgu lagi.
Cikgu Cholita, apa kata cikgu suruh orang lain?
Asyik saya saja.
Kita semua tahu pelajar yang berhati lembut. Siapa?
Chema!
Jadi, bersihkan.
Tak, bersihkan betul-betul. Bersihkan semuanya. Buang.
Saya cuma perlu buang najis.
Si Lembut.
Seseorang yang mudah dipujuk untuk buat perkara yang kita tak mahu.
LAGU ANDA PASTI TERKENAL
MEMOHON UNTUK MENJADI DJ DI WAKTU REHAT SEMESTER DEPAN
"Permohonan perlulah berpasangan."
Tak guna. Kenapa semuanya perlu berpasangan?
José María.
Tak, puan. Saya tak menyumpah.
Tak, saya nak minta tolong.
Awak memang… Apa mereka panggil awak? Si Lembut.
Saya tak selembut macam sangkaan mereka.
Jangan cakap begitu. Awak takkan kecewakan saya, bukan?
Saya tak lembut, tapi saya takkan kecewakan puan.
- Bagus. - Ada apa?
Puan perlu apa? Kemas fail? Pembersihan?
Tak perlu kemas fail atau bersihkan apa-apa kali ini.
Sebenarnya saya nak awak bawa dia melihat-lihat dan manjakan dia.
Dia pelajar baru kita,
yang baru pindah dari bandar Acapulco yang cantik.
Claudia Galeana.
Claudia!
No comments yet. Be the first to leave one.