Paddington in Peru

Paddington in Peru

I-download ang Malay Subtitle

Impormasyon ng release

Paddington In Peru (2024) WEB 1080p
Paddington In Peru (2024) WEB 720p
Paddington In Peru (2024) WEB 480p
Komentaryo ni Sanzoryu
SUBS MALAY PENUH --- WEB --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Durasi 01:46:16 | Manual translated | Rate kalau suka 🙂 Kini di telegram t.me/sanzoryu

Mga Tag

webdl
paddington
peru
marmalade
inca
el_dorado
el_oro_loco
Na-publish noong: 2025-02-16
Mga Download: 215
May Kapansanan sa Pandinig: No

Preview ng subtitle na Malay

Ang unang 183 linya.

[ Beberapa tahun beruang yang lalu... ]

Dari mana kamu datang?

Kamu sudah di sini sekarang.

Dan ingatlah, si kecil, kalau kamu tersesat lagi,

mengaum saja, dan Mak Cik akan mengaum kembali.

Betul.

Mak Cik akan dengar walau sejauh mana kamu berada.

PADDINGTON DI PERU

Terima kasih kerana menggunakan Photo-Me.

Oh, tiada apalah. Terima kasih kerana izinkan saya.

Hiasan kepala adalah tidak dibenarkan.

Oh, maaf ya.

Hiasan kepala adalah tidak dibenarkan.

Sila tempatkan muka anda dalam bulatan merah.

Bulatan merah ya...

Memulakan memfoto dalam tiga, dua, satu...

Tidak! Tunggu!

Tak, tak, tak! Ini bukan milik saya.

Anda telah membayar untuk 12... 24... 48 keping foto.

Terima kasih. Simpanlah bakinya!

Ke hadapan Mak Cik Lucy,

saya menulis surat ini dengan sedikit berita yang sangat penting!

- Sudah sampai! - Penghantaran khas.

Terima kasih.

Bagusnya.

Pasport awak sendiri.

Jadi sekarang kamu boleh "Mengembara Tanpa Halangan".

Mak Cik Lucy, sekarang saya "secara rasminya orang British"!

Dan kami sumbang seorang sedikit untuk membelikan awak hadiah.

Jadi, Paddington, tiada jejaka British patut berjalan tanpa payung.

Dan bukan sebarang payung.

Payung Windsorman Deluxe, terbaik dari London!

Oh! Terima kasih banyak.

Wah, hebatnya payung ini.

- Alamak! - London! Ini surat awak.

Terdapat beberapa perubahan lain di Windsor Gardens

sejak kali terakhir Mak Cik datang.

Judy memohon masuk ke universiti, proses dikenali sebagai "meninggalkan sarang".

Puan Brown membantunya.

Ini melibatkan kunjungan ke tempat yang dipanggil "kampus".

Dan ini adalah ruang tamu.

Rupa-rupanya awak perlu bawa seorang penjaga bersama...

- Seronok betul di sini, bukan? - ...supaya ada yang menangis.

Maafkan Ibu.

Jonathan pula, jarang keluar biliik.

Dia banyak habiskan masa "chillin" (melepak). Huruf G tak dibunyikan.

Sekarang dia berusaha untuk bergerak sedikit yang boleh,

sebab itulah dia mencipta "Basi-chill",

"Kereta Luncur Aiskrim",

...dan ciptaan paling bernilainya... "Mesin Hulur Snek"...

...paten masih ditunggu.

Ibu dan Ayah baru berbincang tadi yang

mungkin sudah tiba masa untuk bawa semua rekaan hebat ini keluar dari bilik tidur

dan masuk ke dunia sebenar.

Contohnya... ekspo perdagangan?

Itu memang boleh buka peluang untuk kamu.

Puan Brown kata, "Baguslah anak-anak sudah dewasa",

kerana sekarang dia ada banyak masa untuk projek seni terbarunya.

"Tahun-tahun Sofa"?

Awak ingat lagi waktu seluruh keluarga kita muat dalam satu sofa?

Saya tak pernah siapkan satu teka silang kata selama 10 tahun.

Apa pula seterusnya?

Encik Brown sangat sibuk di firma insurans dia buat masa ini

kerana dia ada bos baru, dari Amerika.

Sudah 150 tahun Riskworth & Hazardsby menilai risiko.

Panduan Risiko kami mengandungi analisa bagi setiap risiko di dunia,

disenaraikan, dikategorikan, diabjadkan dan dihimpun dengan profesional.

- Dilapis tiga... - Buang semuanya.

Tapi semuanya sudah dilapis tiga.

Henry, kalau awak mahu berjaya di sini,

awak perlu berhenti mengelak risiko...

...sebaliknya awak perlu mula menyambutnya!

Latte awak, Madison.

Kalau awak mahu bekerja dengan saya, Henry, awak hanya perlu menyambut risiko.

Menyambut risiko.

Sementara itu, Puan Bird akhirnya telah ada masa

untuk selesaikan senarai untuk dibuatnya.

Seterusnya, kotak fius!

Malahan, perubahan terbesar di Windsor Gardens,

walaupun ahli keluarga Brown tinggal sebumbung,

mereka sebenarnya sudah tak banyak meluangkan masa bersama lagi.

Tapi kehidupan di London masih sangat bagus,

dan saya masih rasa bahagia di sini.

Salam sayang dari P...

Paddington, ada surat dari Peru. Ia sampai pagi ini.

Oh! Terima kasih.

Tapi ini bukan tulisan Mak Cik Lucy.

"Ke hadapan Paddington..."

"maaf kerana menghubungi kamu, kita belum bertemu.

"Saya Ketua Biarawati di Kediaman Pesara Beruang.

"Dan dukacitanya saya ada sedikit berita merisaukan tentang Mak Cik Lucy kamu."

Tepatnya!

"Dia sentiasa menjadi anggota komuniti kami yang ceria."

Oh, bingo!

"Tapi terdapat satu perubahan ketara.

"Dia habiskan banyak masa bersendirian dalam biliknya dan kelihatan sangat rindukan kamu.

"Tolong jangan sebut surat saya ini,

"dia mesti tak mahu kamu berasa susah hati.

"Tapi saya rasa saya mesti maklumkan kamu yang ada sesuatu tak kena dengan Mak Cik Lucy."

"Yang ikhlas, Ketua Biarawati."

Sesuatu tak kena dengan Mak Cik Lucy. Saya tak tahu pun.

Oh, Paddington.

Dia mesti betul-betul merindukan awak.

Saya tak sanggup fikir yang dia kesunyian selepas dia banyak berjasa pada saya.

- Apa kita boleh buat? - Tiada banyak yang kita boleh buat.

Bukannya macam kita boleh hentikan kerja dan terbang ke Peru!

Saya tahu renungan itu, Mary...

Itu cadangan yang sesuai sekali.

Mak Cik Lucy rindukan Paddington.

Dia baru dapat pasportnya. Keluarga ini perlu luangkan lebih masa bersama.

Perlukah?

Ya! Jom lakukannya!

Mengembara ke Peru!

Percutian keluarga di Peru.

- Peru? Begitu saja? - Ya!

Tempat mabuk ketinggian serta hutan belum diteroka.

Ditambah lagi tiga jalan paling bahaya di dunia, sekurangnya atas motor Harley.

Tepat sekali! Dari sudut pandang penilaian risiko, Peru adalah...

"Sambut risiko itu, Henry."

tempat yang sepatutnya kita pergi.

Ya! Ya, betul! Oh, Paddington, ini sungguh mengujakan.

Peru!

Paddington di Peru, eh? Bila kamu bertolak?

Pagi esok.

Saya tak sabar nak jumpa Mak Cik Lucy dan mencuba benda ini.

Saya secara rasminya orang British, tahu.

Patutnya dapat lebih awal. Kami bertuah ada kamu, Encik Brown.

Itu mengingatkan saya, ada sesuatu nak bagi Judy untuk perjalanan kamu.

Jemput jamu teh dan roti itu.

Buku panduan ke Peru.

Mungkin boleh abaikan bab "Menaiki Zeppelin".

Encik Brown? Kamu nampak hantukah tadi?

Encik Gruber, patung itu... Apakah ia?

Ah, kamu perasan koleksi Peru saya.

Ia baru saja... mengaum. Macam ia bercakap dengan saya.

Barang dari tanah air saya selalu bercakap dengan saya.

Ia sangat aneh, Encik Gruber.

Encik Brown, menjadi rakyat sebuah negara lain,

walaupun bagus, ia boleh mengundang... perasaan yang bercampur baur.

Oh, bukan saya, Encik Gruber. Perasaan saya memang tak bercampur.

Tapi saya akan tanya Mak Cik Lucy tentang patung itu.

Ketua Biarawati, anak buah saya, Paddington nak datang melawat,

tiba-tiba sahaja.

Syukurlah!

Siap sedia, semua. Dia sudah nak datang.

"Elok roti kamu."

Berhati-hati!

Boleh pesan padanya barang bebas cukai?

Pastikan meja makan kamu disimpan dengan selamat.

Tarik tali merah ini untuk kembungkan jaket keselamatan kamu.

Mereka bukan maksudkan sekarang, Paddington.

Maafkan saya.

- Paddington? - Oh, maaf.

Selamat datang ke Peru.

Pemandangan indah.

Oh, ya.

Oh. Jemputlah.

Itu dipanggil marmalad (jem limau).

Oh... saiz sebenar.

- Mak Cik Lucy! - Paddington!

Mak Cik Lucy, kami sudah sampai.

- Helo, selamat petang! - Oh...

Mak Cik Lucy?

Oh! Helo?

Helo.

Boleh beritahu jalan ke kabin Mak Cik Lucy?

- Ya, arah sana, tapi saya... - Terima kasih.

Mak Cik Lucy!

Mak Cik Lucy, ini saya!

Mak Cik Lucy?

Mak Cik Lucy?

Paddington...

Hilang? Apa yang awak maksudkan?

Dia sudah pergi, kami tak tahu keberadaannya.

Apa maksud kamu "sudah pergi"?

Dia kelihatan seperti bertolak untuk mencari sesuatu dalam hutan.

Sekarang? Tapi dia tahu kami nak datang.

Itulah yang misterinya.

Dia teruja untuk berjumpa kamu, menghitung hari ketibaan kamu.

Tapi... sejak saya tulis surat itu,

tingkah laku mak cik kamu menjadi lebih merisaukan.

Dia kelihatan seperti mengkaji sesuatu.

Walau apa pun ia, dia obsesi dengannya.

More Malay subtitles for Paddington in Peru

Mga Komento

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left